23 March 2009

Sihat selalu

Salam sejahtera , apa khabar , WAH lamanyer tak updated blog.... Sibuk ke Che Din... Waduh2 ... boleh tahan juga dok siapkan beberapa modul training. Ujung minggu ni nak bersama pemimpin pelajar pula untuk jalankan Bengkel Kepimpinan dan Organisasi. Lama juga tak wat program ngan pelajar nie....

Alhamdulillah , hari ni ada beberapa orang rakaniaga yang dok order susu lagi dan sambutan di Sabah nampaknya cukup baik dan segar terhadap produk dari Smart Naco. Sekarang ni kita berhadapan dengan cabaran kegawatan ekonomi dan kita lihat pelbagai peluang yang ditawarkan untuk menjana pendapatan tambahan. Buatlah pilihan yang baik dan berhati-hatilah apabila ada orang yang mengajak membuat pelaburan dengan jumlah wang yang besar.

Smart Naco terus menjalankan aktivitinya dan kini bertumpu kepada program "Blood Test". Bila kita check darah kita baru tahu keadaan sel darah kita macam mana dah macam ape bila tengok... Tambah lagi keadaan persekitaran kita yang kian tercemar dan kini badan kita mudah menerima bahan-bahan kimia , radikal bebas dan toksin. Semua ni nak kena bagi bersih.. Salah satu produk yang bagus ialah Alfalfa keluaran Smart Naco. Ia diperbuat dari pokok Alfalfa dimana akar pokok ini jauh lebih 10 meter kebawah mencari galian dan mineral semula jadi . Daunnya mempunyai kualiti alfalfa yang cukup tinggi dan satu sudu Alfalfa ni bersamaan dengan sekilo sayur-sayuran.

Apakah yang kita makan

Kita sering makan makanan yang banyak asid seperti nasi , ayam , daging , keju , makanan laut dan sebagainya dan amat sikit memakan makanan yang jenis alkali seperti buah-buahan , sayur-sayuran dan alga.

Untuk pengetahuan anda , Dr Rogner Berg telah membuat kajian bahawa tubuh badan kita hanya memerlukan 20% sahaja asid dan 80% alkali tetapi apabila melihat dari apa yang kita makan nampaknya kita lebih banyak memakan makanan yang berasid.

Jesteru itu , ALFALFA mampu memberi keseimbangan antara asid dan alkali didalam badan selain berfungsi untuk membuang toksin. Ia juga mampu meningkatkan kualiti sel darah merah dan menjadi minuman yang berkhasiat. Ia boleh membuka selera makan dan mampu menyejukkan badan.

Kalau nak cuba Alfalfa boleh la sbb dalam badan tu banyak sangat Asid dan setiap orang perlukan Alfalfa untuk menyeimbangkan asid dan alkali dalam badan.

----------------------------------
Ni ada beberapa orang prospek yang minta CD masih belum diberikan dan ada beberapa orang yang betul-betul berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang potensi bisnes MLM ini. Esok nak kene poskan 30 keping CD lagi untuk sasaran penyertaan bulan ini. Ok lah , nak sambung wat keje lagi dan nak siapkan modul lagi.... Cuaca panas , kat bilik ni pun panas jadi idea petang2 ni kureng sikit.

Apa pun kepada mereka yang berminat untuk mengetahui potensi bisnes masa gawat ni dan bagaimana membina karier dalam bisnes MLM ini boleh la contact di 012-4686404.

Sekian Dahulu


Hairuddin Abdullah

07 March 2009

KASIHNYA IBU , KASIHNYA AYAH

05 March 2009

Orang Tak Yakin

Salam sejahtera , apa khabar , lama juga tak updated blog ini. Sibuk dengan proses SET UP syarikat training consultant saya Pusat Pembangunan Personaliti Unggul.

Ni baru je berbalas sms dengan prospek yang dok dapat VCD yang saya hantar. Ada yang potensi dan ada yang kata saya dah buat macam2 bisnes ni tapi selalu orang tak yakin dengna bisnes ini. Saya senyum je....

Ramai yang saya dengar ttg orang tak yakin dengan bisnes dan produk TETAPI mereka LUPA sama sekali adakah kerana prospek mereka yang tidak yakin atau diri sendiri yang tidak yakin untuk meyakinkan prospek.

Jadi kita selalu bagi alasan prospek kita yang tak yakin , tetapi kita tidak ada usaha untuk meningkatkan keyakinan diri dan strategi untuk meyakinkan prospek kita kepada produk dan bisnes yang kita tawarkan. Jadi tak kan salah prospek kot ..

Jadi ADAKAH anda benar-benar yakin dengan diri anda , dengan bisnes anda , dengan produk anda dan dengan strategi penyampaian yang anda guna untuk meyakinkan prospek anda. Kenapa tak yakin ?

Jika anda tidak menguasai informasi tentang bisnes dan produk yang anda tawarkan macam mana anda nak ceritakan tentang peluang bisnes atau produk orang dengan penuh keyakinan jadi bila anda terangkan dengan tidak yakin jadi macam mana prospek nak yakin.

Jadi Che Din macam mana nak meyakinkan diri saya dan meyakinkan prospek.

Meyakinkan Diri
1. Kuasai bidang anda secara menyeluruh
2. Bergaul dengan orang yang berjaya dan penuh keyakinan
3. Banyak membaca dan kuasai strategi dan teknik meyakinkan orang. Kalau perlu invest pergi kursus , pergi la untuk perkembangan diri tapi kalau tak sanggup invest untuk diri sendiri macam mana orang nak yakin dengan anda.

Meyakinkan Prospek
1. Prospek akan yakin dengan penampilan kita , idea kita , kelancaran kita bercakap dan bila di tanya boleh jawap kerana kita telah menguasai maklumat produk dan bisnes
2. Boleh gunakan tools tambahan jadi tak perlu cakap banyak macam CD Testimoni , Gambar , paper , cek dan sebagainya. Kalau ada tools yang kuat dan meyakinkan tak cakap banyak pun orang boleh yakin.


Dan Yang PALING PENTING ialah IKHLAS dan JUJUR.

Itulah antara kunci yang kuat dalam hal meyakinkan diri dan meyakinkan orang lain. Bertindak dan bercakaplah secara jujur dan ikhlas. Anda perlu jual diri anda dulu , yakinkan orang untuk terima diri anda dulu sebelum anda menjual produk dan bisnes anda..


Eh Banyak SMS masuk ,,, tahu tak sms tu bunyi apa? SMS tu bunyi

Terima Kasih Che Din VCD PERCUMA telah saya terima

Saya telah terima VCD PERCUMA , tq

ada 5 sms yang saya terima , mcam mana mereka boleh sms ????

Silalah ke laman web saya di www.myniaga.net

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

24 February 2009

JAGA KESIHATAN




DAPATKAN SUSU IGG PLUS SEKARANG , MUNGKIN IA BOLEH MEMBANTU ANDA ...

Mengikut KAJIAN dari Reader Digest :

Kaji selidik Reader’s Digest Asia itu menunjukkan bahawa 61.6 peratus daripada responden mengalami masalah tekanan darah tinggi diikuti kolesterol tinggi (48.2 peratus), obesiti (40.7 peratus) dan diabetes (36.6 peratus).

Sebanyak 35.3 peratus lagi mengalami masalah penglihatan, artritis (23.4 peratus), insomnia (20.8 peratus), osteoporosis (15.5 peratus), kemurungan (12.9 peratus) dan kanser (9.8 peratus).

Reader’s Digest dalam satu kenyataan hari ini berkata, 60.8 peratus daripada responden Malaysia menyatakan keadaan kesihatan mereka baik, iaitu tertinggi di Asia, manakala 9.7 peratus menyatakan tahap kesihatan cukup cemerlang, dan hanya 2.1 peratus berkata keadaan kesihatan mereka adalah lemah.

“Walaupun mereka menganggap keadaan mereka sebagai sihat, 40.7 peratus daripadanya sebenarnya mengalami masalah berat badan berlebihan,” menurut kenyataan itu.


NAK ORDER SUSU SMS SAYA 012-4686404
NAK VCD PERCUMA PUN SMS SAYA 012-4686404


Untuk PERINGATAN KAT CHE DIN supaya jaga KESIHATAN

Che Din

19 February 2009

ANDA HARI INI

SIAPAKAH ANDA HARI INI? Pernahkah anda bertanya tentang Siapakah Anda Hari Ini , Pencapaian Apa Yang Telah Anda Capai Hari Ini , Apa Yang Telah Anda Miliki Hari Ini dan TAHUKAH anda :::

TINDAKAN HARI INI mempengaruhi SIAPA ANDA di MASA HADAPAN kerana
ANDA HARI INI adalah hasil apa yang anda telah lakukan pada masa lalu.

Setiap kejadian yang pernah anda alami , setiap saat yang pernah anda lalui SEMUANYA akan menyiapkan anda untuk HARI INI. Apa yang anda kecapi hari ini , pencapaian yang telah anda raih hari ini , kejayaan unggul yang telah anda miliki hari ini , kesihatan yang sihat hari ini , kebahagiaan yang anda rasa hari ini semuanya ADALAH :

Apa yang telah anda lakukan pada hari semalam dan kesan-kesan dari tindakan , fikiran , perasaan dan pengalaman anda pada masa lalu....

Jadi dengan kekuatan HARI INI , anda ambil sehelai kertas dan sebatang PEN , dengan berpandukan kepada apa yang anda telah MILIKI PADA HARI INI - hasil dari tindakan , pengalaman , perasaan dan fikiran anda pada masa lalu ..

Apakah lagi yang ingin anda capai , TANYAKAN KEPADA DIRI ANDA , ' ASK YOUR SELF' apa lagi yang ingin anda capai , yang ingin anda rasai , yang ingin anda miliki , yang ingin anda impikan. TULISKAN di atas kertas , tuliskan berdasarkan REALITI hari ini , pada Kekuatan hari ini ... Adakah anda mahu HARI ESOK masih sama seperti hari ini kerana TINDAKAN anda hari ini , PERASAAN anda hari ini , PEMIKIRAN anda hari ini akan memberi kesan kepada penciptaan REALITI HARI ESOK.

Pelari Pecut 100 meter Dunia telah memecahkan REKOD Baru pada sukan Olimpik di Beijing adakah KERANA usahanya pada hari tersebut , atau kerana usaha dan tindakannya pada seminggu sebelum atau sebulan sebelum beliau memulakan PECUTAN... Beliau pada hari itu adalah HASIL dari APA YANG beliau IMPIKAN pasa masa lalu , APA YANG beliau LAKUKAN pada masa lalu , APA YANG beliau Fokuskan pada masa lalu .. MASA LALU ? Berapa lama , seminggu yang lalu , sebulan yang lalu , setahun yang lalu , 10 tahun yang lalu , 20 tahun yang lalu .... Sejak BERMULANYA sebuah IMPIAN menjadi JUARA PELARI PECUT DUNIA.

Tiger Wood pada hari ini adakah kerana apa yang dicapai hari ini adalah tindakan beliau pada hari ini? Sehari belajar bermain Golf lalu telah muncul sebagai JUARA DUNIA meraih JUTAAN Dollar. Adakah seminggu lalu bermain GOLF lalu beliau menjadi JUARA DUNIA . Adakah sebulan yang lalu memegang kayu GOLF lalu menjadi JUARA ... Ia adalah hasil dari Apa yang beliau lakukan , fokus , rasa dan fikirkan pada masa lalu. Berapa lama. Tahukah anda Tiger Wood telah menyatakan IMPIAN untuk menjadi juara DUNIA Golf sejak berumur 13 tahun lalu terus memegang kayu Golf dan setiap hari membina kemahiran , mengukuh keyakinan , membina perasaan positif , berfikir seperti juara dan bertindak dan melakukan dengan GHAIRAH untuk menjadi juara.

Jadi , apa yang anda ada pada hari ini adalah apa yang telah anda lakukan PADA MASA LALU. Anak-anak atau adik-adik berjaya mencapai 19A1 didalam SPM adakah kerana kehebatannya menjawab semasa PEPERIKSAAN SPM Sebenar. Terus mengambil peperiksaan tanpa belajar , tanpa melakukan pengorbanan perasaan dan kebebasan kehidupan , tanpa melakukan apa-apa pada MASA lalu lantas pada HARI INI MENJADI PELAJAR TERBAIK SPM. Semuanya berkaitan pada MASA lalu adakah sejak dari tingkatan 4 , atau tingkatan 1 atau dari darjah 1 atau dari umur 1 tahun?

HARI INI AKAN MENJADI MASA LALU.

Ingatlah , Hari ini akan menjadi MASA lalu dan adakah anda ingin masa depan anda , kehidupan anda , kewangan anda , kebahagiaan anda , kesihatan anda , kejayaan anda dalam kerjaya SAMA seperti Hari Ini . JESTERU , mulakan dengan AMBIL PEN dan KERTAS .. Tuliskan dan Gambarkan apa yang ingin anda CAPAI dan IMPIKAN setahun , 2 tahun , 5 tahun dan 10 tahun kedepan BERMULA DARI HARI INI. Pastikan hari ini akan memberi sumbangan kepada KEJAYAAN anda pada masa hadapan.

Jadi jika anda telah melakukan bisnes MLM tetapi hari ini masih ditakuk lama termasuk diri saya ia adalah kesan dari tindakan kita pada masa lalu . Tanyakan IMPIAN , FIKIRAN , FOKUS , TINDAKAN , PERASAAN dan apa yang telah kita lakukan pada masa lalu mungkin seminggu yang lalu , sebulan yang lalu , setahun yang lalu atau 5 tahun yang lalu....

Jadi ANDALAH PENCIPTA REALITI impian anda bermula dengan tindakan HARI INI kerana siapa anda pada hari ini adalah hasil dari MASA LALU. Hari anda berpendapatan RM1500.00 sebulan adalah hasil dari usaha anda masa lalu dan ADAKAH 1 tahun kehadapan anda masih ingin RM1500.00 sebulan? ANDALAH yang menentukan REALITI KEHIDUPAN anda pada masa depan dengan membuat KEPUTUSAN pada hari ini.

2 TIPS PENTING :

1. LAFAZKAN RASA SYUKUR.
Sentiasa lafazkan rasa syukur kepada pencipta dan pemberi rezeki . Adakah anda melakukan itu hari ini sejak anda bangun tidur tadi atau ANDA MERUNGUT dan DAHI ANDA BERKERUT atau ANDA TERKEJAR-KEJAR TENSION untuk ketempat kerja. Jika Negatif yang anda rasakan , anda akan melatunkan GETARAN Negatif . Jadi dalam apa keadaan LAFAZKAN Rasa syukur , berperasaan secara tenang , bahagia dan berdoa kepada ALLAH akan anda dimurahkan rezeki dan dilimpahkan pintu nikmat. Bersyukurlah selalu , selepas anda selesai menyiapkan kerja anda , selamat sampai ketempat kerja anda , diberikan kesihatan yang baik dan sebagainya.

2. TULIS dan GAMBARKAN ( VISUALISASI )
Anda HARI INI adalah apa yang anda lalui pada masa lalu. Jadi adakah MASA DEPAN anda juga anda inginkan sama seperti hari ini atau lebih baik mungkin dari segi Kebahagiaan keluarga, kasih sayang , kewangan , masa untuk beribadah , masa untuk anak-anak dan keluarga serta sebagainya. ANDA ambil kertas anda tulis dan gambarkan apa yang ingin anda capai , miliki , rasai pada hari esok dan hari-hari mendatang. Dengan rasa syukur ketika anda membayangkan itu , anda bayangkan secara sungguh-sungguh bahawa apa yang anda impikan itu benar-benar anda telah capai dan rasainya hari ini . Lakukan setiap hari.

BAGAIMANA IA BOLEH DICAPAI?

Tentang BAGAIMANA BOLEH DICAPAI anda tidak perlu fikirkan kerana anda telah bayangkan , lafazkan dengan rasa tenang , bahagia , ikhlas dan bersyukur biarlah ALLAH dan Alam Semesta ini mengaturkannya. Yang penting adalah anda perlu BERUSAHA dan BERIKHTIAR untuk memperbaiki dan memenuhi KEPERLUAN untuk mencapai IMPIAN anda.

LAKUKAN SESUATU YANG MEMBAHAGIAKAN ANDA HARI INI..

Anda juga perlu melakukan satu atau dua perkara yang boleh MEMBERI KETENANGAN , KEBAHAGIAAN dan KESYUKURAN kepada diri anda.

Jika anda rasa makan aiskrim dapat memberi ketenangan dan kebahagiaan lakukan
Jika anad rasa membelikan hadiah untuk anak-anak atau suami anda memberikan kepuasan dan kebahagiaan pada anda hari ini lakukan
Jika anda rasa memasak masakan istimewa untuk keluarga hari ini memberi kepuasan dan kebahagian lakukan.

Semuanya itu akan datang dari cetusan fikiran tetapi ia perlu datang bersama PERASAAN di hati. Bila anda berfikir teringin makan Ais Krim dan hati merasakan cukup tenang , bahagia , gembira dan rasa bersyukur kalau dapat makan , LAKUKANLAH .....

RASAKAN yang Positif , FIKIRKAN yang Positif , FOKUSKAN yang Positif kerana DIRI ANDA HARI INI adalah apa yang anda rasa , fikirkan dan fokus pada masa lalu. Jadi jangan salahkan orang lain jika hari ini anda masih ditakuk lama , kewangan anda masih seperti 3 tahun yang lalu sedangkan rakan anda , sahabat anda telah menunjukkan peningkatan dalam kualiti kehidupan.

LAKUKANLAH YANG TERBAIK HARI INI , kerana KESANNYA besar pada masa hadapan....



-----------------------------------------------------------------

Jadi , Jika anda ingin berjaya dalam JOMBISNES-SMARTNACO lakukanlah HARI INI , lakukanlah HARI INI sepertimana ANDA AKAN BERJAYA pada hari esok , lakukan HARI INI dengan rasa Syukur , Tenang , Bahagia dan Ikhlas.

Just Start FROM ONE ACTION A DAY :::

Call ONE prospek today
SMS ONE prospek today
Send Email to ONE PROSPEK today
Send Email to ONE DOWNLINE today
Read Book ONE Page today
Give ONE Hour For Your Bisnes Today
Wright Down ONE Great Dreams Today
Send ONE letter to prospek / downline today
Give ONE VCD to prospek Today
Drink ONE Sachet Of IgG Plus Today

Apabila anda bermula dengan SATU TINDAKAN sehari , 2 hari akan jadi 2 TINDAKAN dan

INGAT Satu Tindakan + Satu Tindakan = Tidak Akan Jadi 2 Tindakan mungkin LEBIH TINDAKAN .... JIKA Satu Tindakan Anda GAGAL Lakukan Hari ini ... Bagaimana Anda Mampu Menjadi PENCIPTA REALITI Impian Anda . Andalah PENCURI IMPIAN .....Jangan sekali BERFIKIR NEGATIF kerana anda akan dapat apa yang anda fikirkan HARI INI.

------------------- Satu CABARAN BESAR ANDA ialah :::: Melawan ANASIR NEGATIF HARI INI YANG KUAT ANDA MILIKI KERANA PENGALAMAN dan PERASAAN PADA MASA LALU... -------------------------

InsyaALLAH , anda boleh ikuti siri Latihan POSITIVE FEELING , POSITIF THINKING pada masa-masa hadapan bagaimana membuatkan IMPIAN MENJADI KENYATAAN ......

INGIN SERTAI JOMBISNES-SMARTNACO sila call saya di 012-4686404


Sekian


HAIRUDDIN ABDULLAH