30 October 2007

Smart Naco Kembali Menggegar

KEMBALI MENGGEGAR !!! Saban hari aktiviti bisnes semakin rancak dan bertenaga .. Kepada yang nak tau perkembangan TERKINI SMART NACO sila ke blog

Hari ini aku akan habiskan masa di rumah untuk siapkan bahan presentation untuk acara Training Leader di Jakarta pada Ahad ini. Fuh! Pertama kali kendalikan Acara Training untuk mereka di sana dengan FOKUS Bagaimana Menjadi Leader dan Mencetak Leader.... Apa pun aku dan SPD Zul akan buat yang terbaik. InsyaALLAH Jumaat ini kami akan berlepas ke Jakarta sampai Hari Isnin Malam. Kemudian Selasa paginya pula akan ada Trainer Train Trainer di Stokis Kulim n Malam pula ada Success Sharing Night di Safira. Bila aktiviti semakin padat begini InsyaALLAH momentum bisnes akan menjadi semakin kuat....

Ya ! SPD Zul ada bagi tau Leader Hebat SN Mr Yap yang menjadi penggerak utama kebangkitan Gelombang IgG Plus di Malaysia telah kembali untuk bersama-sama kita menggerakkan bisnes ini. Kepada anda yang telah bersama kami , jangan berhenti terus FOKUS dan FOKUS kepada pengembangan bisnes.

Semalam petang meeting bersamat pihak Management nampaknya dengan perancangan yg telah sedia ada , InsyaALLAH , 3 BULAN Bis Smart Naco akan kembali rancak.... Kepada anda yang ingin terus tidur , silakan . Kami nak bergerak terus kehadapan.

Bila aku pi blog rakan-rakan perkataan " Smart Naco Masih Ada Lagi Ke"... Hah ! Nampaknya ayat tu semakin popular . Tapi tak per , kita perlu INGAT kita buat perniagaan MLM. Mouth To Mouth , pergerakkan tidak di sedari tetapi bergerak secara aktif. Tugas kita sekarang hanya memberi tahu kita sedang menjalankan perniagaan Smart Naco , hulurkan bisnes card.

Semalam aku dapat mesej dari rakan-rakan belah Sabah , nampaknya bisnes di sana semakin aktif. Ada sorang rakaniaga di sana dah berjaya jual 43 kotak susu bulan Oktober ini dan untung runcit saja dah berjaya kutip RM1000. Kan aku dah cakap , sapa buat dia yang dapat. Kalau di campur bonus aku fikir banyak juga tu dia akan dapat..... TAK SABAR aku nak ke Sabah untuk bersama rangkaian di sana , cuma tunggu Green Light dari Leader Di Sana sahaja....

InsyaALLAH bulan November ini lepas aku balik ke Jakarta berkemungkinan aku akan turun belah Selatan dan akan di sambung mengadakan Roadshow di Semenanjung bersama PD Ashriee. Nampaknya aktiviti November dan Disember memang dah penuh nie.

Syukur Alhamdulillah dengan Izin ALLAH ....


Ok lah , ada kerja lagi yang nak di uruskan , OH ya , TAHNIAH kepada Zulzafri dan Hazlin atas inisiatif membangunkan blog masing-masing ..










28 October 2007

BERANI BERTINDAK TEGAS

"WHAT WILL HAPPEN IF..."
'Apakah yang akan terjadi sekiranya...."

Dalam menjalankan perniagaan atau memulakan sesuatu perniagaan yang baru dan mungkin asing bagi anda sebelum ini , sudah tentu ia memerlukan keberanian untuk melakukannya dengan TEGAS.

Ayat di atas adalah ayat yang sering saya gunakan apabila saya kadang-kala menjadi agak malas dan lemah semangat. Saya sentiasa melihatnya untuk melangkah lebih jauh dalam sesuatu yang dilakukan.. "What Will Happen If.." ini banyak membantu saya mengerakkan beberapa tindakan dengan segera dan yang terpenting membantu saya membuat KEPUTUSAN ....

Sebagai contoh , pada pertengahan tahun ini , ada satu ketika saya berasa agak malas dan hampir-hampir untuk tidak membuat keputusan untuk ke Pulau Bangka dalam membantu Team saya di saya. Saya hampir-hampir mencari seribu satu alasan... Namun apabila saya melihat perkataan "What Will Happen If..." .. Apa akan terjadi jika saya tidak ke Pulau Bangka , Jika Saya tidak menghadiri latihan , jika saya tidak call rakaniaga di bawah penyeliaan saya , jika saya tidak menghadiri perjumpaan peluang perniagaan, jika saya tidak membangunkan kembali laman web saya yang pernah di hack .... Apa akan terjadi jika saya tidak ke Pulau Bangka pada waktu itu , berkemungkinan keyakinan dan kepercayaan terhadap saya oleh rakan-rakan di sana akan terus merosot dan akan merosotkan perniagaan saya.. What Will Happen If.. telah membantu saya membuat satu keputusan yang berani dan tegas bahawa saya MESTI pergi untuk membantu rakan-rakan di sana dan HASILNYA , Alhamdulillah , jualan kumpulan di Pulau Bangka selepas saya ke sana melonjak naik hingga melahirkan seorang President Director.....

Di sini saya ingin berkongsi " Bagaimana Mengatasi Ketakutan Supaya Berani Bertindak Tegas" .

Saya yakin ada di antara rakan-rakan ingin berjaya dalam perniagaan ini. Mereka selalu berimpian dan telah mempunyai impian tegar untuk berjaya dalam perniagaan ini. Namun mereka masih lagi di selubungi ketakutan atau perasaan was-was yang cukup menebal. UNTUK BERJAYA anda MESTI / WAJIB mempunyai satu sifat yang paling penting dan tegas iaitu : BERANI BERTINDAK ...

Anda berkemungkinan mempunyai kekuatan untuk merancang pelbagai rancangan dalam menjayakan perniagaan anda dan anda juga telah di dedahkan tentang tips-tips bagaimana orang yang telah berjaya melakukan. Namun jika anda hanya mempunyai beratus-ratus pelan bertindak tanpa mengambil apa-apa pun tindakan terhadap rancangan yang anda rancangan , PASTI anda akan menemui jalan buntu dan ketakutan akan terus menyelubungi jiwa anda.

Bagaimanakah anda dapat membina KEBERANIAN untuk MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS. Satu CARANYA ialah :::

" lakukan perbuatan yang paling anda takuti supaya anda mendapat KUASA untuk melakukannya "

Ya , perkataan yang mudah , ANDA LAKUKAN PERKARA YANG PALING ANDA TAKUTI .... Saya menganggap idea ini sebagai satu perkara yang PALING BERHARGA...

Saya masih ingat pada satu masa dahulu saya PALING TAKUT untuk bercakap di hadapan dan ianya benar-benar menakutkan. Namun apabila saya telah melakukannya buat kali pertama dan kedua perkara yang PALING TAKUT ini sekarang saya telah mendapat KUASA untuk BERANI bercakap di hadapan di hadapan halayak orang ramai.

SAYA JAMIN , jika anda menggunakan konsep ini bersama dengan satu konsep yang saya namakan " bertindak seperti anda tidak mungkin gagal, anda akan memperolehi lebih KUASA untuk mempengaruhi orang lain.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelukis , anda mesti melukis dahulu. Tiada cara lain untuk menjadi pelukis anda boleh berangan-angan sepanjang hari tentang betapa terkenal dan berjaya anda sebagai pelukis , tetapi selagi anda tidak memegang berus dan mula mewarna , anda tidak akan mendapat kuasa untuk melakukannya.

Saya sering menyebut dalam ceramah atau program-program saya bersama rakaniaga saya ...

Apabila PERTAMA kali anda melakukan sesuatu yang paaaaaaaaaaaaling anda takuti , 10% TENTERA takut akan keluar dan 10% TENTERA berani akan masuk.
Jika kali kedua , 20% TENTERA takut akan keluar dan 10% TENTERA berani akan masuk.
Jika 10 kali anda melakukannya PASTI anda akan mendapat KUASA untuk melakukannya dengan BERANI dan MUDAH ....

Dalam konteks PERNIAGAAN ini , berkemungkinan anda telah ada prospek dan anda berasa amat takut untuk menghubungi prospek anda. RAHSIANYA ::: Anda perlu BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS untuk melakukan perkara yang anda takuti tadi iaitu menghubungi prospek anda... Yakinlah , setelah anda mengeluarkan ayat pertama dan kedua , sedikit demi sedikit TENTERA TAKUT anda akan keluar. Dan apabila anda telah melakukan selalu , PASTINYA anda akan MENGUASAI seni perhubungan ini.

Saya masih ingat kali pertama saya ingin menelefon prospek , berdebar dan pelbagai anggapan negatif timbul , Namun apabila saya telah melakukan perkara yang saya takuti tadi , saya kini berasa seronok dan gembira hingga berjaya melonjakkan sales jualan saya....

Anda PASTI ingat artikel saya di post sebelum ini iaitu berkaitan MAP , M- Mind Setting , A - Action , P - Passion .... Ya ! Inilah kesinambungannya....

YES !!! Untuk berjaya dalam perniagaan ini , BERANILAH BERTINDAK DENGAN TEGAS!!! Atasi Ketakutan anda dengan Melakukan Perkara Yang Paling Anda Takuti Itu dan PASTINYA anda akan mempunyai satu KUASA LUAR BIASA untuk mencapai kejayaan.....

InsyaALLAH saya akan kongsikan TIPS ini dalam program-program bersama saya pada masa-masa akan datang....

Jadilah orang yang BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS , mengapa harus TAKUT kerana PERKARA YANG ANDA TAKUTKAN ITULAH SEBENARNYA RAHSIA KEJAYAAN ANDA ......................

Kesimpulannya , jika anda ingin mengetahui RAHSIA kejayaan anda ialah anda perlu KENAL PERKARA YANG PALING ANDA TAKUTI LAKUKAN ....

LAKUKANLAH UNTUK KALI PERTAMA dan anda akan merasai kehebatan yang terselah pada diri ANDA....

................................................ Jika anda ingin membina keberanian dan kejayaan dalam perniagaan ini , marilah kita bersama-sama , JUST KLIK www.myniaga.net

SALAM KEJAYAAN


www.myniaga.net

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

23 October 2007

M.A.P

Salam Sejahtera! Kembali ke Persada perniagaan selepas bercuti Hari Raya. Alhamdulillah aku rasa Hari Raya kali ini lebih bermakna dari sebelum ini. 4 tempat aku beraya kali ini. Raya Pertama dan Kedua Di Perlis , Raya Ketiga Di Penang ( inilah kali pertama aku beraya di Penang pada raya ke tiga kalau tak lepas seminggu baru ada di Penang ) , Raya Keempat , Kelima dan Ke Enam di Muar , Raya Ketujuh dan Ke Lapan di Kuala Lumpur.

Di Muar dapat juga jumpa En Mohazam rakaniaga terbaru aku. 3 jam juga kami bersembang di Bandar Muar dan berkongsi cerita dan pengalaman. Alhamdulillah En Mohazam kata dia telah mendapat manfaat dari produk hebat kita Susu IgG Plus.

Dapat menziarahi Sanak Saudara bersama Family aku , Syukur dan Terima Kasih kepada ALLAH kerana memberi kesempatan dan keizinan ini.

JADI sekarang kita mula tumpukan kepada perniagaan kita. Setelah seminggu kita sunyi dari cerita bisnes tentu ramai yang sedang mencari RECHARGE baru untuk menggerakkan MOMENTUM dan SEMANGAT BARU ... Jadi kat sini aku just nak share PETA atau MAP agar kita sentiasa berada di momentum yang baik.

M.A.P.

M
Mind Setting

A
Action

P
Passion


M - Mind Setting

Setelah bercuti ni tentu ada di kalangan kita yang mungkin telah terjejas Mind Setting dia pada bisnes. Apa pun yang kita perlu lakukan kita mesti clear kat Mind Setting. Minda kita mempunyai pengaruh dan kuasa yang cukup besar. Kita perlu membina Mind Setting yang betul kepada perniagaan kita , pada produk kita , pada diri kita sendiri dan pada setiap apa yang kita lakukan. Gunakan KUASA MINDA anda. Tajamkan FOKUS MINDA anda kembali kepada perniagaan , kepada usaha promosi perniagaan anda , kepada usaha penajaan , kepada usaha penjualan , kepada usaha memberi perkhidmatan kepada rakan niaga anda.

Untuk membina dan sentiasa mendapatkan Mind Setting yang baik dan betul kita kenalah selalu berhubung dengan rakaniaga kita (upline dan downline) untuk terus bertukar-tukar fikiran. Kita kena hadiri perjumpaan di Stokis atau di mana saja yang telah di susun oleh Pihak Syarikat atau Leader Anda. Kita kena hadiri latihan-latihan pembangunan minda dan pengetahuan yang di anjurkan oleh Syarikat atau Kumpulan anda. Ini semua akan membantu anda membina kekuatan PENETAPAN MINDA anda terhadap perniagaan yang sedang anda usahakan ini. INGAT ! KUASA MINDA adalah satu keajaiban yang telah ALLAH berikan kepada kita untuk kita gunakan sepenuhnya. JANGAN MALAS BERFIKIR tentang membangunkan perniagaan kita. Banyakkan membaca buku-buku tentang potensi perniagaan Network Marketing .

Ramai orang gagal membuat penajaan kerana mereka masih belum mendapatkan MIND SETTING yang tepat terhadap perniagaan mereka. Mereka masih lagi tidak dapat membina KEYAKINAN 100% , Persekitaran di tempat mereka juga antara faktor mereka tidak dapat membina kekuatan TENAGA KUASA MINDA untuk menggerakkan perniagaan ini.

A - Action

Apabila kita telah memiliki MIND SETTING yang betul terhadap usaha yang sedang kita lakukan ini , PASTINYA ia WAJIB di susuli dengan ACTION/ TINDAKAN yang betul dan tepat. Ramai orang mengambil tindakan tetapi masih lagi tidak berhasil dan ini berkemungkinan TINDAKAN yang di ambil tidak tepat atau tidak kena pada suasana dan persekitaran. Akhirnya mereka berasa penat dan kecewa. Namun itu lebih baik dari TERLALU RAMAI orang yang ada Mind Setting yang betul TETAPI langsung tidak mengambil TINDAKAN dan hanya menunggu dan menunggu sahaja.

Jadi AMBILLAH TINDAKAN yang betul dan bagaimana untuk memastikan anda mengambil TINDAKAN yang betul kena selalu bertanya kepada mereka yang telah berjaya . Apakah TINDAKAN yang mereka telah ambil untuk mencapai ke tahap tersebut. Apa TINDAKAN DISIPLIN yang mereka telah amalkan. Ada yang merancang untuk membuat PROMOSI di INTERNET tetapi tiada satu pun TINDAKAN yang di ambil dan akhirnya hanya tinggal perancangan sedangkan orang lain yang mengambil TINDAKAN itu mereka yang berjaya. Ada yang telah dapat prospek tetapi menangguhkan TINDAKAN untuk menghubungi mereka samada melalui SMS atau Panggilan Telefon dan akhirnya orang yang CEPAT MENGAMBIL TINDAKAN mereka yang berjaya. Ada orang telah mengambil TINDAKAN tetapi LAMBAT MENGAMBIL TINDAKAN....

INGAT! Perniagaan ADALAH PEPERANGAN !!!
Dan dalam strategi PEPERANGAN kita perlu menggunakan Strategi Tindakan yang betul dan CEPAT MENGAMBIL TINDAKAN terhadap satu-satu peluang yang ada. INGAT @ JANGAN LAMBAT AMBIL TINDAKAN ........

P - Passion

Setelah anda membuat MIND SETTING dan mengetahui apakah TINDAKAN yang WAJIB anda ambil untuk mencapai impian anda , anda perlulah mempunyai kekuatan SEMANGAT yang TINGGI untuk melaksanakan apa yang anda telah impikan dan Rancangkan untuk anda bertindak. SEMANGAT ini LEBIH PENTING dari MENUNTUT ILMU kerana jika anda tiada Semangat Untuk Pergi Menuntut Ilmu pasti anda tidak akan dapat ILMU tersebut. Kita perlu sentiasa bersemangat dan sentiasa perlu RECHARGE semangat kita kerana semangat kita pasti akan ada Turun Naiknya....

Jadi RECHARGE semangat anda dengan menghubungi rakaniaga anda (upline & downline anda), menghadiri perjumpaan mingguan ,bulanan yang telah di susun oleh kumpulan , pemimpin dan syarikat anda. Anda baca balik TESTIMONI mereka yang telah mendapat manfaat dari produk yang anda niagakan itu agar anda semakin bersemangat dan lebih yakin terhadap produk anda. Anda juga boleh membaca buku-buku atau artikel motivasi dan artikel perniagaan MLM....

JUMPALAH , JUMPALAH / HUBUNGILAH , HUBUNGILAH upline anda untuk RECHARGE semangat anda dan INGAT jumplah UPLINE anda yang dah berjaya dan ikutlah mereka ,,,, MENGAPA kita selalu ikut orang yang gagal ... YANG SEDIHNYA ramai sangat orang KITA mengikut jejak langkah orang yang gagal , orang yang kecewa dan orang yang selalu berputus asa. TETAPI MEREKA jarang mengikut dan mencontohi orang lain yang telah TERBUKTI kejayaan dan PENGHASILAN mereka.

INGAT ! Kita tidak perlu ada MINDA KERDIL dan LEMAH SEMANGAT , Kita perlu ada jiwa dan SEMANGAT JUANG yang tinggi dan membara. Cuba anda Dengar Lagu di bawah yang saya letakkan dalam post yang sebelum ini.. Saya selalu mendengarnya setiap hari dan setiap pagi , saya selalu berhubung dengan upline saya untuk mendapat updated dan perkembangan terkini saya sentiasa MENCARI cerita-cerita yang mengembirakan....

Jadi MARI kita SET MAP kita , kita set PETA perjalanan kejayaan kita agar anda melalui jalan yang betul dan agar anda tidak sesat jika anda mempunyai peta yang jelas ....

Akhir sekali ::: Jangan Lepaskan Peluang untuk memula dan mengaktifkan perniagaan anda di www.myniaga.net ...

DENGAN IZIN ALLAH , KITALAH YANG TENTUKAN CORAK KEHIDUPAN KITA SENDIRI. SAMA ADA KITA GAGAL ATAU BERJAYA TERLETAK DI TANGAN KITA SETELAH ALLAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU MENGUBAHNYA SENDIRI....

TAKE ACTION NOW


AKTIFKAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG ..


Yang Benar

Hairuddin Abdullah Almuari




14 October 2007

SEMANGAT MEMBARA




MULAKAN BISNES ANDA DI SINI

www.myniaga.net

DAPATKAN TIPS ONLINE DI

www.squidoo.com/usahawan2u

hAirUdDin AbdUlLaH AlmUarI

10 October 2007

AL-FATIHAH

TERKINI :::

Ayah kepada Rakaniaga SST En. Hazlin ( Permatang Pauh Pulau Pinang ) telah kembali ke Rahmatullah hari ini lebih kurang jam 10.45 pagi di Hospital Seberang Jaya. Jenazah di bawa ke rumahnya di Parit Buntar , Perak.

Dalam kesayuan menyambut Syawal sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat dan sama-sama kita memberi sokongan kepada En Hazlin agar terus tabah dalam menjalankan kehidupannya selepas ini.....

En. Hazlin boleh di hubungi di talian 0174579054 ...

::: Salam TAKZIAH kepada En. Hazlin sekeluarga .....

AL_FATIHAH