15 February 2009

JUARA LAWAN GAGAL

Perbezaan antara JUARA dan GAGAL sangat ketara. Juara atau pemenang mengambil tanggungjawab dalam segala kesan dan hasil daripada tindakan mereka. Manakala mereka yang gagal tidak pernah berbuat begitu , malah ada sahaja alasan yang mereka kemukakan. Alasan , alasan dan alasan lagi ...

Mereka yang gagal seoalah-olah menghidap sejenih penyakit "ada sahaja alasan". Boleh kita simpulkan yang sikap ini sebagai penghalang bagi mencapai kejayaan. Sebaik sahaja seseorang itu terkena jangkitannya , beliau tidak dapat lagi maju ke depan , tetapi sentiasa memberi alasan bagi setiap kesusahan hidupnya.

Manakala JUARA pula tidak begitu kerana mereka beroientasikan penyelesaian. Mereka sentiasa mencari jhalan bagi mengatasi apa juga cabaran yang mereka hadapi setiap hari . Mereka sentiasa mencuba perkara baru. Sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara itu , mereka cuba cara yang lain. Mereka tidak menyerah kalah dan sesekali PANTANG MENGALAH.

Jesteru itu , kita boleh memilih untuk menjadi watak JUARA atau GAGAL. Jangan bagi alasan dan terus bagi alasan tentang usaha untuk mencapai kejayaan. JUARA akan bertindak lebih PROAKTIF dan AGRESIF. Namun ramai orang tidak PROAKTIF , ramai usahawan tidak PROAKTIF , ramai usahawan MLM tidak PROAKTIF dan ramai juga usahawan Smart Naco tidak PROAKTIF. Mereka mengambil pendekatan PASIF.

Ramai orang Pasif hanya menunggu arahan atau tidakan daripada syarikat , arahan atau tindakan dari upline atau dari orang lain. Mereka tidak mengambil tindakan PROAKTIF sendiri. Mereka yang PASIF tidak bertindak menukar perkara yang tidak diingini , tetapi hanya menunggu syarikat atau pemimpin memberi dan menyusun tindakan untuk diri mereka.

PELABURAN KEPADA PEMBANGUNAN DIRI

Ramai orang ingin BERJAYA namun TIDAK RAMAI orang yang sanggup membuat pelaburan dalam usaha pembangunan diri untuk profesion mereka. Tidak kiralah mereka ini usahawan atau seorang pekerja makan gaji. Mereka tidak membaca buku , ataupun mendengar program audio, ataupun menghadiri kursus. Bila ajak kursus atau latihan pembangunan diri dan minta minta membuat sedikit pelaburan pelbagai alasan diberikan. Mereka bukan sahaja menunggu pihak syarikat atau pemimpin menyediakan program atau latihan malah ada yang minta lagi SUBSIDI sedangkan kalau mereka berjaya nanti mereka juga yang mendapat hasilnya.

Marilah kita mengambil pendekatan PROAKTIF dan memainkan peranan sebagai watak JUARA. Jangan tunggu upline hubungi anda , ambil tindakan proaktif dengan menghubungi upline ada , jangan tunggu upline atau syarikat menyusun program di tempat anda , jadi PROAKTIF dengan anda merancang untuk menyusun program.

Beli buku-buku berkaitan untuk peningkatan kemahiran dan kualiti diri , beli CD atau Kaset motivasi , hadiri kursus-kursus yang bersuaian dengan profesion anda. Hal ini bukan saya sasarkan kepada mereka yang terlibat dalam bisnes MLM sahaja tetapi kepada semua usahawan , pelajar dan juga pekerja yang bekerja makan gaji. JADILAH ORANG HEBAT , JADILAH JUARA , JADILAH INSAN PROAKTIF.

------------------------------------------------------

TAHNIAH KEPADA

En Mohd Rosli kerana menyertai Program JOMBISNES-SMARTNACO
En Nazri dari Seremban kerana menyertai Program JOMBISNES-SMARTNACO

Selamat datang ke Smart Naco , Selamat datang ke Smart Success Team.

-------------------------------------------------------

Kepada yang ingin memulakan bisnes bersama saya sila ke www.jombisnes.net

Sekian Dahulu


HAIRUDDIN ABDULLAH

No comments: