19 February 2008

PERCAYA PADA DIRI

SALAM KEJAYAAN !!! ANDA HEBAT : kepada semua sahabat dan pengunjung blog ini. Saya panjatkan rasa kesyukuran atas semua anugerah Illahi kepada saya dan kita semua. Alhamdulillah malam semalam kita telah berjaya menjalankan Priview Program Jutawan X.STREAM dan sambutan cukup baik. 5000 helai flyer yang saya bawa habis di beli rakan-rakan.

Sebentar tadi saya membelek-belek beberapa buah buku motivasi dari beberapa orang pengarang baik dalam dan luar negara. Kemudian membelek-belek beberapa buah buku kepimpinan dan kepimpinan pelajar kerana InsyaALLAH hari Khamis dan Sabtu ini saya bersama seorang sahabat akan mengendalikan Program Kepimpinan Pelajar Sekolah. Kadangkala teringat zaman persekolahan dan ketika di Universiti. Memang tak rugi aktif dan mengambil LEBIH TANGGUNGJAWAB ketika di Sekolah Dan Universiti.Ini pun pada 23 dan 24 ada jemputan untuk ke Program Remaja khas untuk remaja-remaja yang berisiko. Lama betul tak buat program bersama adik-adik remaja dan pelajar-pelajar sekolah. Junior aku di USM pulak sekarang tiap bulan masuk ke kampung orang Asli di Perak beraktiviti dengan mereka. Kadangkala bila kita ikut program-program ini , kita akan lebih mengerti apa erti sebuah perjuangan kehidupan dan mengapa kita perlu membumi . Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Mereka perlukan bimbingan dan perhatian. Tapi tu la bertindih 2 ke 3 program .

Berbalik kepada beberapa buah buku yang saya belek tadi , hampir kesemuanya menyentuh tentang satu perkara yang cukup penting iaitu PERCAYA PADA DIRI. Ianya adalah satu perkara asas untuk kita memulakan sesuatu. Saya melihat setiap kali saya dan sahabat saya menjalankan ujian analisis personaliti , yang kita tanyakan berikan 4 nama orang yang Paling Kita Percaya . Tidak ramai yang meletakkan PERCAYA PADA DIRI . Mereka kadangkala lebih percaya pada ibu bapa mereka , guru mereka , rakan mereka sehingga ada yang terlupa kepada mereka juga perlu percaya pada diri sendiri....

Bagaimana kita ingin meningkatkan PERCAYA diri. Kita perlu kenal diri kita. Untuk mengenal ALLAH kita diajar untuk mengenal sifat-sifat ALLAH. Begitu juga kita perlu kenal diri kita , tahu tentang mengapa kita diwujudkan dimuka bumi ini dan kena tahu bahawa pada diri setiap orang itu ada POTENSI diri. Ada satu kata-kata yang cukup menarik yang saya masih simpan hingga sekarang . Saya dapat kata-kata ini pada 13.4.1994 ketika menghadiri Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar di Kem Bumi Jati Klang. Kata-kata ini seperti ini :

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan diri , tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibaja dengan keberanian "

Ramai orang berhadapan dengan masalah PERCAYA DIRI bahawa mereka adalah seorang insan yang hebat , insan yang boleh berjaya , insan yang boleh jadi kaya , insan yang mempunyai kekuatan dalam yang cukup kuat. KADANGKALA mereka lebih percaya tentang kehebatan orang lain sehingga tidak nampak tentang kehebatan diri sendiri. Jika TIDAK ANDA yang memberi peluang untuk mempercayai diri anda sendiri siapa lagi. Buat yang TERBAIK untuk diri sendiri.

Kita punya banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul di muka bumi ini. JESTERU itu , apabila anda melakukan sesuatu , LAKUKAN sebaiknya , PERCAYALAH pada diri sendiri bahawa anda BOLEH BERJAYA , Tanamkan KEPERCAYAAN DIRI yang tinggi ketika anda membuat keputusan , ketika anda menghubungi prospek , ketika anda menghubungi rakaniaga anda , ketika anda berkongsi cerita peluang perniagaan ....

MUSUH PALING UTAMA adalah diri sendiri , Musuh kepada kehancuran sesebuah organisasi juga terdapat dalam organisasi itu sendiri , Musuh kepada kehancuran pada sebuah negara juga terdapat kepada rakyatnya sendiri ...

Sentiasa katakan pada diri anda , ANDA HEBAT , Anda Boleh melakukan yang terbaik , Anda telah dianugerahkan oleh ALLAH potensi yang hebat , Anda Boleh berjaya , Anda Boleh Mengurus masalah dengan baik , Anda Seorang yang berani ..... Katakan selalu pada diri anda , BERIKAN nilai PERCAYA yang tinggi pada diri sendiri...

Akhir sekali terimalah pesanan dari seorang penceramah kem kepimpinan pelajar yang saya ikut dulu....

" Bangkitlah dan Pikullah amanat ini di atas pundakmu ... Hembuskanlah panas nafasmu diatas kebun ini agar haruman nafasmu meliputi segala. Janganlah dipilih hidup bagaikan nyanyian ombak hanya bernyanyi ketika terhempas di pantai. Tapi jadilah kamu ibarat air bah , menggugah dan mengubah dunia dengan amalmu "

PERCAYALAH :: Anda seorang yang hebat , seorang yang berani , seorang yang berjaya .....

HARI NI ADA 2 ORANG YANG MINTA SAYA hantarkan MAKLUMAT PERNIAGAAN saya kepada mereka ... Jadi kepada anda yang nak maklumat perniagaan saya sila ke www.chedin.myniaga.net
atau SMS je ke 012-4686404 ---
Sapa SMS saya hadiahkan Majalah Apprentice ....

Selain saya menjalankan bisnes ini , saya juga sedang menggerakkan MODUL ISTIMEWA iaitu PERSONALITI UNGGUL bersama Sahabat Saya di USM. Anda boleh membaca di www.analisispersonaliti.blogspot.com InsyaALLAH belia
Publish Postu juga akan saya undang untuk menjadi Konsultan Khas kepada proses Membina Personaliti Unggul Usahawan Smart Success Team ....

Nanti anda boleh kenal personaliti wirawan dan beberapa lagi ....

Untuk membina kesejahteraan keluarga dan anak-anak , saya bersama sahabat saya ini juga menjalankan program TERAPI ANAK KU SAYANG , boleh juga ke blog http://personalitianak.blogspot.com. Sapa nak anjur program2 seperti analisis personaliti dan program anak ku sayang boleh la juga berhubung..


Sekian

Hairuddin Abdullah
www.chedin.myniaga.net

No comments: