28 April 2009

SEMOGA DICUCURI RAHMAT

Salam Sejahtera kepada semua sahabat!

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan atas segala nikmat dan peluang yang diberikan dalam mencorak anyaman kehidupan yang unggul . Bulan April ni pelbagai ujian dan dugaan yang datang , cabaran , peluang dan seolah-olah menjadi bulan Muhasabah dan refresh.

Pada 14 April 2009 aku dikejutkan akan kehilangan saudara bisnesku di Jakarta Saudara Yadi Supriadi yang telah pergi meninggal kita semua akibat Deman panas dan " trombosit drop". Kali terakhir aku ke Jakarta 3 bulan lebih yang lebih rumah terakhir yang aku bermalam dirumah beliau kerana beliau benar-benar mendesak untuk aku bermalam dirumahnya. Alhamdulillah hasil dari bisnes di Smart Naco beliau berjaya memiliki sebuah kereta Avanza yang dibayar dalam tempoh 12 bulan dan rumah yang selesai direnovasi untuk anak dan isterinya.

Pertama kali aku bertemua Alm Yadi di kantornya jam 7.00 pagi bersama SPD Pak Arif beliau hanyalah pekerja biasa , berpendapatan RM1000 sebulan dan hanya memiliki sebuah motor sahaja. Berkat kerja kuat , kesungguhan di bisnes Naco beliau berjaya mengubah kehidupannya dan berjaya memiliki sebuah kereta dan rumah untuk anak dan isterinya. Beliau adalah sahabat yang baik , ceria dan selalu tersenyum . Masih teringat senda guraunya dan beliau mempunyai perancangan dan impian ketika kami bicara hati ke hati untuk memajukan bisnes di Naco ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada sahabat sejati Almarhum Yadi Supriadi. Baru-baru ini aku dapat SMS dari Isterinya yang bertekad bersama Team untuk meneruskan impian Almarhum Yadi untuk terus berbisnes di NACO. Sama-sama kita doakan dan bisnes di Naco juga telah membuktikan ia berjaya diwarisi kepada anak dan isterinya.

Pada 27 April 2008 pada jam 12.30 tengahari aku mendapat SMS dari Pak Cik aku di Bukit Beruntong yang mengatakan Atuk kesayangan aku sedang sakit tenat. Setelah siap services kereta dan menguruskan beberapa hal di rumah tepat jam 6.30 petang aku , isteri , adik dan ibu aku bertolak ke Bukit Beruntung. Dalam perjalanan aku mendapat panggilan dari adik perempuan aku mengatakan yang Atuk telah pergi meninggalkan kami semua. Aku ni digelarkan cucu atuk kerana sejak dari bayi atuklah yang banyak menjaga , membimbing dan memberi tunjuk ajar. Banyak ilmu yang dicurahkan hinggalah aku masuk ke Universiti. Beliau seorang yang gigih dan rajin. Atuk telah tidak boleh berjalan sejak 2003 lagi dan selama itulah beliau hanya duduk dan jalan mengesot.

Banyak kenangan aku masa kecil hingga besar bersama atuk. Aku rajin meneman atuk ketika atuk menoreh getah. Atuk toreh aku ambil buku getahnya sampailah tugas menoreh getah aku pulak yang buat. Atuk duduk dirumah bila dapat duit aku bagi dua dengan atuk. Masa kecil-kecil kemana atuk pergi aku sering ikut dia dan aku banyak juga abiskan masa dengan atuk. Inilah satu kehilangan yang besar dalam kehidupan. Aku masih ingat pesan atuk , belajar rajin-rajin , nanti buat kerja bagus-bagus boleh pakai kereta besar . Kene bela nasib keluarga katanya , kita ni orang susah jadi jangan nanti cucunya pun juga susah.

Alhamdulillah semalam semua urusan pengkebumiaan Atuk telah selamat disempurnakan diatas bukit di tepi Highway kawasan bukit beruntung. Semoga Roh Atuk dicucuri rahmat.

Bulan April ni banyak perkara yang dilakukan , sibuk juga bantu adik set upkan bisnes internet yang boleh dilakukan dirumah. InsyaALLAH apabila semua selesai diuruskan dapatlah aku memberi fokus kepada apa yang ingin aku nak fokuskan.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Almarhum Yadi Supriadi dan Almarhumah Atuk ( Samirah Ibni Sharifah ) semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN

Semoga kita yang masih hidup terus muhasabah diri dan melakukan yang terbaik sepanjang kehidupan kita

Sekian

Hairuddin Abdullah

13 April 2009

KEHEBATAN LUAR BIASA

Salam Sejahtera ! Apa khabar .. agaknya ada lagi ke orang mengunjungi blog aku ni .. mcm dah sepi je kan. Tak per tak lama lagi akan kasi PANAS kembali ... Tunggu dalam seminggu ni InsyaALLAH.... Nak kata banyak2 tak boleh just boleh sebut sebagai ::

NANTIKAN SESUATU YANG LUAR BIASA

SATU KEJUTAN
SATU KEAZAMAN
SATU POTENSI BESAR
SATU KEBERANIAN
SATU PERUBAHAN
SATU TEKAD
SATU KEJAYAAN

IA PASTI AKAN MENJADI MAGNET YANG KUAT
GELOMBANG KEHEBATAN AKAN MUNCUL

NANTIKAN PADA 1 MEI 2009

SALAM KEJAYAAN

HAIRUDDIN ABDULLAH