26 November 2008

MLM DAN DUPLIKASI

Salam Sejahtera ! Apa khabar .. Sihat , Tenang , Bahagia dan Di Murahkan Rezeki menjadi milik anda hari ini. Alhamdulillah , selasa baru ni saya ke KL untuk meneruskan aktiviti program i-usahawan di HQ Taman Maluri. Alhamdulillah program berjalan lancar dan mesej telah disampaikan. Pada hari tersebut ada 2 orang yang SMS minta CD Priview bisnes ..Ada juga orang tanya ada tak cara lain untuk sampaikan mesej / priview perniagaan tanpa kita nak kena keluar duit CD , duit POS , tanpa nak kena pi jumpa orang dan berhadapan dengan penolakan secara bertentangan mata .. ada cara lain tak? Anda fikir bagaimana ada cara lain?

Ya ! Ada jika anda boleh menyampaikan maklumat perniagaan anda melalui online. Ia lebih murah, tetap berkesan jika kena cara followupnya. Sebagai contoh anda boleh buat video online priview seperti di link bawah ini :

www.myniaga.net/priview.htm

Apa pun anda tetap perlu buat followup samada guna sms , call atau email. Sekarang ramai orang guna kaedah autoresponder untuk buat followup berulangkali secara automatik. Anda boleh ke www.freeautoboot.com untuk buat followup automatik kepada prospek anda dalam beberapa siri.

Jadi jika anda mampu lakukan secara online , anda boleh gunakan kaedah ini. Jika tidak CD adalah satu kaedah yang baik untuk menggantikan diri anda untuk menyampaikan maklumat peluang perniagaan kepada prospek anda terutama yang jauh. Seperti hari ini ada seorang prospek dari Sarawak ingin bertemu saya jika saya turun ke Kuching Sarawak , jadi untuk untuk kesana tentu ambil masa sedikit dan perbelanjaan. Namun saya kata boleh saya terangkan melalui CD dan dia setuju untuk dengar dahulu penjelasan priview bisnes saya melalui CD .

Jadi anda punya pilihan boleh buat 100% online presentation & followup or use CD to priview ur bisnes n product selain dari surat jualan atau brocher keterangan bisnes n produk anda.
...............................................

Ituhal bagaimana menyampaikan maklumat perniagaan kepada prospek anda. Satu lagi perkara yang paling penting ialah ramai orang mampu membuat penajaan tetapi masih kurang yang mampu membuat proses duplikasi berjaya kepada rangkaian mereka. Sistem yang baik untuk memudahkan downline / rangkaian menduplikasi cara kerja anda cukup penting. Jadi apa caranya. Ramai akan berikan jawapan saya tidak pandai nak cakap , saya tidak tahu lagi tentang perniagaan ini , saya nak cakap apa , saya masih belum kurang yakin untuk bercakap dengan prospek dan sebagainya. Jadi ia akan menghalang sedikit peluang untuk menjayakan proses duplikasi.

CD juga boleh dijadikan proses duplikasi semakin mudah , selain peralatan pemasaran yang lain. Jika mereka ada prospek , bimbing mereka untuk hubungi prospek untuk pastikan prospek benar-benar nak CD dan anda bolehlah berikan CD . Atau kepada rakan sekerja atau sahabat-sahabat boleh pinjamkan CD kepada mereka untuk mereka lihat dahulu . Jadi selepas itu proses untuk menutup jualan agak lebih mudah dan silap-silap dia terus membuat pembelian. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu diduplikasi secara baik. InsyaALLAH akan datang kita boleh sembang lagi hal-hal duplikasi ini. Untuk berjaya anda boleh lakukan apa sahaja kaedah yang sesuai .... CD satu hal , flyer satu hal , taklimat satu hal yang menjadi hal yang penting BAGAIMANA ISI KANDUNGANNYA yang mampu MEMPENGARUHI orang menyertai bisnes anda.... SEMOGA BERJAYA

Nak CD Peluang Bisnes Bersama SMART NACO dan SST sila SMS Nama dan ALAMAT ke 012-4686404 ..


23 November 2008

KE MERANG , TERENGGANU


En Baharuddin , Big Bos Seri Merang Jaya bergambar.


Para jemputan sedang mengambil makanan.


En Ashrie siap dapat Hamper lagi dari Pengarah Urusan Seri Merang Jaya.


Beberapa orang jemputan sedang berbual-bual menantikan majlis bermula.

................................................................................................................

Salam Sejahtera !! Hari Jumaat lepas aku dan PD Ashriee telah ke Merang , Setiu , Terengganu setelah di Undang oleh Pengarah Urusan Sri Merang Communication. Katanya malam tu beliau ada majlis penghargaan kepada beberapa orang wartawan yang telah banyak membantu bisnes beliau. Jadi dalam pada aku dapat juga aku ketahui betapa penting usaha publisiti dan promosi tentang bisnes kita. Jadi kena buat promosi sakan la untuk capai sasaran yang besar.

Aku bertolak jam 10.30 pagi dan sampai lebih kurang jam 5.30 petang. Kedai En Baharuddin terletak dekat sangat dengan Pantai di Terengganu. Hari itu keadaan mendung dan hujan renyai-renyai. Dapat aku melihat kegigihan seorang anak mudah mengusahakan perniagaan "communication".

Jadi itulah antara aktiviti aku hari Jumaat dan Sabtu baru nie. Apa pun best dapat pi Terengganu sbb lama tak ke sana kat setahun juga. InsyaALLAH akan menyusul beberapa aktiviti dan program yang akan disusun di Pantai Timur.

Kepada yang nak CD PERCUMA .. sila sms CD_Nama _Alamat ke 012-4686404

Sekian

Che Din . www.myniaga.net

LAKUKAN DIMEJA MAKAN

Beberapa Keping CD yang siap untuk dihantar kepada Prospek. Dah siap 50 keping dah



Apa yang dibuat Che Din tu. Sedang "burn CD". Ada permintaan CD yang tinggi.


Sedang Masukkan CD dalam sampul surat untuk di hantar kepada prospek.

..................................................................................................................................

Salam Sejahtera . Apa Khabar . Beberapa gambar diatas adalah proses menyiapkan CD untuk dihantar kepada prospek yang saya dapat melalui Internet. Ada 50 prospek sedang menanti CD Priview Perniagaan. Kena saya gunakan CD ?

1. Jumpa orang belanja dia paling kurang RM3 ringgit sekali jumpa. Bagi CD baru RM1.50.
2. Saya Pemalu , jadi senang la bagi CD je untuk cerita bisnes.
3. Bagi yang jauh-jauh , CD boleh jadi pengganti diri saya
4. Boleh masukkan beberapa maklumat yang bersesuaian
5. Tak Pandai nak explain kepada prospek? Bagi la CD suruh dia orang tengok dulu.
6. Senang nak buat Follow-UP kepada prospek kerana ada jambatan perhubungan.
7. Satu malam saya boleh jumpa sekali 5 orang. Kerana mungkin ada 5 orang yang saya berikan CD sedang melihat CD saya. Tu kalau saya sorang , kalau saya ada 3 downline yang buat perkara yang sama jadi satu malam saya jumpa 20 orang.
8. Jika sewa hotel RM300 dan prospek yang datang adalah 100 orang , jadi kos seorang prospek adalah RM3 , Jika CD baru RM1.50 termasuk kos CD dan Pos sekali. Jadi dengan RM300 kita boleh sampaikan maklumat kepada 150 orang. Apa pun jangan pula abaikan sesi penerangan dan priview di hotel , homeparty dan sebagainya. Kita cari alternatif .

NAK LAGI MURAH .. Anda guna MLM ONLINE sepenuhnya , pun boleh .. tapi kali ni saya just nak share bagaimana CD boleh bantu anda MEMULAKAN PERNIAGAAN bersama Saya. Senagn , mudah dan dah 3 tahun kita gunakan kaedah ini. Tetap berkesan. Anda malu , tak pandai nak cakap atau beri penerangan kepada prospek , berikan sahaja CD kepada mereka untuk dengar dan lihat. Kemudian jika mereka berminat baru la JUMPA dan bincang dengan mereka. Jadi perbincangan lebih jelas , fokus dan jimat masa.

Ok lah , sekian dulu Tips Kali ini.. Salam Kejayaan

Nak CD PERCUMA dari saya , SMSkan CD_ NAMA_ALAMAT ke 012-4686404

Sekian

Che Din

18 November 2008

SAMPAIKANLAH SALAM


Salam Sejahtera ! Apa khabar , bertemu lagi. Alhamdulillah saya dah siapkan slide untuk video online priview yang akan digunakan untuk menyampaikan mesej kepada semua orang diseluruh dunia ini. Mungkin dalam diri anda yang menyertai bisnes Smart Naco atau bisnes lain , kenapa la bisnes aku belum berkembang-kembang atau belum berhasil.. Ya ! Aku juga kadangkala berfikir begitu dan rupanya ada satu hal yang penting kenapa kita gagal menaja , kita gagal menjual , kita gagal menaikkan sales kumpulan dan sebagainya.... Aku lihat itu juga sebagai kegagalan yang dilakukan oleh diri aku apabila jualan merosot dan income merosot. Jadi apa tindakan yang perlu di ambil..
BAGAIMANA MENINGKATKAN JUALAN , MEMBUAT PENAJAAN DAN MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN KE MANA SAHAJA !!!

1. PROAKTIF

Jadilah proaktif. Bukan sekadar AKTIF tetapi ProAktif. Bertindak lebih dari apa yang orang biasa buat. Kalau orang biasa sekadar promosikan bisnes 3 kali sekali dengan kaedah biasa , anda perlu lebih ProAktif dengan promosikan bisnes anda 3 atau 4 kali ganda dengan kaedah yang berbeza. Dalam buku 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan , Stephen R. Covey telah menyebut ProAktif ialah KUASA UNTUK MEMILIH RESPON KITA SENDIRI. Ciri pentingnya ialah KeProAktifan ialah kuasa , kebebasan dan kebolehan untuk memilih respon berdasarkan nilai kita , kepada segala yang berlaku kepada diri kita.

BUKAN .. Hanya menunggu di suap , menunggu di bantu sampai nanti nak makan pun nak kena tunggu suap , semua perkara dan benda nak kena sedia didepan mata , tahu hanya suruh itu dan ini... Jika ini cara kita bekerja bagaimana kita nak capai kejayaan. Jika ada ProAktif andalah yang berkuasa mengawal keadaan anda. KeProAktifan membenarkan kita mengesan bahawa kita boleh mengubah keadaan , kita dapat menggunakan keadaan sebagai bahan mentah untuk mencipta benda yang kita mahukan. Jadi MASANYA ANDA PROAKTIF ..

2. PROMOSI

Siapa yang akan tahu bisnes atau produk anda jika anda tidak menceritakannya. Anda bercita-cita ingin jadi usahawan berjaya tetapi anda tidak ceritakan kepada semua orang apa yang anda telah lakukan. Orang bertanya apa yang anda buat pun ada rasa segan , kekok untuk menceritakan. Dahulu saya juga ada perangai macam tu , konon "low profile" tapi apa yang aku dapat , sekarang ni orang tanya je , bisnes kad mesti hulur ( tak tanya pun hulur la dulu ) , mesti sebut Susu IgG Plus , kalau ada flyer/brocher bagi la. Jadi sekarang saya nak tanya DALAM SEHARI BERAPA ORANG ANDA TELAH SAMPAIKAN bisnes dan produk anda. 1 orang , 2 orang , 3 orang , 4 orang atau 5 orang. JIKA dalam SEHARI tidak ada sorang pun tahu tentang bisnes anda , anda tentu tahu jawapannya dan anda biarkan keadaan menguasai anda. Jika tiap hari anda ceritakan kepada 4 orang tetapi orang yang sama , sama juga ertinya anda tidak menceritakan apa-apa. Anda perlu PROAKTIF dalam aktiviti PROMOSI , ambil tindakan yang lebih jauh , lebih kreatif dan berani. Jadi SASARKAN sekurang-kurangnya 5 orang sehari anda perkenalkan bisnes/produk anda kepada orang ramai .
Caranya : Terpulang kepada anda apa caranya. Anda boleh edar flyer/brocher , bagikan flyer/brocher kepada sesiapa sahaja , buat iklan di internet , buat iklan di surat khabar , buat homeparty , buat office party , hantar surat jualan anda kepada prospek anda dan apa sahaja yang membolehkan SETIAP HARI 5 orang MINIMA . Jika 365 hari anda telah menyampaikan kepada 1825 orang. Jika 10% membeli produk anda atau menjual anda telah berjaya mendapat 182 orang setahun. Tetapi kalau nak lebih berjaya kena la lebih dari 5 orang sehari. Jika anda buat iklan di surat khabar , sehari sahaja anda keluarkan akan ada 200 ribu ke 1 juta orang membacanya. Jika 1% tentu ramai prospek anda hari itu.
Berani Keluar Belanja Promosi : Mungkin anda sibuk dengan kerja. Anda keluarkan belanja untuk promosikan bisnes anda . Sekarang banyak ruang dan peluang yang ada. Iklan di Akhbar , Iklan di Internet , Iklan di Radio dan dimana sahaja boleh.

HUKUM TINDAKAN AKAN MEMBUAHKAN HASIL : Jika anda tidak menyampaikan BISNES/PRODUK anda kepada orang ramai , siapa yang tahu anda buat bisnes dan jual produk. Jangan jadi usahawan syok sendiri macam aku dulu. Konon meniaga tetapi tak sampaikan kepada ramai orang apa yang aku buat.

3. TINGKATKAN PENGETAHUAN ANDA

Ini lagi satu hal. Ramai nak berjaya , nak kaya tetapi MALAS nak tingkatkan ilmu pengetahuan , MALAS nak pi belajar , MALAS nak BERTANYA dan sebagainya. Apabila anda telah mengambil Sikap ProAktif dan Melakukan Promosi anda MESTI tingkatkan pengetahuan anda tentang bisnes dan produk anda. Jika sehari 5 orang bertanya kepada anda , tentu anda akan MAHIR dan CEKAP kerana anda terpaksa untuk mencari jawapan dari soalan-soalan prospek anda . Tetapi jika sehari tidak ada sorang pun tanya , macam mana anda nak EXPERT terhadap bisnes dan produk anda. Jangan sampai nanti prospek tanya anda tidak tahu itu dan tahu ini , asyik nak harapkan UPLINE je , sampai bila nak bergantung kepakaran orang lain kerana anda hanya membantu mereka menjadi lebih pakar dan anda terus duduk di kempompong lama. Jadi bila ada sesi perjumpaan , sesi latihan dan sebagainya HADIRKAN DIRI jika anda ingin berjaya dalam bisnes anda. Anda perlu rebut peluang ini dan sanggup belajar apa sahaja ilmu berkaitan bisnes dan produk anda. PENGETAHUAN yang luas akan meningkatkan kredibiliti dan keyakinan diri yang tinggi.

4. BELAJAR DUPLIKASI SISTEM

Salah satu hal yang penting untuk berjaya dalam perniagaan MLM ini adalah usaha untuk menduplikasi sistem dari upline dan anda perlu untuk duplikasikan sistem kepada downline anda. Jangan hanya anda sorang yang tahu dan pandai tetapi semua downline anda terkapar-kapar dan hidup dalam kesamaran. Tanggungjawab anda adalah memikirkan Idea KREATIF bagaimana caranya untuk memudahkan downline anda duplikasi sistem perniagaan ini. Sekarang kita sudah ada teknologi , kita boleh sampaikan maklumat kepada downline kita menggunakan kaedah CD , jumpa mereka untuk terangkan dan bimbing mereka satu persatu secara berperingkat. Jika mereka mampu membuat PROMISI BISNES/PRODUK , Membuat Penjualan / Penajaan dan mampu membimbing downline mereka apa yang telah mereka belajar dari sistem duplikasi itu , InsyaALLAH kumpulan anda akan berkembang. Kita boleh menaja ramai orang , tetapi belum tentu kita boleh menduplikasikan sistem yang baik kepada downline kita. Bagaimana mana anda nak sampaikan kepada downline anda juga perlukan daya kreativiti.

KESIMPULAN

Jadi kesimpulan hari ini dari 4 perkara ASAS di atas , untuk berjaya dalam bisnes , SAMPAIKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA MANUSIA YANG ADA DIDUNIA INI tentang Bisnes dan Produk Anda. Cari Jalan dan cara kreatif untuk menyampaikan mesej anda. Kemudian bertindaklah secara ProAktif dalam menyampaikan maklumat ini. Jangan tunggu orang lain membantu anda kerana tidak ada sapa tahu anda perlu dibantu jika anda tidak beritahu mereka kemudian Jangan BOSAN untuk belajar meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sekaligus jika anda berjaya MENDUPLIKASIKAN 3 perkara di atas , PASTI RANGKAIAN ANDA AKAN BERKEMBANG.

Jika nak tengok priview online sila ke www.myniaga.net/priview.htm

NAK CD PERCUMA DARI SAYA SILA SMS NAMA DAN ALAMAT KE

012-4686404


ANDA AKAN DAPAT MAKLUMAT

1. Peluang Perniagaan bersama Program I-Usahawan
2. Testimoni Produk LUAR BIASA Susu IgG Plus
3. E-Book - Rakaniaga SST
4. Bagaimana Menjana RM500 seminggu
5. Interview di Radio Kedah

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ......

Che DIn

17 November 2008

AKTIVITI MINGGU LEPAS

Salam Sejahtera , apa khabar. Rasanya macam lama jugak tak updated blog nie. Sepanjang minggu lepas betul-betul pack aktiviti aku. Mana yang nak siapkan proposal projek , buat followup prospek yang nakkan info serta poskan kepada dia orang , siapkan beberapa video dan 2 hari lepas aku ke Jengka dan KL bertemu rakan-rakan disana.

Aku nak citer pi Jengka dulu la , kali ni aku gerak ngan wife aku sempena cuti sekolah ni . Bertolak jam 6 pagi . Alhamdulillah sampai di Jengka dalam jam 12.30 dan terus ke Bandar Pusat untuk cari ikan patin . Bro Shidi pun dah tunggu. Lepas makan kami sembang-sembang cari idea untuk aktiviti-akviti seterusnya di Jengka. Jam 3 kelihatan En Nazif datang , En Abd Rahman , En Mat Khir , Kak Wan , Cikgu Azhar , Abang Din pun ada sekali . Yang best kali ini , En Rahman , En Nazif dan En Mat Khir masing-masing bawa lap top ada yang lap top baru beli ada yang siap beli broadband. Petang tu kita adakan sesi brainstorming untuk mengembangkan rangkaian dan memulakan Program I-Usahawan di kawasan Jengka Temerloh. InsyaALLAH bulan 12 beberapa projek akan on disana.

Selesai aku terus balik KL dan menginap di rumah Bro Shidi. Ahad tu jam 11 pagi pula ada buat pertemuan sikit dengan rakan-rakan SST. Puan Rosnani bersama Dlinenya, Din Smart , Pn Zila n Kak Mala pun datang jap amek flyer. Jadi di KL kita telah putuskan untuk adakan priview pertama Program I-Usahawan di HQ pada 25 November jam 8.30 malam.

Petang tu , sempat pi Kenduri dirumah sepupu aku semua Family aku pun dah ada disana. Jadi kami jumpa di sana. Dalam kesempatan berjalan , sempat aku followup beberapa orang prospek online. Ada yang nak beli susu , ada yang nak join ada yang tak layan ada yang tak tau apa-apa .. Ha ha , macam macam anda.

Sepanjang perjalanan aku dapat membuat satu kesimpulan dari apa yang terjadi sepanjang 6 bulan yang lalu ini. Aku hanya tinggal 1 bulan sahaja lagi untuk capai sasaran aku. InsyaALLAH , bila buat GERILLA MARKETING boleh capai sasaran tu.HASIL datang dari TINDAKAN. Jadi resolusi yang aku buat sehari WAJIB aku sampaikan kepada 5 orang MINIMA tentang bisnes dan produk aku. Gunalah apa cara sekalipun. Dan satu kesimpulan yang TERPENTING adalah dalam menjalankan perniagaan INTERPOS seperti ini , PROSES DUPLIKASI itu cukup penting untuk disampaikan kepada rakaniaga baru. Jadi apa cara , apa tools , apa kaedah , apa pendekatan perlu diperkemaskini. Ada la juga beberapa idea. InsyaALLAH dengan kemajuan Teknologi sekarang , ia akan dilakukan dengan mudah.

Lepas ni , aku nak pi pos surat pulak dan CD Priview Bisnes kepada beberapa prospek. Alhamdulillah , setiap hari ada sahaja prospek yang masuk melalui laman myniaga.net walaupun tanpa membuat usaha promosi. Kalau buat promosi aktif TENTU LAGI HEBAT...

Jadi salah satu RAHSIA KEJAYAAN ialah .. PROMOSI , PROMOSI , PROMOSI , AKTIVITI, AKTIVITI , AKTIVITI ......

Meh tengok PRIVIEW PROGRAM IUSAHAWAN DI www.myniaga.net/priview.htm


Kalau nak CD PERCUMA sila ke www.myniaga.net

04 November 2008

RAIH RM 1000- RM 3000 SEBULAN




muat turun dalam bentuk pdf


berminat boleh ke laman web saya di www.myniaga.net

atau

sms nama n alamat ke 0124686404 untuk saya hantarkan informasi

che din

02 November 2008

PULAU PANGKOR

Apa khabar ! Semoga sihat dan tenang selalu. Syukur ALhamdulillah bermula hari Khamis sampai Sabtu baru ini Aku dan Dr Main ke Pulau Pangkor untuk menjalankan satu program analisis personaliti untuk kakitangan dan tenaga pengajar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Walaupun ini bukan termasuk aktiviti perniagaan Smart Naco tetapi ia juga adalah salah satu aktiviti yang boleh dikaitkan dengan dunia keusahawanan. Ada juga peserta tersebut yang telah menjadi ahli dan minum susu Kolostrum. Best juga pi ke Pulau Pangkor , dah lama juga tak ke sana.

Baiklah , kita tinggalkan cerita ke Pulau Pangkor dan sebelum ke Pangkor aku banyak menghabiskan masa untuk membuat pengemaskini maklumat dan data prospek lama untuk di refresh lagi. Alhamdulillah bila aku balik semalam dah ada 10 orang prospek yang berminat untuk mendapatkan maklumat . Nampaknya Momentum bisnes bersama Smart Naco semakin memberangsangkan .

Petang tadi , aku dan En Halim ke Stokis Prai untuk mendengar Taklimat Program Jana Pendapatan Tambahan RM1000-RM3000 sebulan. Ramai juga yang hadir termasuk rakan-rakan dari Indonesia yang bekerja di Malaysia. SPD Kaz membuat penerangan ringkat tentang peluang menjana pendapatan RM1000-RM3000 sebulan. Dan hal ini mampu di capai jika kita melakukan tindakan. Jika anda berminat untuk menjana income tambahan RM1000-RM3000 sebulan boleh la kelaman web saya di bawah ini



Ok lah , cukup dulu setakat ini . InsyaALLAH nanti aku share lagi citer aku....

Semoga kita semua terus sukses

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdulah