Showing posts with label perjalanan bisnes. Show all posts
Showing posts with label perjalanan bisnes. Show all posts

01 June 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah , kerana Allah telah tunjukkan jalannya dan berikan ilham untuk aku meneruskan usaha dalam bisnes ini. Hari ini hari cuti sekolah dan wife aku hari ni punya la happy kerana produk yang dipromosi dan jual secara online telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Biasa la belakang dia aku la dok susun strategi promosi online tu , he he he. Apa pun sesuatu permulaan bisnes yang baik.

Semalam aku dapat sms dari seorang sahabat di Kuching Sarawak bertanyakan tentang susu IgG Plus dan Alhamdulillah dalam 2 minggu kebelakangan ini ada beberapa pertanyaan dan mereka yang ingin menyertai bisnes Smart Naco yang aku usahakan sejak 2005. Perkembangan rangkaian di Indonesia juga semakin baik dan tersusun moga ALLAH berikan kekuatan untuk aku meneruskan bisnes ini hingga terus berjaya dan berjaya lagi. Kadang-kadang malam-malam aku selalu sembang-sembang dengan Cikgu Hamdi tentang strategi dan perancangan bisnes Smart Naco dan memikirkan apakah pendekatan dan cara gerak kerja terbaik untuk dilakukan. POTENSI tetap besar namun USAHA juga perlu BESAR , Semangat dan Jiwa Istiqamah perlu juga besar... Mudah-mudahan ianya dipermudahkan oleh Allah.

Kepada sesiapa yang nak order produk susu IgG Plus boleh hubungi aku di 012-4686404 .. Produk lain boleh berhubung dengan isteri dan adik aku yang menjaga hal ehwal bisnes dari Interpos Network. Aku pula fokus di Smart Naco dan Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Mungkin dalam waktu terdekat ini hasilnya belum nampak kelihatan InsyaALLAH sebulan dua ini akan menunjukkan perkembangan positif.

Ada juga beberapa rakan-rakan Smart Naco yang nak rejoin balik dengan aku dan InsyaALLAH esok aku akan bertemu dengan seseorang untuk bincangkan potensi bisnes di SN kerana mereka ingin mengetahui lebih lanjut setelah hampir setahun tidak melakukan apa-apa kerana Leadernya lompat katanya...

Ok lah , setakat ini dahulu perkembangan yang ingin aku sampaikan. Kepada yang nak tahu bisnes Smart Naco boleh hubungi aku ...

Sekian


Che Din ... Hairuddin Abdullah

www.myniaga.net
www.jombisnes.net
www.interpos.biz

31 May 2009

APA JADI DENGAN AZAM BARU ?

Salam Sejahtera , Apa khabar .. Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya ini. Alhamdulillah syukur dipanjatkan atas Illahi atas izinnya dapat lagi kita bersama-sama. Hari ini 1 Jun 2009 menandakan telah 5 Purnama 2009 meninggalkan kita dan bagaimana dengan AZAM TAHUN BARU 2009 tempoh hari?

Adakah ada yang telah tercapai
Berapa peratuskah yang telah tercapai
Telah adakah tindakan-tindakan proaktif kearah mencapainya

Semoga apa yang telah diazamkan pada awal tahun menjadi kenyataan tahun ini. Jesteru itu sempena 1 Jun ini mari kita REFRESH , SEGARKAN kembali AZAM tahun baru kita untuk kita susunkan perancangan , perkemaskan lagi tekad dan azam untuk mencapainya.

Seperti saya , rasanya banyak lagi yang perlu dilaksanakan . Ada yang dah tercapai , ada yang dalam proses ke arah mencapainya ada yang nampaknya agak jauh dan PASTINYA setiap AZAM yang kita inginkan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran serta mehnah dan tribulasinya. Jangan berhenti dan lari dari cabaran yang datang kerana untuk menjadi INSAN HEBAT kita perlu tempuhinya dan dari situ kita akan terus dilatih untuk bersabar , bersyukur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. InsyaALLAH ......

Hari ini 1 Jun aku pun telah mengemaskini azam aku , beberapa pertimbangan untuk dibuat keputusan telah dilakukan dan InsyaALLAH akan ada beberapa aktiviti yang lebih pro aktif akan dilakukan pada bulan Jun ini. Ditambah lagi bulan Jun adalah bulan yang cukup istimewa untuk aku.

Apa yang jelas ada beberapa usaha yang telah dirancang akan diteruskan sampai menjadi kenyataan. Semua ini persediaan untuk menghadapi tahun 2010 agar ianya lebih cemerlang lagi.

KESEIMBANGAN

Apa pun azam kita ianya perlulah diseimbangkan. Alhamdulillah dalam sedikit masa lagi aku akan perkenalkan apa itu Total Qualiti Insan ( TQI) . Dalam apa juga nilai keazaman yang telah kita susunkan perlulah ia diseimbangkan dengan azam untuk hal Jasmani , hal Intelektual , hal spiritual dan hal emosi ... Tingkatkan nilai Keilmuan dan Ilmu , Tingkatkan Kemahiran dan Kepakaran , Tingkatkan nilai Ketrampilan dan Personaliti serta tingkatkan Nilai sikap dan akal budi .. InsyaALLAH kita akan menjadi seorang yang berpersonaliti unggul.

Oklah , aku nak sambung buat kerja lagi .. Telah ada banyak aktiviti disusun hari ini . Semoga kita terus diberikan nikmat dan dibukakan pintu rezeki ....

Salam kejayaan

HAIRUDDIN ABDULLAH

www.myniaga.net
www.jombisnes.net
www.interpos.biz

29 May 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Salam Sejahtera ! Apa khabar ! Hari ini hari pertama cuti sekolah. Diam tak diam dah masuk setengah tahun untuk 2009. Sekejap bebeno rasanya. Hari ini ada 4 Jemputan kenduri kahwin. Syukur Alhamdulillah apabila ada orang yang menjemput kita. Lagi banyak lagi bagus murah rezeki namanya tu. Apa pun sebaiknya kita usahakan untuk penuhi semua jemputan tu selagi kita mampu melakukannya.

Kalau di Penang macam biasa masuk je cuti sekolah ini akan berlangsungnya Karnival Keusahawanan di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Tahun ni nampaknya semakin ramai orang yang berniaga ditapak ekspo. Kali pertama aku menyertai ekspo ni pada tahun 2003. InsyaALLAH esok aku nak pi ronda-ronda ke Ekspo jumpa dengan usahawan-usahawan disana dan nak tengok produk-produk baru keluaran usahawan bumiputera. Tentu ada yang berpotensi untuk dipasarkan.

Cuti sekolah juga ada rakan-rakan yang mengambil ruang untuk berjalan-jalan , bercuti dan makan angin. Pilihlah destinasi yang kita nak pergi kali ini , mudah-mudahan dapat mengikat ikatan kasih sayang keluarga . InsyaALLAH minggu depan adik dari Yong Peng akan datang ke sini ziarah Mak yang ada bersama aku. Jadi kami adik beradik dapat la berkumpul bersama dalam tempoh seminggu. Jesteru itu , sebagai usahawan baik usahawan kecil atau besar atau peringkat koorporat , jagalah keluarga dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik kejar duit , close deal dan sebagainya tetapi hati kita dengan ahli keluarga dan anak-anak tak boleh nak close. Pandai-pandaila bahagi masa antara kerjaya dan keluarga terutama mengurus hal ehwal anak-anak . Bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH.

Dah masuk setengah tahun 2009 pergi , jadi macam mana dengan pencapaian kita. Nampaknya setengah tahun ni , aku masih belum betul2 mantap lagi ni , kena terus lakukan sesuatu . Banyak ujian dan dugaan yang dilalui dan ia PASTI dihadapi dengan sabar dan rasa syukur. Mudah-mudahan semuanya ada hikmahnya.

Ok lah , dah nak pi kenduri kahwin saudara dan rakan-rakan. InsyaALLAH nanti ada masa aku akan tulis lagi di blog ini . Semoga kehidupan kita sebagai usahawan diberkati Illahi. AMIN

Salam Sukses


Che Din.

25 May 2009

24 May 2009

PROGRAM MENJANA MINDA

Salam Sejahtera ! Apa khabar sahabat semua... Pertamanya mari kita panjatkan rasa SYUKUR kehadrat Illahi yang telah memberi rahmat dan limpahan nikmat kepada kita sepanjang kehidupan kita. Setidaknya kita dapat melihat apa yang saya tuliskan di paparan skrin ini . Sesuai dengan janji ALLAH jika kita terus bersyukur kepadanya , Allah akan menambah nikmat kita.

Alhamdulillah , pada Sabtu dan Ahad yang lepas aku dan Dr Main telah memulakan Langkah Pertama dalam mengaktifkan kembali Pusat Pembangunan Personaliti Unggul yang aku bina sejak tahun 2005. Sebelum itu ia dikenali Pusat Pembelajaran INQ yang aku daftarkan pada tahun 2001. Pada Sabtu dan Ahad lepas aku dan Dr Main telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Menjana Minda kepada Kakitangan TASKA Sirim Berhad di Shah Alam. Aku sampai di Sirim pada jumaat malam lebih kurang jam 1.30 pagi. Dan Program bermula pada jam 9.00 pagi hari sabtu dan tamat jam 5.00 petang hari Ahad. Antara modul yang dijalankan adalah modul MYPERSONALITI779 dan Modul Rahsia Minda. Alhamdulillah program berjalan lancar.

Semasa rehat tengahari pada hari Sabtu aku dapat panggilan telefon dari Puan Jun di Kota Bahru yang memberitahu ingin mencuba produk susu IgG Plus. Setelah berbicara dengan beliau aku terus menghubungi Puan Rokiah rakaniaga di sana untuk menguruskan hal pembelian susu . Dan petang semalam dapat SMS dari Puan Rokiah bahawa Puan Jun akan menjadi ahli dengan membeli produk susu IgG PLus. Pada hari khamis lepas juga aku dapat SMS dari Puan Ju di Kota Tinggi yang menyatakan minat untuk mendapatkan produk susu IgG Plus juga. Beliau telah terima surat dari saya pada awal tahun ni dan baru kini beliau memberi respon dan hasrat untuk menyertainya. Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH atas nikmat rezeki yang diberikan.

Berbalik kepada program menjana minda yang dibuat khas kepada kakitangan TASKA SIRIM tidak kira siapa kita semua orang punyai impian yang hebat. Namun kadangkala kita jadi jem dan tidak pernah memikirkan tentang hal impian kita. Apabila minda kita diset dengan baik , diingatkan kembali tentang impian kita barulah banyak bayangan-bayangan impian muncil didalam minda kita. Dr Main telah menggunakan Teknik ProNLP dalam mengenal potensi dan personaliti diri peserta menggunakan Analisis Kiub. Dari lukisan itu kita dapat melihat rahsia kehebatan potensi diri setiap individu dan semua orang mempunyai POTENSI untuk menjadi hebat. Persoalannya ia bergantung kepada persedia diri kita untuk berubah , kita berkawan dengan siapa , bagaimana persekitaran kita dan keikhlasan kita dalam menjalani kehidupan ini.

Oh Ya ! Seperti yang saya maklumkan , Blog USAHAWAN2U ini akan menjadi blog umum keusahawanan yang akan saya kongsikan bersama. Apa aktiviti keusahawanan , tip , motivasi dan buah fikiran akan dilontarkan disini.


InsyaALLAH pada bulan Jun nanti aku akan melancarkan 2 Program yang sedang aku susun sekarang. Satu dari Interpos Network dan satu lagi dari Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Dari bisnes Interpos Network juga ia telah mula menunjukkan hasil. INTERPOS NETWORK adalah bisnes yang aku berikan fokus kepada hal-hal bisnes internet dan gaya pos termasuk dalam penjualan produk-produk bercorak trading. Bisnes ini diselia oleh Adik dan Wife aku. InsyaALLAH bulan jun ini juga aku akan lancarkan 2 buah produk maklumat yang telah selesai disiapkan hanya peringkat akhir editing. 2 buku itu diberi nama Teknik Bisnes Interpos dan Teknik Bina Senarai Nama. Kemudian Wife pulak sedang sibuk menguruskan satu produk fizikal dibawah INTERPOS NETWORK dan Alhamdulillah setiap hari ada saja orang order produk tersebut. Mereka beli secara online dan kami hantar melalui pos. Hari ni pun ada 2 orang bank in RM100.00 dan kalau untung satu produk RM40.00 , Alhamdulillah dapat juga RM 80.00. Tolak kos pos RM10.0 dapat la bersih RM70.00 .

Kemudian dalam masa yang sama aku dan Dr Main sedang bertungkus lumus menyiapkan Modul Pro-NLP My Personaliti 779 dan Program Pewaris Harapan untuk Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Program Mypersonaiti ini telah melalui 9 tahun uji kaji dan proses pembaikan hasil perbincangan kami berdua dan setelah semua proses dilalui InsyaALLAH ianya akan dilancarkan dipasaran terbuka , InsyaALLAH.

Jadi itulah antara aktiviti yang sedang aku jalankan setelah agak lama menyepi didunia blog ini . Sekarang aku mempunyai sasaran yang lebih jelas untuk disempurnakan pada tahun 2009. Semoga sahabat mendoakan usaha saya dan terus memberi sokongan atas apa yang saya usahakan .

Mudah-mudahan ianya mendapat keberkatan dari ALLAH. Nanti aku masukkan gambar aktiviti Program Menjana Minda di SIRIM Sabtu dan Ahad lepas.


Sekian

Che Din --

28 April 2009

SEMOGA DICUCURI RAHMAT

Salam Sejahtera kepada semua sahabat!

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan atas segala nikmat dan peluang yang diberikan dalam mencorak anyaman kehidupan yang unggul . Bulan April ni pelbagai ujian dan dugaan yang datang , cabaran , peluang dan seolah-olah menjadi bulan Muhasabah dan refresh.

Pada 14 April 2009 aku dikejutkan akan kehilangan saudara bisnesku di Jakarta Saudara Yadi Supriadi yang telah pergi meninggal kita semua akibat Deman panas dan " trombosit drop". Kali terakhir aku ke Jakarta 3 bulan lebih yang lebih rumah terakhir yang aku bermalam dirumah beliau kerana beliau benar-benar mendesak untuk aku bermalam dirumahnya. Alhamdulillah hasil dari bisnes di Smart Naco beliau berjaya memiliki sebuah kereta Avanza yang dibayar dalam tempoh 12 bulan dan rumah yang selesai direnovasi untuk anak dan isterinya.

Pertama kali aku bertemua Alm Yadi di kantornya jam 7.00 pagi bersama SPD Pak Arif beliau hanyalah pekerja biasa , berpendapatan RM1000 sebulan dan hanya memiliki sebuah motor sahaja. Berkat kerja kuat , kesungguhan di bisnes Naco beliau berjaya mengubah kehidupannya dan berjaya memiliki sebuah kereta dan rumah untuk anak dan isterinya. Beliau adalah sahabat yang baik , ceria dan selalu tersenyum . Masih teringat senda guraunya dan beliau mempunyai perancangan dan impian ketika kami bicara hati ke hati untuk memajukan bisnes di Naco ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada sahabat sejati Almarhum Yadi Supriadi. Baru-baru ini aku dapat SMS dari Isterinya yang bertekad bersama Team untuk meneruskan impian Almarhum Yadi untuk terus berbisnes di NACO. Sama-sama kita doakan dan bisnes di Naco juga telah membuktikan ia berjaya diwarisi kepada anak dan isterinya.

Pada 27 April 2008 pada jam 12.30 tengahari aku mendapat SMS dari Pak Cik aku di Bukit Beruntong yang mengatakan Atuk kesayangan aku sedang sakit tenat. Setelah siap services kereta dan menguruskan beberapa hal di rumah tepat jam 6.30 petang aku , isteri , adik dan ibu aku bertolak ke Bukit Beruntung. Dalam perjalanan aku mendapat panggilan dari adik perempuan aku mengatakan yang Atuk telah pergi meninggalkan kami semua. Aku ni digelarkan cucu atuk kerana sejak dari bayi atuklah yang banyak menjaga , membimbing dan memberi tunjuk ajar. Banyak ilmu yang dicurahkan hinggalah aku masuk ke Universiti. Beliau seorang yang gigih dan rajin. Atuk telah tidak boleh berjalan sejak 2003 lagi dan selama itulah beliau hanya duduk dan jalan mengesot.

Banyak kenangan aku masa kecil hingga besar bersama atuk. Aku rajin meneman atuk ketika atuk menoreh getah. Atuk toreh aku ambil buku getahnya sampailah tugas menoreh getah aku pulak yang buat. Atuk duduk dirumah bila dapat duit aku bagi dua dengan atuk. Masa kecil-kecil kemana atuk pergi aku sering ikut dia dan aku banyak juga abiskan masa dengan atuk. Inilah satu kehilangan yang besar dalam kehidupan. Aku masih ingat pesan atuk , belajar rajin-rajin , nanti buat kerja bagus-bagus boleh pakai kereta besar . Kene bela nasib keluarga katanya , kita ni orang susah jadi jangan nanti cucunya pun juga susah.

Alhamdulillah semalam semua urusan pengkebumiaan Atuk telah selamat disempurnakan diatas bukit di tepi Highway kawasan bukit beruntung. Semoga Roh Atuk dicucuri rahmat.

Bulan April ni banyak perkara yang dilakukan , sibuk juga bantu adik set upkan bisnes internet yang boleh dilakukan dirumah. InsyaALLAH apabila semua selesai diuruskan dapatlah aku memberi fokus kepada apa yang ingin aku nak fokuskan.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Almarhum Yadi Supriadi dan Almarhumah Atuk ( Samirah Ibni Sharifah ) semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN

Semoga kita yang masih hidup terus muhasabah diri dan melakukan yang terbaik sepanjang kehidupan kita

Sekian

Hairuddin Abdullah

19 January 2009

PULANG DARI JAKARTA

Salam sejahtera , Apa khabar sahabat-sahabat yang budiman. Terima Kasih kerana terus mengunjungi blog saya ini. Alhamdulillah setelah seminggu keluar dari rumah kerana bertemu dengan MITRA Bisnes Smart Naco di Jakarta , hari ini Isnin saya telah selamat sampai.

Perjalanan ke Jakarta kali ini membawa suasana yang cukup hebat dan pengalaman yang terbaik yang saya dapat kutip dalam menjalani pelayaran perniagaan ini. Sampai di Jakarta saya disambut oleh Bunda Bu Atun , Pak Yadi dan Refly terus ke Rumah Makan Ponyo dan menanti Pak Arif disana . Beliau menjamu Ikan Gurameh sambil berbincang-bincang tentang halatuju bisnes.

Hari kedua saya ke Bandung dan dapatlah bertemu dengan Top Leader Hebat Pak Gunawan yang juga stokis Bandung . Saling berkenalan dan beliau juga menjamu Mee Kocok. Thanks Pak Gunawan. Kemudian Hari ketiga kami ke Kantor Pusat Naco WorldWide ( cawangan Smart Naco di Indonesia dinamakan Naco WorldWide ) dan ada perbincangan dengan pihak pengurusan. Saya dapat berkenalan dengan Pak Sufyan dan rakan-rakan yang lain. Malam ketiga saya bermalam di Rumah Pak Yadi kerana telah berpuluh kali beliau menjemput untuk tidur dirumahnya. Alhamdulillah , Yadi dahulu hanyalah seorang pekerja biasa , gaji sekitar 2 Jutaan sebulan , hanya memiliki motosikal dan menyewa dirumah kecil kini berkat kegigihan , kesabaran dan kebijakan beliau mengurus wang beliau telah membeli rumah sendiri , membeli kereta Avanza dan telah langsai hutang semuanya dan sekarang impian beliau ialah memiliki rumah kedai pula. Itulah hasil perjuangan di Smart Naco bersama produk Susu IgG Plus. Jadi anda saksikanlah sendiri peluang yang ada dihadapan anda . Jika anda malas , tidak segigih Yadi mana mungkin anda akan mendapat apa yang beliau dapat.

Hari terakhir sebelum pulang sekali lagi aku ke Kantor Pusat kerana ada sedikit perbincangan penting bersama pihak pengurusan disana. Selesai meeting aku dan rakan2 selepas makan nasi padang di Garuda Restoren terus meluncur ke Bandara untuk menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

Jadi sepanjang perjalanan di Jakarta biarlah aku rumuskan dengan cerita dibawah :::

Pada suatu hari dalam satu kumpulan keldai terdapat seekor kuda yang telah tua.. Jadi pada ketika dia berjumpa satu kawan rumput yang segar untuk makan tiba-tiba datang beberapa ekor keldai yang muda-muda dan berebut makan rumput yang segar-segar . Jadi oleh kerana keldai ini sudah tua maka ia tidak mampu untuk berlawan dengan keldai muda . Jadi keldai tua ini mengalah dan mencari lagi kawasan rumput segar yang lain. Jadi apabila bertemu dengan rumput segar keldai baru sahaja keldai tua ini nak makan tiba-tiba datang lagi beberapa ekor keldai muda untuk berebut rumput yang sama. Akhirnya seperti tadi keldai tua mengalah dan mencari kawasan rumput lain. Dia berjalan mencari makanan hingga sampai disatu tempat dikawasan rumput kering dan ketika keldai tua ini sampai kesana dengan tidak diperasan oleh keldai tua itu dia telah terpijak rumput kering yang menutupi sebuah perigi. Akhirnya keldai tua ini terjatuh kedalam perigi yang agak dalam . Jadi keldai tua ini berusaha untuk keluar tetapi tidak Berjaya. Berusaha lagi tetapi tidak Berjaya.

Maka pada sebelah petang tuan keldai ini membilang keldai beliau. Didapati seperti ada kurang seekor. Tuan Keldai ini mencari dimerata tempat dan mengenalpasti keldai beliau yang hilang itu adalah seekor keldai tua. Akhirnya tuan keldai ini berjumpa keldai tua ini didalam perigi yang dalam. Jesteru tuan keldai ini terfikir , sukar juga keluarkan keldai tua ini . Keldai ini sudah pun tua , tidak boleh bekerja dengan lasak dan banyak . Aku tidak perlukan lagi keldai tua ini baik biarkan dia mati di dalam perigi sahaja … Jadi dengan idea itu , tuan keldai tadi telah memerintahkan 5 orang pekerjanya untuk menimbus keldai tua yang terperangkap didalam perigi tersebut. Jadi kelima-lima orang itu mula menimbus keldai tua secara perlahan-lahan . Semakin banyak tanah yang dimasukkan kedalam perigi itu keldai itu terasa semakin dekat dia dengan permukaan tanah. Akhirnya keldai tua itu telah melihat tebing perigi lalu melompat. Akhirnya kelima-lima pekerja tadi hairan semakin banyak tanah yang dimasukkan dengan tujuan untuk membunuh tetapi akhirnya keldai tua itu dapat keluar dengan mudah

Keldai-keldai muda dan tuan keldai menjadi hairan bagaimana pula keldai tua ini boleh hidup lagi dan dapat keluar dari perigi tersebut sedangkan dia telah arahkan 5 orang pekerjanya untuk menimbus keldai itu…


Jadi itulah cerita keldai. Kadang-kala kita merasa terjadi satu musibah , satu ancaman besar yang terjadi kepada kita namun kadang-kala ALLAH menghantarkan sebagai bantuan untuk kita lebih Berjaya. Jika kita lihat dari cerita keldai tua tadi. Tuan keldai telah membuat satu ancaman besar untuk membunuh keldai tua namun tidak disangka ancaman yang diberikan itu merupakan bantuan kepada keldai tua itu untuk keluar dari perigi. Ketika 5 orang pekerja tadi memasukkan tanah secara sedikit demi sedikit , keldai tadi hanya mengibas-ngibaskan badannya dan akhirnya tanah jatuh kebawah dan menyebabkan perigi menjadi semakin cetek . Lagi lama 5 pekerja tadi melakukan kerja itu maka perigi semakin cetek dan akhirnya telah membantu keldai tua itu untuk keluar dari perigi dengan mudah. Keldai melihat tanah yang dimasukkan kedalam perigi itu bukan satu ancaman tetapi sebagai satu usaha dari tuan keldai untuk membantunya untuk keluar dari perigi.


--------------------------UPDATED PENAJAAN----------------

TAHNIAH KEPADA RAKANIAGA BARU. bestnya bisnes ini walaupun aku ke Jakarta tetapi ada orang yang bank in duit ke akaun untuk menyertai JOMBISNES. WOW!!! Sesuatu luar biasa. Pagi tadi awal pagi lagi sudah ada orang yang bank in duit RM395 untuk menjadi ahli dengna pembelian 5 kotak susu. NAK TAHU CARANYA .. SERTAI JOMBISNES ...

Tahniah Kepada Mr XXXX Kerana berjaya mendapat 80 orang prospek semalam.
Tahniah Kepada Hafiza kerana berjaya dapat lagi beberapa orang prospek
Tahniah Kepada Puan Jamilah Kerana Berjaya Close 2 Orang dengan Pakej 5 Kotak
Tahniah Kepada Che Din juga , he he he kerana berjaya pos 114 keping VCD dalam tempoh seminggu..

Nak Tahu Rahsianya --------- Sertai JOMBISNES.. www.jombisnes.net


Yang Benar

HAIRUDDIN ABDULLAH
Che Din




31 December 2008

TAHUN BARU 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 . Kepada semua rakan-rakan dan pengunjung blog ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan sepanjang tahun 2008. Episod Tahun Baru ini sebenarnya tidak ada bezanya dari hari-hari yang kita lalui sebelum ini cuba hanya perubahan pada 2008 kepada 2009. Namun dalam sistem pengurusan , kewangan dan sebagainya ia merupakan satu tempoh 12 bulan yang perlu disempurnakan dengan sebaiknya.

Jesteru itu , dengan kekuatan hadirnya 1 Muharam 1430 dan 1 Januari 2009 saya rasakan azam kita perlu wujud keseimbangan antara pencapaian duniawi dan ukhrawi. Dengan persamaan ini juga sepatutnya azam kita adalah mempunyai SEMANGAT yang berganda kerana 2 tahun baru yang disambut hanya selang beberapa hari.

Ramai yang meletakkan azam , matlamat yang terlalu samar dan kadangkala terlalu jauh untuk dicapai dan untuk dilakukan berdasarkan keupayaan diri. Mempunyai sasaran yang besar dan impian yang besar itu adalah satu keperluan kepada setiap diri kita namun penetapan itu mesti realistik dan mesti jelas.

Ada orang menyebut saya ingin lebih berjaya pada tahun 2009 dan ia terlalu samar. Ingin berjaya apa , bila nak berjaya dan apa erti kejayaan itu. Walauapapun sasaran anda itu tidak menjadi masalah kerana itu penting untuk memandu anda menuju kepada sasaran tersebut.


KEJAYAAN YANG BESAR BERMULA DENGAN KEJAYAAN YANG KECIL

Bermula dengan sasaran kejayaan yang besar sahaja masih tidak mencukupi jika anda tidak susunkan apakah kejayaan-kejayaan kecil yang PERLU anda sampai untuk mencapai kejayaan yang besar. Apakah KAYU UKUR dan KEPERLUAN ASASI yang mesti anda lakukan , anda sediakan dan anda penuhi untuk membolehkan KEJAYAAN BESAR ANDA TERCAPAI....

Ramai orang mampu meletakkan azam yang besar tetapi tidak ramai yang mampu memperincikan sasaran jangka pendek bagaimana untuk mencapai kejayaan tersebut. PASTINYA ia memerlukan sesuatu yang lebih berbanding tahun lepas , lebih usahanya , lebih kreativitinya , lebih dalam mencari ilmu pengetahuan , lebih dalam membaca buku , lebih dalam membuat usaha promosi , lebih dalam meningkatkan disiplin , lebih dalam meningkatkan keyakinan , lebih dalam menguasai sesuatu subjek atau bidang dan sebagainya. Perlukan ada peningkatan.

Sebagai Contoh : Jika saya meletakkan sasaran menjadi President Director dalam Syarikat Smart Naco ... Dan saya meletakkan saya ingin mencapainya pada bulan Ogos 2009. Jadi apakah langkah-langkah dan kejayaan-kejayaan kecil yang perlu saya lakukan ? Saya perlu menyusun tindakan-tindakan dan pastikan tindakan itu berjaya untuk membolehkan saya mencapati pangkat tersebut. AZAM bukan hanya laungan , sebutan , ungkapan dan bisikan hati tetapi IA ADALAH SATU PACUAN TINDAKAN untuk kita mencapainya.

Jadi saya merancang jika saya ingin jadi President Director dan berpendapatan RM10,000.00 sebulan saya perlu tahu apakah syarat dan kriteria yang perlu saya ada untuk mencapai status dan pendapatan tersebut.

Pertama perlu tahu syarat nak jadi President Director dan kedua perlu tahun syarat kelayakan untuk berpendapatan RM10,000.00. Jadi untuk menjadi President Director di Smart Naco kita memerlukan 3 jaringgan yang mempunyai PV perbulan rangkaian 5000pv. Jadi langkah pertama saya perlu membina azam untuk membina 3 rangkaian yang mana setiap rangkaian boleh mencapai 5000pv setiap bulan. Jadi selepas itu anda turun lagi kebawah bagaimana saya boleh mencapai sekurang-kurangnya 5000pv setiap bulan. Halusi lagi . Untuk mencapai 5000pv setiap bulan jika anda hanya fokus kepada produk Susu IgG Plus dalam satu-satu rangkaian anda , perlulah mencapai jualan 91 kotak susu IgG Plus. Hah ! Banyaknya. Jika anda ada 91 orang yang menyertai anda dan dimana setiap orang membeli sekotak susu IgG Plus tentu boleh bukan. Bukan anda perlu buat jualan seorang diri. Atau katakan anda ada 30 orang dalam satu rangkaian dan setiap orang membuat jualan 3 kotak susu IgG Plus seorang sampai juga kepada 90 kotak. Jadi katakan saya ambil kes untuk membina 30 orang satu rangkaian dimana setiap orang membeli 3 kotak susu IgG Plus.

Halusi lagi , bagaimanakah anda boleh mencapai sasaran untuk mencapai 30 orang dalam rangkaian anda. Sasaran azam yang semakin dekat dengan anda sekarang ialah bagaimana membina 30 orang satu rangkaian. Jika anda ada 3 rangkaian memerlukan 180. Banyak ke? TIDAK sebenarnya kerana anda berkerja tidak keseorangan.

Berbalik kepada membina 30 orang satu rangkaian. Jadi anda perlu sasarkan untuk membina 30 orang dalam sebulan sekurang-kurangnya anda perlu membuat penajaan berapa orang. Katakan dengan kondisi anda sedang bekerja sekarang anda sasarkan 3 orang. Jadi azam anda pada bulan Januari ini adalah bagaimana untuk membuat penajaan 3 orang. Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan 3 orang ini satu bulan. Anda perlulah membuat penajaan dan penjualan produk susu IgG Plus kepada 3 orang yang berminat. Jadi bagaimana untuk membolehkan kita berjumpa dengan orang yang berminat. Anda perlulah mencarinya. Cari dimana soalan yang sering ditanyakan kepada saya. Carilah dimana sahaja sebenarnya. he he.. Anda boleh cari di Internet , Di Akhabar , Rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja. Berapa orang perlu cari? Andai kata kekuatan anda membuat penajaan adalah 10% dari orang yang anda jumpa atau dapat jadi untuk mendapatkan 3 orang anda memerlukan 30 orang sebulan. Jika anda tak tahu nak cari berhubunglah dengan UPLINE atau mentor anda?

Jadi saya dah dapat 30 orang ini , tapi saya kurang pandai untuk memberi penerangan kerana saya masih baru. Di Smart Naco kita ada terlalu banyak testimoni produk dan kita ada VCD Testimoni produk. Anda berikan sahaja setiap orang tadi sekeping VCD Testimoni produk. Jika jauh anda poskan , kalau anda tidak mahu keluar duit untuk beli VCD , sampul surat dan duit setem .. lupakan sahaja impian anda nak jadi President Director dan mencapai pendapatan RM10,000.00 . Anda pergi kerja setiap hari pun anda perlukan modal untuk dapatkan gaji bulanan anda. Cuba anda tidak mahu keluarkan duit tambang , duit minyak , duit makan ???? Kita buat bisnes mesti ada peruntukan bisnes..

Jadi anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 30 keping VCD setiap bulan dengan mendapatkan 30 orang prospek dari pelbagai sumber dengan sasaran 3 orang menyertai bisnes anda setiap bulan.

Jika anda mampu buat lebih lagi bagus . Mungkin tahun 2008 anda sasar 3 orang sebulan dengan 30 prospek tetapi tahun 2009 anda nak buat 60 orang sebulan dengan 6 orang join terpulang kepada anda , anda perlu tambah idea kreativiti , tambah sumber untuk dapat prospek , tambah pendekatan dan sebagainya. Itulah yang terbaik

Jadi contoh dengan 3 orang tadi masing2 sedia mengikut apa yang anda lakukan diatas. Dengan diri anda ada 4 orang. Jadi dengan 4 orang masing dapatkan 30 keping VCD (120 keping) dengan sasaran 30 orang prospek seorang ( 120 prospek ) dan 3 orang join ( 3x4 12 orang menyertai)

Dengan 12 orang menyertai + 4 orang yang awal tadi = 16 orang. Nah sekarang anda ada 16 orang dan katakan mereka sedia untuk membuat pembelian 3 kotak susu sebulan. jadi anda perlukan 15 orang lagi... jika dengan 16 orang dan masing2 bawa 3 orang prospek anda kalikan 16 orang x 3 prospek = ????

JADI disini .. letakkan azam anda yang utama dan besar , kemudian perhalusi untuk mengetahui bagi mencapai sasaran anda itu , apakah tindakan HARIAN yang MESTI anda lakukan. Sama juga dengan apa jua azam . Kepada pelajar sekolah nak 8A PMR pun perlu lakukan setiap hari untuk capai.

KEPADA ANDA YANG BARU MENYERTAI BLOG SAYA DAN NAK TAHU BAGAIMANA SAYA MEMBUAT PENAJAAN 11 ORANG DALAM MASA 10 HARI TANPA BERCAKAP , TANPA BERJUMPA DAN TANPA MENGHABISKAN MASA SAYA DAN PROSPEK SAYA SILA KE :

WWW.CHEDIN.JOMBISNES.NET


SEMPENA TAHUN BARU SAYA NAK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BARU MENYERTAI BISNES SMART NACO DIBAWAH RANGKAIAN SAYA.

Sehingga Tarikh 1 Januari 2009

Tahniah Kepada En Bahar ( Setiu ) anda telah ada
12 orang downline
Tahniah Kepada En Rusli ( Melaka ) anda telah ada
10 orang downline
Tahniah Kepada Puan Jamilah ( Melaka ) anda telah ada
7 orang downline
Tahniah kepada En Mohd Nizam Mohamed ( Klang ) anda telah ada
4 orang downline
Tahniah kepada Cik Siti Rafiah ( KL) anda telah ada
5 orang downline
Tahniah kepada En Sudin Arifin ( Machang) anda telah ada
9 orang downline
Tahniah kepada En Azman Ismail (JB) anda telah ada
3 orang downline
Tahniah kepada En Ahmad Kamal (KL) anda telah ada
2 orang downline
Tahniah kepada En Kamarul (KL) anda telah ada
1 orang downline
Tahniah Kepada Faranina ( Segamat ) Anda telah ada
8 orang downline
Tahniah Kepada En Ahmad Kharidun ( Cameron Highland) anda telah ada
6 downline

Senarai dan makluamat downline anda akan saya hantarkan melalui EMAIL

-------------------------------------------------------------------

KEPADA RAKAN-RAKAN LAMA -

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN .

PD Roshidi
En Nazif
En Rahman
Abg Aziz
Abang Din
Kak Noor
En Mat Khir
En Mat zin & Isteri
Kak Wan
En Rizal TI
En Nick
En Willy
Pn Zila
En Halim
Hazlin
Zulkifli
Dr Main
Ila
Ustaz Gunawan
Keno
Yana
Cikgu Suhaimi
Johari Sbh
En Sori
Rolinus Paulus
Firdaus
Azrul
Azlan
Pn Rosmawati
Abd Rahman (Shah Alam)

Dan ramai lagi , kalau nama anda tidak disebutkan sms saya ye ...

TERIMA KASIH JUGA KEPADA UPLINE

SPD Khairul Aza
SPD Zulkifi Hassan
PD Mohd Ashriee
SPD Zulkifli Dahlan

Dia orang ni upline yang bagus dan cekal buat bisnes ini.


Jika anda ingin mempunyai dowline dan bisnes seperti mereka diatas

JOM join Program saya JOMBISNES ..

Ketahui Rahsia MLM secara Interpos
Bagaimana Membina Beribu List Prospek Anda
Bagaimana Menaja dan Menjual tanpa berpenat lelah , buang masa dan tebalkan muka
Bagaimana membina perhubungan menggunakan 5 saluran
Bagaimana VCD PERCUMA membantu anda membuat sales dan penajaan

CEPAT 'LOCK' kedudukan anda untuk awal tahun 2009.

MODAL PERMULAAN HANYA RM 170.00 SAHAJA.

ISIKAN NAMA DAN MAKLUMAT ANDA DI BORANG ONLINE YANG DISEDIAKAN DI ATAS KANAN BLOG INI ... CEPAT ! ! !

Jika anda ingin bertemu saya secara online melalui CHATING sila SMS kepada saya untuk membuat TEMU JANJI . SMS di 012-4686404

---------------------------------------------------

Saya hanya layan mereka yang SERIUS nak tahu dan minat nak buat bisnes di Internet.
Daripada rakan-rakan sebelum ini ramai yang merungut kepada saya mereka sering tertipu dengan bisnes internet , takut keluar duit tak dapat balik modal pun , dulu kata upline nak bantu 2 bulan lepas tu hilang dan lesap.

Boleh tengok perjalanan bisnes saya di blog ini dan juga blog lama saya di www.aldiniah.bravejournal.com sejak November 2005 hingga sekarang.

--------------------------------------------------

CEPAT !! Isikan Maklumat Anda jika anda belum dapat
VCD PERCUMA dari saya. Saya akan poskan SPECIAL kepada anda segera !! PASTIKAN Tahun 2009 menjadi lebih bermakna kepada diri anda . ramai kawan , tambah ilmu dan pengetahuan , semakin sihat , tambah pendapatan dan anda telah mempunyai bisnes sendiri

--------------------------------------------------------------------

Tahniah Kepada Mohd Hazlin kerana telah berjaya mendapat 6 orang prospek melalui internet sepanjang 3 hari.

---------------------------------------------------------------------

SEKIAN


HAIRUDDIN ABDULLAH
Rakan JOMBISNES Anda
MLMINTERPOS Coach


-------------------------------------------------------------------------------------------------

22 December 2008

MENJELANG 1430 & 2009









DAPATKAN VCD PERCUMA DENGAN ISI BORANG DI SEBELAH

-----------------------------------------------------------------------------

COME BACK !!!

3 orang rakaniaga lama ( 2005-2006) telah COMEBACK untuk bersama-sama menjalankan bisnes bersama SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM


WELCOME !!!
3 orang rakaniaga baru yang berdaftar minggu lepas

..............................................................................

Yang Benar

HAIRUDDIN ABDULLAH

03 December 2008

CD PRIVIEW BISNES DAN PRODUK

Salam Sejahtera !!! Apa khabar , anda mungkin hari ini ada seseorang yang anda ingin sampaikan tentang maklumat bisnes atau produk kepada rakan anda atau sesiapa sahaja. Namun anda rasa malu atau masih belum yakin kerana baru bermula atau tidak pandai lagi untuk menerangkan tentang bisnes atau produk anda. Jadi apa cara yang boleh anda lakukan. Jika anda pandai buat laman web anda boleh gunakan laman web berinformasi untuk menyampaikan maklumat bisnes atau produk , tetapi jika masih belum mahir bagaimana. Jesteru itu CD adalah salah satu kaedah untuk menjadi pengganti diri anda dalam menyampaikan mesej bisnes dan produk yang anda pasarkan. Samaada anda buat dalam bentu CD atau VCD . Terpulang kepada anda bagaimana untuk anda lakukan. Disini sebagai contoh saya gunakan CD untuk kegunaan komputer untuk menerangkan peluang bisnes dan produk kepada prospek saya.


Contoh CD Maklumat dan Testimoni Produk

Dalam hal ini kedua-dua maklumat di atas anda boleh masukkan didalam sekeping CD yang mengandungi 700MB. Berikan Maklumat yang Khusus dan FOKUS agar prospek anda jelas apa yang ingin disampaikan kepada mereka Jika BISNES tunjukkan Keuntungan , Jika Produk tunjukkan Manfaat . Inilah kaedah yang saya gunakan sejak tahun 2005 dalam menyampaikan maklumat bisnes. Sejak saya aktifkan kembali pada pertengahan bulan November tentang penggunaan CD ini , Ya sudah ada 70 orang yang berminat mendapatkan CD ini dan sudah ada beberapa orang yang telah mula menunjukkan minat. Ini kepada anda yang agak pemalu , kurang pandai untuk buat closing , tak tau nak cakap apa , CD ini sesuai . TETAPI kepada anda yang memang pandai GORENG , tak der CD pun boleh CLOSE punya... Apa pun kalau dah sampai 70 orang sebulan tentu kos terlalu tinggikan. Biasala kalau tak berani nak keluar kos bagaimana nak dapatkan pulangan hebat. Besar lingkungan pasaran yang anda sampaikan mesej bisnes anda , maka besarlah potensi anda .

Untuk anda yang ingin mendapatkan informasi tentang peluang bisnes yang saya usahakan boleh la ke www.info.myniaga.net

Kalau anda boleh guna secara online , lagi mudah untuk anda sampaikan maklumat.

OKLAH , sekian dulu dari saya kali ini , jap lagi nak uruskan pengeposan beberapa keping CD yang saya telah tanya mereka betul2 samada nak atau tidak , serius atau tidak atau sekarang main-main je. Itulah risikonya ada yang orang nak CD sekadar suka-suka . Ha ha ! Kalau tak suka jawapan tadi, tak perlu buat la bisnes .... Apa pun kita pulun YOP !

Salam Kejayaan ... Kepada anda yang pertama kali masuk blog saya dan belum lagi 'request' CD boleh ke www.myniaga.net atau SMS Nama dan Alamat anda ke 012-4686404

Sekian
HAIRUDDIN ABDULLAH



23 November 2008

KE MERANG , TERENGGANU


En Baharuddin , Big Bos Seri Merang Jaya bergambar.


Para jemputan sedang mengambil makanan.


En Ashrie siap dapat Hamper lagi dari Pengarah Urusan Seri Merang Jaya.


Beberapa orang jemputan sedang berbual-bual menantikan majlis bermula.

................................................................................................................

Salam Sejahtera !! Hari Jumaat lepas aku dan PD Ashriee telah ke Merang , Setiu , Terengganu setelah di Undang oleh Pengarah Urusan Sri Merang Communication. Katanya malam tu beliau ada majlis penghargaan kepada beberapa orang wartawan yang telah banyak membantu bisnes beliau. Jadi dalam pada aku dapat juga aku ketahui betapa penting usaha publisiti dan promosi tentang bisnes kita. Jadi kena buat promosi sakan la untuk capai sasaran yang besar.

Aku bertolak jam 10.30 pagi dan sampai lebih kurang jam 5.30 petang. Kedai En Baharuddin terletak dekat sangat dengan Pantai di Terengganu. Hari itu keadaan mendung dan hujan renyai-renyai. Dapat aku melihat kegigihan seorang anak mudah mengusahakan perniagaan "communication".

Jadi itulah antara aktiviti aku hari Jumaat dan Sabtu baru nie. Apa pun best dapat pi Terengganu sbb lama tak ke sana kat setahun juga. InsyaALLAH akan menyusul beberapa aktiviti dan program yang akan disusun di Pantai Timur.

Kepada yang nak CD PERCUMA .. sila sms CD_Nama _Alamat ke 012-4686404

Sekian

Che Din . www.myniaga.net

17 November 2008

AKTIVITI MINGGU LEPAS

Salam Sejahtera , apa khabar. Rasanya macam lama jugak tak updated blog nie. Sepanjang minggu lepas betul-betul pack aktiviti aku. Mana yang nak siapkan proposal projek , buat followup prospek yang nakkan info serta poskan kepada dia orang , siapkan beberapa video dan 2 hari lepas aku ke Jengka dan KL bertemu rakan-rakan disana.

Aku nak citer pi Jengka dulu la , kali ni aku gerak ngan wife aku sempena cuti sekolah ni . Bertolak jam 6 pagi . Alhamdulillah sampai di Jengka dalam jam 12.30 dan terus ke Bandar Pusat untuk cari ikan patin . Bro Shidi pun dah tunggu. Lepas makan kami sembang-sembang cari idea untuk aktiviti-akviti seterusnya di Jengka. Jam 3 kelihatan En Nazif datang , En Abd Rahman , En Mat Khir , Kak Wan , Cikgu Azhar , Abang Din pun ada sekali . Yang best kali ini , En Rahman , En Nazif dan En Mat Khir masing-masing bawa lap top ada yang lap top baru beli ada yang siap beli broadband. Petang tu kita adakan sesi brainstorming untuk mengembangkan rangkaian dan memulakan Program I-Usahawan di kawasan Jengka Temerloh. InsyaALLAH bulan 12 beberapa projek akan on disana.

Selesai aku terus balik KL dan menginap di rumah Bro Shidi. Ahad tu jam 11 pagi pula ada buat pertemuan sikit dengan rakan-rakan SST. Puan Rosnani bersama Dlinenya, Din Smart , Pn Zila n Kak Mala pun datang jap amek flyer. Jadi di KL kita telah putuskan untuk adakan priview pertama Program I-Usahawan di HQ pada 25 November jam 8.30 malam.

Petang tu , sempat pi Kenduri dirumah sepupu aku semua Family aku pun dah ada disana. Jadi kami jumpa di sana. Dalam kesempatan berjalan , sempat aku followup beberapa orang prospek online. Ada yang nak beli susu , ada yang nak join ada yang tak layan ada yang tak tau apa-apa .. Ha ha , macam macam anda.

Sepanjang perjalanan aku dapat membuat satu kesimpulan dari apa yang terjadi sepanjang 6 bulan yang lalu ini. Aku hanya tinggal 1 bulan sahaja lagi untuk capai sasaran aku. InsyaALLAH , bila buat GERILLA MARKETING boleh capai sasaran tu.HASIL datang dari TINDAKAN. Jadi resolusi yang aku buat sehari WAJIB aku sampaikan kepada 5 orang MINIMA tentang bisnes dan produk aku. Gunalah apa cara sekalipun. Dan satu kesimpulan yang TERPENTING adalah dalam menjalankan perniagaan INTERPOS seperti ini , PROSES DUPLIKASI itu cukup penting untuk disampaikan kepada rakaniaga baru. Jadi apa cara , apa tools , apa kaedah , apa pendekatan perlu diperkemaskini. Ada la juga beberapa idea. InsyaALLAH dengan kemajuan Teknologi sekarang , ia akan dilakukan dengan mudah.

Lepas ni , aku nak pi pos surat pulak dan CD Priview Bisnes kepada beberapa prospek. Alhamdulillah , setiap hari ada sahaja prospek yang masuk melalui laman myniaga.net walaupun tanpa membuat usaha promosi. Kalau buat promosi aktif TENTU LAGI HEBAT...

Jadi salah satu RAHSIA KEJAYAAN ialah .. PROMOSI , PROMOSI , PROMOSI , AKTIVITI, AKTIVITI , AKTIVITI ......

Meh tengok PRIVIEW PROGRAM IUSAHAWAN DI www.myniaga.net/priview.htm


Kalau nak CD PERCUMA sila ke www.myniaga.net

04 November 2008

RAIH RM 1000- RM 3000 SEBULAN




muat turun dalam bentuk pdf


berminat boleh ke laman web saya di www.myniaga.net

atau

sms nama n alamat ke 0124686404 untuk saya hantarkan informasi

che din

02 November 2008

PULAU PANGKOR

Apa khabar ! Semoga sihat dan tenang selalu. Syukur ALhamdulillah bermula hari Khamis sampai Sabtu baru ini Aku dan Dr Main ke Pulau Pangkor untuk menjalankan satu program analisis personaliti untuk kakitangan dan tenaga pengajar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Walaupun ini bukan termasuk aktiviti perniagaan Smart Naco tetapi ia juga adalah salah satu aktiviti yang boleh dikaitkan dengan dunia keusahawanan. Ada juga peserta tersebut yang telah menjadi ahli dan minum susu Kolostrum. Best juga pi ke Pulau Pangkor , dah lama juga tak ke sana.

Baiklah , kita tinggalkan cerita ke Pulau Pangkor dan sebelum ke Pangkor aku banyak menghabiskan masa untuk membuat pengemaskini maklumat dan data prospek lama untuk di refresh lagi. Alhamdulillah bila aku balik semalam dah ada 10 orang prospek yang berminat untuk mendapatkan maklumat . Nampaknya Momentum bisnes bersama Smart Naco semakin memberangsangkan .

Petang tadi , aku dan En Halim ke Stokis Prai untuk mendengar Taklimat Program Jana Pendapatan Tambahan RM1000-RM3000 sebulan. Ramai juga yang hadir termasuk rakan-rakan dari Indonesia yang bekerja di Malaysia. SPD Kaz membuat penerangan ringkat tentang peluang menjana pendapatan RM1000-RM3000 sebulan. Dan hal ini mampu di capai jika kita melakukan tindakan. Jika anda berminat untuk menjana income tambahan RM1000-RM3000 sebulan boleh la kelaman web saya di bawah ini



Ok lah , cukup dulu setakat ini . InsyaALLAH nanti aku share lagi citer aku....

Semoga kita semua terus sukses

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdulah

07 September 2008

PERJALANAN KL-JENGKA

Salam sejahtera ! Kita berhenti jap tentang MLM INTERPOS dan InsyaALLAH esok lusa aku akan kupas lagi lebih dalam tentang bagaimana menjadi JUARA MLM INTERPOS. Semalam aku berada di Bandar Pusat Jengka bersama Dr Main Rindam , Rakan aku seoarang pensyarah kanan USM. Sebelum aku cerita apa yang berlaku di Bandar Pusat Jengka pada hari Sabtu (6 Sept 06) seawal 5 pagi selepas sahur aku dah bertolak dari rumah ke rumah Dr dulu di Bandar Perda dan lebih kurang 5.30 pagi kami teris meluncur untuk ke KL . Singgah sebentar di RnR Gunung Semanggol untuk solat Subuh dan terus ke KL di HQ Smart Naco untuk program Priview Anak Ku Sayang . Aku sampai tepat jam 9 pagi dan kelihatan Puan Rosnani dan Anak-anak seramai 3 orang telah menanti di bawah. Kemudian selang beberapa minit Puan Normala pula bersama 3 orang anak juga sampai dan kami terus naik ke atas. Sampai di atas Dr Main terus meminta anak-anak mereka membuat lukisan projektif untuk sesi analisis personaliti. Kemudian Bro Shidi pun sampai bersama 3 orang anak beliau juga . Kemudian Puan Sophia datang bersama suami beliau dengan anak beliau yang aktif dan bijak itu. Program selesai dalam jam 12.00 ketika Dr Main bersembang-sembang dengan suami Puan Sophia aku , shidi dan Ashrie ke kaunter di bawah untuk sembang-sembang selain ambil kuih raya.

Kemudian selesai aku terus ke rumah Bro Shidi dan kami bertolak ke Temerloh satu kereta lebih kurang jam 3 petang. Sampai di Temerloh jam 5.30 petang dan sepanjang perjalanan hujan mengiringi kami. Sampai di Temerloh kami singgah di Pasar Ramadhan dan bertemu dengan En Mat Zin bersama Isteri dan Anak-anak dedang menjual air. WOW ! Banyak betul air yang dijual en matzin aku kira ada 12 jenis air yang dia jual , pilih la mana satu , nak warna apa , nak saiz kecil atau besar.

Setelah selesai kami terus mencari tempat berbuka puasa dan kami berbuka di Restoren Tom Yam dan selesai kami terus pulang ke Rumah Bro Shidi di Jengka.

Keesokannya jam 9 pagi kami bersiap ke Bandar Pusat Jengka dan sampai sahaja di tempat program iaitu kalau anda masih ingat En SAMARIN MORE JUTARIA yang menang RM 1 Juta dulu kat tempat beliaulah kami buat program Smart Parenting. Setiba di sana kelihat En Nazif bersama 3 orang anak dan En Rahman bersama 3 orang anak . Kemudian En Mat Khir dengan 2 orang anak , kak wan pun ada sama. Dr macam biasa aktiviti mula dengan melukis dan kemudian penerangan tentang lukisan dan ditamatkan dengan berkongsi maklumat tentang makanan minda.

Setelah selesai kami terus pulang ke Penang namun sebelum tu singgah di kajang antar Bro Shidi dan jam 4.30 petang kami terus bertolak balik. 7.30 dah sampai di Gunung Semanggul Bukit Merah kami berhenti untuk berbuka puasa dan terus pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan aku dan Dr berbincang untuk menyusun beberapa aktiviti selepas hari raya. Dan InsyaALLAH pada 20 September 2008 ini kami akan buatkan satu sesi Smart Parenting di Masjid Seberang Jaya , InsyaALLAH belah pagi.

Aku rasa setakat itu la aku updated aktiviti aku hujung minggu. Oh Ya , pada hari Ahadnya juga SPD Kaz dan Zul mengadakan INTERNET MARKETING WORKSHOP di Kg Baru. Apa pun semoga usaha kita tetap istiqamah dan berterusan dengan penambahbaikan.

Sekian Dulu

Nak join bisnes SMS nama dan ALAMAT ke 012-4686404 atau ke www.iusahawan.myniaga.net

30 August 2008

SALAM MERDEKA & SEMANGAT PERJUANGAN


SALAM KEMERDEKAAN

Saya dengan lafaz kesyukuran ingin mencucapkan SALAM KEMERDEKAAN kepada semua pengunjung blog dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memberi sokongan kepada saya. Negara kita kini telah menyambut 51 tahun kemerdekaan dan telah melalui pelbagai suasana suka dan duka demi menyampaikan aspirasi kejayaan kepada seluruh rakyat . Syukur Alhamdulillah , kita hidup dalam keadaan yang aman , tenang dan bahagia . Hidup dalam pelbagai keadaan sosiobudaya yang saling hormat menghormati satu sama lain.

Sebaiknya sambutan kemerdekaan ini disambut dengan penuh rasa syukur dan azam serta semangat perjuangan yang membara untuk terus meningkatkan kualiti diri. Mengsinsafi akan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan mampu membebaskan negara dari penjajah dengan cara yang berhemah dan bijak lantas begitulah kita dalam membina sebuah perniagaan yang merentasi sempadan geografi dan pelbagai lapisan masyarakat.

Apakah kita juga telah bebas dari belengu kesulitan hidup , belengu kelesuan ilmu , belengu kelesuan semangat perjuangan untuk bebas dari beban hutang , sifat malas , penindasan orang lain , cepat putus asa dan sering mengaku kalah dan MERDEKA dalam erti kata diri kita mampu mencapai KEBAHAGIAAN HIDUP di Dunia dan Akhirat. Berdiri atas identiti diri sendiri dan selari dengan acuan Al-Quran dan Sunnah dalam pengertian tanggungjawab sebagai seorang khalifah ALLAH yang diberi AMANAH mengurus alam ini dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata , SALAM KEMERDEKAAN dari saya untuk anda semua semoga kita terus diberikan kekuatan , semangat perjuangan dan bebas dari belengu fikiran negatif yang sering menghalang Jejak kejayaan kita dan semoga IMPIAN KITA MENJADI KENYATAAN.

Salam Kemerdekaan

HAIRUDDIN ABDULLAH & SOFIAH OZALLI



24 August 2008

PERMATANG PAUH

Alhamdulillah , Sabtu lepas 23/8/08seawal pagi jam 7.45 saya keluar rumah untuk mengambil sahabat bisnes saya di Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh. Begitu meriah sepanjang jalan dengan kain rentang , bendera , poster dan sepanduk dikiri kanan jalan. Kami memulakan perjalanan untuk ke Kuala Lumpur kerana ada satu PROGRAM PENTING untuk meningkatkan kualiti diri. Satu program yang dinamakan BRAIN POWER TRAINING (BPT) .

Cukup LUAR BIASA , Baik Lebih Baik , Pasti Lebih Baik , Luar Biasa Baik .. itulah ungkapan-ungkapan yang sering dilaungkan oleh peserta-peserta BPT. Sering kali juga dilaungkan dan didengarkan lagu Fikirkan Boleh dan Gemuruh yang menjadi penyeri semangat sepanjang program BPT. Program ini dikendalikan oleh seorang Trainer Hebat yang 13 tahun berpengalaman dalam membantu orang bagaimana MENJADIKAN IMPIAN SEBAGAI KENYATAAN menggunakan kuasa otak dalam satu proses yang dinamakan PENYEIMBANGAN PENGGUNAAN OTAK KIRI DAN KANAN.

Kami di ajar dengan pelbagai teknik dan ianya satu ilmu yang baru dan SYUKUR kerana aku dan rakan-rakan telah diberi keizinan oleh ALLAH untuk bersama-sama belajar ilmu baru. Syukur juga kerana kami telah ditekankan tentang pentingnya penggunaan ayat-ayat positif dan bagaiaman MENGHANCURKAN PROGRAM NEGATIF dalam otak kita dan memulakan MEMPROGRAM POSITIF. Terbayang saat-saat kejayaan dan bagaimana nantinya IMPIAN MENJADI KENYATAAN. Program 2 hari ini cukup terkesan dan cukup luar biasa. JADI kepada anda yang belum menyertai JANGAN LEPASKAN PELUANG jika ianya dianjurkan sekali lagi selepas ini.

Kami selesai BPT ini jam 7.00 petang semalam , disediakan makan malam dan saya bersama rakan-rakan terus meluncur pulang ke rumah kami masing-masing. Saya melihat jam di tangan sekitar jam 11.30 malam dan mengambil keputusan untuk keluar mengikut Juru dan melalui kawasan PANAS sekarang ini iaitu Permatang Pauh kerana 2 orang sahabat saya ini adalah orang Permatang Pauh. Kelihatan begitu ramai orang termasuk polis dan orang ramai yang agaknya baru selesai mendengar ceramah atau penerangan dari calon-calon yang bertanding . Keluar satu suara dari belakang yang BERIMPIAN : " Alangkah Bestnya Kalau kita boleh kumpulkan orang seramai ini untuk program Smart Naco kita" .. Saya juga terlintas bagaimana dalam tempoh sepuluh hari ini mereka berkempen , mereka ALL OUT , BERMATI-MATIAN berkempen calon mereka.

Kesimpulan yang saya nak kutip di Permatang Pauh ini ialah , Mengapa kita tidak begitu ALL OUT berkempen perniagaan kita dan produk kita secara besar-besaran dan habis-habisan untuk menyampaikan mesej ini kepada seluruh penduduk Malaysia. Soal mereka terima atau tidak adalah soal kedua tetapi TINDAKAN PERTAMA ialah bagaimana MESEJ dan MAKLUMAT itu dapat disampaikan.

Saya melihat pelbagai strategi KEMPEN di gunakan , ada flyer , ada sepanduk , ada VCD , ada penerangan atau ceramah umum ada melalui akhbar , ada melalui televisyen dan radio ada melalui poster-poster ada yang buat secara DOOR 2 DOOR dan ada yang menggunakan INTERNET sebagai saluran menyampaikan MESEJ DAN TIDAK ketinggalan saya ada mendengar mereka juga berkempen dengan CARA MENGHANTAR SURAT MENGGUNAKAN POS ke rumah-rumah pengundi. Itu adalah kempen pilihanraya NAMUN apa bezanya dengan kempen perniagaan kita dalam mendagangkan produk hebat yang berkualiti . ALL OUT , Sampaikan kepada masyarakat dan biarkan masyarakat menilai setelah diberi penerangan yang jelas.

Selain dari TOOLS atau ALAT yang digunakan untuk berkempen salah SATU hal yang tertarik saya lihat ialah STRATEGI. Bagaimana kedua-dua pihak menggunakan pelbagai strategi untuk MENANG. Soal strategi itu positif atau negatif sama juga dalam perniagaan kita boleh gunakan strategi positif atau negatif.

NAMUN sebagai seorang INSAN yang ada AKAL BUDI yang Tinggi , Tahu erti KEBERKATAN dalam Rezeki dan usaha dan ada rasa TANGGUNGJAWAB yang tinggi , pastinyalah kita perlu menggunakan pendekatan yang BAIK , MURNI dan BERMORAL .

Saya begitu semangat dengan suasana kempen ini dan bagaimana kita menjadikan satu teladan yang baik kepada usaha-usaha BAIK ini SAHAJA untuk kita menyusun STRATEGI BERKEMPEN untuk berniagaan kita , MENYAMPAI MESEJ kepada masyarakat terbanyak dan MEMANFAATKAN ALAT PEMASARAN tersedia dengan efektif. Kita perlu tanamkan dalam diri kita bahawa usaha kempen perniagaan ini juga seoalah-olah satu MENANG KALAH yang melibatkan MARUAH diri kepada diri kita sendiri.

Jadi , dalam apa-apa hal biarpun kita berkempen , berstrategi dalam menawan hati pelanggan atau pengguna , ASASNYA ialah ia satu tindakan yang MURNI , BERMORAL , BERTANGGUNGJAWAB dan Menepati keperluan dan kehendak untuk mendapat KEBERKATAN dari ILLAHI yang mengizin semua rezeki untuk kita. Lakukan ALL OUT secara yang sederhana dan tidak meninggalkan tangungjawab lain seperti kepada keluarga , anak-anak , masyarakat dan sebagainya. SEMOGA Kita semua akan diangkat menjadi seorang USAHAWAN HEBAT YANG UNGGUL dan DIHORMATI oleh PELANGGAN-PELANGGAN kita.

Dalam perniagaan ini bukan kita ingin MENGANGKAT MARTABAT Ekonomi diri dan keluarga semata-mata tetapi bagaimana Diri kita diangkat sebagai seorang yang berilmu , berkemahiran tinggi , bertanggungjawab dan mempunyai AKAL BUDI yang baik . Semoga USAHA kita mendapat MARTHATILLAH.

Kepada anda yang ingin bersama-sama saya MEMACU KEUPAYAAN DIRI menjadi seorang usahawan yang UNGGUL dan HEBAT di sisi Masyarakat , Negara dan Agama bolehlah klik laman web di bawah :

www.usahawan2u.com

Sekian Dahulu

HAIRUDDIN ABDULLAH

11 August 2008

CHE DIN BUAT APA SEKARANG?

Salam sejahtera! Apa khabar? Semoga terus sihat dan diberikan kekuatan untuk terus menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman. Syukur Alhamdulillah aku selesai trip perjalanan jelajah KL , Negeri Sembilan dan Pahang.

Pagi Jumaat lepas aku dan SPD Zul ke KL dan sampai petang . Kemudian malam jumpa rakan laman SPD Zul dan sembang punya sembang di ambik 4 kotak. Keesokannya harinya Sabtu selepas sarapan aku ke Putrajaya bertemu dengan En Izham dan Gunawan di Presint 9. Memang seronok dapat bertemu sahabat baru setiap hari. En Izham ni dia kata memang dok cari susu IgG Plus sebab nak bagi kat mak dia , En Gunawan yakin produk susu IgG Plus ini dapat menjadi minuman rasmi keluarga dia nanti. Mereka berdua ini adalah prospek dari Internet yang telah menjadi rakaniaga di bawah Rizal TI. InsyaALLAH lepas ni kita TAWAN PUTRAJAYA pulak.

Masa agak terbatas bertemu mereka , jam 1 terus kami keluar dari Putrajaya untuk ke Serting , Bahau. PD Shidi dah menunggu dihadapan. WOW ! Perjalanan yang sungguh hebat kerana kami melalui jalan yang belum biasa kami lalu. Dari Putrajaya ke Senawang , Ke Kuala Pilah dan terus Ke Serting. Sampai di Serting jam 3.30 petang kelihat PD Rashidi dan En Baba orang kuat kita di Bahau telah menanti. Kelihatan sudah ada 10 orang ahli baru Smart Naco telah menanti di Kompleks Rakan Muda . Kita berkongsi cerita dan pengalaman dan akhirnya kita susuli dengan perbincangan rakan-rakan di Bahau- Serting untuk menyusun satu program pada penghujung bulan ini.

Setelah selesai di Serting , kami bertolak pula ke Bera melalui jalan yang SPD Zul kata Jalan Roller Coster , namun cukup menarik. Sampai di Bera bertemu dengan En Azhar dan kita pun sembang-sembang la tentang bisnes susu IgG Plus sambil meratah burung puyoh. Kemudian selesai kami terus je Jengka untuk berehat di rumah Ayahanda PD Rashidi. Sampai rehat , pekena la buah durian sikit , mandi air kolah besar dan tidur dengan lena.

Bangun pagi disambut hujan lebat , haaa , bestnya , sejuk asli dari udara luar. Kemudian jam 9 pagi kami bertolak untuk bertemu beberapa rakan di Tekam Resort . Kelihat En Nazif pun sampai di susuli En Mat Khir dan Abang Aziz. Kita bincang tentang strategi 333 dan lain-lain lagi. Masa berlalu begitu pantas dan jam telah menunjukkan jam 1 petang.

Kami bergegas pula ke Temerloh dan Kak Noor sedang menunggu. Kemudian En Hisyam dan En Mat Zin sampai dan kami terus mempromosikan strategi 333. Setelah selesai ada beberapa orang lagi sampai dan kami bertemu di restoran. Makin lama makin ramai yang hadir. Tepat 6.45 kami pun terus meninggalkan perkumpulan itu memadangkan perjalanan kami ke Pulau Pinang masih jauh.

Alhamdulillah , sampai rumah jam 1.30 pagi.. Dan perjalanan ini cukup memberi kepuasan kepada Aku dan SPD Zul...

............................................

Dalam sepanjang perjalanan itu , aku mendapat beberapa SMS dan Panggilan Telefon yang bertanya Che Din buat apa sekarang? Saya tak faham kenapa soalan ini ditanyakan . Saya kata saya masih buat bisnes Smart Naco dan Susu IgG Plus dan mereka terkejut . Saya kata nak terkejut apa , kita ni buat bisnes betul-betul , bukan bisnes main-main. Pasang surut dalam bisnes biasala. Dan Alhamdulillah perkembangan bisnes susu IgG Plus sekarang sudah semakin berkembang. Saya tetap seperti biasa menjalankan perkara-perkara yang seperti biasa.

Dapat Order SUSU sepanjang perjalanan.

Sepanjang perjalanan , tiba-tiba saya mendapat SMS tanya tentang susu IgG Plus. Semasa di Jengka saya dapat SMS dari Sabah yang mengatakan beliau berminat untuk menjadi ahli dan memasarkan susu IgG Plus di Sabah. Beliau cukup optimis. Beliau tengok web saya dan call saya.

Kemudian di Temerloh ada seorang yang sms saya tanya harga susu IgG Plus kini . Dia pernah cuba minum dan sekarang di nak beli sekotak.

Kemudian rakaniaga saya di Sabah yang bermula dengan bermodalkan Flyer sahaja telah order lagi 2 kotak susu IgG Plus.

Kemudian Isteri saya SMS pulak , ada tak stok 2 kotak susu IgG Plus ada rakan cikgunya nak beli .

Syukur Alhamdulillah , permintaan semakin baik dan terus mendapat perhatian yang baik dari kalangan masyarakat. Semasa berjumpa En Azhar di Bera beliau mengatakan biasanya bulan Puasa ramai orang akan cari Susu IgG Plus dengan dia , di Jengka Isteri En Mat Zin kata bulan puasa ni dia mesti kena ada susu IgG Plus ni....

Malam tadi saya bertemu dengan Dr Main. Ada 2 orang nak join dengan membeli susu IgG Plus. WAH ! Nampaknya perkembangan cukup positif ...

Dan semalam juga , seorang rakaniaga lama yang dah PD masih berminat untuk sama-sama aktif dalam perniagaan ni cuma agak jem sikit sebab rakaniaga dia dah tak aktif jadi dia ingin dapatkan cara macam mana nak aktifkan kembali rakaniaga dia yang lama.

Jadi lepas ni , saya nak wat FOLLOW UP lagi secara konsisten , InsyaALLAH....

Jadi kalau ada sapa-sapa TANYA CHE DIN BUAT APA SEKARANG , Dah baca tulisan saya di atas , dan itulah yang saya sedang buat SEKARANG.....

InsyaALLAH , dalam bisnes kita kena Fokus , Buat secara konsisten , ada masalah bawa berbincang dengan baik , tak jalan strategi 1 , cari idea untuk strategi 2 , 3 , 4 dan seterusnya barulah hidup bisnes kita. Kalau asyik nak lompat sana , lompat sini sampai kemana kita nanti. Tapi kalau lompat atas prinsip perniagaan yang baik , tak der masalah bukanlah terikut-ikut orang dan suasana. Apa pun saya doakan semua orang yang buat bisnes BERJAYA dan UNTUNG kerana bisnes result dia untung. tapi yang paling best saya dapat kawan-kawan baru hampir setiap hari.

Oklah nak pi pos susu dan nak pi jumpa prospek plak petang ni..

OOOO ye .. JOM LA JOIN USAHAWAN2U NETWORK di www.usahawan2u.ning.com


Sekian Jumpa lagi

Hairuddin Abdullah

www.usahawan2u.com
www.usahawan2u.blogspot.com
www.usahawan2u.ning.com
usahawan2u@yahoo.com
usahawan2u@gmail.com