19 October 2008

HOME COMING

Salam sejahtera ! Apa khabar semua ? Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis di blog ini. Hari ini Isnin dan pada Sabtu dan Ahad saya bersama SPD Kaz dan Zul ke KL untuk acara Home Coming rakan-rakan SST dari Jengka. Kami sampai tepat jam 12.30 tengahari dan selang beberapa minit kelihatan satu bas rombongan rakan-rakan SST dari Jengka Pahang yang ramainya dimonopoli orang orang-orang Kota Gelanggi sampai. Mereka datang untuk melawat HQ Syarikat Smart Naco . Penuh satu bas mereka memeriahkan program di syarikat.

Kemudian selepas mereka pulang , rakan lama SST iaitu PD Puan Ziela pula datang ke HQ untuk mengikuti perkembangan terkini syarikat Smart Naco dan SST. InsyaALLAH gerakkerja bersama akan terus bermula bersama beliau selepas ini. Selesai semua kami pun bergerak ke Shah Alam .

Pada hari Ahadnya aktiviti kami penuh dengan bermula di awal pagi bertemu dengan sahabat lama SST iaitu Saudara Berman dan pertemuan kami di RnR Dengkil. Setelah selesai kami patah balik ke Shah Alam untuk bertemu seorang lagi rakan SST iaitu PD Puan Maznah dan SPD Kaz memberi penerangan ringkas tentang maklumat terkini Smart Naco . Setelah selesai kami ke satu lokasi lagi untuk bertemu dengan PD Dr. Rozi dan nampaknya beliau terus membuat followup susulan untuk terus bergerak. Kemudian kami ke Stokis PJ untuk sesi perbincangan kumpulan kecil. Setelah selesai kami terus ke Cheras untuk beraya di Rumah En Azhar , Pengurus Pemasaran Smart Naco. Than selesai baru kami pulang ke Penang dengan diiringan rintikan lebat hujan .

.............................................. Jesteru itu ini sahaja maklumat aktiviti sepanjang dua hari. Hari ini telah diisi beberapa aktiviti pertemuan dengan beberapa rakan untuk terus berdiskusi menggerakkan perniagaan ini .

Sekian

CHE DIN

No comments: