27 January 2009

FORTICO KE INDONESIA



Salam Sejahtera !!! Kepada rakan-rakan berbangsa cina selamat menyambut Tahun Baru. Nampaknya dalam Tempoh SEBULAN kita telah menyambut 3 KALI TAHUN BARU. Bermula dengan sambutan Tahun Baru Kalender Hijrah 1 Muharram 1430 , Kemudian Tahun Baru Masehi 1 Januari 2009 dan Kini Tahun Baru Cina dengan Tahun Kali ini adalah Tahun Lembu. Wah ! Dengan adanya 3 tahun baru ini tentu azam dan semangat baru dari setiap orang yang terlibat dengan sambutan tahun baru ini masih segar bugar dan yang penting ialah setelah ada azam yang ingin dicapai perlulah tahu juga laluan dan cara-cara mencapai azam kita tu .Jangan azam tinggal azam sahaja.

Kini , FORTICO satu jenama istimewa telah dilahirkan di Indonesia oleh Syarikat Smart Naco Sdn. Bhd menggantikan nama IgG Plus. Ia satu pendekatan BRANDING JENAMA BARU dalam memberi nafas baru kepada dunia pemasaran susu kolostrum disana. Saya yakin dengan penjenamaan baru ini , susu kolostrum ini akan disambut baik oleh rakan kita di Indonesia. Jika di Singapura ia dikenali sebagai IgG NATURAL . Penggunaan jenama ini adalah selari dengan keperluan dan kehendak serta polisi kerajaan yang memerintah.

Apa pun namanya , Kualiti dan Khasiat tetap sama tidak berubah sama sekali. Kita telah mengekalkan Momentum yang baik sejak 2005 dan kini 2009 akan memberi satu nafas dan tenaga baru dalam pemasaran susu Kolostrum di 4 buah negara.

BEBERAPA PERKEMBANGAN TERKINI dari Smart Naco.

Alhamdulillah pada Sabtu lepas , saya dan beberapa rakan telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Managing Director dan Pengurus Pemasaran dalam melihat perancangan terdekat Smart Naco dalam membantu pengedar sekaligus memantapkan penguasaan pemasaran di susu Kolostrum di 4 buah negara. Berikut adalah antara beberapa perkara yang telah disampaikan :
SATU : Buku Panduan Kejayaan Smart Naco
Pihak Syarikat telah menyiapkan sebuah buku dinamakan " Buku Panduan Kejayaan Smart Naco" dan ianya amat membantu pengedar untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik dan berkesan. Anda akan mengenali lebih banyak produk berkualiti dan mengenali keperluan pakej kesihatan , melihat testimoni pengguna produk smart naco dan berkenalan dengan Plan Pemasaran Smart Naco.

DUA : Smart Naco Super Star Nite
Pada 2009 Smart Naco akan mula mengadakan Malam Bintang Smart Naco bagi memberi penghargaan kepda mereka yang mencapai prestasi penajaan dan jualan peribadi yang cemerlang dalam masa singkat. Malam Bintang Smart Naco ini akan diadakan mengikut Zon @ Area . Berikut adalah antara anugerah yang akan disampaikan pada Malam Bintang Smart Naco nanti.

1. Anugerah mereka yang berjaya menaja 10 orang ahli baru (200pv) atau lebih dalam tempoh 3 bulan.
2. Anugerah mereka yang naik pangkat ke status manager dalam tempoh 3 bulan
3. Anugerah mereka yang mencapai jualan peribadi yang tertinggi dalam tempoh 3 bulan
4. Anugerah mereka yang menaja ahli baru (200pv) terbanyak dalam tempoh 3 bulan

Kemudian mereka ini juga akan layak mendapat kursus secara percuma selama 1 hari .

Jadi kepada rakan-rakan baru jangan lepaskan peluang ini untuk buktikan anda mampu menerima anugerah. PASTIKAN Anda boleh mencapai pangkat Manager dalam bulan Januari dan Februari ini.

TIGA : SEMINAR ISU KESEDARAN KESIHATAN WANITA
Smart Naco akan mula menggerakan beberapa siri seminar isu kesedaran kesihatan kepada golongan wanita. Seminar ini telah pun bermula dan sambutan cukup hebat di Sabah dan Sarawak. Selain tentang kesedaran kesihatan wanita , peserta juga berpeluang untuk membuat Ujian Darah yang akan dijalankan oleh Eksekutif Produk Smart Naco. Kepada rakan-rakan JOMBISNES yang berminat untuk menganjurkan seminar ini boleh berhubung dengan saya dan saya akan koordinasikan dengan pihak syarikat.

EMPAT : VCD TESTIMONI TERBARU
Pihak syarikat akan mengeluarkan VCD TESTIMONI Produk Susu IgG Plus terbaru pada bulan Februari ini. VCD dalam 2 versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina ini akan menampilkan testimoni-testimoni pengguna susu IgG Plus terkini dari seluruh negara. Nantikan kemunculannya sebagai Alat Pemasaran Berkesan kepada anda mengembangkan perniagaan anda.

LIMA : BUKU PANDUAN CTAS
Pihak syarikat juga akan mengeluarkan Buku Panduan CTAS yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Apa itu CTAS . CTAS adalah singkatan kepada segmen pasaran produk iaitu C- Children , T-Teenager , A - Adult , S-Senior. Jadi dengan adanya buku panduan ini , pengedar amat mudah memperkenalkan pakej produk yang sesuai kepada golongan-golongan seperti diatas tadi. Satu pendekatan baru yang mampu membantu pengedar mengenalpasti golongan sasaran dengan lebih mudah dalam mengembangkan perniagaan.

ENAM : PENAJAAN 200pv DAN KEAHLIAN PERCUMA
Berita Baik untuk semua pengedar. Pihak syarikat telah membuka kembali program PENAJAAN 200PV dan layak dapat Keahlian Percuma. Jadi jika prospek anda membuat pembelian produk yang mencukup 200pv mereka layak dikecualikan dari Yuran Keahlian sebanyak RM50.00. Jimat RM50.00. Mereka yang menjadi ahli dengan Pakej 200 PV ini akan dapat Buku Panduan Kejayaan secara percuma.

Jadi itu antara ENAM perkara yang telah disampaikan oleh Pihak Syarikat kepada saya semasa pertemuan dengan pihak pengurusan pada hari Sabtu yang lalu. Jadi ini adalah PELUANG TERBAIK untuk kita sama-sama mengorak langkah membina tangga-tangga kejayaan dalam dunia Bisnes Network Marketing bersama Program JOMBISNES dan Syarikat Smart Naco Sdn. Bhd.

---------------PERTEMUAN dengan PENGEDAR BARU ------------------

Dalam kesempatan aku ke Kuala Lumpur kerana ada pertemuan dengan pihak pengurusan , aku telah mengambil keputusan untuk bermalam di Kuala Lumpur. Aku bermalam dirumah Baru PD Roshidi Hj Kamis dan sempat berbincang tentang beberapa strategi bisnes dalam membantu beliau terus mengukuhkan kedudukan dan jaringan beliau di Malaysia dan Indonesia. Pada hari Ahad jam 10.30 pagi aku telah ke Saujana Puchong untuk bertemu dengan Puan Norasyikin yang baru sahaja seminggu menyertai JOMBISNES-SMARTNACO. Beliau telah berkongsi serba sedikit pengalaman menggunakan produk Susu IgG Plus dan ketika jirannya datang kerumah , jirannya telah ternampak kotak susu IgG Plus diatas dapur lalu ingin mencuba 5 paket susu igg plus tersebut. Kami berbincang tentang produk dan bagaimana hendak memulakan bisnes ini dengan konsep INTERPOS. Beliau akan memulakan dengan membuat penghantaran 20 keping VCD kepada prospek baru.

Semalam pula aku bertemu dengan En Mohd Noor Azmizal Rakaniaga Baru juga di Tikam Batu , Sungai Petani. Beliau balik ke kampung keluarga di Kota Kuala Muda. Sempat bertemu dalam 1 Jam dan sama juga banyak berbincang tentang Bagaimana Nak Bermula. Aku lihat Proses DUPLIKASI itu amat penting dalam mengembangkan bisnes ini secara lebih berkesan dan aktif. Kini ada beberapa lagi siri pertemuan dengan rakanniaga baru akan disusunkan .

Jadi itulah antara aktiviti aku bermula Sabtu hinggalah hari ini Selasa. InsyaALLAH esok atau lusa aku akan berkongsi beberapa maklumat tambahan yang lain . Apa yang penting ialah kita perlu FOKUS dengan apa yang kita usahakan.


KEPADA ANDA YANG NAK MENYERTAI AKU DALAM PROGRAM JOMBISNES-SMARTNACO sila isi maklumat anda diborang disebelah.

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH
www.jombisnes.net




No comments: