07 October 2008

START NOW

START NOW - MULAKAN SEKARANG.....

Setelah GAME OVER , LOADING dan sekarang adalah START NOW.... Memulakan cabaran perniagaan dalam suasana dan kondisi yang berbeza namun permainan , peraturan , pemainnya dan sasarannya tetap sama. Hanya suasana , strategi dan pendekatan perlu diubahsuai.... Cukuplah 3 tahun bersama-sama Smart Naco dan Smart Success Team dalam rentak yang biasa. Aku perlu tukarkan rentak dan suasana baru agar permainan baru ini akan nampak lebih bertenaga bersesuaian dengan cabaran kali ini.

Kini masuklah aku dilangkah-langkah awal tahun yang keempat.

LEARNING CURVE : Sebagai orang baru dalam bidang perniagaan MLM 3 tahun lalu adalah satu tempoh pembelajaran dan pastinya belajar tetap tidak akan habis sampai bila-bila. Namun ASASNYA yang dibina dalam tempoh 3 tahun akan menjadi daya tenaga baru dalam mencetuskan satu momentum yang baru dengan lebih bertenaga.

HASIL DARI TINDAKAN : Tiada RAHSIA dan FORMULA hebat untuk berjaya kerana ianya cukup mudah iaitu HASIL datang DARI TINDAKAN. Namun untuk memulakan TINDAKAN itu yang mencabarnya dan terserah pada diri kita samada untuk melakukan atau tidak. Kadangkala kita telah mengetahui , telah ada dalam perancangan , telah faham bagaimana untuk bergerak atau bertindak namun masih TIADA TINDAKAN yang diambil walaupun sedikit. Tidak kira siapa kira , jika kita berhenti bertindak , HASIL juga akan berhenti berbuah. Namun TINDAKAN yang diambil perlulah strategis sifatnya , semasa kehendaknya , fleksibel rentaknya dan berdaya saing langkahnya.

APA YANG KITA HARAPKAN : Apa yang anda dan saya harapkan dari perniagaan bersama Smart Naco dan Smart Success Team , sudah pasti Duit atau wang atau pitih atau pulus yang mampu merealisasikan IMPIAN anda. Letaklah sebesar mana impian anda namun semuanya itu anda tidak akan miliki tanpa anda memperolehi wang terlebih dahulu. Jadi berapa banyak yang kita hendakkan wang dalam perniagaan ini. RM300 , RM 3000 atau RM 30,000 dan berapa banyak pula wang yang sanggup kita sediakan untuk mendapat apa yang kita inginkan. Jesteru itu bila buat bisnes ini biar sampai dapat duit atau wang.

NAK HARAPKAN SIAPA ? Siapa lagi yang kita nak harapkan selain diri kita yang memulakan dahulu. Nak harapkan upline sahaja , nak harapkan syarikat sahaja , nak harapkan kumpulan menyediakan semuanya untuk kita , nak harapkan orang datang membeli dengan kita , nak harapkan prospek masuk ke email kita dan nak harapkan wang datang mencurah-curah tanpa kita berbuat apa-apa. Jadi NAK HARAPKAN SIAPA? Kalau kita tidak meminta , siapakah yang akan memberi , kalau kita tidak bertanya , siapakah yang akan memberi jawapan , kalau kita tidak menghubungi mereka , siapakah yang akan menghubungi kita ? Jadi NAK HARAPKAN SIAPA , tentulah bermula dengan mengharapkan DIRI KITA mengambil TINDAKAN. Zaman semakin mencabar dan berdaya saing . Jesteru itu itu , kita perlu PROAKTIF dalam segala hal tindakan ...

MALAS : Hah! ni lagi satu penyakit. Kadang-kadang aku rajin juga terkena penyakit nie. Memang susah nak ubat melainkan atas kesedaran yang tinggi kalau kita nak rasa hidup lebih selesa dari sekarang. Ada tak orang malas yang berjaya. Ada orang kata duduk diam dapat duit ... HAH! Kelentong sahaja tu , kalau duduk diam dapat duit , duduk la sahaja jangan buat apa-apa , jangan hantar email , jangan call prospek , jangan pergi meeting , jangan beli produk dan jangan buat apa-apa langsung... NAMUN ... Anda boleh berada dalam kedudukan itu setelah anda BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH , Berkorban dan tidak putus asa masa mula-mula anda melangkah masuk dunia perniagaan ini. Barulah boleh duduk diam dapat duit setelah anda membina empayar perniagaan anda . Namun biasanya orang seperti ini PASTI lagi tak akan duduk diam bila perniagaan semakin berkembang maju.... KALAU baru je nak masuk terus nak duduk diam , CUBALAH tengok HASILNYA .... Barulah BANGSA dan NEGARA akan MAJU....

BERTANGGUH : Hah! Ini lagi penyakit yang paling hebat selepas malas. Aku pun kadang-kadang selalu juga kena penyakit nie . Memang sakit .. Idea dah ada , perancangan dah ada , peralatan dah tersedia , kelengkapan dan menanti tetapi TINDAKAN masih tidak menjadi , dari esok ke esok , dari minggu depan ke minggu depan dan dari bulan depan ke bulan depan. Inilah MUSUH UTAMA yang perlu aku hapuskan. Tapi InsyaALLAH kalau IMPIAN kita besar , MATLAMAT kita jelas dan kita memang INGIN SANGAT nak capai IMPIAN kita , InsyaALLAH kita boleh bunuh si MAT TANGGUH ni...

Jadi itulah cabarannya. Kalau kita kalah dengan Mat Malas , Mat Tangguh , Tiada Tindakan dan Asyik Mengharapkan Orang Lain .. Memanglah GAME OVER la perniagaan kita. Kalau setakat GAME OVER perniagaan kita tidak mengapa , boleh cuba permainan perniagaan baru , tetapi kalau GAME OVER IMPIAN kita , CITA-CITA kita ,,, parah tu...

Dan akan boleh TERUS GAME OVER kalau ....

CEPAT MENGALAH : Ni lagi satu , baru ada ujian dalam perniagaan , belum berjaya membuat jualan , belum berjaya membuat penajaan dalam sekali dua dah mengalah. Bisnes ada cabaran dah mengalah , call prospek tak angkat dah mengalah ... Macam mana nak menang kalau asyik mengalah jer , lepas tu pi kacau orang sana , pi kacau orang sini biar sama-sama jadi orang kalah macam dia ,, Ish! Kalau nak berjaya kena bunuh budak CEPAT MENGALAH ni ....

WAIT & SEE : Hah! biasa dengar tak perkataan ni . Wait & See. Tak perla , hangpa gerak dulu , aku Wait & See dulu yer .. Bila orang lain ajak buat bisnes Wait & See , Bila bisnes yang dia buat ada masalah tak per la Wait & See nanti bila bisnes dah ok balik aku pecut balik. Entah bila yang dia pecut pun aku tak tau... Nikmat ker hidup dalam suasana Wait & See.. Nie. tapi kadang kala WAIT & SEE nie perlu juga digunakan ......

Jadi , macam mana tak GAME OVER perniagaan kita kalau kita ada semua budak-budak kat atas tu.. Dalam permainan tentu ada banyak cabarannya. Kalau anda biasa main game macam budak-budak sekarang dok layan tu , masa mula-mula tu memang anda akan selalu game over , tetapi kalau anda dah ulang-ulang dan selalu main , kalau dulu dalam level 1 yang senang pun dah game over , tapi kalau selalu main , boleh sampai level 2 , level 3 , level 4 , level 5 sampai la level yang paling susah ... Setiap level tentu la anda akan masuk dalam suasana baru , cabaran baru , halangan baru dan JANGAN LUPA .. Ni yang SELALU ORANG LUPA .. Dia asyik nampak halangan jer... Dalam level baru sudah tentu akan ada REWARD Baru yang lebih baik dari level 1. Jadi kita kena selalu UPGRADEKAN Pengetahuan kita , kecekapan kita , kemahiran kita CARANYA ? Senang jer , Buat TIAP HARI , Bertindak TIAP HARI , Amalkan TIAP HARI , Membaca TIAP HARI , Belajar TIAP HARI ,,, Sikit-sikit tetapi TIAP HARI .... InsyaALLAH anda akan menjadi seoarang yang PROFESIONAL.

HAH ! Aku ni cakap je pandai kekadang TAK BUAT Pun... Jadi lepas ni kena la buat.. Buat dan Buat , Orang kata BERTINDAK .. Sebab tu HASIL DATANG DARI TINDAKAN... STAR NOW...


READY...................... GO


Che Din

www.myniaga.net


No comments: