10 October 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Semoga Aidilfitri ini mengajar kita erti kesyukuran , kemaafan dan ikatan
tali persahabatan di antara kita. Bersama kita saling bermaafan.

SALAM AIDILFITRI

Daripada

Hairuddin Abdullah Al-Muari
Che Din

.....................................................................................................................

Dapatkan Tip Bagaimana Memula dan Menjalanan ONLINE MLM di

www.squidoo.com/usahawan2u

Mulakan Bisnes ONLINE MLM anda di sini

www.myniaga.net



09 October 2007

ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA

Pertama TAHNIAH kepada Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya menjadi angkasawan pertama Malaysia yang akan mencatat sejarah agung rakyat malaysia pertama berada di angkasaraya selama sepuluh hari bermula 10 oktober 2007. Tidak kurang hebatnya juga kepada angkasawan kedua iaitu Kapten Dr Faiz Kaleed.

Namun sebelum berjaya dan layak untuk menyarung set pakaian seorang angkasawan anda lihat kegigihan mereka dua mengharungi dan melepasi ujian demi ujian yang cukup hebat dan tiada kompromi terhadap tahap kecergasan dan penilaiannya.

Kekuatan mental , jasmani , emosi dan rohani benar2 di gunakan untuk memastikan mereka sentiasa berada di momentum yang hebat.

TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA ....... Seharusnya Smart Success Team juga mampu menjadi sesuatu yang LUAR BIASA dalam membantu ramai orang mencapai impian mereka....

.........................................

Di samping cerita tentang angkasawan ini , di Masjidil Haram Makah Al Mukaramah , kira-kira 2 juta umat Islam dan dikatakan mencatat sejarah dengan ramainya umat Islam berkumpul pada malam 27 Ramadhan untuk mencari dan mendapatkan RAHMAT LAILATUL QADAR ....

Lailatul Qadar akan dimiliki oleh orang yang mencarinya bukan menunggu secara bersahaja. Sesuatu yang kita ingin miliki perlu kita cari dan mendapatkannya .Begitu juga dengan IMPIAN yang anda IMPIKAN. Anda akan dapat apabila anda berusaha mencari jalan untuk mendapatkan dan bukan hanya menunggu impian anda datang kepada anda.

DENGAN MENGAMBIL KIRA Semangat dan Kecekalan 2 orang angkasawan kita menempuh halangan dan ujian , tidak berputus asa dan tabah menghadapi ujian , mengapa MASIH ADA LAGI ORANG MELAYU yang hanya sekadar berusaha sekerat jalan , cepat putus asa , mudah mengalah , lemah jiwa perjuangan , malas berfikir , hanya leka dengan hiburan demi hiburan semata-mata sedangkan PERJUANGAN SURVIVAL UMAT semakin mencabar dan menuntut untuk kita bersama-sama berganding bahu melakukannya.

Tidak kira apa jua kedudukan dan apa yang sedang kita usahakan sekarang , lakukanlah dengan bersungguh-sungguh , tidak berputus asa , lakukan dengan tanggungjawab dan amanah , PERSISTEN , PERSISTEN , PERSISTEN ........ Rajin berfikir dan menuntut ILMU , Ya, MENUNTUT ILMU .....

Marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar dua kisah ini agar kita sama-sama mencapai sesuatu yang terbaik untuk bekalan DUNIA dan AKHIRAT.... Dunia adalah tempat tumpangan sementara sesungguhnya akhirat jualah yang kekal abadi.... Orang lain telah terbang di angkasa lepas , kita masih lagi di takuk lama .... LAKUKANLAH SESUATU UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI ........


OK LAH , hari ini aku ada program perbincangan dan berbuka puasa dengan rakan-rakan di Alor Star. Menggerakkan dan menswadaya satu momentum dan agenda perjuangan perniagaan

Yang Benar


Hairuddin Abdullah Al-Muari

Just Klik My Website ----> http://myniaga.net

06 October 2007

4 TREND LAHIRKAN RAMAI JUTAWAN

Salam sejahtera! Bertemu lagi kita di hujung minggu. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dari KL semalam lebih kurang jam 6 petang. Sempat pi Teluk Intan jumpa Rizal. Dengar celoteh si rizal ni sampai subuh pun boleh ... he he.....

OK .. Hari ini saya nak sharingkan tentang idea yang di kemukakan oleh Paul Zane Pilzer seorang ahli ekonomi dunia yang menjadi landasan utama mengapa LIFESTYLE CAREER CHOICE amat yakin dengan idea ini.

Menurut Paul Zane Pilzer "4 TREND SEMASA YANG AKAN MELAHIRKAN JUTAWAN TERAMAI DI DUNIA"

1. DISTRIBUTION ( Pengedaran )

2. WELLNES INDUSTRY ( Industri Kesihatan )

3. NETWORK MARKETING ( Pemasaran Rangkaian )

4. INTERNET ( Internet )

Apa yang menariknya di sini 4 idea yang di kemukakan di atas merupakan 4 perkara yang di lakukan semasa saya menjalankan perniagaan ini. Kenapa kita perlu segan dan takut untuk berimpian untuk menjadi JUTAWAN .

DISTRIBUTION :::
Bidang pengedaran sekarang sedang perkembang pesat ditambah urusniaga secara pengedaran dari rumah kerumah , pesanan melalui pos ( pos , courier services , khidmat pesanan kerumah) semakin popular. Dalam hal ini dengan menggunakan konsep pengedaran ini bagaimana saya melakukan urusniaga dalam perniagaan MLM saya di Smart Naco. Sejak saya melakukan perniagaan ini 2 tahun ini , 95% kaedah pelanggan saya mendapatkan produk adalah melalui urusan pos.

WELLNES INDUSTRY :::
Menurut Paul Zane Pilzer dalam abad ini salah satu industri yang terus dan semakin berkembang adalah industri yang melibatkan kesihatan. Dalam perniagaan MLM saya bersama Smart Naco ini merupakan Agenda Utama perniagaan ini. Apa yang ingin saya sampaikan tentang Wellness Industry ini adalah saya mengambil contoh sebegini.

Contoh kepada orang yang menghisap rokok ( maaf kepada mereka yang menghisap rokok kerana saya mengambil contoh ini kerana contoh ini yang paling mudah untuk memahamkan anda ) ::: Kepada mereka yang menghisap rokok sudah PASTI akan ada satu bajet atau peruntukan bulanan untuk membeli rokok. Saya fikir kurang-kurang pun akan ada nilainya dalam RM100 sebulan atau lebih. Jadi bagaimana mereka memperuntukan wang sejumlah itu untuk membeli rokok ....

Jadi apa yang dimaksudkan oleh Wellness Industry ini adalah bagaimana setiap orang atau keluarga memperuntukkan sejumlah bajet untuk mendapatkan produk kesihatan sebagai langkah awal mengawal dan mencegah dari terkena penyakit kronik . Cabaran menjaga kesihatan sekarang amat mencabar dengan keadaan persekitaran , tekanan di tempat kerja serta gaya pemakanan kita memerlukan kita sentiasa berjaga-jaga. Dengan kesedaran Tahap Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat kita lihat sudah ramai orang memperuntukan sejumlah wang untuk membeli produk kesihatan untuk menjaga kualiti kesihatan diri. Jadi potensi jutawan dalam Wellness Industry terdapat dalam perniagaan MLM yang saya lakukan ini.




Kenyataan Paul Zane Pilzer tentang potensi ini :

The New Wellness Revolution
: In 2002, The Wellness Revolution defined an industry and outlined an emerging $200 billion industry. Today, wellness has grown to $500 billion and it's still just getting started, offering even greater entrepreneurial opportunities. Revised and Expanded for 2007 with 50% new material.


NETWORK MARKETING :::
Mungkin anda juga sedar bahawa perniagaan berasas Network Marketing ( MLM ) telah melahirkan ramai jutawan di dunia ini. Namun tidak kurang juga 90% mereka yang gagal dalam bidang ini kerana sikap yang mereka pegang terhadap perniagaan seperti ini. Jesteru itu Paul Zane Pilzer meletakkan perniagaan berasas Network Marketing antara salah satu peluang untuk anda memulakankan langkah untuk menjadi JUTAWAN . Sekali lagi saya tegaskan mengapa kita takut berimpian dan meletakkan sasaran dan matlamat untuk kita jadi JUTAWAN. Network Marketing ini jugalah antara perniagaan yang sedang saya usahakan dan di depan mata saya sendiri ia telah membuktikan kebenaran idea yang di kemukakan oleh Paul Zane Pilzer.

INTERNET:::
Saya yakin anda pasti mengenal nama Dr. Irfan Khairi. Bagaimana mana beliau telah meletakkan nama beliau sebagai seorang JUTAWAN melalui perniagaan internet. Dan ramai lagi jutawan muncul dalam bidang internet dan teknologi maklumat ini. Ya! itulah istimewanya internet ini kerana saya menggunakan keseluruhan potensi internet ini untuk mengembangkan rangkaian saya ke seluruh Malaysia , Indonesia dan Brunai. Bagaimana saya melakukan penajaan hanya menggunakan Internet dan SMS sahaja di samping menyediakan beberapa tools. Bagaimana kami di Smart Success Team bertukar idea , belajar menggunakan internet melalui Online Confrence Call...

Di bawah saya berikan link temubual radio24 dengan jutawan internet Dr. Irfan Khairi tentang bagaimana beliau memulakan perniagaan internet agar dapat memberi satu inspirasi baru untuk anda bermula menggerakkan perniagaan Internet Marketing menggunakan Internet.

Klik Link Ini : http://www.supload.com/listen?s=847M2XE05VCP

KESIMPULAN

Dari 4 trend yang digagaskan oleh Paul Zane Pilzer yang juga penulis buku "The Next Millionare" , "The Wellness Revolution" , "The Next Trillion" atau anda juga boleh pergi ke laman web beliau di www.paulzanepilzer.com.

ANDA MAHU TAHU MENGAPA SAYA YAKIN DENGAN PERNIAGAAN YANG SAYA LAKUKAN SEKARANG?

Satu Statement Paul Zane Pilzer :::

The emerging industries of wellness and direct selling are combining to create the next generation of wealth.
by Paul Zane Pilzer

Kliks Link ini untuk membaca artikel ini :: http://www.paulzanepilzer.com/ybmonavie.htm

Jadi menjadikan asas yang kuat dalam " WELLNESS INDUSTRY" melalui pendekatan "NETWORK MARKETING" , "INTERNET" dan "DISTRIBUTION" merupakan satu potensi TERBAIK dan Hebat bagi anda Fikir-fikirkan untuk melibatkan diri secara serius dan yakin dalam perniagaan ini.

Akhir sekali , TIDAK KIRA SIAPA ANDA DAN LATARBELAKANG ANDA , Jangan segan dan takut untuk berimpian menjadi JUTAWAN jika anda punya minat , motivasi diri tinggi , kesungguhan tinggi , kemahuan belajar yang tinggi , INSYAALLAH anda juga mampu mencapainya .......

Sekian Dulu .......... Untuk anda yang baru sila ke web saya untuk mengetahui ::

MENGAPA LIFESTYLE CAREER CHOICE perlu menjadi PILIHAN ANDA .... Kliks Sini

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH AL-MUARI

05 October 2007

KE KUALA LUMPUR

Salam sejahtera semua ! Apa Khabar ? Sihat ye ... Alhamdulillah hari ini aku berada di Kuala Lumpur . Aku sampai di KL hari khamis dan hari ini hari jumaat. Ni sementara nak menunggu Pak Ramli tulis la blog sikit. Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan rahmat dan rezeki kepada setiap hambanya. Semoga segala usaha dan rezeki yang di perolehi mendapat MARTHATILLAH. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Semalam sempat juga berbuka puasa dengan Rashidi , Brother John , PD Ashrie , Hafiz dan Din anak buah PD Ashrie. Alhamdulillah sambil menikmati juadah berbuka puasa , sempat juga kami bertukar idea dan fikiran.

Kemudian pada malamnya berjumpa pula dengan Saudara Edmund dan Oskar yang datang dari Sabah kebetulan mereka ada kursus. Edmund ni dah join n Oskar belum lagi masa aku jumpa semalam n bila tunjuk jer susu IgG Plus terus Oskar kata wah susu ini ya , emak saya pun minum dan saya pernah tengok susu ini. Apa lagi terus la Edmund tawarkan khidmat membekalkan susu berterusan kepada keluarga Oskar. Mereka nampaknya cukup positif terhadap perniagaan ini.

Kali ni aku pi jumpa Edmund dan Oskar naik kereta baru BMW seorang rangkaian aku di KL. TAHNIAH , Beliau ambil sempena genap 2 tahun bersama Smart Naco dan akan menjadikan kereta itu sebagai momentum baru untuk perjuangan perniagaan bersama SST di tahun ketiga. InsyaALLAH , jika anda kuat usaha dan tekun serta sabar anda juga mampu mendapatkan apa yang sedang anda impikan sekarang...

Lepas abis jumpa dia orang terus tidur n sedar-sedar dah pukul 6.30 . Alamak miss sahur aku .... Jam 10 pagi tadi terus ke Klang jumpa dengan PD Halim untuk membekalkan beliau dengan flyer dan beberapa maklumat. Nantikan gegaran baru PD Halim . Aku yakin dia akan muncul sebagai salah seorang Leader Hebat di Smart Naco dan Smart Success Team. InsyaALLAH....

Semasa dalam perjalanan ke KL , SPD Ishak call aku dan beritahu wife dia berjaya jual Naco Alfalfa Klorofil 18 botol sejak bulan puasa nie. Wah ! Luar biasa tu. Nampaknya nak kena gerakkan promosi Alfalfa juga. Alhamdulillah gerakan mempromosikan Alfalfa 2 bulan lepas mendapat sambutan juga.... Itu lah kalau kita bersungguh dalam promosi InsyaALLAH ...

Lama juga tak minum NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat ..... Jangan lupa minum NACOFE yer....

Esok pagi gerak balik Penang dan singgah sat di Teluk Intan jumpa Senior Manager baru aku di sana. Ini sorang lagi bakal Leader Hebat Smart Naco dan Smart Success Team. OK la , nak siap2 jap lagi Pak Ramli sampai la tu ,

Kepada anda , jangan lupa promosikan NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat masa raya nanti ..... Jamu mereka dengan ari panas NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat .........

Semoga anda semua terus berusaha di samping juga berusaha mendapatkan RAHMAT LAILATUL QADAR .......

Salam Ramadhan ....... Sila ke laman aku :: KLIKS www.myniaga.net

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

01 October 2007

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Salam Ramadhan dan Salam Ukhuwah Fillah kepada anda yang telah menziarah ke blog aku. Ramadhan pun dah masuk fasa terakhir meniti hari untuk melabuhkan tirai dan menutup segala peluang ganjaran terbesar anugerahi Illahi untuk hambanya yang TAAT dan Memanfaatkan Peluang Ini. Hari ini hari selasa dan dah masuk hari kedua bulan Oktober.

Syukur Alhamdulillah dan hari ini aku nak ucapkan TAHNIAH kepada beberapa rakan yang telah naik Pangkat SENIOR MANAGER pada bulan ini. TAHNIAH KEPADA :

En Wan Shah Jaman
En Mohd Farid Ambidau
Puan Haryati Joned
En Bastin B Udi
En Morney B Amat
Hj. Abu Hanafiah B Mohamad
En Anuar Pouzi
En. Barhama Abas
En Hadrin Kutta
Puan Amiza Said
Puan Roznita Jaapar
En Muhamad Zulhelmi
Muhamad Uzaimi
Puan Rosniwati B Abd Radhi
Puan Paya Wan Bt Wan Luhat
En . Mohd Rizal Joned
En. Abdullah Che Tengah
En. Mohd Noor B Abd Patah

TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA ....... Mereka ini semua dari rangkaian Malaysia dan mereka telah membuktikan sesuatu kepada kita semua.

TAHNIAH juga kepada Rangkaian Yang Telah Membuat Jualan Peribadi 1000 pv

TAHNIAH KEPADA :

1. Che Tah Bt Sahak
2. En. Mohd Farid Ambidau
3. Puan Cindy Joseph Boguli
4. Ugzhali Mohamad

Semoga anda semua terus membina kejayaan kecil untuk kejayaan yang besar.

.........................

Bulan Ramadhan ni aku dok promote "LIFESTYLE CAREER CHOICE" - MOBILE BISNES .... Ya MOBILE BISNES kerana kita boleh menjalankan perniagaan ini di mana-mana sahaja. Stok produk juga ada di mana-mana sahaja. Jika anda ke Indonesia , Brunai , Singapura , Sabah dan Sarawak anda juga boleh menjalankan perniagaan ini. Kekadang ada orang hairan tengok aku wat bisnes ni , dok rumah jer , kedai tak der , produk pun tak nampak sangat tengok macam orang tak berniaga jer.... Ya , Itulah Istimewanya Perniagaan NETWORK MARKETING atau MLM ini ..... Ok lah , aku nak POS susu 8 kotak ke Melaka.

Semoga ANDA TERUS SUKSES .....

Sila Ke Laman LIFESTYLE CAREER CHOICE >>>Kliks>>>> LIFESTYLE CAREER CHOICE

Sekian ::

HAIRUDDIN ABDULLAH AL-MUARI ........ 0124686404