22 March 2008

TERUS MENYEMAI BENIH

Salam Sejahtera , Salam Kebahagiaan , Salam Ketenangan , Salam Keyakinan kepada SAHABAT BUDIMAN. Syukur Alhamdulillah kita masih lagi bersua di arena blogger ini dalam sama-sama berkongsi maklumat dan mesej antara kita. Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH masih mengizinkan kita untuk terus dapat menguruskan amanah dan tanggungjawab kehidupan kita dengan baik....

Alhamdulillah , Hari Jumaat baru ni kita selesai mengadakan Perjumpaan Kunci X yang pertama. Ada juga beberapa sahabat bertanya tentang apa dia kunci X , kenapa pilih X dan sebagainya. Di sini saya ingin menyampaikan satu perkara iaitu X kita pilih sebagai mewakili SIMBOL KESEIMBANGAN... Ya! Keseimbangan....

Mari kita lihat pada tubuh badan kita bagaimana ALLAH mencipta dengan penuh keseimbangan. Mata 2 diletakkan seimbang , mulut di tengah2 , telinga dua , jari jemari , kaki , pusat di tengah-tengah. Ada juga yang bertanya apa kaitan kunci X ini dengan perniagaan MLM.

Kita sering mendengar seimbangkan antara duniawi dan ukhrawi , seimbangkan antara kerjaya dan keluarga dan kita juga sering disarankan tentang memakan makanan yang SEIMBANG. Jadi antara penekanan kepada Kunci X itu ialah kita ingin mencapai titik keseimbangan.

Berkaitan dengan program Jumaat Malam, Alhamdulillah program malam jumaat kita mulakan dengan perkongsian mypersonaliti bersama Dr. Main Rindam yang berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau untuk melihat kekuatan dan cabaran diri kita. Saya rasa ada yang kena tu kepada beberapa orang... Kemudian kita juga bertuah Saudara Azlan berkongsi tentang "Intro" latihan untuk mengawal dan membina kuasa minda. Beliau memulakan dengan latihan pernafasan. Kemudian SPD Zul juga berkongsi maklumat dan harapan kepada semua rakan-rakan. Jika ANDA BERJAYA membuka KUNCI Rahsia Kekuatan Hati , Kekuatan Keyakinan anda , saya yakin anda akan dapat melakukan apa sahaja. Selesai program kelihatan rakan-rakan tidak berganjak hingga jam 12 malam bersembang-sembang dengan Dr Main .

............. JESTERU itu , kepada semua SAHABAT BUDIMAN , dalam NATURE perniagaan MLM ini sudah pasti kita akan berhadapan dengan PELBAGAI Cabaran atau MEHNAH TRIBULASI .Namun benih-benih baru perlu kita cari dan kita semai mudah-mudahan ia mampu menjadi pohon yang subur dan lebat buahnya menggantikan pokok-pokok yang telah mati. Jangan berhenti mencari benih subur dan menyemai serta menjaganya , mudah-mudahan dengan izin ALLAH benih itu akan menjadi POHON yang subur dan lebat buahnya.

( Sapa yang mai program Jumaat Malam lebih mengerti tentang pokok .. he he he )

Apa pun , kita perlu terus bersyukur kepada ALLAH kerana Allah akan menambah nikmat dan rezeki kepada orang-orang yang selalu bersyukur kepadanya , orang-orang yang SABAR dengan ujian darinya dan kita perlu letakkan keyakinan yang PENUH dan SESUNGGUHNYA kepada ALLAH.

JEMPUTLAH Rezeki Anda , Bukan Cari Rezeki kerana Rezeki anda memang telah ada di alam maya ini , cuma anda perlu menjemputnya datang. Apabila ditimpa musibah , SERAH DIRI KEPADA ALLAH , usaha pasti diteruskan , perjuangan perlu semarakkan. JANGAN MENGAKU KALAH ....

Ya! Allah Ya! Tuhan Kami , Tuhan yang mentadbir sekalian Alam. Tuhan yang Maha Penyayang Lagi Pengasih. Ya! Allah Ampunkan Dosa-dosa kami , Ampunkan Dosa Kedua Ibu Bapa kami , Ampunkan Dosa Ahli Keluarga Kami. Ya! Allah kau berikanlah kecekalan dan ketabahan kepada kami dalam mengharungi apa juga ujianMu , Jauhkanlah diri kami dari beban hutang serta penindasan orang dan kau permudahkanlah Ya Allah segala urusan kami dengan orang-orang yang berhubungan dengan kami. Kau teguhkan iman kami , Murahkan rezeki kami Ya Allah dan Anugerahkanlah kepada kami Rezeki yang Halal. Jauhkan perasaan kami dari perasaan keluh kesah , malas , pengecut dan bakhil. Ya! Allah Ya Rahman Ya Rahim , Aku berserah kepadamu Ya ALLAH atas apa yang telah kami usahakan kerana hanya kepadaMu Ya ALLAH tempat kami berserah dan bertawakkal. Berikanlah kerahmatan dan keberkatan dalam kehidupan kami dan keluarga kami , sahabat-sahabat kami dan sekalian kaum muslimin dan muslimat. Ya, Allah Ya Rahman Ya Rahim kepadamu tempat kami memohon , kau tunjukkanlah jalan yang benar , kau perteguhkanlah keyakinan kami atas apa yang sedang kami usahakan , Ya ALLAH. Kepadamulah Tempat kami berharap dan berserah.


Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH
0124686404
www.chedin.myniaga.net


No comments: