28 April 2009

SEMOGA DICUCURI RAHMAT

Salam Sejahtera kepada semua sahabat!

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan atas segala nikmat dan peluang yang diberikan dalam mencorak anyaman kehidupan yang unggul . Bulan April ni pelbagai ujian dan dugaan yang datang , cabaran , peluang dan seolah-olah menjadi bulan Muhasabah dan refresh.

Pada 14 April 2009 aku dikejutkan akan kehilangan saudara bisnesku di Jakarta Saudara Yadi Supriadi yang telah pergi meninggal kita semua akibat Deman panas dan " trombosit drop". Kali terakhir aku ke Jakarta 3 bulan lebih yang lebih rumah terakhir yang aku bermalam dirumah beliau kerana beliau benar-benar mendesak untuk aku bermalam dirumahnya. Alhamdulillah hasil dari bisnes di Smart Naco beliau berjaya memiliki sebuah kereta Avanza yang dibayar dalam tempoh 12 bulan dan rumah yang selesai direnovasi untuk anak dan isterinya.

Pertama kali aku bertemua Alm Yadi di kantornya jam 7.00 pagi bersama SPD Pak Arif beliau hanyalah pekerja biasa , berpendapatan RM1000 sebulan dan hanya memiliki sebuah motor sahaja. Berkat kerja kuat , kesungguhan di bisnes Naco beliau berjaya mengubah kehidupannya dan berjaya memiliki sebuah kereta dan rumah untuk anak dan isterinya. Beliau adalah sahabat yang baik , ceria dan selalu tersenyum . Masih teringat senda guraunya dan beliau mempunyai perancangan dan impian ketika kami bicara hati ke hati untuk memajukan bisnes di Naco ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada sahabat sejati Almarhum Yadi Supriadi. Baru-baru ini aku dapat SMS dari Isterinya yang bertekad bersama Team untuk meneruskan impian Almarhum Yadi untuk terus berbisnes di NACO. Sama-sama kita doakan dan bisnes di Naco juga telah membuktikan ia berjaya diwarisi kepada anak dan isterinya.

Pada 27 April 2008 pada jam 12.30 tengahari aku mendapat SMS dari Pak Cik aku di Bukit Beruntong yang mengatakan Atuk kesayangan aku sedang sakit tenat. Setelah siap services kereta dan menguruskan beberapa hal di rumah tepat jam 6.30 petang aku , isteri , adik dan ibu aku bertolak ke Bukit Beruntung. Dalam perjalanan aku mendapat panggilan dari adik perempuan aku mengatakan yang Atuk telah pergi meninggalkan kami semua. Aku ni digelarkan cucu atuk kerana sejak dari bayi atuklah yang banyak menjaga , membimbing dan memberi tunjuk ajar. Banyak ilmu yang dicurahkan hinggalah aku masuk ke Universiti. Beliau seorang yang gigih dan rajin. Atuk telah tidak boleh berjalan sejak 2003 lagi dan selama itulah beliau hanya duduk dan jalan mengesot.

Banyak kenangan aku masa kecil hingga besar bersama atuk. Aku rajin meneman atuk ketika atuk menoreh getah. Atuk toreh aku ambil buku getahnya sampailah tugas menoreh getah aku pulak yang buat. Atuk duduk dirumah bila dapat duit aku bagi dua dengan atuk. Masa kecil-kecil kemana atuk pergi aku sering ikut dia dan aku banyak juga abiskan masa dengan atuk. Inilah satu kehilangan yang besar dalam kehidupan. Aku masih ingat pesan atuk , belajar rajin-rajin , nanti buat kerja bagus-bagus boleh pakai kereta besar . Kene bela nasib keluarga katanya , kita ni orang susah jadi jangan nanti cucunya pun juga susah.

Alhamdulillah semalam semua urusan pengkebumiaan Atuk telah selamat disempurnakan diatas bukit di tepi Highway kawasan bukit beruntung. Semoga Roh Atuk dicucuri rahmat.

Bulan April ni banyak perkara yang dilakukan , sibuk juga bantu adik set upkan bisnes internet yang boleh dilakukan dirumah. InsyaALLAH apabila semua selesai diuruskan dapatlah aku memberi fokus kepada apa yang ingin aku nak fokuskan.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Almarhum Yadi Supriadi dan Almarhumah Atuk ( Samirah Ibni Sharifah ) semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN

Semoga kita yang masih hidup terus muhasabah diri dan melakukan yang terbaik sepanjang kehidupan kita

Sekian

Hairuddin Abdullah

13 April 2009

KEHEBATAN LUAR BIASA

Salam Sejahtera ! Apa khabar .. agaknya ada lagi ke orang mengunjungi blog aku ni .. mcm dah sepi je kan. Tak per tak lama lagi akan kasi PANAS kembali ... Tunggu dalam seminggu ni InsyaALLAH.... Nak kata banyak2 tak boleh just boleh sebut sebagai ::

NANTIKAN SESUATU YANG LUAR BIASA

SATU KEJUTAN
SATU KEAZAMAN
SATU POTENSI BESAR
SATU KEBERANIAN
SATU PERUBAHAN
SATU TEKAD
SATU KEJAYAAN

IA PASTI AKAN MENJADI MAGNET YANG KUAT
GELOMBANG KEHEBATAN AKAN MUNCUL

NANTIKAN PADA 1 MEI 2009

SALAM KEJAYAAN

HAIRUDDIN ABDULLAH

23 March 2009

Sihat selalu

Salam sejahtera , apa khabar , WAH lamanyer tak updated blog.... Sibuk ke Che Din... Waduh2 ... boleh tahan juga dok siapkan beberapa modul training. Ujung minggu ni nak bersama pemimpin pelajar pula untuk jalankan Bengkel Kepimpinan dan Organisasi. Lama juga tak wat program ngan pelajar nie....

Alhamdulillah , hari ni ada beberapa orang rakaniaga yang dok order susu lagi dan sambutan di Sabah nampaknya cukup baik dan segar terhadap produk dari Smart Naco. Sekarang ni kita berhadapan dengan cabaran kegawatan ekonomi dan kita lihat pelbagai peluang yang ditawarkan untuk menjana pendapatan tambahan. Buatlah pilihan yang baik dan berhati-hatilah apabila ada orang yang mengajak membuat pelaburan dengan jumlah wang yang besar.

Smart Naco terus menjalankan aktivitinya dan kini bertumpu kepada program "Blood Test". Bila kita check darah kita baru tahu keadaan sel darah kita macam mana dah macam ape bila tengok... Tambah lagi keadaan persekitaran kita yang kian tercemar dan kini badan kita mudah menerima bahan-bahan kimia , radikal bebas dan toksin. Semua ni nak kena bagi bersih.. Salah satu produk yang bagus ialah Alfalfa keluaran Smart Naco. Ia diperbuat dari pokok Alfalfa dimana akar pokok ini jauh lebih 10 meter kebawah mencari galian dan mineral semula jadi . Daunnya mempunyai kualiti alfalfa yang cukup tinggi dan satu sudu Alfalfa ni bersamaan dengan sekilo sayur-sayuran.

Apakah yang kita makan

Kita sering makan makanan yang banyak asid seperti nasi , ayam , daging , keju , makanan laut dan sebagainya dan amat sikit memakan makanan yang jenis alkali seperti buah-buahan , sayur-sayuran dan alga.

Untuk pengetahuan anda , Dr Rogner Berg telah membuat kajian bahawa tubuh badan kita hanya memerlukan 20% sahaja asid dan 80% alkali tetapi apabila melihat dari apa yang kita makan nampaknya kita lebih banyak memakan makanan yang berasid.

Jesteru itu , ALFALFA mampu memberi keseimbangan antara asid dan alkali didalam badan selain berfungsi untuk membuang toksin. Ia juga mampu meningkatkan kualiti sel darah merah dan menjadi minuman yang berkhasiat. Ia boleh membuka selera makan dan mampu menyejukkan badan.

Kalau nak cuba Alfalfa boleh la sbb dalam badan tu banyak sangat Asid dan setiap orang perlukan Alfalfa untuk menyeimbangkan asid dan alkali dalam badan.

----------------------------------
Ni ada beberapa orang prospek yang minta CD masih belum diberikan dan ada beberapa orang yang betul-betul berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang potensi bisnes MLM ini. Esok nak kene poskan 30 keping CD lagi untuk sasaran penyertaan bulan ini. Ok lah , nak sambung wat keje lagi dan nak siapkan modul lagi.... Cuaca panas , kat bilik ni pun panas jadi idea petang2 ni kureng sikit.

Apa pun kepada mereka yang berminat untuk mengetahui potensi bisnes masa gawat ni dan bagaimana membina karier dalam bisnes MLM ini boleh la contact di 012-4686404.

Sekian Dahulu


Hairuddin Abdullah

07 March 2009

KASIHNYA IBU , KASIHNYA AYAH

05 March 2009

Orang Tak Yakin

Salam sejahtera , apa khabar , lama juga tak updated blog ini. Sibuk dengan proses SET UP syarikat training consultant saya Pusat Pembangunan Personaliti Unggul.

Ni baru je berbalas sms dengan prospek yang dok dapat VCD yang saya hantar. Ada yang potensi dan ada yang kata saya dah buat macam2 bisnes ni tapi selalu orang tak yakin dengna bisnes ini. Saya senyum je....

Ramai yang saya dengar ttg orang tak yakin dengan bisnes dan produk TETAPI mereka LUPA sama sekali adakah kerana prospek mereka yang tidak yakin atau diri sendiri yang tidak yakin untuk meyakinkan prospek.

Jadi kita selalu bagi alasan prospek kita yang tak yakin , tetapi kita tidak ada usaha untuk meningkatkan keyakinan diri dan strategi untuk meyakinkan prospek kita kepada produk dan bisnes yang kita tawarkan. Jadi tak kan salah prospek kot ..

Jadi ADAKAH anda benar-benar yakin dengan diri anda , dengan bisnes anda , dengan produk anda dan dengan strategi penyampaian yang anda guna untuk meyakinkan prospek anda. Kenapa tak yakin ?

Jika anda tidak menguasai informasi tentang bisnes dan produk yang anda tawarkan macam mana anda nak ceritakan tentang peluang bisnes atau produk orang dengan penuh keyakinan jadi bila anda terangkan dengan tidak yakin jadi macam mana prospek nak yakin.

Jadi Che Din macam mana nak meyakinkan diri saya dan meyakinkan prospek.

Meyakinkan Diri
1. Kuasai bidang anda secara menyeluruh
2. Bergaul dengan orang yang berjaya dan penuh keyakinan
3. Banyak membaca dan kuasai strategi dan teknik meyakinkan orang. Kalau perlu invest pergi kursus , pergi la untuk perkembangan diri tapi kalau tak sanggup invest untuk diri sendiri macam mana orang nak yakin dengan anda.

Meyakinkan Prospek
1. Prospek akan yakin dengan penampilan kita , idea kita , kelancaran kita bercakap dan bila di tanya boleh jawap kerana kita telah menguasai maklumat produk dan bisnes
2. Boleh gunakan tools tambahan jadi tak perlu cakap banyak macam CD Testimoni , Gambar , paper , cek dan sebagainya. Kalau ada tools yang kuat dan meyakinkan tak cakap banyak pun orang boleh yakin.


Dan Yang PALING PENTING ialah IKHLAS dan JUJUR.

Itulah antara kunci yang kuat dalam hal meyakinkan diri dan meyakinkan orang lain. Bertindak dan bercakaplah secara jujur dan ikhlas. Anda perlu jual diri anda dulu , yakinkan orang untuk terima diri anda dulu sebelum anda menjual produk dan bisnes anda..


Eh Banyak SMS masuk ,,, tahu tak sms tu bunyi apa? SMS tu bunyi

Terima Kasih Che Din VCD PERCUMA telah saya terima

Saya telah terima VCD PERCUMA , tq

ada 5 sms yang saya terima , mcam mana mereka boleh sms ????

Silalah ke laman web saya di www.myniaga.net

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH