31 May 2009

APA JADI DENGAN AZAM BARU ?

Salam Sejahtera , Apa khabar .. Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya ini. Alhamdulillah syukur dipanjatkan atas Illahi atas izinnya dapat lagi kita bersama-sama. Hari ini 1 Jun 2009 menandakan telah 5 Purnama 2009 meninggalkan kita dan bagaimana dengan AZAM TAHUN BARU 2009 tempoh hari?

Adakah ada yang telah tercapai
Berapa peratuskah yang telah tercapai
Telah adakah tindakan-tindakan proaktif kearah mencapainya

Semoga apa yang telah diazamkan pada awal tahun menjadi kenyataan tahun ini. Jesteru itu sempena 1 Jun ini mari kita REFRESH , SEGARKAN kembali AZAM tahun baru kita untuk kita susunkan perancangan , perkemaskan lagi tekad dan azam untuk mencapainya.

Seperti saya , rasanya banyak lagi yang perlu dilaksanakan . Ada yang dah tercapai , ada yang dalam proses ke arah mencapainya ada yang nampaknya agak jauh dan PASTINYA setiap AZAM yang kita inginkan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran serta mehnah dan tribulasinya. Jangan berhenti dan lari dari cabaran yang datang kerana untuk menjadi INSAN HEBAT kita perlu tempuhinya dan dari situ kita akan terus dilatih untuk bersabar , bersyukur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. InsyaALLAH ......

Hari ini 1 Jun aku pun telah mengemaskini azam aku , beberapa pertimbangan untuk dibuat keputusan telah dilakukan dan InsyaALLAH akan ada beberapa aktiviti yang lebih pro aktif akan dilakukan pada bulan Jun ini. Ditambah lagi bulan Jun adalah bulan yang cukup istimewa untuk aku.

Apa yang jelas ada beberapa usaha yang telah dirancang akan diteruskan sampai menjadi kenyataan. Semua ini persediaan untuk menghadapi tahun 2010 agar ianya lebih cemerlang lagi.

KESEIMBANGAN

Apa pun azam kita ianya perlulah diseimbangkan. Alhamdulillah dalam sedikit masa lagi aku akan perkenalkan apa itu Total Qualiti Insan ( TQI) . Dalam apa juga nilai keazaman yang telah kita susunkan perlulah ia diseimbangkan dengan azam untuk hal Jasmani , hal Intelektual , hal spiritual dan hal emosi ... Tingkatkan nilai Keilmuan dan Ilmu , Tingkatkan Kemahiran dan Kepakaran , Tingkatkan nilai Ketrampilan dan Personaliti serta tingkatkan Nilai sikap dan akal budi .. InsyaALLAH kita akan menjadi seorang yang berpersonaliti unggul.

Oklah , aku nak sambung buat kerja lagi .. Telah ada banyak aktiviti disusun hari ini . Semoga kita terus diberikan nikmat dan dibukakan pintu rezeki ....

Salam kejayaan

HAIRUDDIN ABDULLAH

www.myniaga.net
www.jombisnes.net
www.interpos.biz

29 May 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Salam Sejahtera ! Apa khabar ! Hari ini hari pertama cuti sekolah. Diam tak diam dah masuk setengah tahun untuk 2009. Sekejap bebeno rasanya. Hari ini ada 4 Jemputan kenduri kahwin. Syukur Alhamdulillah apabila ada orang yang menjemput kita. Lagi banyak lagi bagus murah rezeki namanya tu. Apa pun sebaiknya kita usahakan untuk penuhi semua jemputan tu selagi kita mampu melakukannya.

Kalau di Penang macam biasa masuk je cuti sekolah ini akan berlangsungnya Karnival Keusahawanan di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Tahun ni nampaknya semakin ramai orang yang berniaga ditapak ekspo. Kali pertama aku menyertai ekspo ni pada tahun 2003. InsyaALLAH esok aku nak pi ronda-ronda ke Ekspo jumpa dengan usahawan-usahawan disana dan nak tengok produk-produk baru keluaran usahawan bumiputera. Tentu ada yang berpotensi untuk dipasarkan.

Cuti sekolah juga ada rakan-rakan yang mengambil ruang untuk berjalan-jalan , bercuti dan makan angin. Pilihlah destinasi yang kita nak pergi kali ini , mudah-mudahan dapat mengikat ikatan kasih sayang keluarga . InsyaALLAH minggu depan adik dari Yong Peng akan datang ke sini ziarah Mak yang ada bersama aku. Jadi kami adik beradik dapat la berkumpul bersama dalam tempoh seminggu. Jesteru itu , sebagai usahawan baik usahawan kecil atau besar atau peringkat koorporat , jagalah keluarga dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik kejar duit , close deal dan sebagainya tetapi hati kita dengan ahli keluarga dan anak-anak tak boleh nak close. Pandai-pandaila bahagi masa antara kerjaya dan keluarga terutama mengurus hal ehwal anak-anak . Bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH.

Dah masuk setengah tahun 2009 pergi , jadi macam mana dengan pencapaian kita. Nampaknya setengah tahun ni , aku masih belum betul2 mantap lagi ni , kena terus lakukan sesuatu . Banyak ujian dan dugaan yang dilalui dan ia PASTI dihadapi dengan sabar dan rasa syukur. Mudah-mudahan semuanya ada hikmahnya.

Ok lah , dah nak pi kenduri kahwin saudara dan rakan-rakan. InsyaALLAH nanti ada masa aku akan tulis lagi di blog ini . Semoga kehidupan kita sebagai usahawan diberkati Illahi. AMIN

Salam Sukses


Che Din.

27 May 2009

TEKNIK BISNES INTERPOS

Salam Sejahtera ! Apa khabar . Semoga terus sihat dan memperolehi kerahmatan , ketenangan dan rezeki yang melimpah ruah. AMIN!. Apabila kita FOKUS kepada kelimpahan rezeki , InsyaALLAH anda akan mendapat kelimpahan rezeki , apabila anda fokus kepada permasalahan anda akan terus hadapi permasalahan dan jangan sekali-kali lari dari masalah kerana anda pasti akan menemui masalah baru lagi. Hadapinya kerana kadangkala masalah didatangkan kepada kita untuk kita membina jiwa yang kuat dan kental dan semua itu sebenarnya adalah CABARAN kehidupan anda.

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang apa yang saya namakan Teknik Bisnes Interpos. Saya telah lakukan teknik ini sejak tahun 2005 dan saya telah gunakan teknik ini untuk perniagaan MLM saya. Kepada mereka yang buat bisnes MLM susah nak cari prospek , nak menaja dan sebagainya boleh gunakan teknik interpos ni. Teknik Bisnes Interpos ini adalah satu Teknik yang menggunakan 2 kuasa bisnes iaitu Internet dan Mail Order ( Gaya Pos ).

Baru ni saya menjual satu produk perawatan kulit melalui laman web dan setiap hari saya mendapat respon untuk pembelian dan juga pertanyaan. Alhamdulillah dalam seminggu dalam buat secara sambil-sambil saya dah boleh meraih RM400.00 di atas untung runcit. Pembeli saya tidak mengenali secara fizikal dan mereka membeli melalui informasi yang saya sertakan di laman web jualan lalu mereka bank in duit ke akaun. Apabila saya terima terus saya poskan produk tersebut kepada mereka. Semalam saya dah dapat respon positif dari 2 orang yang mengatakan kulit muka mereka dah licin dan seorang lagi kulit anaknya mula mengelupas ( healing proses ) dan ingin order lagi. Nah , dengan hanya duduk dirumah anda boleh lakukan bisnes ini dan yang lebih hebat 2 orang pelanggan saya tu adalah dari Sabah.
Ada orang tanya , dari mana saya dapat senarai nama itu. Itulah pentingnya kita membina senarai nama dan saya telah menulis satu buku bertajuk Rahsia Teknik Bina Senarai Nama baik dari konteks online dan offline. Sejak saya buat bisnes MLM bermula tahun 2005 hingga sekarang saya ada beribu senarai nama. Jadi dengan menggunakan sistem Autoresponders saya hantarkan maklumat ini kepada mereka hanya dengan sekali kliks. Dari situlah kita menghantar informasinya dan mungkin salah seorangnya adalah anda bukan.


Jesteru itu , saya telah menubuhkan Syarikat INTERPOS NETWORK untuk menggerakkan aktiviti perniagaan ini. InsyaALLAH melalui syarikat ini nanti saya akan lancarkan Program Usahawan Interpos untuk membina Rangkaian Usahawan Interpos yang mana kita dapat saling bertukar maklumat , pengalaman dan sebagainya. Selain dari produk maklumat INTERPOS NETWORK juga akan mendapatkan beberapa produk fizikal yang sesuai di jual secara teknik interpos. Salah satu yang telah saya uji cuba ialah produk rawatan dan kecantikan kulit yang mana permintaanya cukup baik sekali sekarang.

Pagi tadi jam 3.00 pagi saya sempat berchating dengan seseorang yang ingin memperkenalkan satu produk berkaitan rawatan rambut pula. Setelah melihat testimoni dan semua sijil yang disahkan kemungkinan ia juga boleh dijadikan salah satu produk untuk mereka yang berminat memasarkan secara runcit. Apa pun saya perlu uji cuba dahulu sebelum memperkenalkan kepada rakan-rakan. Inilah satu Gaya Bisnes Konsep SOHO yang sebenarnya telah lama dilakukan oleh orang lain.

Baiklah saya berhenti disini seketika dan untuk anda yang selalu mengikuti blog ini blog ini akan menjadi blog sembang umum tentang topik keusahawanan , bisnes-bisnes yang saya jalankan dan aktiviti bisnes yang berlangsung. Terima Kasih atas sokongan anda selama ini.

Semoga apa yang kita usahakan mendapat keberkatan dan kejayaan.


Sekian


Hairuddin Abdullah

EKONOMI TURUN NAIK KITA MACAM MANA

Salam Sejahtera , apa khabar ? Di harapkan anda berada dalam keadaan tenang , bahagia dan dilimpahkah nikmat rezeki yang melimpah ruah. AMIN. Hari ini sehari saya di rumah menguruskan beberapa hal berkaitan penyusunan semua Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Banyak tumpuan yang perlu diberikan.

Baru ni apabila
Timbalan Menteri Kewangan kata ekonomi menguncup , ada juga yang agak panik dan ada yang 'selamber' je. Apa pun yang penting keadaan ekonomi tetap akan ada turun naiknya tetapi kita bagaimana. Kita takut kalau ekonomi terjejas dan merudum dan diwaktu itu kita dengar banyak kilang tutup , pekerja diberhenti kerja , projek agak perlahan namun HIDUP KITA dan USAHA kita jangan ditutup dan diberhentikan apatah lagi diperlahankan. Nanti apa yang sedihnya ketika EKONOMI NAIK hidup kita tetap tidak berubah seperti itu juga.

Setiap dari kita mempunyai
POTENSI yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita iaitu akal untuk kita berfikir. Kemampuan menggunakan keseimbangan otak kiri dan kanan cukup penting kerana kreativiti dan berfikir secara jauh kehadapan amat penting dalam kita menguruskan hal ehwal ekonomi kehidupan kita. Sekarang ini banyak peluang perniagaan yang boleh dilaksanakan namun PASTINYA ia memerlukan keyakinan , kepercayaan , keberanian , kesungguhan dan kekuatan untuk menjalankannya. Apa yang penting kita perlu beri ruang untuk satu-satu usaha perniagaan yang diusahakan.

Ramai orang mengeluh apabila ekonomi jatuh dan masih ramai juga yang mengeluh ketika ekonomi stabil. Jadi siapakah yang perlu stabil...
PASTIKAN Kita tetap stabil , ketika ekonomi turun kita boleh naik dan ketika ekonomi stabil kita lebih baik dari keadaan biasa. " Jangan Harap Keadaan Berubah , TETAPI Perubahan Itu PASTI Bermula Dari Diri Kita "

Semoga kita semua berjaya menempuh apa sahaja cabaran . PASTIKAN LUAR BIASA dari BIASA ...


Hairuddin Abdullah









26 May 2009

ALFATIHAH UNTUK CIK 'AT

Salam Sejahtera ! Setiap yang hidup pasti menemui saat perpisahaan dengan alam dunia kehidupannya. Hari ini jam 12 tengahari aku menerima panggilan telefon dari Yan jiran aku di kampung mengatakan yang ayahnya telah meninggal dunia. Cik At panggilan mesra aku kepada Jiran aku di kampung merangkap anak saudara kepada atuk aku yang baru meninggal bulan lalu.

Pada 27 April 2009 lalu Atuk aku meninggal dan sebulan lepas tu 27 Mei 2009 Cik At pula meninggal di Hostpital Besar Kuala Lumpur. Setahun lalu beliau telah mengalami ketumbuhan usus dan perutnya telah dibuang. Selama setahun itulah beliau hidup tanpa perut dimana semua makanan akan terus melalui usus tidak lagi terkumpul di perut. Beliau seorang yang ceria dan boleh dikatakan penghidup suasana dan majlis.

Di fahamkan kini pihak keluarga dan hospital sedang menguruskan jenazahnya untuk dibawa pulang ke Kampung Parit Amat . Terasa ingin pulang segera ke Kampung. Semoga Arwah dicucuri rahmat dan berada didalam golongan kekasih ALLAH hendaknya.. InsyaALLAH kalau tak der apa2 rasanya nak balik kampung sekejap menziari keluarga Cik At disana. Maklumlahkan jiran sebelah rumah selain dari ikatan keluarga .

ALFATIHAH


Dari

Che Din