28 January 2008

MATLAMAT YANG KHUSUS

Salam Sejahtera ! Cuba tanya pada diri anda ? Apakah IMPIAN yang anda MESTI Capai untuk tahun 2008. Atau masih kabur dengan impian atau masih tiada impian.... Hari tu masa di LCC Penang saya cerita kisah tentang John Goadard yang telah menulis , melihat , membaca 100 impian yang gila-gila. Waktu itu umurnya baru 21 tahun. Apabila umur telah mencapai 68 tahun beliau telah mencapai 80 impiannya. Dan impiannya semua hebat2 seperti melawat air terjun niagara dan pusing seluruh dunia utk melihat tempat-tempat terhebat. Masa di LCC ari tu aku dah berikan sedikit panduan bagaimana nak setkan Matlamat menggunakan kaedah 4W1H.

Untuk berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi , anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda tahu? PENGHALANG TERBESAR kita nak mencapai sesuatu pencapaian adalah kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang khusus.

Satu kajian yang dilakukan oleh Dr Napoleon Hill , sejak 20 tahun yang lalu beliau telah habiskan masa mengkaji lebih daripada 20 ribu orang dari segenap pelusuk dunia. Hasil kajian beliau mendapati sebanyak 95% dari mereka adalah orang-orang yang gagal. Ini bermaksud mereka hanya mempunyai secukupnya sahaja , malahan sesetengahnya langsung tidak dapat menyediakan keperluan hidup secukupnya.

5% lagi adalah orang-orang yang berjaya dan "berjaya" disini bermaksud mereka mampu menyediakan segala keperluan hidup disamping dapat menyimpan dan melabur untuk mencapai kebebasan kewangan sebenar.

KESIMPULAN PENTING : dari kajian ini Dr. Napoleon Hill mendapati golongan 5% yang telah mencapai kejayaan adalah terdiri daripada individu-individu yang mempunyai MATLAMAT UTAMA YANG KHUSUS dan juga membuat perancangan khusus untuk mencapai matlamat tersebut.

NAH ! Kita lihat dalam bidang perniagaan MLM yang kita ceburi TERNYATA bahawa hanya 5% sahaja yang berjaya mencapai apa yang mereka impikan dan 95% melalui kegagalan , putus asa , lemah semangat kerana mungkin mereka tidak mempunyai matlamat khusus atau jika ada MEREKA KURANG YAKIN DENGAN MATLAMAT sendiri dan tidak membuat perancangan.

DEFINISI kejayaan bagi mereka sentiasa berubah-ubah dan sentiasa dipengaruhi oleh gaya hidup orang lain , majalah-majalah yang mereka baca , iklan-iklan televisyen dan sebagainya. Pendek kata , mereka mengukur kejayaan melalui kaca mata orang lain dan gagal untuk mendifinisikan kejayaan mereka sendiri dan sentiasa menganggap diri mereka gagal jika dibandingkan dengan orang lain.

Jadi kepada ANDA yang MASIH BELUM ada MATLAMAT KHUSUS , Dapatkan MATLAMAT KHUSUS anda , Buat perancangan ke arahnya.....

Ada juga orang yang ada Matlamat Tetapi Mereka Gagal Mencapainya... Jadi gunakan persoalan ini ..

Apa Matlamat Mereka : Adakah khusus , spesifik , mampu di capai?

Bila Nak Capai matlamat : Mereka tidak meletakkan deadline bila matlamat ingin dicapai.

Kenapa Nak Capai Matlamat : Mereka juga kadang-kala tidak tahu apa sebab paling besar mengapa mereka ingin mencapai matlamat . Dan kalau ada pun masih tidak spesifik dan samar.

Siapa yang mereka kongsikan Matlamat mereka. Mereka kadangkala hanya menulis sendiri dan tidak berkongsi dengan seseorang yang dapat membantu kita mengingat , memberi sokongan dan membantu kita mencapai matlamat kita.

Bagaimana Cara Nak Capai Matlamat. Mereka gagal membuat perancangan , menyusun cara-cara untuk mereka mencapai matlamat. Bertindak , bertindak , bertindak.....

Akhirnya jadilah mereka INSAN YANG HANYA MENGIKUT ORANG... Orang suruh tulis matlamat dia tulis , tapi dalam Jiwa dan Minda ia tidak dilihat sebagai satu yang PALING SERIUS ..........

Oklah .. Kepada anda yang dah tulis MATLAMAT Syabas... Apa matlamat kerja anda hari ini , minggu ini , bulan ini , tahun ini? .......

ANDA NAK TAHU RAHSIA ::: 6 LANGKAH Mencapai RM20,897.00 dengan FORMULA SDA 412 & Bagaimana Hari Ini Orang Telefon Saya Bersemangat Nak Join Bisnes Saya Kerana Beliau Ada MATLAMAT YANG KHUSUS dan JELAS?


Sekian ,

Hairuddin Abdullah

24 January 2008

3 orang 12 bulan..

Apa khabar anda hari ini. Anda berasa gembira , stress , tension , bersyukur atau apa lagi. Ya! Itulah lumrah kehidupan kita. Apa pun yang penting kita MESTI berhadapan dengan apa sahaja situasi dengan tenang dan sabar.

Saya baru saja selesai baca buku " Nota Jutawan, Nota Motivasi" karangan Dr Irfan Khairi. YES ! ringkas , padat dan banyak point yang boleh membantu meningkatkan motivasi dan kemahiran diri kita. Sesuai juga untuk orang yang kurang rajin membaca kerana penyampaian yang ringkas dan sederhana ....

Satu perkara yang saya tertarik untuk kongsikan di sini ialah

" Pada tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya cuma berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja ( 3 pelanggan dalam masa 12 bulan!) " Irfan Khairi

Bagaimana dengan anda jika berhadapan dengan situasi ini . 12 bulan TUAN , bukan sekejap . Adakah anda akan kecewa dan berputus asa , atau menganggap ia sebagai satu kegagalan...

KEGAGALAN ialah perintis untuk mencapai KEJAYAAN. Saya juga banyak kali gagal dan terus mencuba...

Dalam buku itu juga , Irfan Khairi ada nyatakan apabila ditanya kepada Pengasas Syarikat Komputer Gergasi tentang "Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?" Jawabnya : " Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!"

Ya! saya ada seorang sahabat nampaknya macam dah lemah semangat apabila 3 bulan cuba menaja tapi masih belum dapat .. COME ON MY FRIEND ,, NEVER EVER GIVE UP ..... Berikan Peluang , Berikan Ruang untuk anda lakukan... FOKUS dan BERIKAN FOKUS , aku percaya ANDA pasti mampu lakukan ......

Aku dapat satu SMS agar aku berhijrah kepada peluang yang lain , almaklumla sempena musim Hijrah ni... Kadangkala bila tengok ada rakan-rakan yang dok berhijrah kesana kesini dari satu syarikat ke satu syarikat tetapi masih belum berhasil.. Ya ! Tidak ada masalah kalau kita nak berhijrah kepada peluang lain tak semestinya anda boleh cipta kejayaan di sini , TETAPI satu perkara yang mereka LUPA ....... MEREKA GAGAL UNTUK HIJRAHKAN Sikap , Minda , Disiplin Diri , Fokus , Usaha Gigih , Semangat Cintakan Ilmu dalam mencipta kejayaan kepada yang LEBIH BAIK dan HEBAT. Mereka abaikan semua itu , sebab itulah mereka terus GAGAL dan GAGAL .. Ya! Gagal adalah satu perkara yang bagus untuk kita mencari tangga-tangga baru kejayaan tetapi , MEREKA TIDAK MENGAMBIL IKHTIBAR , ILMU dan PENGAJARAN dari kegagalan mereka dan mengulangi kegagalan yang sama .... Kalau mereka mengambil pengajaran dari KEGAGALAN mereka dimana-mana sahaja mereka MAMPU CIPTA KEJAYAAN ....

So , kepada rakan-rakan yang masih belum dapat taja dan sebagainya , NEVER EVER GIVE UP kerana PASTI jika anda fokus dan belajar ANDA AKAN BERJAYA .... Gandakan apa yang Dr Irfan capai , Jika Dr Irfan capai 3 orang dalam 12 bulan anda kena gandakan menjadi 6 atau 9 orang dalam 12 bulan .....

BUAT apa yang sepatutnya anda buat , FOKUS kepada apa yang sepatutnya anda Fokus , TINGGALKAN kepada apa yang sepatutnya anda tinggalkan , BACA kepada apa yang sepatutnya anda baca , CALL kepada siapa sepatutnya anda CALL dan BERIKAN KASIH SAYANG kepada ORANG YANG BERHAK MENDAPATKANNYA .......

Semoaga anda semua sukses .... ha ha ha ... Meh ke Web Baru Lagi www.ebook.myniaga.net

Hairuddin Abdullah Almuari

20 January 2008

E-BOOK SST RAKANIAGAKU


Salam Sejahtera! Apa khabar semua. Kepada SAHABAT SST adakah anda telah melakukan usaha FOLLOW UP dan SERVICES terbaik kepada rakaniaga atau bakal rakaniaga anda.... Apa yang ada cerita kepada mereka...

Baiklah , di bawah ini ada sebuah ebook SST RAKANIAGAKU yang boleh membantu anda menerangkan kepada bakal rakaniaga anda mengapa mereka menyertai Smart Success Team.







Apa kata SAHABAT SST tentang Smart Success Team..

Sila Klik pada buku untuk MUAT TURUN

Nantikan Versi 2 ......


















E-book ini adalah catatan Perjalanan 6 bulan saya dalam bis bersama SST. Ia adalah berkisar tulisan pertama saya. Saya selalu membacanya untuk mendapatkan MOMENTUM baru dalam bis saya ini .....

Klik pada buku untuk muat turun ....








Semoganya ia bermanfaat untuk semua ... Yang Benar :: Hairuddin Abdullah

Nak Tengok WEB BARU ? just klik http://chedin.myniaga.net

19 January 2008

JADIKAN BUAH LEMON MENJADI MANISAN


Salam Sejahtera kepada Sahabat dan Rakan , Semoga mendapat ketenangan dan anugerah akal yang hebat. ANDA MEMANG HEBAT DAN LUAR BIASA>>>> ANDA KENA RASAKAN ANDA SEORANG YANG HEBAT KETIKA MEMBACA BLOG INI < <<<

Hari ini saya nak kongsikan salah satu topik dalam buku LA TAHZAN ( Jangan Bersedih )...



Mungkin anda pernah terkena musibah atau satu ujian yang amat hebat lalu adakah anda telah menggunakan KEHEBATAN dan KEKUATAN akal fikiran untuk menjadikan musibah atau ujian sebagai sesuatu yang positif atau anda terus mengaku kalah.....

Orang yang cerdik dan pandai dapat merubah segala kerugian menjadi keuntungan. Sementara orang yang bodoh akan menjadikan satu musibah berubah menjadi DUA MALAPETAKA..

INGAT INI !

Rasulullah s.a.w diusir daripada tempat tinggalnya dan tempat kelahirannya Mekkah , lalu baginda berhijrah dan bermukim di Madinah. Lalu baginda mendirikan sebuah negara yang hebat , mengagumkan penglihatan dan pendengar sejarah.

Ahmad bin Hanbal dipenjara dan diseksa LALU dia menjadi imam dalam bidang hadith Rasulullah s.a.w

Ibuny Taymiyyah ditahan lalu daripada penahannya beliau dapat mengeluarkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan yang luar biasa.

Al-Sarkhasi diletakkan dan dikurung didalam sumur kering. Lalu dia dapat mengarang dua puluh jilid dalam masalah ilmu fiqh.

Ibnu al-Alhir menderita sakit lumpuh , lalu dia mengarang kitab Jamik al-ushul dan kitab al-Nihayah yang termasuk dua paling mashur dikalangan buku-buku hadith lain.
Itu antara beberapa contoh ...



Apabila anda sedang dilanda suatu musibah atau malapetaka , maka lihatlah kepada sisi yang positifnya. Apabila salah seorang diantara mereka menyajikan satu cawan jeruk , maka tambahkanlah satu sudu gula.
Apabila ada seseorang yang menghadiahkan seekor ular , maka ambillah kulitnya yang berharga dan buanglah sisa bakinya.

Berinteraksilah dengan situasimu yang menyengsarakan , sehingga anda dapat mengeluarkan setangkai bungan mawar , bunga jasmin dan bunga melati daripadanya. BARANGKALI anda membenci sesuatu , sementara ALLAH menjadikan kebaikan yang sangat banyak padanya.

Jika anda masih belum memperolehi apa2 dalam perniagaan ni , jangan PUTUS ASA , anda pasti akan mendapat sesuatu daripadanya. Masa saya menjalankan projek perniagaan selama setahun tanpa ada gaji saya rasa macam satu kerugian namun saya mendapat sesuatu yang cukup hebat daripadanya....

Jadi , JANGAN MALAS BERFIKIR kerana orang Melayu sering dikaitkan dengan MALAS BERFIKIR... Mereka yang rajin BERFIKIR pasti akan mencapai kemenangan dan kejayaan.

Kalau nak buat BISNES lagi la KENA RAJIN BERFIKIR , CARI IDEA , KREATIF bina STRATEGI dan sebagainya....

Buatlah sesuatu yang membanggakan diri anda .. Buat untuk diri anda bukan untuk orang lain . Jika anda buat untuk orang lain ditakuti apabila anda berjaya anda akan riak dengan kejayaan anda kepada orang lain.

KUASA kejayaan adalah ILMU , carilah ILMU .. BERSEMANGATLAH .. Jangan BERSEDIH .. BUAT terbaik HARI INI Kerana semalam tidak dapat mengubah apa2......

DO THE BEST.... katakan ANDA HEBAT , ANDA BIJAK , ANDA BERSEMANGAT , ANDA TERBAIK , ANDA YAKIN , ANDA AKAN BUAT YANG TERBAIK .....
Katakan , Katakan , Biarkan ia meresap kedalam jiwa dan denyut nadi anda .... Buat Kerana ALLAH dengan KESUNGGUHAN dan KEBIJAKSANAAN .... AYUH ... LAKUKAN TERBAIK ....

Genggam tangan anda
, pejam mata anda dan JERIT DALAM HATI ANDA .... Haiya 'alal FALAH ... AKU MESTI BUAT YANG TERBAIK ....

























YANG BERLALU BIAR BERLALU

HARI INI ADALAH MILIK ANDA
BIARKAN MASA HADAPAN DATANG SENDIRI


Hairuddin Abdullah

www.chedin.myniaga.net


15 January 2008

BLOG MYNIAGA SIHAT

Salam Sejahtera ! Apa khabar. Dalam memastikan perkembangan perniagaan MLM INTERPOS berjalan dengan lancar saya baru saja membuka blog baru yang dinamakan BLOG MYNIAGA SIHAT ....

Blog ini di buat khas untuk SAHABAT MYNIAGA mendapat informasi dan maklumat yang dapat digunakan. Sihat yang di maksudkan disini bukan sahaja sihat tubuh badan / fizikal , tetapi sihat emosi , sihat minda , sihat poket dan dalam erti kaya lain ialah GAYA HIDUP SIHAT ...

Perbezaan dengan blog ini ialah blog ini adalah blog catatan perjalanan bisnes saya. Aktiviti demi aktiviti dan beberapa sharing. Namun di blog MYNIAGA SIHAT akan di fokuskan kepada isu kesihatan , maklumat produk , informasi bisnes , tips dan motivasi.

Untuk Ke BLOG MYNIAGA SIHAT sila kliks link di bawah ::::

http://myniagasihat.blogspot.com


Saya berharap ianya bermanfaat untuk kita semua

Salam Sukses

Hairuddin Abdullah Almuari