31 January 2009

MELAYAN PROSPEK

Salam Sejahtera !!! Apa khabar ? Semoga sihat sejahtera dan tenang dan bahagia dan yakin dan positif kepada kehidupan diri.

Hari ini 1 Februari jom kita sekali lagi tonton Video Affirmation dibawah



Semoga seluruh denyut nadi kita disalurkan dengan kuasa minda positif terhadap kehidupan. Yakin diri yang tinggi dan yakin dengan usaha yang sedang dilakukan...

------------

Dalam menjalankan bisnes MLM , tentu ramai dari rakan-rakan kita yang ingin menjalankan bisnes ini terfikir-fikir dimana aku hendak cari prospek. Nak citer produk dan peluang bisnes ini kepada kawan-kawan belum tentu dia minat , nak cari keluarga berapa ramai sangat keluarga atau saudara mara yang aku ada , kalau nak citer kepada yang belum aku kenal macam mana ye caranya... Fuuuuh ! berpeluh juga nak cari prospek utk aku perkenalkan produk dan peluang bisnes aku ni...

Adakah anda juga menghadapi cabaran seperti itu sebelum membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes MLM. Sejak Bulan Disember aku mengambil tindakan yang lebih agresif dalam usaha mendapatkan prospek dan membuat penajaan , pelbagai latarbelakang prospek yang aku jumpa. Ada yang tak perlu cakap apa2 terus bank in duit ke akaun aku , ada yang bertanya banyak kali sebelum buat keputusan , ada yang kata nak bank in tetapi sampai la ni tak bank in lagi , ada yang minat sangat nak join tetapi modal masih kurang berkucupan walaupun sekitar RM100.00 , ada yang bersemangat untuk memulakan bisnes ini , ada yang menyiasat pelbagai aspek sebelum menyertai .. Jadi pelbagai ragam prospek yang kita jumpa dan itulah indah dan manisnya kita menjalankan bisnes MLM ini.

Jesteru itu , mencari prospek dan membuat penajaan adalah KEWAJIBAN UTAMA jika anda ingin menjalankan perniagaan MLM kerana dengan penajaan akan berlaku proses yang dinamakan DUPLIKASI dan KUASA GANDAAN. Dari prospek beliau akan menyertai menjadi Ahli dan dari situ kita akan bimbing mereka menjadi ahli yang komited mengikut langkah-langkah yang betul seperti menggunakan produk , berkongsi manfaat produk , membuat promosi produk dan bisnes , melakukan kerja-kerja "prospecting" , membuat followup prospek , membuat closing prospek , ada yang melakukan jualan , ada yang melakukan aktiviti perjumpaan seperti homeparty dan seminar peluang bisnes dan pelbagai lagi.... Dari situ bakat mereka dikembangkan , dari situ potensi bisnes mereka dikembangkan bermula dari seorang , dirangkaian mereka akan ada orang kedua , ketiga , keempat dan terus berganda. ASASNYA adalah PRODUK .. Produk mesti digerakkan dan dipasarkan secara meluas kerana dari Produk akan menghasilkan PV dari PV akan menghasilkan BV dan dari BV akan menghasilkan Pendapatan.

Kemudian dari situ mereka akan muncul sebagai pemimpin kumpulan kecil , lalu muncul lagi sebagai pemimpin kumpulan besar dan terus meneraju VISI kumpulan atau rangkaian bisnes mereka. Semua orang PASTI bermula sebagai Prospek .

Ada rakan-rakan sampai sekarang pening nak dapat prospek. EnHazlin semalam dapat 6 orang prospek sehari hasil beliau mencari di Internet. Sebelum ni tak dapat tetapi sekarang kenapa dapat . Apa yang dia bagi tahu dia hanya melipatkan usaha pencarian jika dulu dia buat iklan di satu atau dua tempat iklan tetapi setelah meningkatkan ke 4 atau 5 tempat , NAH... hasilnya beliau dapat prospek yg berganda....

Saya sering cerita sahabat saya di Kuching En Shalaby yang mempunyai KUASA PERSISTENSI YANG UNGGUL dengan bisnes Smart Naco .. beliau komited melalukan iklan di Yahoo Groups setiap hari Alhamdulillah saya lihat ada prospek yang masuk ke laman web dia dan meninggalkan maklumat. Beliau buat tanpa jemu ....

Namun ada juga bila dah dapat prospek .. HAH! Che Din . TOOOOOOOLLLLLOOONG , apa nak cakap dengan prospek , macam mana nak close prospek ni , hantar SMS prospek tak balas pun .... Ya ! Bila dah dapat prospek kita akan masuk stage kedua iaitu buat FOLLOW UP , KENALKAN KREDIBILITI DIRI ANDA.. Bukan sahaja kenalkan DIRI anda , tetapi KREDIBILITI DIRI ANDA ...

OK , Kena Follow Up , nak tahu tentang FOLLOW UP ... JOM JOIN JOMBISNES .. InsyaALLAH saya akan ceritakan teknik dan strategi Follow Up .... Kita tak menjual tetapi orang nak membeli , MCM MANA TU !!!!

Kepada anda yang minat nak join ... isi borang di sebelah ye .. atau sila ke www.jombisnes.net

Salam Kejayaan


HAIRUDDIN ABDULLAH




27 January 2009

FORTICO KE INDONESIA



Salam Sejahtera !!! Kepada rakan-rakan berbangsa cina selamat menyambut Tahun Baru. Nampaknya dalam Tempoh SEBULAN kita telah menyambut 3 KALI TAHUN BARU. Bermula dengan sambutan Tahun Baru Kalender Hijrah 1 Muharram 1430 , Kemudian Tahun Baru Masehi 1 Januari 2009 dan Kini Tahun Baru Cina dengan Tahun Kali ini adalah Tahun Lembu. Wah ! Dengan adanya 3 tahun baru ini tentu azam dan semangat baru dari setiap orang yang terlibat dengan sambutan tahun baru ini masih segar bugar dan yang penting ialah setelah ada azam yang ingin dicapai perlulah tahu juga laluan dan cara-cara mencapai azam kita tu .Jangan azam tinggal azam sahaja.

Kini , FORTICO satu jenama istimewa telah dilahirkan di Indonesia oleh Syarikat Smart Naco Sdn. Bhd menggantikan nama IgG Plus. Ia satu pendekatan BRANDING JENAMA BARU dalam memberi nafas baru kepada dunia pemasaran susu kolostrum disana. Saya yakin dengan penjenamaan baru ini , susu kolostrum ini akan disambut baik oleh rakan kita di Indonesia. Jika di Singapura ia dikenali sebagai IgG NATURAL . Penggunaan jenama ini adalah selari dengan keperluan dan kehendak serta polisi kerajaan yang memerintah.

Apa pun namanya , Kualiti dan Khasiat tetap sama tidak berubah sama sekali. Kita telah mengekalkan Momentum yang baik sejak 2005 dan kini 2009 akan memberi satu nafas dan tenaga baru dalam pemasaran susu Kolostrum di 4 buah negara.

BEBERAPA PERKEMBANGAN TERKINI dari Smart Naco.

Alhamdulillah pada Sabtu lepas , saya dan beberapa rakan telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Managing Director dan Pengurus Pemasaran dalam melihat perancangan terdekat Smart Naco dalam membantu pengedar sekaligus memantapkan penguasaan pemasaran di susu Kolostrum di 4 buah negara. Berikut adalah antara beberapa perkara yang telah disampaikan :
SATU : Buku Panduan Kejayaan Smart Naco
Pihak Syarikat telah menyiapkan sebuah buku dinamakan " Buku Panduan Kejayaan Smart Naco" dan ianya amat membantu pengedar untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik dan berkesan. Anda akan mengenali lebih banyak produk berkualiti dan mengenali keperluan pakej kesihatan , melihat testimoni pengguna produk smart naco dan berkenalan dengan Plan Pemasaran Smart Naco.

DUA : Smart Naco Super Star Nite
Pada 2009 Smart Naco akan mula mengadakan Malam Bintang Smart Naco bagi memberi penghargaan kepda mereka yang mencapai prestasi penajaan dan jualan peribadi yang cemerlang dalam masa singkat. Malam Bintang Smart Naco ini akan diadakan mengikut Zon @ Area . Berikut adalah antara anugerah yang akan disampaikan pada Malam Bintang Smart Naco nanti.

1. Anugerah mereka yang berjaya menaja 10 orang ahli baru (200pv) atau lebih dalam tempoh 3 bulan.
2. Anugerah mereka yang naik pangkat ke status manager dalam tempoh 3 bulan
3. Anugerah mereka yang mencapai jualan peribadi yang tertinggi dalam tempoh 3 bulan
4. Anugerah mereka yang menaja ahli baru (200pv) terbanyak dalam tempoh 3 bulan

Kemudian mereka ini juga akan layak mendapat kursus secara percuma selama 1 hari .

Jadi kepada rakan-rakan baru jangan lepaskan peluang ini untuk buktikan anda mampu menerima anugerah. PASTIKAN Anda boleh mencapai pangkat Manager dalam bulan Januari dan Februari ini.

TIGA : SEMINAR ISU KESEDARAN KESIHATAN WANITA
Smart Naco akan mula menggerakan beberapa siri seminar isu kesedaran kesihatan kepada golongan wanita. Seminar ini telah pun bermula dan sambutan cukup hebat di Sabah dan Sarawak. Selain tentang kesedaran kesihatan wanita , peserta juga berpeluang untuk membuat Ujian Darah yang akan dijalankan oleh Eksekutif Produk Smart Naco. Kepada rakan-rakan JOMBISNES yang berminat untuk menganjurkan seminar ini boleh berhubung dengan saya dan saya akan koordinasikan dengan pihak syarikat.

EMPAT : VCD TESTIMONI TERBARU
Pihak syarikat akan mengeluarkan VCD TESTIMONI Produk Susu IgG Plus terbaru pada bulan Februari ini. VCD dalam 2 versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina ini akan menampilkan testimoni-testimoni pengguna susu IgG Plus terkini dari seluruh negara. Nantikan kemunculannya sebagai Alat Pemasaran Berkesan kepada anda mengembangkan perniagaan anda.

LIMA : BUKU PANDUAN CTAS
Pihak syarikat juga akan mengeluarkan Buku Panduan CTAS yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Apa itu CTAS . CTAS adalah singkatan kepada segmen pasaran produk iaitu C- Children , T-Teenager , A - Adult , S-Senior. Jadi dengan adanya buku panduan ini , pengedar amat mudah memperkenalkan pakej produk yang sesuai kepada golongan-golongan seperti diatas tadi. Satu pendekatan baru yang mampu membantu pengedar mengenalpasti golongan sasaran dengan lebih mudah dalam mengembangkan perniagaan.

ENAM : PENAJAAN 200pv DAN KEAHLIAN PERCUMA
Berita Baik untuk semua pengedar. Pihak syarikat telah membuka kembali program PENAJAAN 200PV dan layak dapat Keahlian Percuma. Jadi jika prospek anda membuat pembelian produk yang mencukup 200pv mereka layak dikecualikan dari Yuran Keahlian sebanyak RM50.00. Jimat RM50.00. Mereka yang menjadi ahli dengan Pakej 200 PV ini akan dapat Buku Panduan Kejayaan secara percuma.

Jadi itu antara ENAM perkara yang telah disampaikan oleh Pihak Syarikat kepada saya semasa pertemuan dengan pihak pengurusan pada hari Sabtu yang lalu. Jadi ini adalah PELUANG TERBAIK untuk kita sama-sama mengorak langkah membina tangga-tangga kejayaan dalam dunia Bisnes Network Marketing bersama Program JOMBISNES dan Syarikat Smart Naco Sdn. Bhd.

---------------PERTEMUAN dengan PENGEDAR BARU ------------------

Dalam kesempatan aku ke Kuala Lumpur kerana ada pertemuan dengan pihak pengurusan , aku telah mengambil keputusan untuk bermalam di Kuala Lumpur. Aku bermalam dirumah Baru PD Roshidi Hj Kamis dan sempat berbincang tentang beberapa strategi bisnes dalam membantu beliau terus mengukuhkan kedudukan dan jaringan beliau di Malaysia dan Indonesia. Pada hari Ahad jam 10.30 pagi aku telah ke Saujana Puchong untuk bertemu dengan Puan Norasyikin yang baru sahaja seminggu menyertai JOMBISNES-SMARTNACO. Beliau telah berkongsi serba sedikit pengalaman menggunakan produk Susu IgG Plus dan ketika jirannya datang kerumah , jirannya telah ternampak kotak susu IgG Plus diatas dapur lalu ingin mencuba 5 paket susu igg plus tersebut. Kami berbincang tentang produk dan bagaimana hendak memulakan bisnes ini dengan konsep INTERPOS. Beliau akan memulakan dengan membuat penghantaran 20 keping VCD kepada prospek baru.

Semalam pula aku bertemu dengan En Mohd Noor Azmizal Rakaniaga Baru juga di Tikam Batu , Sungai Petani. Beliau balik ke kampung keluarga di Kota Kuala Muda. Sempat bertemu dalam 1 Jam dan sama juga banyak berbincang tentang Bagaimana Nak Bermula. Aku lihat Proses DUPLIKASI itu amat penting dalam mengembangkan bisnes ini secara lebih berkesan dan aktif. Kini ada beberapa lagi siri pertemuan dengan rakanniaga baru akan disusunkan .

Jadi itulah antara aktiviti aku bermula Sabtu hinggalah hari ini Selasa. InsyaALLAH esok atau lusa aku akan berkongsi beberapa maklumat tambahan yang lain . Apa yang penting ialah kita perlu FOKUS dengan apa yang kita usahakan.


KEPADA ANDA YANG NAK MENYERTAI AKU DALAM PROGRAM JOMBISNES-SMARTNACO sila isi maklumat anda diborang disebelah.

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH
www.jombisnes.net




20 January 2009

MEMBINA LIST PROSPEK

Salam Sejahtera ! Apa khabar anda semua. Saya doakan agar anda semua senantiasa berada dalam kesejahteraan dan kenyamanan sentiasa. Dimurahkan rezeki , dibuka pintu rahmat dan dipermudahkan urusan.

Alhamdulillah , perkembangan bisnes di Smart Naco semakin rancak. Semalam aku ambik lagi 20 kotak susu untuk diposkan kepada member baru. Jadi pada kesempatan ini aku nak ucapkan selamat datang dan tahniah kepada member baru :

TAHNIAH dan SELAMAT DATANG buat :

Che Tah - Melaka - 5 box
En Ramlan - Melaka - 5 box
En Daniel - Kota Tinggi Johor - 5 box
Puan Syikin - Saujana Puchong - 1 box
En Sarip - Rawang Selangor - 1 box
En Zairi - Puchong Selangor - 5 box

InsyaALLAH hari ini dijangka ada beberapa orang lagi yang akan membuat pendaftaran baru dan akan berterusan hingga hujung bulan.

Ada yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan prospek. " Che Din saya tak pandai cari orang " . Itu juga antara beberapa cabaran terdekat apabila mereka ingin memulakan bisnes ini. Ya! memang betul kerana perniagaan MLM adalah perniagaan yang memerlukan kita membuat penajaan , membuka jaringan dan membina aset manusia. Mereka itu adalah aset yang bernilai. Jesteru itu sebagai langkah awal adalah anda mesti mempunyai list prospek. TETAPI BAGAIMANA CHE DIN ..

Kepada mereka yang telah menyertai JOMBISNES saya telah menerangkan beberapa langkah bagaimana mendapat prospek secara khusus dan ada yang telah melakukan dan ada yang telah mendapat prospek. Contohnya seperti Cik Hafiza dari Gemas telah mula mendapat prospek , orang lama En Abd Rahman dari Jengka Pahang juga telah mula mendapat prospek , En Hazlin dari Penang juga telah mula mendapat Prospek , En Halim dari Sungai Petani juga telah mula mendapat prospek .

Mereka ini telah berjaya mendapat prospek di internet. Apa yang penting adalah mereka konsisten membuat iklan , menghantar email kepada kenalan , dan tidak jemu-jemu terus membuat promosi kepada laman web beliau.

Jadi anda perlu membina list prospek anda seberapa banyak yang mungkin. Gunakanlah pelbagai saluran seperti Internet , Akhbar , Kenalan Dari Prospek atau Downline. Untuk mengetahui secara terperinci , InsyaALLAH saya akan dedahkan strategi ini dalam beberapa siri mini seminar MLMINTERPOS yang akan saya gerakkan bermula bulan Februari nanti.

----------------------------------------

InsyaALLAH oleh kerana sambutan semakin memberangsangkan , kerja dan tugasan semakin banyak , amanah dan tanggungjawab semakin tinggi InsyaALLAH pada bulan Februari ini saya akan dapatkan pembantu untuk membantu saya menyusun program , membuat urusan followup dan mengemaskini sistem dan database. Kita tidak mampu melakukan semuanya jesteru itu kita perlukan bantuan dari orang lain. Kepada rakan-rakan JOMBISNES saya minta maaf kerana sedikit lewat penghantaran STARTER PACK kepada anda. InsyaALLAH penghantaran akan dilakukan dalam minggu ini . Bulan Februari nanti kita boleh mula secara lebih agresif menggunakan konsep MLMINTERPOS.

-----------------------------------------

Kepada anda yang baru ingin bermula bersama JOMBISNES ayuh bersama saya dalam program JOMBISNES . Program komprehensif yang telah saya lakukan beberapa ujikaji dan saya jalankan selama 3 tahun dan InsyaALLAH kita akan kongsikan kepada rakan-rakan JOMBISNES. Saya memang sedang merancang untuk menjalankan siri Mini Seminar JOMBISNES-MLMINTERPOS kepada semua rakan-rakan JOMBISNES di KL , Jengka , Melaka , dan InsyaALLAH ke Pantai Timur.

Anda akan didedahkan bagaimana membuat bisnes MLM menggunakan konsep INTERPOS
Anda akan didedahkan rahsia saya membina 100 orang list prospek sehari
Anda akan didedahkan strategi Follow-UP berkesan
Anda akan didedahkan 7 Langkah Bermula
Anda akan didedahkan 3 Strategi Membina List Prospek
Anda akan didedahkan Konsep UTFS dan UCFS
Anda akan didedahkan satu rahsia bagaimana anda tidak menjual orang nak membeli , anda tidak menaja tapi mereka ingin menyertai .......

InsyaALLAH saya sedang membangunkan modul-modul khas ini untuk semua Rakan JOMBISNES saya dengan membawa idea dan pendekatan baru yang kita selari dan adunkan dengan Konsep ASAS MLM atau Network Marketing Bussiness.

Jadi jika anda berminat .. Dapatkan VCD PERCUMA dengan mengisikan maklumat anda disebelah.

--------------------------------------------- UPDATED -----------

Saya telah mendapat satu respon dari seorang rakan di Indonesia berkaitan video testimoni yang saya masukkan di JOMBISNES Social Networking. Beliau menyebut Dengan Susu IgG Plus orang tuanya yang berumur 70 tahun yang 1 tahun telah stroke kini telah sembuh dan boleh berjalan seperti sedia kala .....

Untuk menyertai JOMBISNES Social Networking sila klik link dibawah


----------------- Bagaimana mengenalkan bisnes anda melalui YOUTUBE ----------

Ok Lah , InsyaALLAH dalam siri akan datang saya akan kongsikan satu lagi dilema saya iaitu WANG vs ILMU

Sekian


Yang Benar

HAIRUDDIN ABDULLAH
Rakan JOMBISNES Anda

19 January 2009

PULANG DARI JAKARTA

Salam sejahtera , Apa khabar sahabat-sahabat yang budiman. Terima Kasih kerana terus mengunjungi blog saya ini. Alhamdulillah setelah seminggu keluar dari rumah kerana bertemu dengan MITRA Bisnes Smart Naco di Jakarta , hari ini Isnin saya telah selamat sampai.

Perjalanan ke Jakarta kali ini membawa suasana yang cukup hebat dan pengalaman yang terbaik yang saya dapat kutip dalam menjalani pelayaran perniagaan ini. Sampai di Jakarta saya disambut oleh Bunda Bu Atun , Pak Yadi dan Refly terus ke Rumah Makan Ponyo dan menanti Pak Arif disana . Beliau menjamu Ikan Gurameh sambil berbincang-bincang tentang halatuju bisnes.

Hari kedua saya ke Bandung dan dapatlah bertemu dengan Top Leader Hebat Pak Gunawan yang juga stokis Bandung . Saling berkenalan dan beliau juga menjamu Mee Kocok. Thanks Pak Gunawan. Kemudian Hari ketiga kami ke Kantor Pusat Naco WorldWide ( cawangan Smart Naco di Indonesia dinamakan Naco WorldWide ) dan ada perbincangan dengan pihak pengurusan. Saya dapat berkenalan dengan Pak Sufyan dan rakan-rakan yang lain. Malam ketiga saya bermalam di Rumah Pak Yadi kerana telah berpuluh kali beliau menjemput untuk tidur dirumahnya. Alhamdulillah , Yadi dahulu hanyalah seorang pekerja biasa , gaji sekitar 2 Jutaan sebulan , hanya memiliki motosikal dan menyewa dirumah kecil kini berkat kegigihan , kesabaran dan kebijakan beliau mengurus wang beliau telah membeli rumah sendiri , membeli kereta Avanza dan telah langsai hutang semuanya dan sekarang impian beliau ialah memiliki rumah kedai pula. Itulah hasil perjuangan di Smart Naco bersama produk Susu IgG Plus. Jadi anda saksikanlah sendiri peluang yang ada dihadapan anda . Jika anda malas , tidak segigih Yadi mana mungkin anda akan mendapat apa yang beliau dapat.

Hari terakhir sebelum pulang sekali lagi aku ke Kantor Pusat kerana ada sedikit perbincangan penting bersama pihak pengurusan disana. Selesai meeting aku dan rakan2 selepas makan nasi padang di Garuda Restoren terus meluncur ke Bandara untuk menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

Jadi sepanjang perjalanan di Jakarta biarlah aku rumuskan dengan cerita dibawah :::

Pada suatu hari dalam satu kumpulan keldai terdapat seekor kuda yang telah tua.. Jadi pada ketika dia berjumpa satu kawan rumput yang segar untuk makan tiba-tiba datang beberapa ekor keldai yang muda-muda dan berebut makan rumput yang segar-segar . Jadi oleh kerana keldai ini sudah tua maka ia tidak mampu untuk berlawan dengan keldai muda . Jadi keldai tua ini mengalah dan mencari lagi kawasan rumput segar yang lain. Jadi apabila bertemu dengan rumput segar keldai baru sahaja keldai tua ini nak makan tiba-tiba datang lagi beberapa ekor keldai muda untuk berebut rumput yang sama. Akhirnya seperti tadi keldai tua mengalah dan mencari kawasan rumput lain. Dia berjalan mencari makanan hingga sampai disatu tempat dikawasan rumput kering dan ketika keldai tua ini sampai kesana dengan tidak diperasan oleh keldai tua itu dia telah terpijak rumput kering yang menutupi sebuah perigi. Akhirnya keldai tua ini terjatuh kedalam perigi yang agak dalam . Jadi keldai tua ini berusaha untuk keluar tetapi tidak Berjaya. Berusaha lagi tetapi tidak Berjaya.

Maka pada sebelah petang tuan keldai ini membilang keldai beliau. Didapati seperti ada kurang seekor. Tuan Keldai ini mencari dimerata tempat dan mengenalpasti keldai beliau yang hilang itu adalah seekor keldai tua. Akhirnya tuan keldai ini berjumpa keldai tua ini didalam perigi yang dalam. Jesteru tuan keldai ini terfikir , sukar juga keluarkan keldai tua ini . Keldai ini sudah pun tua , tidak boleh bekerja dengan lasak dan banyak . Aku tidak perlukan lagi keldai tua ini baik biarkan dia mati di dalam perigi sahaja … Jadi dengan idea itu , tuan keldai tadi telah memerintahkan 5 orang pekerjanya untuk menimbus keldai tua yang terperangkap didalam perigi tersebut. Jadi kelima-lima orang itu mula menimbus keldai tua secara perlahan-lahan . Semakin banyak tanah yang dimasukkan kedalam perigi itu keldai itu terasa semakin dekat dia dengan permukaan tanah. Akhirnya keldai tua itu telah melihat tebing perigi lalu melompat. Akhirnya kelima-lima pekerja tadi hairan semakin banyak tanah yang dimasukkan dengan tujuan untuk membunuh tetapi akhirnya keldai tua itu dapat keluar dengan mudah

Keldai-keldai muda dan tuan keldai menjadi hairan bagaimana pula keldai tua ini boleh hidup lagi dan dapat keluar dari perigi tersebut sedangkan dia telah arahkan 5 orang pekerjanya untuk menimbus keldai itu…


Jadi itulah cerita keldai. Kadang-kala kita merasa terjadi satu musibah , satu ancaman besar yang terjadi kepada kita namun kadang-kala ALLAH menghantarkan sebagai bantuan untuk kita lebih Berjaya. Jika kita lihat dari cerita keldai tua tadi. Tuan keldai telah membuat satu ancaman besar untuk membunuh keldai tua namun tidak disangka ancaman yang diberikan itu merupakan bantuan kepada keldai tua itu untuk keluar dari perigi. Ketika 5 orang pekerja tadi memasukkan tanah secara sedikit demi sedikit , keldai tadi hanya mengibas-ngibaskan badannya dan akhirnya tanah jatuh kebawah dan menyebabkan perigi menjadi semakin cetek . Lagi lama 5 pekerja tadi melakukan kerja itu maka perigi semakin cetek dan akhirnya telah membantu keldai tua itu untuk keluar dari perigi dengan mudah. Keldai melihat tanah yang dimasukkan kedalam perigi itu bukan satu ancaman tetapi sebagai satu usaha dari tuan keldai untuk membantunya untuk keluar dari perigi.


--------------------------UPDATED PENAJAAN----------------

TAHNIAH KEPADA RAKANIAGA BARU. bestnya bisnes ini walaupun aku ke Jakarta tetapi ada orang yang bank in duit ke akaun untuk menyertai JOMBISNES. WOW!!! Sesuatu luar biasa. Pagi tadi awal pagi lagi sudah ada orang yang bank in duit RM395 untuk menjadi ahli dengna pembelian 5 kotak susu. NAK TAHU CARANYA .. SERTAI JOMBISNES ...

Tahniah Kepada Mr XXXX Kerana berjaya mendapat 80 orang prospek semalam.
Tahniah Kepada Hafiza kerana berjaya dapat lagi beberapa orang prospek
Tahniah Kepada Puan Jamilah Kerana Berjaya Close 2 Orang dengan Pakej 5 Kotak
Tahniah Kepada Che Din juga , he he he kerana berjaya pos 114 keping VCD dalam tempoh seminggu..

Nak Tahu Rahsianya --------- Sertai JOMBISNES.. www.jombisnes.net


Yang Benar

HAIRUDDIN ABDULLAH
Che Din




09 January 2009

PILIHANRAYA KAMPUS

Salam Sejahtera ! Agak lama aku tidak melakukan kerja-kerja pengemaskinian catatan perjalanan bisnes. Hah!! Kadang kala boring juga mencoret rasa hati perjalanan sebuah perjuangan dialam dunia bisnes yang penuh dengan cabaran , pancaroba , hipokrit , tipu muslihat dan pastinya ada insan bisnes yang berhati luhur , jujur , amanah dan tunduk atas perintah Pencipta. Jadi izinkan aku kali ini untuk keluar dari maudu' biasa dan izinkan aku mengimbas kenangan ketika berumur sekitar 20-an yang lalu.

Sepusingan jam berdetik tadi aku merayau-rayau melawat blog rakan-rakan sahabat NGO , pejuang dan pendakwah tegar yang punyai hati dan naluri yang bersih mencari sinar kerahmatan . Sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka berbicara soal umat , berbicara soal perjuangan dan membasah tekak sambil berbicara tentang umat marhaian yang gigih dalam perjuangan hidup. Nampaknya mereka telah mempunyai blog masing-masing dalam menggarap dan meluahkan lunak rasa suara hati tentang sebuah perjuangan , usaha-usaha dakwah dan mempertahankan kedaulatan dan keaslian alam sekitar. Itulah segerombolan anak muda yang gigih , mempunyai cita-cita dan impian besar dan tekad semangat yang bukan mudah untuk dilentur dan dibeli dengan wang ringgit. Namun wang juga penting untuk mereka membantu ramai insan , untuk melakukan kerja dakwah mereka , untuk membina impian masing-masing.

Kemudian aku menjelajah lagi keblog-blog beberapa pimpinan pelajar yang aku kenal semasa aku di USM dulu dan rupanya sekarang ini agak panas dengan Pilihanraya Kampus namun lebih panas dengan Pilihanraya di Kuala Terengganu. Kenangan ketika pilihanraya kampus amat mencuit memori minda ku mengajak mengenang saat-saat membuat keputusan untuk menjadi calon dan pilihanraya kampus. Hah !!! Kerja Gila agaknya. Namun bila kesepatakan telah dicapai , bulat muafakat telah terbentuk bersama rakan-rakan maka aku juga menawarkan diri menimba pengalaman menjadi calon pilihanraya kampus bagi konsistensi umum. Maka terpaparlah muka aku yang kadang kala kulihat ensem dan kadang kala agak mencemaskan. Ketika siang hari berhempas pulas didewan kuliah , malam harinya pula sibuk menyiapkan poster dan bersama-sama pengikut dan juak-juak setia menggantung banner yang terpangpang wajahku yang serius itu. Hah ! Aku ingin mengambil pengalaman , aku ingin memahat memori ketika menjadi warga kampus. Dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan Kelab Pengguna yang aku terajui kerana akulah YDP yang pertama membina tapak dan asas Kelab Pengguna. Mencipta logo , Moto , Dasar , Membentuk Jawatankuasa , mengambil ahli kelab sehinggalah aku berjaya menulis artikel untuk dipaparkan didada akhbar berita harian ketika tu.

Malam Rapat Umum
Malam Rapat Umum kini tiba. 3 Malam berturut-turut setiap calon dibenarkan untuk memperkenalkan diri , melontarkan ideologi , wawasan dan perancangan apabila berjaya memenangi pertandingan itu. 3 Malam juga dalam tempoh 10 minit seorang maka berkumandanglah suara anak-anak muda mengagaskan idea perjuangan untuk membela dan berkhidmat kepada Mahasiswa. Namun pilihanraya ketika zaman itu tidaklah begitu mencabar dengan suasana sekarang dengan sepak terajang politik kampus. Ketika itu wujud juga kumpulan - kumpulan yang ingin menguasai pentas MPP dalam meneruskan idealisme perjuangan Mahasiswa. Maka berkokoklah aku malam itu ... Malam pertama di desa Cahaya , Malam Kedua di Desa Aman dan Malam Ketiga di Desa Bakti. Esoknya hari pengundian bermula dan tamatlah sesi merayu undi. Malamnya ketika diumumkan , hah !! aku tidak berjaya menempatkan diri untuk menduduki salah satu kerusi exco MPP. Maka aku teruslah dengan tanggungjawab aku sebagai Yang Dipertua Kelab Pengguna . Banyak juga isu-su pengguna yang diperjuangkan hingga isu Universiti nak tebang pokok pun aku dan geng sibuk ambil pot. Jumpa dengan Pengarah Keselamatan tu biasa la .. aku ni bukanla nakal mana pun ....

Namun senario pilihanraya kampus penuh dengan percaturan dan politiking yang membuatkan semangat perjuangan dan bersaing agak memualkan. Namun cabarannya lebih hebat dari dahulu. Aku fikir tidak rugi aku menjadi calon kerana pengalaman itu memang cukup berharga. Bagaimana rakan-rakan memberi sokongan , bertungkus lumus memasang poster , mengikut aku berkempen dan memberi sokongan moral..

Kadang-kadang tergelak juga seorang diri melihat gelagat aku semasa dikampus. Itu antara satu babak memori kehidupan yang kita perolehi .. Kini mencipta satu lagi babak dalam dunia bisnes bersama Smart Naco dan Smart Success Team. Pelbagai MEHNAH dan TRIBULASI yang ditempuhi , cabaran yang bukan kepalang , kesabaran ampuh yang dituntut , bertahan dengan kecekalan , berfikir penuh stratigis. Jika takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai .

Pilihanraya Kampus itulah sejarah , itulah kenangan , itulah pengajaran , itulah pembelajaran itulah suatu pengalaman yang tidak dilupakan. Namun aku tidak berminat untuk menjadi ahli politik penuh dengan babak drama yang kadang kala memualkan. Cukuplah berpolitiking di alam kampus , biar kini dipentas terbuka kita berpencak digelangang dunia bisnes namun aku pasti pasti akan terpaut juga dengan politiking kecil dunia bisnes. Apa yang penting prinsip dan etika tidak tergadai , ketika krisis tidak menjadi sebahagian penyumbang krisis dan kita perlu BANGKIT dan Ayuh kita bersama MEMIKUL AMANAH BESAR yang telah kita ikrarkan dalam diri kita. KEBANGKITAN baru pasti akan berlaku , membujur lalu melintah patah , sekali genggam bara api biar jadi arang , Alang-alang melangkah biar sampai kepuncak jaya .

------------------------ Kepada sahabat pejuang marhain , pejuang alam sekitar , pencinta ilmu ,, teruskan perjuangan mu .. kerana apa sahaja yang kita lakukan prinsip tetap prinsip , hukum tetap hukum , amanah tetap amanah , biar berlainan dimensi namun arah tujunya tetap satu mengharap MARTHATILLAH ....

Aku pasti tidak akan lupa ungkapan dari seorang Pejuang Rakyat dengan ungkapan ini : " BERMULA DENGAN APA YANG KITA TAHU , BINA DARI APA YANG KITA ADA " .. InsyaALLAH ada peluang ingin sekali aku mengikuti kalian , biar kata-kata "Mengakar Kebumi " , "Mengair dan Meresap" itu terus menyentuh benak fikiran .. TERIMA KASIH atas sebuah pembelajaran , TERIMA KASIH atas sebuah pengalaman kerana Tanah Itulah RUMAH KITA KEKAL ABADI ......

Salam Perjuangan

Hairuddin Abdullah
Nak VCD PERCUMA .. SMS Nama dan Alamat ke 017-4064686


...............................................................................

----------------------------------------------------