06 October 2007

4 TREND LAHIRKAN RAMAI JUTAWAN

Salam sejahtera! Bertemu lagi kita di hujung minggu. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dari KL semalam lebih kurang jam 6 petang. Sempat pi Teluk Intan jumpa Rizal. Dengar celoteh si rizal ni sampai subuh pun boleh ... he he.....

OK .. Hari ini saya nak sharingkan tentang idea yang di kemukakan oleh Paul Zane Pilzer seorang ahli ekonomi dunia yang menjadi landasan utama mengapa LIFESTYLE CAREER CHOICE amat yakin dengan idea ini.

Menurut Paul Zane Pilzer "4 TREND SEMASA YANG AKAN MELAHIRKAN JUTAWAN TERAMAI DI DUNIA"

1. DISTRIBUTION ( Pengedaran )

2. WELLNES INDUSTRY ( Industri Kesihatan )

3. NETWORK MARKETING ( Pemasaran Rangkaian )

4. INTERNET ( Internet )

Apa yang menariknya di sini 4 idea yang di kemukakan di atas merupakan 4 perkara yang di lakukan semasa saya menjalankan perniagaan ini. Kenapa kita perlu segan dan takut untuk berimpian untuk menjadi JUTAWAN .

DISTRIBUTION :::
Bidang pengedaran sekarang sedang perkembang pesat ditambah urusniaga secara pengedaran dari rumah kerumah , pesanan melalui pos ( pos , courier services , khidmat pesanan kerumah) semakin popular. Dalam hal ini dengan menggunakan konsep pengedaran ini bagaimana saya melakukan urusniaga dalam perniagaan MLM saya di Smart Naco. Sejak saya melakukan perniagaan ini 2 tahun ini , 95% kaedah pelanggan saya mendapatkan produk adalah melalui urusan pos.

WELLNES INDUSTRY :::
Menurut Paul Zane Pilzer dalam abad ini salah satu industri yang terus dan semakin berkembang adalah industri yang melibatkan kesihatan. Dalam perniagaan MLM saya bersama Smart Naco ini merupakan Agenda Utama perniagaan ini. Apa yang ingin saya sampaikan tentang Wellness Industry ini adalah saya mengambil contoh sebegini.

Contoh kepada orang yang menghisap rokok ( maaf kepada mereka yang menghisap rokok kerana saya mengambil contoh ini kerana contoh ini yang paling mudah untuk memahamkan anda ) ::: Kepada mereka yang menghisap rokok sudah PASTI akan ada satu bajet atau peruntukan bulanan untuk membeli rokok. Saya fikir kurang-kurang pun akan ada nilainya dalam RM100 sebulan atau lebih. Jadi bagaimana mereka memperuntukan wang sejumlah itu untuk membeli rokok ....

Jadi apa yang dimaksudkan oleh Wellness Industry ini adalah bagaimana setiap orang atau keluarga memperuntukkan sejumlah bajet untuk mendapatkan produk kesihatan sebagai langkah awal mengawal dan mencegah dari terkena penyakit kronik . Cabaran menjaga kesihatan sekarang amat mencabar dengan keadaan persekitaran , tekanan di tempat kerja serta gaya pemakanan kita memerlukan kita sentiasa berjaga-jaga. Dengan kesedaran Tahap Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat kita lihat sudah ramai orang memperuntukan sejumlah wang untuk membeli produk kesihatan untuk menjaga kualiti kesihatan diri. Jadi potensi jutawan dalam Wellness Industry terdapat dalam perniagaan MLM yang saya lakukan ini.




Kenyataan Paul Zane Pilzer tentang potensi ini :

The New Wellness Revolution
: In 2002, The Wellness Revolution defined an industry and outlined an emerging $200 billion industry. Today, wellness has grown to $500 billion and it's still just getting started, offering even greater entrepreneurial opportunities. Revised and Expanded for 2007 with 50% new material.


NETWORK MARKETING :::
Mungkin anda juga sedar bahawa perniagaan berasas Network Marketing ( MLM ) telah melahirkan ramai jutawan di dunia ini. Namun tidak kurang juga 90% mereka yang gagal dalam bidang ini kerana sikap yang mereka pegang terhadap perniagaan seperti ini. Jesteru itu Paul Zane Pilzer meletakkan perniagaan berasas Network Marketing antara salah satu peluang untuk anda memulakankan langkah untuk menjadi JUTAWAN . Sekali lagi saya tegaskan mengapa kita takut berimpian dan meletakkan sasaran dan matlamat untuk kita jadi JUTAWAN. Network Marketing ini jugalah antara perniagaan yang sedang saya usahakan dan di depan mata saya sendiri ia telah membuktikan kebenaran idea yang di kemukakan oleh Paul Zane Pilzer.

INTERNET:::
Saya yakin anda pasti mengenal nama Dr. Irfan Khairi. Bagaimana mana beliau telah meletakkan nama beliau sebagai seorang JUTAWAN melalui perniagaan internet. Dan ramai lagi jutawan muncul dalam bidang internet dan teknologi maklumat ini. Ya! itulah istimewanya internet ini kerana saya menggunakan keseluruhan potensi internet ini untuk mengembangkan rangkaian saya ke seluruh Malaysia , Indonesia dan Brunai. Bagaimana saya melakukan penajaan hanya menggunakan Internet dan SMS sahaja di samping menyediakan beberapa tools. Bagaimana kami di Smart Success Team bertukar idea , belajar menggunakan internet melalui Online Confrence Call...

Di bawah saya berikan link temubual radio24 dengan jutawan internet Dr. Irfan Khairi tentang bagaimana beliau memulakan perniagaan internet agar dapat memberi satu inspirasi baru untuk anda bermula menggerakkan perniagaan Internet Marketing menggunakan Internet.

Klik Link Ini : http://www.supload.com/listen?s=847M2XE05VCP

KESIMPULAN

Dari 4 trend yang digagaskan oleh Paul Zane Pilzer yang juga penulis buku "The Next Millionare" , "The Wellness Revolution" , "The Next Trillion" atau anda juga boleh pergi ke laman web beliau di www.paulzanepilzer.com.

ANDA MAHU TAHU MENGAPA SAYA YAKIN DENGAN PERNIAGAAN YANG SAYA LAKUKAN SEKARANG?

Satu Statement Paul Zane Pilzer :::

The emerging industries of wellness and direct selling are combining to create the next generation of wealth.
by Paul Zane Pilzer

Kliks Link ini untuk membaca artikel ini :: http://www.paulzanepilzer.com/ybmonavie.htm

Jadi menjadikan asas yang kuat dalam " WELLNESS INDUSTRY" melalui pendekatan "NETWORK MARKETING" , "INTERNET" dan "DISTRIBUTION" merupakan satu potensi TERBAIK dan Hebat bagi anda Fikir-fikirkan untuk melibatkan diri secara serius dan yakin dalam perniagaan ini.

Akhir sekali , TIDAK KIRA SIAPA ANDA DAN LATARBELAKANG ANDA , Jangan segan dan takut untuk berimpian menjadi JUTAWAN jika anda punya minat , motivasi diri tinggi , kesungguhan tinggi , kemahuan belajar yang tinggi , INSYAALLAH anda juga mampu mencapainya .......

Sekian Dulu .......... Untuk anda yang baru sila ke web saya untuk mengetahui ::

MENGAPA LIFESTYLE CAREER CHOICE perlu menjadi PILIHAN ANDA .... Kliks Sini

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH AL-MUARI

05 October 2007

KE KUALA LUMPUR

Salam sejahtera semua ! Apa Khabar ? Sihat ye ... Alhamdulillah hari ini aku berada di Kuala Lumpur . Aku sampai di KL hari khamis dan hari ini hari jumaat. Ni sementara nak menunggu Pak Ramli tulis la blog sikit. Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan rahmat dan rezeki kepada setiap hambanya. Semoga segala usaha dan rezeki yang di perolehi mendapat MARTHATILLAH. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Semalam sempat juga berbuka puasa dengan Rashidi , Brother John , PD Ashrie , Hafiz dan Din anak buah PD Ashrie. Alhamdulillah sambil menikmati juadah berbuka puasa , sempat juga kami bertukar idea dan fikiran.

Kemudian pada malamnya berjumpa pula dengan Saudara Edmund dan Oskar yang datang dari Sabah kebetulan mereka ada kursus. Edmund ni dah join n Oskar belum lagi masa aku jumpa semalam n bila tunjuk jer susu IgG Plus terus Oskar kata wah susu ini ya , emak saya pun minum dan saya pernah tengok susu ini. Apa lagi terus la Edmund tawarkan khidmat membekalkan susu berterusan kepada keluarga Oskar. Mereka nampaknya cukup positif terhadap perniagaan ini.

Kali ni aku pi jumpa Edmund dan Oskar naik kereta baru BMW seorang rangkaian aku di KL. TAHNIAH , Beliau ambil sempena genap 2 tahun bersama Smart Naco dan akan menjadikan kereta itu sebagai momentum baru untuk perjuangan perniagaan bersama SST di tahun ketiga. InsyaALLAH , jika anda kuat usaha dan tekun serta sabar anda juga mampu mendapatkan apa yang sedang anda impikan sekarang...

Lepas abis jumpa dia orang terus tidur n sedar-sedar dah pukul 6.30 . Alamak miss sahur aku .... Jam 10 pagi tadi terus ke Klang jumpa dengan PD Halim untuk membekalkan beliau dengan flyer dan beberapa maklumat. Nantikan gegaran baru PD Halim . Aku yakin dia akan muncul sebagai salah seorang Leader Hebat di Smart Naco dan Smart Success Team. InsyaALLAH....

Semasa dalam perjalanan ke KL , SPD Ishak call aku dan beritahu wife dia berjaya jual Naco Alfalfa Klorofil 18 botol sejak bulan puasa nie. Wah ! Luar biasa tu. Nampaknya nak kena gerakkan promosi Alfalfa juga. Alhamdulillah gerakan mempromosikan Alfalfa 2 bulan lepas mendapat sambutan juga.... Itu lah kalau kita bersungguh dalam promosi InsyaALLAH ...

Lama juga tak minum NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat ..... Jangan lupa minum NACOFE yer....

Esok pagi gerak balik Penang dan singgah sat di Teluk Intan jumpa Senior Manager baru aku di sana. Ini sorang lagi bakal Leader Hebat Smart Naco dan Smart Success Team. OK la , nak siap2 jap lagi Pak Ramli sampai la tu ,

Kepada anda , jangan lupa promosikan NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat masa raya nanti ..... Jamu mereka dengan ari panas NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat .........

Semoga anda semua terus berusaha di samping juga berusaha mendapatkan RAHMAT LAILATUL QADAR .......

Salam Ramadhan ....... Sila ke laman aku :: KLIKS www.myniaga.net

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

01 October 2007

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Salam Ramadhan dan Salam Ukhuwah Fillah kepada anda yang telah menziarah ke blog aku. Ramadhan pun dah masuk fasa terakhir meniti hari untuk melabuhkan tirai dan menutup segala peluang ganjaran terbesar anugerahi Illahi untuk hambanya yang TAAT dan Memanfaatkan Peluang Ini. Hari ini hari selasa dan dah masuk hari kedua bulan Oktober.

Syukur Alhamdulillah dan hari ini aku nak ucapkan TAHNIAH kepada beberapa rakan yang telah naik Pangkat SENIOR MANAGER pada bulan ini. TAHNIAH KEPADA :

En Wan Shah Jaman
En Mohd Farid Ambidau
Puan Haryati Joned
En Bastin B Udi
En Morney B Amat
Hj. Abu Hanafiah B Mohamad
En Anuar Pouzi
En. Barhama Abas
En Hadrin Kutta
Puan Amiza Said
Puan Roznita Jaapar
En Muhamad Zulhelmi
Muhamad Uzaimi
Puan Rosniwati B Abd Radhi
Puan Paya Wan Bt Wan Luhat
En . Mohd Rizal Joned
En. Abdullah Che Tengah
En. Mohd Noor B Abd Patah

TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA ....... Mereka ini semua dari rangkaian Malaysia dan mereka telah membuktikan sesuatu kepada kita semua.

TAHNIAH juga kepada Rangkaian Yang Telah Membuat Jualan Peribadi 1000 pv

TAHNIAH KEPADA :

1. Che Tah Bt Sahak
2. En. Mohd Farid Ambidau
3. Puan Cindy Joseph Boguli
4. Ugzhali Mohamad

Semoga anda semua terus membina kejayaan kecil untuk kejayaan yang besar.

.........................

Bulan Ramadhan ni aku dok promote "LIFESTYLE CAREER CHOICE" - MOBILE BISNES .... Ya MOBILE BISNES kerana kita boleh menjalankan perniagaan ini di mana-mana sahaja. Stok produk juga ada di mana-mana sahaja. Jika anda ke Indonesia , Brunai , Singapura , Sabah dan Sarawak anda juga boleh menjalankan perniagaan ini. Kekadang ada orang hairan tengok aku wat bisnes ni , dok rumah jer , kedai tak der , produk pun tak nampak sangat tengok macam orang tak berniaga jer.... Ya , Itulah Istimewanya Perniagaan NETWORK MARKETING atau MLM ini ..... Ok lah , aku nak POS susu 8 kotak ke Melaka.

Semoga ANDA TERUS SUKSES .....

Sila Ke Laman LIFESTYLE CAREER CHOICE >>>Kliks>>>> LIFESTYLE CAREER CHOICE

Sekian ::

HAIRUDDIN ABDULLAH AL-MUARI ........ 0124686404

27 September 2007

GELOMBANG KE 3 (G3)

SALAM SEJAHTERA ! Bertemu lagi kita di sini. Dah 2 minggu kita berpuasa rasa sekejap sangat. Dan Alhamdulillah dalam bulan puasa ni banyak juga perkara-perkara tertunda dapat di uruskan segera. Nampaknya bulan puasa ni bisnes pun nampak semakin ok . Semalam dok uruskan penghantaran 10 kotak susu ke Melaka , Kemudian hantar barang Rizal di Teluk Intan , ada susu , nacofe , primalex . Oh Ya! TAHNIAH Rizal dapat naik pangkat jadi Penyelia Di Tempat Beliau Kerja , semoga bulan ni juga Rizal boleh naik pangkat Senior Manager. LUAR BIASA , Syukur Ke Hadrat Illahi. Lepas tu hantar Primalex ke beberapa orang termasuk Sabah n Perlis. Tu gambar kat bawah tu barang-barang yang aku dok antar semalam la.

Hari ni pulak nak hantar 16 kotak lagi susu igg Plus ke Melaka. Sekarang ni masa aku nak pulun sakan , biaq pi mereka raya sakan , aku nak pulun sakan wat bisnes ni.....


Alhamdulillah , hari ini adalah hari pertama aku di TAHUN KETIGA aku bersama Smart Success Team dan Smart Naco. U ALL nak tau apa aku buat di hari pertama ini. Nak Tau Kee.....

Hari ini aku melakukan perkara yang saya seperti aku buat pada hari pertama aku join biz nie. Tu Je , nak tau ker apa yang aku buat ...

Oooooo , Senang Jer , Aku Buat Balik Laman Web aku , aku wat promosi dan aku dapatkan senarai prospek. Hari ni aku dah ada 20 orang prospek yang menanti untuk di Followup , CUMA BEZANYA , haaa , ada bezanya? Ya! Bezanya :

Kali ini aku hanya Followup beberapa orang sahaja dan yang selebihnya akan di Followup oleh rakan niagaku yang lain. Bagi depa cekap buat Followup dan menaja serta menjual. Barulah perniagaan kita nak berkembang....

Jadi bila dah masuk tahun ketiga ini aku namakan Gelombang Ke 3 , ( G3 ) tentu aku ada beberapa azam pada tahun ketiga. Azam Pertama aku nak lebih berdisiplin dalam kerjaya ini dan lebih fokus dalam sesuatu bidang yang aku lakukan. Kedua aku nak PASTIKAN rakaniaga aku yang lain juga mampu mencapai kejayaan bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil hingga terciptanya GELOMBANG KEJAYAAN BESAR... Aku tau , jika aku nak berjaya dan pergi lebih jauh dalam perniagaan ini , aku WAJIB membantu rakaniaga aku berjaya .......

InsyaALLAH azam aku tahun ke 3 ni , aku nak buka office sendiri untuk memberi kemudahan kepada rakan-rakan di sini membuat tugasan kerjayanya. Kemudian aku juga akan memulakan kelas pembelajaran untuk beberapa orang rakaniaga ku yang komited di rumah aku sendiri tentang pengalaman offline dan online. Hari ni aku nak pi beli Faks nak lengkapkan peralatan office aku. Aku juga akan siapkan buku coaching untuk memantau 10 orang rakaniaga aktif untuk setiap jalur aku.

YA ! AKU MESTI BERJAYA DALAM PERNIAGAAN INI ..... MESTI BERJAYA , ALLAH DAH ANUGERAHKAN POTENSI KEPADA AKU , AKU MESTI LAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH , DI DEPAN MATAKU ADA INSAN-INSAN YANG MENGHARAPKAN SEBUTIR DEMI SEBUTIR KEJAYAAN DALAM HIDUPNYA. KINI HIDUPNYA TELAH ADA AGENDA BESAR BERBANDING DULU HANYA TERHOYONG HAYANG MENCARI ARAH HALUAN HIDUP.

ADA ORANG BERHENTI SETENGAH JALAN KERANA MEREKA KECEWA TIDAK BERJAYA , HA , MEREKA SEBENARNYA BUKAN TIDAK BERJAYA tetapi BELUM BERJAYA KERANA MUNGKIN PERJALANAN 5 PURNAMA , 10 PURNAMA MUNGKIN 20 PURNAMA DI PERLUKAN ...

Terima Kasih kepada UPLINE yang LUAR BIASA HEBAT SPD Zulkifli Hassan , PD Ashriee dan SPD Khairul Aza ... Dengan nasihat , tunjuk ajar , bantuan , sokongan mereka aku dapat menempuh dunia MLM yang terlalu asing bagiku sebelum ini dengan lebih yakin dan berani. Tidak kurang hebat TERIMA KASIH kepada semua rakan-rakaniaga ku yang pernah bersama ku walaupun persinggahan sebentar dan juga yang setia sehingga kini. U ALL MEMANG BEST......

HARI ini ku Lakarkan Peristiwa Baru dan Catatan Baru ::: Biar hari-hari yang akan di tempuh dengan izin Illahi melakarkan sejarah suka duka baru yang lebih bermakna , aku yakin ia PASTI akan menguji kesabaran dan ketabahan dan kegigihan dan kesungguhan , YA , TIADA LALUAN MUDAH UNTUK AKU ....... AKU MESTI LALUINYA , YA , MESTI ....

OK lah , cukup setakat ini dulu , aku nak siapkan sales letter untuk prospek baru aku , minggu depan nak start menghantar apa2 maklumat yang perlu.....

Thanks 2 You All

Hairuddin Abdullah Al-Muari : Kepala Batas , Pulau Pinang..

>>>>>>>>> LAYARI LAMAN WEB AKU :::: www.myniaga.net

25 September 2007

JAMINAN KEHIDUPAN ADALAH KEMATIAN

Salam sejahtera , apa khabar sahabat sekalian. Alhamdulillah kita di beri ruang waktu untuk terus bersama di sini. Masa aku menaip blog ini isteri aku telah menerima panggilan telefon mengatakan Tok Wan belah ayah isteri aku telah kembali ke Rahmatullah. Semalam sempat juga aku jengok di Kedah Medical Centre semalam. Secara mengejut terima sesak nafas 2 hari lepas. Semoga Arwah Di Cucuri Rahmat dan Berada Dalam Golongan Kekasih ALLAH. Jap lagi nak balik Perlis.

YA ! Itulah JAMINAN yang PASTI untuk KEHIDUPAN kita. Bak Kata Herman Tino

" Mati Adalah Pasti Hidup InsyaALLAH "

Jadi apa persediaan kita. Tok Wan sempat juga meninggalkan harta dan tanah-tanah untuk anak cucunya agar tidak merempat di bumi sendiri. Jadi bagaimana dengan kita. Apakah persediaan kita untuk menghadapi saat-saat kematian kita , bagaimana amal ibadah kita , ketaatan kita pada ALLAH , amalan kita sepanjang kehidupan , kewajiban kita kepada muka bumi ini seperti yang telah di amanahkan kepada kita. YA! Ini semua peringatan untuk diri aku sendiri.

------------------

Alhamdulillah , laman web myniaga.net aku telah kembali aktif. Aku mula bina laman myniaga.net ini pada bulan Disember 2005 hanya bermula dengan 10MB dan kini telah aku upgrag mencecah 2000MB. Sejak aktifkan balik laman myniaga.net dan blogspot aku , tanpa promosi ada juga prospek yang masuk. Syukur Alhamdulillah.

Petang tadi jumpa seorang prospek nak tau tentang bisnes internet. Dia sms aku apabila membaca e-book 3 kunci rahsia kejayaan urusniaga pos lalu dia berminat untuk tahu lebih lanjut. Pada awalnya ku ingat dia nak tau bisnes Smart Naco rupanya dia jumpa laman INTERPOS aku , jadi 2 dalam satu la.

TAHNIAH kepada En Abdullah dan En Mohd Noor dari Kota Bharu kerana telah mencapai Pangkat Senior Manager bulan September. Tak sangkakan momentum bulan puasa ni. Dan bulan ini juga sempena bulan puasa ramai juga rakaniaga di bawah bimbingan Saudara Rizal Teluk Intan mencapai pangkat Manager. Ada yang mampu capai jualan 4k. YA , KEJAYAAN YANG BESAR BERMULA DARI KEJAYAAN YANG KECIL....

YA! DUA HARI saja lagi akan GENAP aku 2 TAHUN bersama Smart Naco. Nantikan GELOMBANG KE TIGA (G3).... Bulan puasa ni lega betul aku dapat buat banyak perkara yang remeh temeh sikit sebelum aku gunakan semua ini lepas raya nanti. Petang tadi hantar 10 kotak lagi susu ke Saratok .

OK lah , aku nak kemas untuk balik ke Perlis. Semoga aku selamat sampai ke Perlis. JANGAN LUPA TERUS BUAT PROMOSI YEEER ,

Kepada yang nak join SST under GROUP CHE DIN G3 ni silakan ke laman web aku www.myniaga.net

Sekian Dulu

Salam Ramadhan : Hairuddin Abdullah : Kepala Batas : 0124686404