01 February 2009

PENOLAKAN ADALAH KEJAYAAN



Salam Sejahtera !

Apa Khabar Semua hari ini.. Hari ini 020209 dan bulan Januari telah meninggalkan kita. Apa yang telah kita lakukan dan capai sepanjang Januari. Adakah momentum masih sama pada 31 Disember 2008 atau anda lebih cemerlang dan lebih bersemangat , lebih ikhlas dan lebih syukur dalam menjalankan kehidupan yang sementara ini . Kita di dunia ini hanya sementara , tugas kita di dunia ini cukup berat dan banyak . Bukan sekadar mencari nafkah , bukan sekadar membesarkan anak , bukan sekadar mengejar impian dan cita-cita kita tetapi lebih besar dari itu terletak satu amanah besar dalam MEMAKMURKAN Alam ini dan tanggungjawab itu setiap orang yang hidup sementara dimuka bumi ini memikulnya.

Kadangkala , saya sering mendengar perkataan "TAKUT". Saya hanya mengambil perasaan "TAKUT" ini dalam kontek menjalankan Bisnes MLM ini. Mengikut kajian KETAKUTAN yang paling tinggi dihadapi oleh seseorang ialah KETAKUTAN BERCAKAP DIKHALAYAK RAMAI. Diminta bercakap di hadapan lebih takut lagi berbanding dikejar anjing. Habis menggigil ... Jesteru itu kita kena BANGUNKAN TENTERA BERANI dan HAPUSKAN TENTERA TAKUT yang berkubu di dalam jiwa kita.....

Ketakutan Utama Kepada Mereka Yang Buat Bisnes MLM

TAKUT BERCAKAP DIHADAPAN
Habis menggigil tubuh badan , berpeluh dahi , menggeletar kepala lutut ketika diminta pertama kali bercakap dihadapan. Sama juga macam saya dulu ketika di sekolah diminta untuk bercakap dihadapan. Baik-baik ada idea nak cakap terus hilang kerana minda kita terfokus kepada degup jantung , fikiran takut ditertawakan orang dan sebagainya.

Jangan TAKUT BERCAKAP DIHADAPAN tetapi PALING DITAKUTI ialah ANDA TIDAK BERPELUANG LAGI BERCAKAP . Jadi jika anda ingin berjaya dalam bisnes MLM perlu BERANI BERCAKAP DIHADAPAN... ANDA kena BANGUNKAN TENTERA BERANI anda dan HAPUSKAN TENTERA TAKUT ANDA ...

Jika pertama kali anda tampil kehadapan . PERCAYALAH .. 10% Tentera Berani akan masuk kedalam jiwa anda dan 10% Tentera Takut akan keluar , Jika Kali kedua 20% Tentera Berani akan masuk dan 20% Tentera Takut akan keluar dan jika 10 kali anda memberanikan diri tampil kehadapan 100% Tentera Berani akan menguasai diri anda dan 100% Tentera Takut akan lari meninggalkan anda. YANG PALING BERAT ADALAH untuk MENGAMBIL TINDAKAN PERTAMA.... Yakin pada diri dan Lihatlah PERJUANGAN anda untuk meraih KESUKSESAN. Pasti anda akan tampil dengan lebih berani dan bergaya.... TERPENTING ialah , JANGAN BAGI ALASAN , JANGAN MENOLAK kerana menolak akan membina TEMBOK Ketakutan yang lebih kuat dan membuatkan anda serig RENDAH DIRI. Akhirnya anda tidak BERJAYA dalam bisnes.

TAKUT PENOLAKAN DARI PROSPEK
Ini satu lagi perkara yang ditakuti ketika menjalankan bisnes ini. Saya juga berfikiran begitu semasa mula-mula nak buat bisnes MLM ini . Takut orang tolak , takut orang ketawakan , takut orang kata dan kutuk.

JANGAN TAKUT PENOLAKAN , tetapi yang paling ditakuti ialah ANDA TIDAK MAMPU MEMBUAT PENAWARAN .....

Lihat ayat diatas . Ramai orang hanya FOKUS kepada TAKUT DITOLAK oleh rakan-rakan dan prospek . TETAPI mereka sering terlupa tentang KEKUATAN MEMBUAT PENAWARAN. Anda perlu takut yang itu dahulu . Jika penawaran anda bagus , penyampaian anda bagus , InsyaALLAH prospek anda akan menyambutnya dengan baik dan mungkin menerima penawaran anda. Jadi ANDA SERING FOKUS kepada TAKUT PENOLAKAN tetapi lupa tentang KEMAMPUAN KITA MEMBUAT PENAWARAN.

Untuk membuat PENAWARAN yang Baik dan berkeyakinan , Anda perlu MENGUASAI apa yang ditawarkan . Jika anda tawarkan produk susu IgG Plus , anda perlu menguasai pengetahuan tentang produk , manfaat produk , anda telah rasa produk atau jika anda sendiri yang mendapat manfaat produk ia sebagai BONUS kepada anda...

SATU PENOLAKAN bernilai RM5.00
Tahukah anda , pada bulan Disember setiap PENOLAKAN yang saya terima nilainya ialah RM5.00. Jadi Jika saya ada 10 penolakan saya berpotensi untuk menerima RM50.00 . Jika saya menerima 100 penolakan saya akan berpotensi menerima RM500.00. Jadi kenapa kita perlu takut penolakan. Sepanjang saya buat bisnes MLM menggunakan kaedah INTERPOS ini , saya jarang merasakan prospek saya menolak saya .. Hanya beberapa orang sahaja yang menolak secara terang-terangan tetapi dengan ayat yang cukup sopan dan selesa bagi saya. Jesteru itu saya terus memburu prospek lagi. HAKIKATNYA ialah setiap 10 penolakan yang saya terima akan ada 1 penerimaan. Jadi jika anda ingin menaja 10 ORANG PROSPEK SETIAP BULAN , anda perlu mencari 100 PENOLAKAN.....

PENOLAKAN PERTAMA tidak bermaksud ANDA GAGAL tetapi ITULAH KEJAYAAN ANDA sebenarnya .....

Anda akan dikira GAGAL jika melakukan Bisnes MLM dalam tempoh 30 hari tidak ada langsung PENOLAKAN YANG ANDA TERIMA.... Maksudnya APA ... anda tidak berbuat apa-apa leeeee.....

Jadi JANGAN TAKUT PENOLAKAN tetapi PALING DITAKUTI anda tidak langsung menerima PENOLAKAN dan PENERIMAAN .....

Anda perlu INGAT !!! Penolakan PERTAMA tidak bermakna anda telah gagal tetapi BONUS untuk anda , BONUS apa.... Setelah anda sering menerima penolakan anda perlu perkemaskan strategi penyampaian , cara penyampaian dan maklumat penyampaian.

Anda cari strategi dan pendekatan lain
Anda perkemaskan maklumat penyampaian anda
Anda perkemaskan cara penyampian anda
Anda perkemaskan ayat-ayat yang anda guna ketika menghubungi prospek anda

Sentiasa cari strategi dan pendekatan baru

LAKUKAN PENGHANTARAN MAKLUMAT KALI KEDUA , KETIGA , KEEMPAT

Jangan Putus asa , mungkin ketika pertama kali anda menghantar informasi kepada prospek anda pada waktu itu prospek anda sedang menghadapi masalah kewangan , atau keluarga atau sibuk dengan kerja pejabatnya. Masa ada tawarkan peluang dan produk tidak sesuai. JESTERU itu , dengan list yang sama anda boleh buat FollowUP kali kedua dengan pendekatan dan penawaran yang sedikit berbeza. Mungkin kali kedua prospek anda sedang menerima ancaman dibuang kerja , atau sedang sakit , atau memang telah terfikir nak buat bisnes. Kemungkinan kali kedua , ketiga atau keempat anda berjaya..... Jangan buang masa memikirkan tentang penolakan , tetapi terus cari prospek baru anda...

TAK TAHU NAK CARI PROSPEK... JOIN JOMBISNES , saya akan dedahkan bagaimana MEMBINA LIST PROSPEK .....

Saya rasa cukuplah DUA ini dulu perihal TAKUT. Nanti saya akan sambung lagi beberapa hal lain yang sering kita TAKUT .

Jangan TAKUT tak dapat prospek , tetapi paling ditakuti ialah TAK TAHU CARA Nak Dapat prospek
Jangan TAKUT Gagal , tetapi paling ditakuti ialah kita SERING GAGAL MEMULAKAN
Jangan TAKUT Buat Bisnes Tak Pendapatan , TETAPI paling ditakuti ialah KITA TIDAK SANGGUP UNTUK BELAJAR MACAM MANA NAK DAPAT PENDAPATAN
Jangan TAKUT HILANG DOWNLINE , TETAPI paling ditakuti ialah KITA TIDAK MENJAGA DOWNLINE DENGAN BAIK SEMASA DOWNLINE BERSAMA KITA
Jangan TAKUT Syarikat Tutup , TETAPAI Paling ditakuti ialah Kita TIDAK BERBUAT Apa-apa dan mengaut Hasil sementara Syarikat Beroperasi.


Jadi , hari ini kita perlu positif , ikhlaskan diri , bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang dikurniakan . Ujian pasti ada kerana dengan UJIANLAH ALLAH ingin MENTARBIYAH kita agar menjadi insan yang cekal , berfikiran matang , berjiwa tabah , sabar dan bersedia untuk menerima lebih banyak lagi kejayaan dimasa hadapan. Jangan bekerja dan berbisnes mengikuti emosi dan kata hati negatif , tetapi gunakan akal fikiran dan gerak hati yang bersih dan ikhlas. Jangan terburu-buru membuat keputusan tetapi buatlah ISTIKARAH dan Berbincanglah dengan rakan-rakan.

Sekian...

Anda yang nak join saya sila ke laman web saya www.jombisnes.net

HAIRUDDIN ABDULLAH

No comments: