03 February 2008

Positive Thinking , Positive Feeling

Salam Sejahtera ! Bertemu lagi di ruangan blog. Syukur Alhamdulillah Aku dan SPD Zul telah selamat pulang dari Jakarta. Ada sesuatu yang dapat aku bawa pulang dari Jakarta sambil aku mengharungi keadaan Macet ( Jem ) selama 3 jam yang sepatutnya perjalanan dari Kota Bekasi Ke Bandara ( airport ) hanya mengambil masa 1 jam. Keadaan di Jakarta banjir dan telah melumpuhkan pergerakan aktiviti di kota Jakarta. Jadual penerbangan sepatutnya jam 6.10 minit petang dan sudah pasti aku perlu sampai selewatnya jam 5.10 dan aku bertolak dari Kota Bekasi lebih kurang jam 2 petang. Dalam perjalanan kami menerima khabaran bahawa pesawat telah di tunda ke jam 8.20 minit malam dan timbul rasa kelegaan kerana dalam keadaan jam yang teruk atau di sebut ( macet total ) mana bisa kami sampai tepat pada waktunya. Dalam mengharungi macet total itu kami terima lagi sms mengatakan yang penerbangan di batalkan.

Alhamdulillah jam 6 kami sampai dan setelah ke kaunter pelayanan air asia petugas mengatakan bahawa pesawat kami akan berangkat jam 8.20. Syukur Alhamdulillah . Dan Paling Istimewa lagi , ALLAH juga mengizinkan SPD Zul bertemu rakaniaganya Pak Yali yang mengambil masa perjalanan 4 jam dari Kota Jakarta (sepatut 1 jam) dan dapat kami bertemu sekitar 20 minit.

Cuba anda bayangkan
setelah 4 jam terjebak dalam jem untuk ke airport tapi Pak Yali dan Pak Zul tidak bisa bertemu. It
ulah bila sama-sama ikhlas untuk bertemu akan di izinkan ALLAH... Terima Kasih kepada semua rakan-rakan SSTI yang memberikan layanan yang cukup istimewa. ...........................................................

Hari ini aku ingin kongsikan sedikit tentang satu perkara yang cukup menarik perhatian dan sentiasa membuatkan aku berfikir tentangnya. Jika dahulu ramai orang kata kita kena berfikir
an positif , berfikiran positif namun ada satu lagi perkara yang cukup dalam dan MAHA dasyat tentang berperasaan positif ( positive feeling )..

Ini kerana apa yang anda RASA semasa anda memikirkannya itu lebih kuat getarannya dan ia adalah yang sebenarnya....


Jadi dalam versi baru ini akan berbunyi Anda akan mendapat apa yang paling anda RASAKAN ketika anda memikirkanya dan jika dahulu ia berbunyi Anda akan mendapat apa yang anda fikirkan....


Sebagai Contoh :
Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan , APAKAH YANG ANDA RASAKAN DI HATI
? Adakah anda merasa : takut , stres , bingung , tidak yakin , tidak nampak jalannya , kurang kemampuan . atau Adakah anda merasa : tenang , yakin , ikhlas , syukur ?

Anda sendiri yang mengetahui apa yang HATI anda rasakan.....


Sebenarnya Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan ia adalah hanya sebuah fikiran anda yang hanya menguasai hanya 12% berbanding adak
ah anda merasa itulah perasaan anda yang menguasai 88%...

TAHUKAH ANDA ?
"Hasil kajian para ilmuwan membuktikan kualiti elektromagnetik jantung (perasaan) 5000 kali lebih kuat daripada otak. Dengan kata lain positive thinking memakai tenaga 1 watt , maka positive feeling memakai tenaga 5000 watt."


Jesteru itu kita perlu MENYELARASKAN positive thinking dengan positive feeling agar selari dimana ketika otak memikirkan tentang kejayaan , perasaan anda dapat menerimanya dengan
tenang , rasa syukur , bahagia dan yakin... PERNAH BUKAN ????

Ketika anda mengatakan anda INGIN SUKSES tetapi ada sesuatu yang kurang enak pada perasaan anda ?.... Jadi mari kita bina KEIKHLASAN pada Perasaan kita dengan keluar dari Zon Nafsu kepada Zon Ikhlas...


Zon Nafsu
adalah perasaan-perasaan Takut , Marah , Cemas dan Keluh manakala

Zon Ikhlas adalah perasaan-perasaan Syukur , Sabar , Fokus , Tenang , Bahagia.
JESTERU itu
Kuncinya adalah KEIKHLASAN dala
m semua yang telah dan akan anda lakukan. Ikhlaskan diri atas semuanya kepada ALLAH.

MENGAPA RAMAI ORANG TIDAK BERJAYA ? Ini kerana Apa yang difikirkan tidak di selaraskan dengan apa yang dirasakan. Akhirnya kita sendiri jadi buntu untuk memikirkan..

Satu persoalan ?
Mengapa kita tidak melakukan sesuatu yang kita fikirkan bermanfaat bagi kita? Kita ingin sihat tetapi tidak pernah bersenam dan mengambil makanan yang sesuai , Kita ingin berjaya tetapi selalu menangguh-nanggu
hkan kerja , Kita ingin punya ramai rakan-rakan tetapi agak sukar untuk kita tersenyum , Kita ingin dibantu tetapi sukar meminta tolong , Kita ingin mengetahui sesuatu tetapi tidak mahu mengikuti program latihan , kita ingin ikhlas tetapi tidak mau berserah diri.....

Jesteru itu , untuk mencapai tahap Positive Feeling yang baik , kita perlu berusaha MENGIKHLASKAN diri , keluar dari Zon Nafsu ke Zon Ikhlas , Selaraskan Antara Fikiran dan Perasaan .......

Hah ! Mungkin anda kurang faham? InsyaALLAH dalam pertemuan-pertemuan saya bersama anda mungkin kami boleh kongsikan tentang kekuatan POSITIVE FEELING dan anda juga akan tau tentang apa itu LAW OF ATTRACTION dan QUANTUM IKHLAS

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Telah Anda Ada , Ikhlaskan Diri dan Capailah Kekuatan Positive Feeling anda .........................

Sebab itu pepatah mengatakan "Ikut Hati Mati " Jika Perasaan kita sering didorong dalam Zon Nafsu ...

Namun Jika Di Dorong Zon Ikhlas , anda PASTI akan mencapai apa yang anda impikan.....

Kepada Anda Yang Pertama Kali ke Blog Aku , silalah ke laman web aku di www.chedin.myniaga.net


ANDALAH APA YANG ANDA RASAKAN SEMASA ANDA MEMIKIRKANNYA !!!!

Salam kejayaan
Hairuddin Abdullah








No comments: