19 March 2008

USAHAWAN MLM PERLU LEBIH KREATIF

Salam Kebahagiaan kepada Sahabat Budiman. Salam Maulidur Rasul . Bersama kita ungkapkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad agar 12 rabiulawal ini menjadi satu titik kekuatan untuk kita terus berjuangan walaupun menempuh MEHNAH dan TRIBULASI dalam arus perjuangan kehidupan baik pun dalam menyelusuri perjalanan panjang sebuah perniagaan.

Syukur Ke Hadrat Illahi , kekuatan akan kita perolehi dari ujian atau dugaan , dari tekanan atau cabaran jesteru itu ketika kita berhadapan dengan krisis atau ujian kita perlu bersyukur kepada Allah kerana ALLAH akan memberikan kita lebih kekuatan kedalam jiwa dan naluri hati kita. Apatah lagi cabaran dan dugaan dalam dunia perniagaan yang menuntut kita menghadapinya dengan tenang agar minda mampu untuk berfikir dengan baik.

Hari ini terlintas di fikiran untuk saya mencoretkan tentang PENTINGNYA sebagai seorang usahawan yang telah bergelumang dengan sebuah perniagaan MLM Murni untuk kita menjadi seorang yang KREATIF DAN INOVATIF. Usahawan berjaya adalah seorang yang mampu berfikir secara kreatif , inovatif dan berfikir lebih luas di luar kotak pemikiran biasa orang-orang biasa. Mereka yang kreatif mampu menampilkan produk yang unik dan cemerlang. Jesteru itu , kemahiran berfikir dan asakan berfikir secara kreatif amat dituntut ke dalam diri seseorang usahawan MLM mahupun usahawan umum.

Jesteru itu , dalam apa jua hal , ANDA PERLU KREATIF dan INOVATIF..

Anda PERLU KREATIF dan INOVATIF

Ketika Mencari dan Mendapatkan Prospek
Ketika Menawarkan peluang perniagaan kepada prospek anda
Ketika Memasarkan produk perniagaan anda
Ketika Mengembangkan rangkaian anda
Ketika Memberi penghargaan kepada rangkaian anda
Ketika Memberi bimbingan dan latihan kepada rangkaian anda
Ketika Menyusun strategi pengembangan perniagaan anda

Sbg Contoh : Syarikat Smart Naco telah berani mengemukakan idea yang Kreatif dan Inovatif ketika membuat papan Nacofe kita . Lain dari yang lain dan Alhamdulillah penerimaan orang terhadap perkara itu cukup baik. BERANILAH BERIDEA KREATIF.

Sesuatu yang Kreatif , Inovatif akan mudah menarik perhatian dan pengaruh kepada orang lain. Sesuatu yang unik dan lain dari yang lain , sesuatu yang berbeza dari skop kotak pemikiran orang-orang biasa. Jesteru itu , idea-idea yang kreatif dan inovatif sering mencuri tumpuan orang ramai.

Bagaimana melatih pemikiran kreatif dan inovatif ? Ya! Aku bukan orang kreatif , jesteru bagaimana aku bisa berjaya dalam perniagaan ini. Persoalannya ialah KEMAHUAN ANDA untuk membina kreativiti .. Mahukah Anda? Jika mahu ?

1. Anda banyak membaca buku-buku dari seluruh pelusuk benua untuk mencari idea dan dari bahan bacaan itu anda bisa gabung jalin mencari satu rumusan baru anda. Dalam dunia perkembangan teknologi maklumat semakin mudah.

2. Bersahabat dengan ramai orang. Kerana pada diri setiap individu ada keunikan idea yang tersendiri yang mana anda boleh mencipta idea kreatif anda dari gabungan beberapa idea sahabat-sahabat anda dari pelabagai latar , sempadan geografi dan budaya

3. " Jauh Perjalanan , Luas Pengalaman " Ia juga salah satu kaedah yang dapat membantu anda membina kreativiti. Anda boleh melihat orang-orang di tempat lain berfikir , melakukan usaha bisnes dan anda mampu untuk mencantumkan idea ini untuk membuat satu resolusi idea kreatif anda.

4. Anda perlu berani mengemukakan idea , melaksanakan idea anda. Hargai POTENSI IDEA anda. Anda tidak yakin kerana anda tidak mencuba lagi idea anda . Jika idea anda dilihat gagal , disitulah bermulanya titik membina kreativiti anda kerana idea yang gagal nanti anda perlu cari formula-formula baru seperti apa yang berlaku pada Kolonel Sander , Thomas Al Adison dan lain-lain lagi.

5. Menyertai pelbagai aktiviti seperti Seminar , Perjumpaan persatuan dan sebagainya atau kursus. Aktiviti ini tidak semesti hanya aktiviti perniagaan , apa sahaja aktiviti anda boleh menyertainya kerana kadangk
ala anda akan dapat idea di situ. Contoh menyertai perjumpaan kaum-kaum ibu juga mampu menyumbang idea kreatif anda dan mungkin anda ingin memperkenalkan produk anda . Seminar kesihatan juga membantu atau apa sahaja aktiviti . Kerana IDEA KREATIF terhasil dari gabungjalin dan rumusan pelbagai idea dan maklumat yang anda terima dari sesiapa sahaja waima dari anak kecil berusia 1 tahun. Kerana orang yang kreatif akan memikirkan tentang apakah yang boleh dijual kepada ibubapa mereka untuk anak kecil ini. Jesteru itu banyak permainan kanak-kanak pelbagai bentuk dan warna di cipta....

.... JESTERU itu , sebagai seorang usahawan , anda perlu BERANI menampilkan Idea-idea baru yang lebih kreatif dan inovatif. Wrights Brother pernah dikatakan adik beradik gila ketika mengemukakan idea untuk mencipta kepal terbang , tetapi keberanian mereka untuk menjalankan POTENSI IDEA KREATIF ANUGERAH ILLAHI akhirnya besi yang berat mampu terbang ke udara.....

JESTERU itu , kadangkala Musibah , Tekanan , Krisis , Cabaran mampu melonjakan IDEA KREATIF yang lebih banyak kerana kita tidak berada di Zon Selesa dan kita memaksa otak terus berfikir mencari solusi dalam menhadapi suasana tekanan itu. Jadi jangan takut pada Cabaran , Krisis atau Tekanan .. kerana itu juga anugerah ILLAHI untuk kita lebih kuat , lebih BERANI , lebih KREATIF dan INOVATIF , lebih hebat mental dan jiwa .......

Namun apa yang penting ketika krisis , jangan pula kita jadi orang yang sombong , terlalu ego , mementingkan diri sendiri , terlalu emosi atau menyalahkan orang lain kerana semua ini akan TERUS membuatkan kita menjadi terus lemah dan tidak dihormati... Serah diri kepada ALLAH dalam kita berusaha...

Sumbangan IDEA Kreatif dan Inovatif amat besar sumbangannya kepada dunia.

Idea KREATIF juga bisa termuncul bermula dengan angan-angan kosong , impian dan berfikir secara sepintas. BERANILAH dengan Idea Anda.

Jesteru itu , jika dahulu orang mencari prospek secara bersua muka , dengan keberanian idea kreatif dan inovatif , ramai rakan-rakan mampu menaja secara online atau sms sahaja..... AYUH , Kita jadi INSAN BERIDEA KREATIF .....

Sekian Sahaja ... Apa pun cabaran yang bakal kita TEMPUHI , Asaklah minda anda untuk TERUS KREATIF dan INOVATIF kerana itu satu alat peperangan bisnes yang TERHEBAT yang perlu anda miliki. Berfikirlah secara tenang ketika berhadapan dengan krisis....

Sekian

Hairuddin Abdullah

Nak join TEAM saya SMS sahaja di 0124686404 ..... 21 Mac di Penang kita akan membuka episod RAHSIA KUNCI X ........

No comments: