09 January 2009

PILIHANRAYA KAMPUS

Salam Sejahtera ! Agak lama aku tidak melakukan kerja-kerja pengemaskinian catatan perjalanan bisnes. Hah!! Kadang kala boring juga mencoret rasa hati perjalanan sebuah perjuangan dialam dunia bisnes yang penuh dengan cabaran , pancaroba , hipokrit , tipu muslihat dan pastinya ada insan bisnes yang berhati luhur , jujur , amanah dan tunduk atas perintah Pencipta. Jadi izinkan aku kali ini untuk keluar dari maudu' biasa dan izinkan aku mengimbas kenangan ketika berumur sekitar 20-an yang lalu.

Sepusingan jam berdetik tadi aku merayau-rayau melawat blog rakan-rakan sahabat NGO , pejuang dan pendakwah tegar yang punyai hati dan naluri yang bersih mencari sinar kerahmatan . Sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka berbicara soal umat , berbicara soal perjuangan dan membasah tekak sambil berbicara tentang umat marhaian yang gigih dalam perjuangan hidup. Nampaknya mereka telah mempunyai blog masing-masing dalam menggarap dan meluahkan lunak rasa suara hati tentang sebuah perjuangan , usaha-usaha dakwah dan mempertahankan kedaulatan dan keaslian alam sekitar. Itulah segerombolan anak muda yang gigih , mempunyai cita-cita dan impian besar dan tekad semangat yang bukan mudah untuk dilentur dan dibeli dengan wang ringgit. Namun wang juga penting untuk mereka membantu ramai insan , untuk melakukan kerja dakwah mereka , untuk membina impian masing-masing.

Kemudian aku menjelajah lagi keblog-blog beberapa pimpinan pelajar yang aku kenal semasa aku di USM dulu dan rupanya sekarang ini agak panas dengan Pilihanraya Kampus namun lebih panas dengan Pilihanraya di Kuala Terengganu. Kenangan ketika pilihanraya kampus amat mencuit memori minda ku mengajak mengenang saat-saat membuat keputusan untuk menjadi calon dan pilihanraya kampus. Hah !!! Kerja Gila agaknya. Namun bila kesepatakan telah dicapai , bulat muafakat telah terbentuk bersama rakan-rakan maka aku juga menawarkan diri menimba pengalaman menjadi calon pilihanraya kampus bagi konsistensi umum. Maka terpaparlah muka aku yang kadang kala kulihat ensem dan kadang kala agak mencemaskan. Ketika siang hari berhempas pulas didewan kuliah , malam harinya pula sibuk menyiapkan poster dan bersama-sama pengikut dan juak-juak setia menggantung banner yang terpangpang wajahku yang serius itu. Hah ! Aku ingin mengambil pengalaman , aku ingin memahat memori ketika menjadi warga kampus. Dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan Kelab Pengguna yang aku terajui kerana akulah YDP yang pertama membina tapak dan asas Kelab Pengguna. Mencipta logo , Moto , Dasar , Membentuk Jawatankuasa , mengambil ahli kelab sehinggalah aku berjaya menulis artikel untuk dipaparkan didada akhbar berita harian ketika tu.

Malam Rapat Umum
Malam Rapat Umum kini tiba. 3 Malam berturut-turut setiap calon dibenarkan untuk memperkenalkan diri , melontarkan ideologi , wawasan dan perancangan apabila berjaya memenangi pertandingan itu. 3 Malam juga dalam tempoh 10 minit seorang maka berkumandanglah suara anak-anak muda mengagaskan idea perjuangan untuk membela dan berkhidmat kepada Mahasiswa. Namun pilihanraya ketika zaman itu tidaklah begitu mencabar dengan suasana sekarang dengan sepak terajang politik kampus. Ketika itu wujud juga kumpulan - kumpulan yang ingin menguasai pentas MPP dalam meneruskan idealisme perjuangan Mahasiswa. Maka berkokoklah aku malam itu ... Malam pertama di desa Cahaya , Malam Kedua di Desa Aman dan Malam Ketiga di Desa Bakti. Esoknya hari pengundian bermula dan tamatlah sesi merayu undi. Malamnya ketika diumumkan , hah !! aku tidak berjaya menempatkan diri untuk menduduki salah satu kerusi exco MPP. Maka aku teruslah dengan tanggungjawab aku sebagai Yang Dipertua Kelab Pengguna . Banyak juga isu-su pengguna yang diperjuangkan hingga isu Universiti nak tebang pokok pun aku dan geng sibuk ambil pot. Jumpa dengan Pengarah Keselamatan tu biasa la .. aku ni bukanla nakal mana pun ....

Namun senario pilihanraya kampus penuh dengan percaturan dan politiking yang membuatkan semangat perjuangan dan bersaing agak memualkan. Namun cabarannya lebih hebat dari dahulu. Aku fikir tidak rugi aku menjadi calon kerana pengalaman itu memang cukup berharga. Bagaimana rakan-rakan memberi sokongan , bertungkus lumus memasang poster , mengikut aku berkempen dan memberi sokongan moral..

Kadang-kadang tergelak juga seorang diri melihat gelagat aku semasa dikampus. Itu antara satu babak memori kehidupan yang kita perolehi .. Kini mencipta satu lagi babak dalam dunia bisnes bersama Smart Naco dan Smart Success Team. Pelbagai MEHNAH dan TRIBULASI yang ditempuhi , cabaran yang bukan kepalang , kesabaran ampuh yang dituntut , bertahan dengan kecekalan , berfikir penuh stratigis. Jika takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai .

Pilihanraya Kampus itulah sejarah , itulah kenangan , itulah pengajaran , itulah pembelajaran itulah suatu pengalaman yang tidak dilupakan. Namun aku tidak berminat untuk menjadi ahli politik penuh dengan babak drama yang kadang kala memualkan. Cukuplah berpolitiking di alam kampus , biar kini dipentas terbuka kita berpencak digelangang dunia bisnes namun aku pasti pasti akan terpaut juga dengan politiking kecil dunia bisnes. Apa yang penting prinsip dan etika tidak tergadai , ketika krisis tidak menjadi sebahagian penyumbang krisis dan kita perlu BANGKIT dan Ayuh kita bersama MEMIKUL AMANAH BESAR yang telah kita ikrarkan dalam diri kita. KEBANGKITAN baru pasti akan berlaku , membujur lalu melintah patah , sekali genggam bara api biar jadi arang , Alang-alang melangkah biar sampai kepuncak jaya .

------------------------ Kepada sahabat pejuang marhain , pejuang alam sekitar , pencinta ilmu ,, teruskan perjuangan mu .. kerana apa sahaja yang kita lakukan prinsip tetap prinsip , hukum tetap hukum , amanah tetap amanah , biar berlainan dimensi namun arah tujunya tetap satu mengharap MARTHATILLAH ....

Aku pasti tidak akan lupa ungkapan dari seorang Pejuang Rakyat dengan ungkapan ini : " BERMULA DENGAN APA YANG KITA TAHU , BINA DARI APA YANG KITA ADA " .. InsyaALLAH ada peluang ingin sekali aku mengikuti kalian , biar kata-kata "Mengakar Kebumi " , "Mengair dan Meresap" itu terus menyentuh benak fikiran .. TERIMA KASIH atas sebuah pembelajaran , TERIMA KASIH atas sebuah pengalaman kerana Tanah Itulah RUMAH KITA KEKAL ABADI ......

Salam Perjuangan

Hairuddin Abdullah
Nak VCD PERCUMA .. SMS Nama dan Alamat ke 017-4064686


...............................................................................

----------------------------------------------------

No comments: