16 September 2007

GREEN FACTORS

Untuk mendapatkan Maklumat ONLINE tentang NACO GREEN FACTORS sila klik pada gambar di atas. atau KLIK SINI Naco Green Factors ni sesuai sangat di ambil semasa bulan puasa untuk mencuci toksin dan usus kita....

Selamat Berbuka Puasa

Che Din :::::: KLIK www.myniaga.net

14 September 2007

PERCAYA POTENSI DIRI SAYA

Salam sejahtera. Diri kita di cipta dengan banyak kelebihan dan potensi. Keupayaan otak dan minda menjadi kekuatan terhebat yang ada pada kita. Namun berapa ramai yang mensia-siakan keupayaan minda kita mungkin termasuklah saya.

KITA YANG TENTUKAN KEBAHAGIAAN HIDUP KITA ....

Kadang kala kita gagal menentukan apa yang kita impikan , kita masih membiarkan orang lain membuat keputusan untuk kita , membiarkan orang lain mempengaruhi pilihan kita untuk kita memilih kebahagian. Kadangkala banyak perkara dalam kehidupan kita di tentukan oleh orang lain . Nak beli syampo pun kekadang di tentukan oleh iklan-iklan di TV , nak beli alat solek pun kekadang di tentukan oleh rakan-rakan atau iklan dahulu. Mungkin kita pernah berdepan dengan dua persimpangan untuk memilih dua pilihan. Kekadang kita keliru dengan apa yang kita fikirkan dan keputusan yang bakal kita buat.. NAMUN , kekadang kita juga memerlukan pandangan orang lain untuk membantu kita membuat keputusan. Anda akan dapat banyak cadangan pilihan ketika anda ingin membuat satu keputusan , oleh itu pilihlah keputusan yang dekat di hati anda . Jika buntu , mintalah bantuan ALLAH , lakukanlah solat istikarah untuk kita mendapat panduan dari Illahi. YAKINLAH pada POTENSI DIRI ANDA ..........

PERCAYA PADA KEUPAYAAN DIRI

Kita sahaja yang mampu mengetahui keupayaan diri kita. Setiap orang bermula dengan tidak mengetahui apa-apa sejak lahir namun usaha mereka untuk belajar dan gigih mempelajari sesuatu ada orang lain yang mempunyai keupayaan dan kebolehan yang lebih baik. Mungkin ada yang di lahirkan cacat tetapi mereka juga PASTI mempunyai mempunyai cara , jalan dan pilihan untuk mencapai kejayaan dan kebahagian. Lihat bagaimana Dr. Ismail yang buta berjaya menjadi seorang Dr. PHD. Ini kerana kekuatan nilai PERCAYA KEPADA KEUPAYAAN DIRI. Anda lihat video di bawah bagaimana mereka melakukan dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat.

YA , untuk berjaya dalam apa yang kita lakukan PERCAYA PADA DIRI SENDIRI . Allah telah memberikan potensi luarbiasa kepada diri kita. Saya lihat banyak buku-buku yang ditulis oleh penulis ( mat salleh ) tentang motivasi mereka meletakkan Believe In Yourself sebagai perkara utama setelah kita meyakinkan nilai Percaya Kepada Tuhan ( ALLAH ) yang telah kita letakkan lebih awal lagi. Ini kerana ALLAH yang telah mencipta kita dan menganugerahkan potensi kepada setiap hambanya.




Andalah yang mampu mengubah potensi kehidupan anda dengan lebih baik dan cemerlang asalkan anda PERCAYA dengan KUAT akan POTENSI dan KEHEBATAN yang ALLAH telah BERIKAN kepada ANDA .. Yes U CAN DO IT .... Tidak kira apa sahaja bidang yang anda ceburi kini , LAKUKAN dengan TERBAIK...



InsyaALLAH YAKIN lah dengan keupayaan diri anda , tidak kira siapa anda ketika ini , anda berhak untuk berjaya dan berjaya untuk setiap orang berbeza-beza. Itulah uniknya insan yang diciptakan oleh ALLAH ...

Ok lah , setakat ini dulu .. Nak pi jumpa rakanniaga bincang strategi bisnes seterusnya ....


Che Din >>>>>>>>>>>>> Jangan Lupa ke Laman Web Aku www.myniaga.net

13 September 2007

WHY MLM : NETWORK MARKETING



PENGGUNAAN "online video" sebagai TOOLS promosi perniagaan anda , TOOLS promosi produk anda , TOOLS promosi diri anda , sebagai bahan pembelajaran kepada rakanniaga anda. Salah satu online video yang popular ialah YOU TUBE ... www.youtube.com .... Jika dahulu maklumat di perolehi dari search engine yang menggunakan Link berbentuk tulisan kini maklumat boleh di perolehi dalam bentuk video....

Jika anda mempunyai video atau apa sahaja bahan berbentuk video anda boleh uploadkan kedalam youtube untuk di kongsikan kepada rakan-rakan anda di mana-mana sahaja di dunia.....

Semuanya menjadi mudah jika kita menguasai pentas teknologi maklumat ini. Ianya satu kelebihan kepada kita yang menjalankan perniagaan seperti ini yang memerlukan proses penerangan perniagaan atau produk kepada pelanggan.

Jadi manfaatkan kemudahan ini untuk anda menerangkan apa yang ada niagakan , apa perniagaan anda , apa impian anda untuk mereka melalui pendekatan video online. Lihat bagaimana mereka MENAJA tanpa BERTEMU melalui Laman Web ( online ).

OK Setakat itu sahaja untuk kali ini.....

Sila ke Lead Capture Page saya di www.myniaga.net .... Anda juga boleh mengetahui bagaimana www.myniaga.net telah membantu saya mencapai impian saya dan membantu saya menjana pendapatan sehingga 5 angka. TERIMA KASIH www.myniaga.net





Che Din : Kepala Batas Penang.....

MENGAMBIL KEBERKATAN RAMADHAN

Hari ini 1 Ramadhan blog ini di buka untuk tatapan rakan-rakan. PENGGUNAAN BLOG dalam perniagaan online MLM amat membantu kita memperkenalkan diri , perniagaan dan produk kita. Kita boleh gunakan blog ini untuk menceritakan perjalanan bisnes kita , untuk mempromosi produk jualan kita dan untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakaniaga kita serta pengunjung umum ...

Penggunaan blog untuk membantu meningkatkan kredibiliti bisnes semakin popular sekarang ini. Ada juga rakan-rakan yang menjadi rakan niaga saya datangnya dari blog yang saya buat. Jesteru itu kepada rakan-rakan yang masih belum mempunyai blog saya cadangkan agar anda mempromosikan perniagaan dan produk anda melalui blog. Blog lebih mudah di uruskan berbanding kalau kita nak buat laman web sendiri walaupun laman web sendiri itu amat penting kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan online ini.

Jesteru itu kepada anda bersama SST yang menjalankan perniagaan ini secara online jadi bulan Ramadhan ini bolehlah kita gunakan untuk muhasabah merancang strategi perniagaan anda serta menggerakkan usaha PROMOSI online. Jika anda terus promosikan perniagaan anda , InsyaALLAH akan ada orang yang berminat.




Sempena Ramadhan ada ole-ole video masa pergi rombongan umrah
bersama rakan-rakan Smart Naco.
Syukur Alhamdulillah , Baitullah Aku Merinduimu







CHE DIN
1 Ramadhan



12 September 2007

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan kepada anda semua. Nama saya Hairuddin Abdullah tinggal di Kepala Batas Pulau Pinang. Setelah menjalankan perniagaan bersama Smart Success Team , kini masuk tahun ke 3 saya bersama Smart Success Team setelah 2 tahun merempuh onak ranjau dalam perniagaan MLM. Namun saya tetap optimis kerana ini adalah kehidupan saya.

Kepada anda yang sudi melawat blog aku , aku ucapkan jutaan terima kasih. InsyaALLAH di sini aku akan coretkan catatan perjalanan , tips bisnes MLM baik online MLM atau offline MLM dan motivasi sebagai seorang usahawan.

Dua tahun bersama Smart Success Team telah memberi kefahaman dan banyak ilmu yang telah aku kutip. Kehidupan juga telah berubah ke arah yang lebih baik , pemikiran terhadap perniagaan juga telah meningkat baik , tahap kesabaran dan persistensi dalam menjalankan perniagaan juga sudah menunjukkan peningkatan. Syukur kepada ILLAHI yang telah menggerakkan aku kedalam kancah perniagaan yang amat mencabar ini.

Jadi kepada anda , bolehlah ke laman web aku www. myniaga.net

Semoga Anda Juga Sukses




Che Din .... Kepala Batas Pulau Pinang