05 March 2009

Orang Tak Yakin

Salam sejahtera , apa khabar , lama juga tak updated blog ini. Sibuk dengan proses SET UP syarikat training consultant saya Pusat Pembangunan Personaliti Unggul.

Ni baru je berbalas sms dengan prospek yang dok dapat VCD yang saya hantar. Ada yang potensi dan ada yang kata saya dah buat macam2 bisnes ni tapi selalu orang tak yakin dengna bisnes ini. Saya senyum je....

Ramai yang saya dengar ttg orang tak yakin dengan bisnes dan produk TETAPI mereka LUPA sama sekali adakah kerana prospek mereka yang tidak yakin atau diri sendiri yang tidak yakin untuk meyakinkan prospek.

Jadi kita selalu bagi alasan prospek kita yang tak yakin , tetapi kita tidak ada usaha untuk meningkatkan keyakinan diri dan strategi untuk meyakinkan prospek kita kepada produk dan bisnes yang kita tawarkan. Jadi tak kan salah prospek kot ..

Jadi ADAKAH anda benar-benar yakin dengan diri anda , dengan bisnes anda , dengan produk anda dan dengan strategi penyampaian yang anda guna untuk meyakinkan prospek anda. Kenapa tak yakin ?

Jika anda tidak menguasai informasi tentang bisnes dan produk yang anda tawarkan macam mana anda nak ceritakan tentang peluang bisnes atau produk orang dengan penuh keyakinan jadi bila anda terangkan dengan tidak yakin jadi macam mana prospek nak yakin.

Jadi Che Din macam mana nak meyakinkan diri saya dan meyakinkan prospek.

Meyakinkan Diri
1. Kuasai bidang anda secara menyeluruh
2. Bergaul dengan orang yang berjaya dan penuh keyakinan
3. Banyak membaca dan kuasai strategi dan teknik meyakinkan orang. Kalau perlu invest pergi kursus , pergi la untuk perkembangan diri tapi kalau tak sanggup invest untuk diri sendiri macam mana orang nak yakin dengan anda.

Meyakinkan Prospek
1. Prospek akan yakin dengan penampilan kita , idea kita , kelancaran kita bercakap dan bila di tanya boleh jawap kerana kita telah menguasai maklumat produk dan bisnes
2. Boleh gunakan tools tambahan jadi tak perlu cakap banyak macam CD Testimoni , Gambar , paper , cek dan sebagainya. Kalau ada tools yang kuat dan meyakinkan tak cakap banyak pun orang boleh yakin.


Dan Yang PALING PENTING ialah IKHLAS dan JUJUR.

Itulah antara kunci yang kuat dalam hal meyakinkan diri dan meyakinkan orang lain. Bertindak dan bercakaplah secara jujur dan ikhlas. Anda perlu jual diri anda dulu , yakinkan orang untuk terima diri anda dulu sebelum anda menjual produk dan bisnes anda..


Eh Banyak SMS masuk ,,, tahu tak sms tu bunyi apa? SMS tu bunyi

Terima Kasih Che Din VCD PERCUMA telah saya terima

Saya telah terima VCD PERCUMA , tq

ada 5 sms yang saya terima , mcam mana mereka boleh sms ????

Silalah ke laman web saya di www.myniaga.net

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

No comments: