19 January 2009

PULANG DARI JAKARTA

Salam sejahtera , Apa khabar sahabat-sahabat yang budiman. Terima Kasih kerana terus mengunjungi blog saya ini. Alhamdulillah setelah seminggu keluar dari rumah kerana bertemu dengan MITRA Bisnes Smart Naco di Jakarta , hari ini Isnin saya telah selamat sampai.

Perjalanan ke Jakarta kali ini membawa suasana yang cukup hebat dan pengalaman yang terbaik yang saya dapat kutip dalam menjalani pelayaran perniagaan ini. Sampai di Jakarta saya disambut oleh Bunda Bu Atun , Pak Yadi dan Refly terus ke Rumah Makan Ponyo dan menanti Pak Arif disana . Beliau menjamu Ikan Gurameh sambil berbincang-bincang tentang halatuju bisnes.

Hari kedua saya ke Bandung dan dapatlah bertemu dengan Top Leader Hebat Pak Gunawan yang juga stokis Bandung . Saling berkenalan dan beliau juga menjamu Mee Kocok. Thanks Pak Gunawan. Kemudian Hari ketiga kami ke Kantor Pusat Naco WorldWide ( cawangan Smart Naco di Indonesia dinamakan Naco WorldWide ) dan ada perbincangan dengan pihak pengurusan. Saya dapat berkenalan dengan Pak Sufyan dan rakan-rakan yang lain. Malam ketiga saya bermalam di Rumah Pak Yadi kerana telah berpuluh kali beliau menjemput untuk tidur dirumahnya. Alhamdulillah , Yadi dahulu hanyalah seorang pekerja biasa , gaji sekitar 2 Jutaan sebulan , hanya memiliki motosikal dan menyewa dirumah kecil kini berkat kegigihan , kesabaran dan kebijakan beliau mengurus wang beliau telah membeli rumah sendiri , membeli kereta Avanza dan telah langsai hutang semuanya dan sekarang impian beliau ialah memiliki rumah kedai pula. Itulah hasil perjuangan di Smart Naco bersama produk Susu IgG Plus. Jadi anda saksikanlah sendiri peluang yang ada dihadapan anda . Jika anda malas , tidak segigih Yadi mana mungkin anda akan mendapat apa yang beliau dapat.

Hari terakhir sebelum pulang sekali lagi aku ke Kantor Pusat kerana ada sedikit perbincangan penting bersama pihak pengurusan disana. Selesai meeting aku dan rakan2 selepas makan nasi padang di Garuda Restoren terus meluncur ke Bandara untuk menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

Jadi sepanjang perjalanan di Jakarta biarlah aku rumuskan dengan cerita dibawah :::

Pada suatu hari dalam satu kumpulan keldai terdapat seekor kuda yang telah tua.. Jadi pada ketika dia berjumpa satu kawan rumput yang segar untuk makan tiba-tiba datang beberapa ekor keldai yang muda-muda dan berebut makan rumput yang segar-segar . Jadi oleh kerana keldai ini sudah tua maka ia tidak mampu untuk berlawan dengan keldai muda . Jadi keldai tua ini mengalah dan mencari lagi kawasan rumput segar yang lain. Jadi apabila bertemu dengan rumput segar keldai baru sahaja keldai tua ini nak makan tiba-tiba datang lagi beberapa ekor keldai muda untuk berebut rumput yang sama. Akhirnya seperti tadi keldai tua mengalah dan mencari kawasan rumput lain. Dia berjalan mencari makanan hingga sampai disatu tempat dikawasan rumput kering dan ketika keldai tua ini sampai kesana dengan tidak diperasan oleh keldai tua itu dia telah terpijak rumput kering yang menutupi sebuah perigi. Akhirnya keldai tua ini terjatuh kedalam perigi yang agak dalam . Jadi keldai tua ini berusaha untuk keluar tetapi tidak Berjaya. Berusaha lagi tetapi tidak Berjaya.

Maka pada sebelah petang tuan keldai ini membilang keldai beliau. Didapati seperti ada kurang seekor. Tuan Keldai ini mencari dimerata tempat dan mengenalpasti keldai beliau yang hilang itu adalah seekor keldai tua. Akhirnya tuan keldai ini berjumpa keldai tua ini didalam perigi yang dalam. Jesteru tuan keldai ini terfikir , sukar juga keluarkan keldai tua ini . Keldai ini sudah pun tua , tidak boleh bekerja dengan lasak dan banyak . Aku tidak perlukan lagi keldai tua ini baik biarkan dia mati di dalam perigi sahaja … Jadi dengan idea itu , tuan keldai tadi telah memerintahkan 5 orang pekerjanya untuk menimbus keldai tua yang terperangkap didalam perigi tersebut. Jadi kelima-lima orang itu mula menimbus keldai tua secara perlahan-lahan . Semakin banyak tanah yang dimasukkan kedalam perigi itu keldai itu terasa semakin dekat dia dengan permukaan tanah. Akhirnya keldai tua itu telah melihat tebing perigi lalu melompat. Akhirnya kelima-lima pekerja tadi hairan semakin banyak tanah yang dimasukkan dengan tujuan untuk membunuh tetapi akhirnya keldai tua itu dapat keluar dengan mudah

Keldai-keldai muda dan tuan keldai menjadi hairan bagaimana pula keldai tua ini boleh hidup lagi dan dapat keluar dari perigi tersebut sedangkan dia telah arahkan 5 orang pekerjanya untuk menimbus keldai itu…


Jadi itulah cerita keldai. Kadang-kala kita merasa terjadi satu musibah , satu ancaman besar yang terjadi kepada kita namun kadang-kala ALLAH menghantarkan sebagai bantuan untuk kita lebih Berjaya. Jika kita lihat dari cerita keldai tua tadi. Tuan keldai telah membuat satu ancaman besar untuk membunuh keldai tua namun tidak disangka ancaman yang diberikan itu merupakan bantuan kepada keldai tua itu untuk keluar dari perigi. Ketika 5 orang pekerja tadi memasukkan tanah secara sedikit demi sedikit , keldai tadi hanya mengibas-ngibaskan badannya dan akhirnya tanah jatuh kebawah dan menyebabkan perigi menjadi semakin cetek . Lagi lama 5 pekerja tadi melakukan kerja itu maka perigi semakin cetek dan akhirnya telah membantu keldai tua itu untuk keluar dari perigi dengan mudah. Keldai melihat tanah yang dimasukkan kedalam perigi itu bukan satu ancaman tetapi sebagai satu usaha dari tuan keldai untuk membantunya untuk keluar dari perigi.


--------------------------UPDATED PENAJAAN----------------

TAHNIAH KEPADA RAKANIAGA BARU. bestnya bisnes ini walaupun aku ke Jakarta tetapi ada orang yang bank in duit ke akaun untuk menyertai JOMBISNES. WOW!!! Sesuatu luar biasa. Pagi tadi awal pagi lagi sudah ada orang yang bank in duit RM395 untuk menjadi ahli dengna pembelian 5 kotak susu. NAK TAHU CARANYA .. SERTAI JOMBISNES ...

Tahniah Kepada Mr XXXX Kerana berjaya mendapat 80 orang prospek semalam.
Tahniah Kepada Hafiza kerana berjaya dapat lagi beberapa orang prospek
Tahniah Kepada Puan Jamilah Kerana Berjaya Close 2 Orang dengan Pakej 5 Kotak
Tahniah Kepada Che Din juga , he he he kerana berjaya pos 114 keping VCD dalam tempoh seminggu..

Nak Tahu Rahsianya --------- Sertai JOMBISNES.. www.jombisnes.net


Yang Benar

HAIRUDDIN ABDULLAH
Che Din




1 comment:

Anonymous said...

Askum...
Syabas Che Din..semoga kita sukses di Jakarta...saya juga sedang bekerja keras untuk memulakan kembali line saya di jakarta...semoga kita bertemu lagi...
Tak lama lagi saya akan luncurkan website Naco Worldwide yg mana boleh dijadikan reference buat teman2 SST..so moga2 kita akan terus sukses...
Saya juga akan luncurkan Naco Worldwide Blog...so kita boleh keep and touch....
Salam sukses.....