01 June 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah , kerana Allah telah tunjukkan jalannya dan berikan ilham untuk aku meneruskan usaha dalam bisnes ini. Hari ini hari cuti sekolah dan wife aku hari ni punya la happy kerana produk yang dipromosi dan jual secara online telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Biasa la belakang dia aku la dok susun strategi promosi online tu , he he he. Apa pun sesuatu permulaan bisnes yang baik.

Semalam aku dapat sms dari seorang sahabat di Kuching Sarawak bertanyakan tentang susu IgG Plus dan Alhamdulillah dalam 2 minggu kebelakangan ini ada beberapa pertanyaan dan mereka yang ingin menyertai bisnes Smart Naco yang aku usahakan sejak 2005. Perkembangan rangkaian di Indonesia juga semakin baik dan tersusun moga ALLAH berikan kekuatan untuk aku meneruskan bisnes ini hingga terus berjaya dan berjaya lagi. Kadang-kadang malam-malam aku selalu sembang-sembang dengan Cikgu Hamdi tentang strategi dan perancangan bisnes Smart Naco dan memikirkan apakah pendekatan dan cara gerak kerja terbaik untuk dilakukan. POTENSI tetap besar namun USAHA juga perlu BESAR , Semangat dan Jiwa Istiqamah perlu juga besar... Mudah-mudahan ianya dipermudahkan oleh Allah.

Kepada sesiapa yang nak order produk susu IgG Plus boleh hubungi aku di 012-4686404 .. Produk lain boleh berhubung dengan isteri dan adik aku yang menjaga hal ehwal bisnes dari Interpos Network. Aku pula fokus di Smart Naco dan Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Mungkin dalam waktu terdekat ini hasilnya belum nampak kelihatan InsyaALLAH sebulan dua ini akan menunjukkan perkembangan positif.

Ada juga beberapa rakan-rakan Smart Naco yang nak rejoin balik dengan aku dan InsyaALLAH esok aku akan bertemu dengan seseorang untuk bincangkan potensi bisnes di SN kerana mereka ingin mengetahui lebih lanjut setelah hampir setahun tidak melakukan apa-apa kerana Leadernya lompat katanya...

Ok lah , setakat ini dahulu perkembangan yang ingin aku sampaikan. Kepada yang nak tahu bisnes Smart Naco boleh hubungi aku ...

Sekian


Che Din ... Hairuddin Abdullah

www.myniaga.net
www.jombisnes.net
www.interpos.biz