31 January 2009

MELAYAN PROSPEK

Salam Sejahtera !!! Apa khabar ? Semoga sihat sejahtera dan tenang dan bahagia dan yakin dan positif kepada kehidupan diri.

Hari ini 1 Februari jom kita sekali lagi tonton Video Affirmation dibawah



Semoga seluruh denyut nadi kita disalurkan dengan kuasa minda positif terhadap kehidupan. Yakin diri yang tinggi dan yakin dengan usaha yang sedang dilakukan...

------------

Dalam menjalankan bisnes MLM , tentu ramai dari rakan-rakan kita yang ingin menjalankan bisnes ini terfikir-fikir dimana aku hendak cari prospek. Nak citer produk dan peluang bisnes ini kepada kawan-kawan belum tentu dia minat , nak cari keluarga berapa ramai sangat keluarga atau saudara mara yang aku ada , kalau nak citer kepada yang belum aku kenal macam mana ye caranya... Fuuuuh ! berpeluh juga nak cari prospek utk aku perkenalkan produk dan peluang bisnes aku ni...

Adakah anda juga menghadapi cabaran seperti itu sebelum membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes MLM. Sejak Bulan Disember aku mengambil tindakan yang lebih agresif dalam usaha mendapatkan prospek dan membuat penajaan , pelbagai latarbelakang prospek yang aku jumpa. Ada yang tak perlu cakap apa2 terus bank in duit ke akaun aku , ada yang bertanya banyak kali sebelum buat keputusan , ada yang kata nak bank in tetapi sampai la ni tak bank in lagi , ada yang minat sangat nak join tetapi modal masih kurang berkucupan walaupun sekitar RM100.00 , ada yang bersemangat untuk memulakan bisnes ini , ada yang menyiasat pelbagai aspek sebelum menyertai .. Jadi pelbagai ragam prospek yang kita jumpa dan itulah indah dan manisnya kita menjalankan bisnes MLM ini.

Jesteru itu , mencari prospek dan membuat penajaan adalah KEWAJIBAN UTAMA jika anda ingin menjalankan perniagaan MLM kerana dengan penajaan akan berlaku proses yang dinamakan DUPLIKASI dan KUASA GANDAAN. Dari prospek beliau akan menyertai menjadi Ahli dan dari situ kita akan bimbing mereka menjadi ahli yang komited mengikut langkah-langkah yang betul seperti menggunakan produk , berkongsi manfaat produk , membuat promosi produk dan bisnes , melakukan kerja-kerja "prospecting" , membuat followup prospek , membuat closing prospek , ada yang melakukan jualan , ada yang melakukan aktiviti perjumpaan seperti homeparty dan seminar peluang bisnes dan pelbagai lagi.... Dari situ bakat mereka dikembangkan , dari situ potensi bisnes mereka dikembangkan bermula dari seorang , dirangkaian mereka akan ada orang kedua , ketiga , keempat dan terus berganda. ASASNYA adalah PRODUK .. Produk mesti digerakkan dan dipasarkan secara meluas kerana dari Produk akan menghasilkan PV dari PV akan menghasilkan BV dan dari BV akan menghasilkan Pendapatan.

Kemudian dari situ mereka akan muncul sebagai pemimpin kumpulan kecil , lalu muncul lagi sebagai pemimpin kumpulan besar dan terus meneraju VISI kumpulan atau rangkaian bisnes mereka. Semua orang PASTI bermula sebagai Prospek .

Ada rakan-rakan sampai sekarang pening nak dapat prospek. EnHazlin semalam dapat 6 orang prospek sehari hasil beliau mencari di Internet. Sebelum ni tak dapat tetapi sekarang kenapa dapat . Apa yang dia bagi tahu dia hanya melipatkan usaha pencarian jika dulu dia buat iklan di satu atau dua tempat iklan tetapi setelah meningkatkan ke 4 atau 5 tempat , NAH... hasilnya beliau dapat prospek yg berganda....

Saya sering cerita sahabat saya di Kuching En Shalaby yang mempunyai KUASA PERSISTENSI YANG UNGGUL dengan bisnes Smart Naco .. beliau komited melalukan iklan di Yahoo Groups setiap hari Alhamdulillah saya lihat ada prospek yang masuk ke laman web dia dan meninggalkan maklumat. Beliau buat tanpa jemu ....

Namun ada juga bila dah dapat prospek .. HAH! Che Din . TOOOOOOOLLLLLOOONG , apa nak cakap dengan prospek , macam mana nak close prospek ni , hantar SMS prospek tak balas pun .... Ya ! Bila dah dapat prospek kita akan masuk stage kedua iaitu buat FOLLOW UP , KENALKAN KREDIBILITI DIRI ANDA.. Bukan sahaja kenalkan DIRI anda , tetapi KREDIBILITI DIRI ANDA ...

OK , Kena Follow Up , nak tahu tentang FOLLOW UP ... JOM JOIN JOMBISNES .. InsyaALLAH saya akan ceritakan teknik dan strategi Follow Up .... Kita tak menjual tetapi orang nak membeli , MCM MANA TU !!!!

Kepada anda yang minat nak join ... isi borang di sebelah ye .. atau sila ke www.jombisnes.net

Salam Kejayaan


HAIRUDDIN ABDULLAH




No comments: