30 August 2008

SELAMAT BERPUASA



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh . Dengan rasa syukur saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dengan penuh keghairahan untuk mengamalkan sebanyak mungkin amal ibadah. Rasanya Ramadhan yang lepas baru sahaja pergi dan kini kita telah diizinkan untuk bersama-sama sekali menunaikan ibadah puasa.

Dalam menunaikan ibadah puasa ini , komitmen kita terhadap perniagaan yang sedang kita usahakan tetap jelas dan berterusan dengan penuh daya Istiqamah yang jitu. Ibadah puasa menguji kesabaran kita agar kita kuat dan tahan dari segala perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Begitu juga ketika kita menjalankan perniagaan dalam budang keusahawanan ini , kita harus sabar dan tabah dengan bertahan dari segala anasir-anasir dan fikiran negatif yang boleh membatalkan usaha impian perniagaan kita.

Ibadah puasa juga dijadikan satu semangat kepada penyucian jiwa , hati dan rohani agar hati ini benar-benar bersih selain dari usaha pembersihan harta dengan memperbanyakkan bersedekah , membantu orang miskin dan susah selain dari berzakat. Begitu juga dalam perniagaan diharapkan bulan Ramadhan ini juga kita dapat menyucikan hati dan membersihkan jiwa serta memurnikan rohani daripada sikap dan fikiran negatif. Kita bersihkan dari sikap dan sifat malas , takut , bertangguh , tidak yakin , putus asa dan kurang fokus .

Ketika bulan Ramadhan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sebagai proses menguatkan penghayatan Ramadhan dan semoga diteruskan bacaan Al-Quran dari bulan kebulan hingga akhir ayat. Jesteru itu , sebagai seorang usahawan budaya membaca Al-Quran sudah semestinya dijadikan budaya darah daging kita selain dari itu seorang usahawan yang hebat perlu juga mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu. Jadikanlah amalan membaca apa sahaja bahan bacaan yang baik dan membantu perniagaan anda setiap hari .

Semoga Ramadhan kali ini memberikan satu suntikan PENGISLAHAN ( Perubahan ) yang lebih baik buat diri kita dan akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita memanjat syukur kehadrat Illahi atas izinnya untuk kita dapat menyambut kembali Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Selamat Berpuasa

Che Din

............................

Minat nak jadi usahawan boleh sms nama dan alamat ke 012-4686404 atau layari laman web di www.iusahawan.myniaga.net

SALAM MERDEKA & SEMANGAT PERJUANGAN


SALAM KEMERDEKAAN

Saya dengan lafaz kesyukuran ingin mencucapkan SALAM KEMERDEKAAN kepada semua pengunjung blog dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memberi sokongan kepada saya. Negara kita kini telah menyambut 51 tahun kemerdekaan dan telah melalui pelbagai suasana suka dan duka demi menyampaikan aspirasi kejayaan kepada seluruh rakyat . Syukur Alhamdulillah , kita hidup dalam keadaan yang aman , tenang dan bahagia . Hidup dalam pelbagai keadaan sosiobudaya yang saling hormat menghormati satu sama lain.

Sebaiknya sambutan kemerdekaan ini disambut dengan penuh rasa syukur dan azam serta semangat perjuangan yang membara untuk terus meningkatkan kualiti diri. Mengsinsafi akan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan mampu membebaskan negara dari penjajah dengan cara yang berhemah dan bijak lantas begitulah kita dalam membina sebuah perniagaan yang merentasi sempadan geografi dan pelbagai lapisan masyarakat.

Apakah kita juga telah bebas dari belengu kesulitan hidup , belengu kelesuan ilmu , belengu kelesuan semangat perjuangan untuk bebas dari beban hutang , sifat malas , penindasan orang lain , cepat putus asa dan sering mengaku kalah dan MERDEKA dalam erti kata diri kita mampu mencapai KEBAHAGIAAN HIDUP di Dunia dan Akhirat. Berdiri atas identiti diri sendiri dan selari dengan acuan Al-Quran dan Sunnah dalam pengertian tanggungjawab sebagai seorang khalifah ALLAH yang diberi AMANAH mengurus alam ini dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata , SALAM KEMERDEKAAN dari saya untuk anda semua semoga kita terus diberikan kekuatan , semangat perjuangan dan bebas dari belengu fikiran negatif yang sering menghalang Jejak kejayaan kita dan semoga IMPIAN KITA MENJADI KENYATAAN.

Salam Kemerdekaan

HAIRUDDIN ABDULLAH & SOFIAH OZALLI



29 August 2008

SMART PARENTING KL

28 August 2008

OTAK MERDEKA

" Memang amat tinggi letaknya KEBAHAGIAAN. Namun kita haris menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan kesana amat sukar . Padahal mudah , kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri" - Said Mustafa



Menjelang 3 hari lagi negara dan rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Sudah tentu ia menjadi satu hasrat nurani melihat berlakunya satu proses realisasi sebuah kehidupan yang aman , tenang dan bahagia. Rakyat Malaysia selama 51 tahun telah menggunakan kekuatan sendiri mendirikan sebuah negara bangsa yang dihormati dan berjaya mencapai kemakmuran dan matang. Ya ! Ianya dimulai daripada diri sendiri.

Saya fikir saya dan anda juga mempunyai HASRAT untuk mencapai puncak jaya dalam menuju aspirasi Kebahagian dalam Kehidupan dan yang lebih penting ianya datang dari titik peluh , jerih payah sebuah perjuangan membangunkan sebuah kehidupan yang harmonis , bahagia , selesa dan mampu mencapai sekali lagi aspirasi kejayaan dalam maksud yang diberi erti oleh diri sendiri.

Selama 2 hari mengikuti kursus Brain Power Training ( BPT) bersama Master Cheahdi HQ membuka haluan yang lebih jelas tentang arah tuju sebuah kehidupan. Di fahamkan itulah pertama kali Master Cheah menjalankan kursus dalam bahasa Malaysia dan apabila sesuatu perkara difikirkan boleh dan positif PASTI ia boleh dan menjadi kenyataan.
BUANG PROGRAM LAMA

Apa yang kita fikirkan itulah yang kita akan dapat. Apabila kita memikirkan kesusahan , kemiskinan , kepayahan , kelemahan maka itulah yang akan kita dapat. Sudah lama otak kita diprogram dengan unsur-unsur kelemahan. Aku juga lihat betapa ramai insan yang mempunyai IMPIAN besar jatuh kecundang sebelum 100% menggunakan tenaga POTENSI PERJUANGAN hebat kurniaan Illahi. Hanya melalui satu dua ujian OTAK telah mencongak , menganalisis bahawa mereka tidak berkemampuan sedangkan ada cara , jalan dan strategi lain yang boleh difikirkan secara kreatif untuk dijadikan satu atau dua jejantas usaha bagi menyambung kembali SEMANGAT dan KEAZAMAN untuk mencapai IMPIAN.

AH ! Lebih malang lagi jika kita LANGSUNG tidak BERANI Berimpian Besar , Tidak Berani BERMIMPI Besar kerana dari lahir hingga kini OTAK KITA hanya dipasakkan tentang ketidakbolehan kita , susah , payah , tidak pandai , tidak tahu dan sebagainya.



KITA perlu BERANI BERIMPIAN BESAR. Berani BERTINDAK untuk mencapainya. GUNAKAN Kuasa FIKIRAN dan KEAJAIBAN POTENSI Dalaman yang telah dianugerahkan kepada kita. ANDA MAMPU. Aku juga dulu sewaktu berangan , berimpian merasakan tidak ada haluan dan jalan untuk mencapai beberapa impian aku , namun Alhamdulillah , jika kita BERANI BERIMPIAN BESAR , BERANI MENGAMBIL TINDAKAN BESAR-BESARAN , kita MAMPU mencapai IMPIAN Kita.. AYUH ! Mulakan sekarang..


SEMPENA Sambutan Kemerdekaan , Kita BEBASKAN Minda dan CARA FIKIR Negatif kita yang mengatakan kita tidak boleh kaya , kita tidak pandai , kita pemalu , kita penakut , kita tidak boleh jadi usahawan ... Kita BEBASKAN dari BELENGU Fikiran Negatif , kita HANCURKAN semua halangan-halangan dari dalam diri untuk menjadikan anda BEBAS dan MERDEKA untuk mencapai APA SAHAJA yang anda IMPIKAN. Gunakan Kuasa FIKIRAN Anda , Gunakan Kuasa PERASAAN ANDA , Gunakan Kuasa POTENSI DALAMAN Anda yang maha Hebat lagi Dasyat untuk mencapainya...

Jadikan sambutan Kemerdekaan ini sebagai satu tarikh dan sejarah penting untuk anda HANCUR dan BEBASKAN diri anda dari belengu FIKIRAN yang negatif. Kita bangkit sebagai satu bangsa berjaya dan hebat yang mampu bersaing secara hebat dengan bangsa dan orang lain. ALLAH pasti memberikan PELUANG kepada anda untuk membuktikan KEHEBATAN anda sebagai seorang INSAN yang MERDEKA dari ANASIR-ANASIR Fikiran NEGATIF. PECAHKAN , HANCURKAN , BUANGKAN , LONTARKAN , KUBURKAN , BENAMKAN dan HILANGKAN semua Musuh-musuh KECEMERLANGAN anda satu persatu mulai detik 31 Ogos 2008. Jadilah diri yang HEBAT di sisi ALLAH , Keluarga , Masyarakat dan Diri Sendiri .. Dengan kehebatan anugerah Illahi akan menjadikan kita semakin Insaf dan tunduk tentang tanggungjawab kita membantu insan lain , patuh perintah Illahi dan dapat MEMBINA SATU TAMADUN BANGSA yang dihormati dan berjaya..

Jika anda berminat untuk MENGIKUTI KURSUS KEAJAIBAN OTAK dan bagaimana Programkan Otak Anda untuk membolehkan ANDA MENCAPAI IMPIAN anda dalam TEMPOH yang singkat boleh berhubung dengan saya. Bila cukup korum kita boleh susunkan satu kursus yang hebat ini bersama-sama...


Salam Kemerdekaan dari saya

HAIRUDDIN ABDULLAH

012-4686404

27 August 2008