07 September 2008

TERKINI - MLM INTERPOS

UPDATED : Dengan menggunakan kaedah INTERPOS ( Internet - Pos ) - Hari ini saya dapat menjual 10 paket susu dengan nilai RM50.00. Seoarang prospek dari Percint 9 Putrajaya telah layari laman web saya , dapat email saya dan terus SMS saya untuk mencuba produk susu IgG Plus untuk 2 orang anaknya. Terus saya berbalas sms dan dalam proses 15 minit berbalas SMS beliau telah membuat pindahan wang ke akaun maybank saya dan telah memberikan alamat lengkap untuk saya poskan. Sebentar lagi saya akan poskan.

Sebelum terlupa ! Semalam juga seorang dari sabah telah bertanyakan tentang produk susu IgG Plus dan InsyaALLAH hari ini juga dia akan membuat pindahan wang untuk mencuba 1 kotak susu IgG Plus atas masalah GOUT yang dialami. Semuanya menggunakan kaedah INTERPOS... Guna Internet perkenalkan produk , SMS untuk berkomunikasi dan POS untuk menghantar maklumat atau produk..

Proses ini saya ceritakan sebagai bagaimana proses membuat jualan peribadi. Jadi saya dah lepas 2 kotak susu untuk maintain ...

Kepada anda , selamat mencuba...

Sekian

Terkini dari www.iusahawan2u.myniaga.net

PERJALANAN KL-JENGKA

Salam sejahtera ! Kita berhenti jap tentang MLM INTERPOS dan InsyaALLAH esok lusa aku akan kupas lagi lebih dalam tentang bagaimana menjadi JUARA MLM INTERPOS. Semalam aku berada di Bandar Pusat Jengka bersama Dr Main Rindam , Rakan aku seoarang pensyarah kanan USM. Sebelum aku cerita apa yang berlaku di Bandar Pusat Jengka pada hari Sabtu (6 Sept 06) seawal 5 pagi selepas sahur aku dah bertolak dari rumah ke rumah Dr dulu di Bandar Perda dan lebih kurang 5.30 pagi kami teris meluncur untuk ke KL . Singgah sebentar di RnR Gunung Semanggol untuk solat Subuh dan terus ke KL di HQ Smart Naco untuk program Priview Anak Ku Sayang . Aku sampai tepat jam 9 pagi dan kelihatan Puan Rosnani dan Anak-anak seramai 3 orang telah menanti di bawah. Kemudian selang beberapa minit Puan Normala pula bersama 3 orang anak juga sampai dan kami terus naik ke atas. Sampai di atas Dr Main terus meminta anak-anak mereka membuat lukisan projektif untuk sesi analisis personaliti. Kemudian Bro Shidi pun sampai bersama 3 orang anak beliau juga . Kemudian Puan Sophia datang bersama suami beliau dengan anak beliau yang aktif dan bijak itu. Program selesai dalam jam 12.00 ketika Dr Main bersembang-sembang dengan suami Puan Sophia aku , shidi dan Ashrie ke kaunter di bawah untuk sembang-sembang selain ambil kuih raya.

Kemudian selesai aku terus ke rumah Bro Shidi dan kami bertolak ke Temerloh satu kereta lebih kurang jam 3 petang. Sampai di Temerloh jam 5.30 petang dan sepanjang perjalanan hujan mengiringi kami. Sampai di Temerloh kami singgah di Pasar Ramadhan dan bertemu dengan En Mat Zin bersama Isteri dan Anak-anak dedang menjual air. WOW ! Banyak betul air yang dijual en matzin aku kira ada 12 jenis air yang dia jual , pilih la mana satu , nak warna apa , nak saiz kecil atau besar.

Setelah selesai kami terus mencari tempat berbuka puasa dan kami berbuka di Restoren Tom Yam dan selesai kami terus pulang ke Rumah Bro Shidi di Jengka.

Keesokannya jam 9 pagi kami bersiap ke Bandar Pusat Jengka dan sampai sahaja di tempat program iaitu kalau anda masih ingat En SAMARIN MORE JUTARIA yang menang RM 1 Juta dulu kat tempat beliaulah kami buat program Smart Parenting. Setiba di sana kelihat En Nazif bersama 3 orang anak dan En Rahman bersama 3 orang anak . Kemudian En Mat Khir dengan 2 orang anak , kak wan pun ada sama. Dr macam biasa aktiviti mula dengan melukis dan kemudian penerangan tentang lukisan dan ditamatkan dengan berkongsi maklumat tentang makanan minda.

Setelah selesai kami terus pulang ke Penang namun sebelum tu singgah di kajang antar Bro Shidi dan jam 4.30 petang kami terus bertolak balik. 7.30 dah sampai di Gunung Semanggul Bukit Merah kami berhenti untuk berbuka puasa dan terus pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan aku dan Dr berbincang untuk menyusun beberapa aktiviti selepas hari raya. Dan InsyaALLAH pada 20 September 2008 ini kami akan buatkan satu sesi Smart Parenting di Masjid Seberang Jaya , InsyaALLAH belah pagi.

Aku rasa setakat itu la aku updated aktiviti aku hujung minggu. Oh Ya , pada hari Ahadnya juga SPD Kaz dan Zul mengadakan INTERNET MARKETING WORKSHOP di Kg Baru. Apa pun semoga usaha kita tetap istiqamah dan berterusan dengan penambahbaikan.

Sekian Dulu

Nak join bisnes SMS nama dan ALAMAT ke 012-4686404 atau ke www.iusahawan.myniaga.net

04 September 2008

MLM INTERPOS

Salam Sejahtera , Salam Ramadhan dan Salam Ketenangan. Apa khabar? Alhamdulillah dah masuk hari kelima kita semua berpuasa. Dan dalam 5 hari inilah aku tercari-cari idea-idea atau usaha-usaha baru yang boleh meningkatkan kualiti diri , kualiti perniagaan selain dari usaha mengembangkan lagi potensi Perniagaan aku. Setelah di belek-belek dan diteliti teliti , aku telah membuat satu pengkhususan dan Fokus bahawa blog ini aku akan Fokus lebih banyak kepada Mesej yang boleh dimanfaatkan kepada rakan-rakan.

Sebagai Mukadimahnya , hari ini aku just nak ceritakan bagaimana munculnya perkataan INTERPOS ini. Sebelum aku menghuraikan konsep MLM Interpos secara panjang lebar didalam penulisan-penulisan akan datang , baik aku ceritakan sejarahnya terlebih dahulu kerana pada bulan seperti inilah aku bertemu dengan istilah INTERPOS ini.

Pada bulan 9 2005 yang lalu , ketika itu aku seolah-olah tidak ada bisnes yang khusus aku lakukan , jadi aku melayari Internet mencari kot-kot ada peluang perniagaan di situ. Peluang pertama yang aku temui ialah satu web yang memaparkan 40 Idea Bisnes Yang Boleh Jana Pendapatan dan Kemudian aku bertemu dengan satu laman web yang menjalankan perniagaan Mail Order namun pada waktu itu telah mula menggunakan internet. Pada waktu itu di Internet tidak la banyak peluang-peluang seperti sekarang ini. Jadi dengan wang yang terhad ketika itu aku memberanikan diri mengeluarkan wang RM100 untuk membeli sebuah ebook yang boleh menjana pendapatan katanya. Kemudian aku tanyakan kawan tentang CD 40 Idea Bisnes dan dia kata dia dah beli dan ada kat dia jadi aku pun copy la kat dia. Jadi setelah aku baca idea dan konsep Mail Order ini aku jadi tertarik nak mencuba. Jadi aku mula ghairah siang malam aku fokus memberi tumpuan kepada usaha tersebut. Jadi aku fikir aku pun nak jual CD 40 Idea itu dan Beberapa panduan Mail Order . Aku masih ingat pada Bulan Puasa itulah aku menulis sebuah buku 3 Kunci Kejayaan Urusniaga Pos .

Bangunkan Laman Web Sendiri
Setelah aku siapkan pakej dia , aku bangunkan laman web sendiri gunakan hosting percuma sahaja iaitu CJB.NET. Aku juga terkejut sehingga hari ini laman web tu masih ada dan yang hebatnya 3 minggu yang lepas aku telah menerima satu SMS yang mengatakan dia berminat nak beli Pakej INTERPOS aku dengan harga RM60.00. Wah ! Walaupun aku dah tak promosikan laman web tersebut , walaupun aku dah tak kisah dengan pakej tersebut tak sangka ada lagi orang yang nak membeli. Kalau aku promosikan tentu lumayan juga. InsyaALLAH aku akan kemaskinikan Pakej tersebut dan bagaimana pakej tersebut benar-benar dapat membantu mereka yang memerlukan. Jadi setelah aku bangunkan laman web itu , aku promosikan dimerata tempat di Internet dan Alhamdulillah memang ada orang yang membelinya. Bulan pertama aku dapat dalam RM600.00 hasil jualan Buku dan CD Pakej INTERPOS itu.

APAKAH INTERPOS
Aku mengguna pakai istilah INTERPOS ini setelah melihat keperluan Internet dan Mail Order perlu digabungkan sebagai satu medium pemasaran yang berkesan. INTER itu merujuk kepada Internet dan POS itu merujuk kepada Mail Order yang memang banyak menggunakan khidmat Pejabat Pos dan kaedah iklan adalah melalui cara akhbar.

Jadi setelah aku amati potensi perniagaan berkonsep INTERPOS ini cukup besar dan kini telah banyak orang membuat jualan menggunakan kaedah INTERPOS.

Dalam menyelusuri laman web untuk mencari peluang-peluang tambahan dan idea untuk mengemaskini pakej baru aku tu , ketika itu aku bertemu dengan perkataan VCD Percuma lalu aku mengisikan maklumat aku untuk mendapatkan VCD itu. Prosesnya terjadi setelah aku isi maklumat itu , pemilik laman web itu menghubungi aku dan telah POS kan VCD kepada aku secara percuma dengan menggunakan Pos Ekpres yang bernilai RM3.00. Jadi aku membuka peluang kepada diri aku untuk menonton VCD tersebut dan aku SMS kepada pemilik laman web itu dan terus beliau menghubungi aku dan mengaturkan temujanji kerana kebetulan aku dan pemilik laman web aku itu tinggal dalam kawasan Pulau Pinang juga. Setelah diberikan penerangan aku juga menggunakan alat pemasaran VCD itu untuk memancing pelanggan dan Alhamdulillah aku mendapat beberapa orang pelanggan yang berminat untuk membeli produk tersebut. Wah ! Aku fikir senang juga bisnes seperti ini ya. Lalu aku menyertai perniagaan beliau dan aku usahakan sehingga kini dengan konsep INTERPOS.


VCD PERCUMA yang membawa aku ke perniagaan MLM INTERPOS dan yang telah membantu aku mencapai IMPIAN menjana pendapatan 5 angka.

Jadi itulah sejarahnya MLM INTERPOS dan InsyaALLAH akan datang aku akan ceritakan bagaimana aku memulakan perniagaan MLM aku bersama Smart Naco dan Smart Success Team dengan konsep INTERPOS ini. Sungguh luar biasa , bagaimana menaja , menjual tanpa bertemu dan bercakap. Duit terus sampai di akaun bank kita , pendaftaran dan pembelian produk diuruskan dirumah dan barang terus dihantarkan pintu rumah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

Jadi , InsyaALLAH aku juga akan kemaskinikan beberapa panduan bagaimana anda yang berminat menjalankan perniagaan ini bersama saya dengan menggunakan konsep MLM INTERPOS. Bagaimana saya lakukan bisnes saya hanya di Meja Makan dirumah saya dan ketika saya menulis blog ini saya lakukan hanya di Meja Makan . Hebat dan luar biasa.

InsyaALLAH setelah melalui beberapa pengalaman selama 3 tahun , aku fikir sudah sampai masanya untuk aku menyediakan satu modul dan panduan tentang MLM INTERPOS ini kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan secara sampingan. Dalam apahal sekalipun perkara pertama yang perlu kita miliki adalah kita memerlukan " MIND SETTING" yang betul. MLM Interpos ini sebenarnya berkisar kepada usaha bagaimana kita menjalan kerja-kerja pengiklanan atau promosi produk atau perkhidmatan kita , bagaimana kita membuat surat jualan untuk dihantar kepada pelanggan , bagaimana kita melakukan proses Follow UP , bagaimana kita lakukan " services after sales" dan pelbagai lagi. Oleh kerana ia adalah perniagaan MLM sudah tentu saya akan adunkan dengan elemen-elemen penting bagaimana menjalankan perniagaan MLM yang murni dengan pendekatan "Human Touch" dan bukannya "Touch n Go".

OK lah , aku fikir setakat ini dahulu penulisan aku kali ini , InsyaALLAH , dalam bulan September inilah aku mula menyertai perniagaan MLM Interpos ini.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu MLM INTERPOS bolehlah SMS nama dan alamat anda ke 0124686404 dan InsyaALLAH aku akan kongsikan pengalaman ini kepada anda .

Boleh juga ke laman web aku di www.iusahawan.myniaga.net

Semoga kita semua beroleh kejayaan dan rahmat dari Illahi

Sekian

Che Din

30 August 2008

SELAMAT BERPUASA



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh . Dengan rasa syukur saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dengan penuh keghairahan untuk mengamalkan sebanyak mungkin amal ibadah. Rasanya Ramadhan yang lepas baru sahaja pergi dan kini kita telah diizinkan untuk bersama-sama sekali menunaikan ibadah puasa.

Dalam menunaikan ibadah puasa ini , komitmen kita terhadap perniagaan yang sedang kita usahakan tetap jelas dan berterusan dengan penuh daya Istiqamah yang jitu. Ibadah puasa menguji kesabaran kita agar kita kuat dan tahan dari segala perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Begitu juga ketika kita menjalankan perniagaan dalam budang keusahawanan ini , kita harus sabar dan tabah dengan bertahan dari segala anasir-anasir dan fikiran negatif yang boleh membatalkan usaha impian perniagaan kita.

Ibadah puasa juga dijadikan satu semangat kepada penyucian jiwa , hati dan rohani agar hati ini benar-benar bersih selain dari usaha pembersihan harta dengan memperbanyakkan bersedekah , membantu orang miskin dan susah selain dari berzakat. Begitu juga dalam perniagaan diharapkan bulan Ramadhan ini juga kita dapat menyucikan hati dan membersihkan jiwa serta memurnikan rohani daripada sikap dan fikiran negatif. Kita bersihkan dari sikap dan sifat malas , takut , bertangguh , tidak yakin , putus asa dan kurang fokus .

Ketika bulan Ramadhan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sebagai proses menguatkan penghayatan Ramadhan dan semoga diteruskan bacaan Al-Quran dari bulan kebulan hingga akhir ayat. Jesteru itu , sebagai seorang usahawan budaya membaca Al-Quran sudah semestinya dijadikan budaya darah daging kita selain dari itu seorang usahawan yang hebat perlu juga mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu. Jadikanlah amalan membaca apa sahaja bahan bacaan yang baik dan membantu perniagaan anda setiap hari .

Semoga Ramadhan kali ini memberikan satu suntikan PENGISLAHAN ( Perubahan ) yang lebih baik buat diri kita dan akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita memanjat syukur kehadrat Illahi atas izinnya untuk kita dapat menyambut kembali Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Selamat Berpuasa

Che Din

............................

Minat nak jadi usahawan boleh sms nama dan alamat ke 012-4686404 atau layari laman web di www.iusahawan.myniaga.net

SALAM MERDEKA & SEMANGAT PERJUANGAN


SALAM KEMERDEKAAN

Saya dengan lafaz kesyukuran ingin mencucapkan SALAM KEMERDEKAAN kepada semua pengunjung blog dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memberi sokongan kepada saya. Negara kita kini telah menyambut 51 tahun kemerdekaan dan telah melalui pelbagai suasana suka dan duka demi menyampaikan aspirasi kejayaan kepada seluruh rakyat . Syukur Alhamdulillah , kita hidup dalam keadaan yang aman , tenang dan bahagia . Hidup dalam pelbagai keadaan sosiobudaya yang saling hormat menghormati satu sama lain.

Sebaiknya sambutan kemerdekaan ini disambut dengan penuh rasa syukur dan azam serta semangat perjuangan yang membara untuk terus meningkatkan kualiti diri. Mengsinsafi akan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan mampu membebaskan negara dari penjajah dengan cara yang berhemah dan bijak lantas begitulah kita dalam membina sebuah perniagaan yang merentasi sempadan geografi dan pelbagai lapisan masyarakat.

Apakah kita juga telah bebas dari belengu kesulitan hidup , belengu kelesuan ilmu , belengu kelesuan semangat perjuangan untuk bebas dari beban hutang , sifat malas , penindasan orang lain , cepat putus asa dan sering mengaku kalah dan MERDEKA dalam erti kata diri kita mampu mencapai KEBAHAGIAAN HIDUP di Dunia dan Akhirat. Berdiri atas identiti diri sendiri dan selari dengan acuan Al-Quran dan Sunnah dalam pengertian tanggungjawab sebagai seorang khalifah ALLAH yang diberi AMANAH mengurus alam ini dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata , SALAM KEMERDEKAAN dari saya untuk anda semua semoga kita terus diberikan kekuatan , semangat perjuangan dan bebas dari belengu fikiran negatif yang sering menghalang Jejak kejayaan kita dan semoga IMPIAN KITA MENJADI KENYATAAN.

Salam Kemerdekaan

HAIRUDDIN ABDULLAH & SOFIAH OZALLI