26 February 2008

AKTIVITI BERTERUSAN

Salam Sejahtera ! Apa Khabar Semua. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog saya ini. Nampaknya aktiviti perniagaan semakin hari semakin rancak . Syukur Alhamdulillah. Kepada anda semoga anda terus dapat memanfaatkan hari-hari ini dengan lebih baik dan cemerlang serta lebih berfaedah.

Alhamdulillah , pada hari sabtu lepas seharian aku bersama pelajar-pelajar SMK Sri Muda dalam menjayakan Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah. Alhamdulillah walaupun sorang , perjalanan aktiviti berjalan lancar. Lepas sahaja selesai program lebih kurang jam 5.30 petang , aku terus ke Butterworth untuk mendapatkan tiket untuk ke Temerloh. Alhamdulillah ada lagi tiket untuk aku ke Temerloh. Balik rumah , mandi , solat dan makan terus ke luar balik ke Butterworth untuk memulakan perjalanan ke Temerloh. Sampai di Temerloh jam 5.00 pagi terus PD Rashidi dan Uncle John ambik. Terus di bawa aku ke Tekam Plantations Resort. Memang nyaman dan damai tempat nie.

Aku ke Temerloh- Jengka adalah kerana bersama-sama SPD Kaz dan Zul untuk mengendalikan LCC Success Training dan Priview Program Jutawan X.Stream. Program mula jam 10.30 dan kehadiran ahli-ahli dari pelbagai daerah termasuk dari Kuala Lipis dan pelbagai tempat lagi. Alhamdulillah komitmen mereka memang luar biasa. Kali ni giliran PD Rashidi jadi Pengendali program , ha ha , dapatlah aku rehat sikit. Aku hanya mengambil bahagian mengendalikan Bengkel dan Role Play tentang aktiviti "Home Party" . Banyak testimoni yang hebat telah dikeluarkan oleh setiap peserta yang hadir semasa sesi beramah mesra dalam kumpulan. Mereka yakin untuk jalankan bisnes ini kerana Produk yang amat berkualiti dan berkesan. Syukur Ke Hadrat Illahi. Kemudian belah petang di jalankan Priview Program Jutawan X.Stream dan penerimaan juga cukup baik. Di beritahu ada ahli yang lepas balik boleh jual 26 kotak Susu Igg Plus. WOW , Luar Biasa.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan Jutaan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada PD Rashidi atas usaha beliau menjayakan program ini . TAHNIAH juga kepada semua SAHABAT SST Jengka , Kuala Lipis , Triang dan Temerloh yang telah sama-sama menjayakan program ini dengan baik ......

............ Malam tadi pula aku telah mengikuti program Jati Diri yang dikendalikan oleh Konsultant MLM yang berpengalaman . YES ! Saya dapat idea dan akan kita kongsikan bersama nanti. Saya harap anda terus lakukan bisnes anda dengan konsisten dan berstrategi. Anda bukalah salah satu KUNCI X yang cukup penting iaitu MATLAMAT x TINDAKAN. Masih ramai yang tidak menetapkan matlamat yang jelas dan masih ramai yang ada matlamat tetapi kurang dari segi tindakan. Ia perlu di seimbangkan agar mencapai satu titik pertemuan iaitu KEJAYAAN. Sertai program JUTAWAN X.STREAM dan InsyaALLAH kita akan sama-sama buka KUNCI X ini....

JANGAN LUPA .... ROADSHOW Program JUTAWAN X.STREAM pada 4 Mac 2008 bertempat di Pearl View , Perai , Penang . Bermula jam 8.30 malam - 11.00 malam. Bawa seberapa ramai rakan-rakan anda untuk dapakan Hadiah Percuma....

Kepada anda yang berminat untuk menyertai program
JUTAWAN X.STREAM sila ke www.chedin.myniaga.net


Kepada anda yang ingin mendapat informasi lanjut tentang program JUTAWAN X.STREAM sila sms atau call saya di 012-4686404

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

19 February 2008

PERCAYA PADA DIRI

SALAM KEJAYAAN !!! ANDA HEBAT : kepada semua sahabat dan pengunjung blog ini. Saya panjatkan rasa kesyukuran atas semua anugerah Illahi kepada saya dan kita semua. Alhamdulillah malam semalam kita telah berjaya menjalankan Priview Program Jutawan X.STREAM dan sambutan cukup baik. 5000 helai flyer yang saya bawa habis di beli rakan-rakan.

Sebentar tadi saya membelek-belek beberapa buah buku motivasi dari beberapa orang pengarang baik dalam dan luar negara. Kemudian membelek-belek beberapa buah buku kepimpinan dan kepimpinan pelajar kerana InsyaALLAH hari Khamis dan Sabtu ini saya bersama seorang sahabat akan mengendalikan Program Kepimpinan Pelajar Sekolah. Kadangkala teringat zaman persekolahan dan ketika di Universiti. Memang tak rugi aktif dan mengambil LEBIH TANGGUNGJAWAB ketika di Sekolah Dan Universiti.Ini pun pada 23 dan 24 ada jemputan untuk ke Program Remaja khas untuk remaja-remaja yang berisiko. Lama betul tak buat program bersama adik-adik remaja dan pelajar-pelajar sekolah. Junior aku di USM pulak sekarang tiap bulan masuk ke kampung orang Asli di Perak beraktiviti dengan mereka. Kadangkala bila kita ikut program-program ini , kita akan lebih mengerti apa erti sebuah perjuangan kehidupan dan mengapa kita perlu membumi . Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Mereka perlukan bimbingan dan perhatian. Tapi tu la bertindih 2 ke 3 program .

Berbalik kepada beberapa buah buku yang saya belek tadi , hampir kesemuanya menyentuh tentang satu perkara yang cukup penting iaitu PERCAYA PADA DIRI. Ianya adalah satu perkara asas untuk kita memulakan sesuatu. Saya melihat setiap kali saya dan sahabat saya menjalankan ujian analisis personaliti , yang kita tanyakan berikan 4 nama orang yang Paling Kita Percaya . Tidak ramai yang meletakkan PERCAYA PADA DIRI . Mereka kadangkala lebih percaya pada ibu bapa mereka , guru mereka , rakan mereka sehingga ada yang terlupa kepada mereka juga perlu percaya pada diri sendiri....

Bagaimana kita ingin meningkatkan PERCAYA diri. Kita perlu kenal diri kita. Untuk mengenal ALLAH kita diajar untuk mengenal sifat-sifat ALLAH. Begitu juga kita perlu kenal diri kita , tahu tentang mengapa kita diwujudkan dimuka bumi ini dan kena tahu bahawa pada diri setiap orang itu ada POTENSI diri. Ada satu kata-kata yang cukup menarik yang saya masih simpan hingga sekarang . Saya dapat kata-kata ini pada 13.4.1994 ketika menghadiri Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar di Kem Bumi Jati Klang. Kata-kata ini seperti ini :

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan diri , tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibaja dengan keberanian "

Ramai orang berhadapan dengan masalah PERCAYA DIRI bahawa mereka adalah seorang insan yang hebat , insan yang boleh berjaya , insan yang boleh jadi kaya , insan yang mempunyai kekuatan dalam yang cukup kuat. KADANGKALA mereka lebih percaya tentang kehebatan orang lain sehingga tidak nampak tentang kehebatan diri sendiri. Jika TIDAK ANDA yang memberi peluang untuk mempercayai diri anda sendiri siapa lagi. Buat yang TERBAIK untuk diri sendiri.

Kita punya banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul di muka bumi ini. JESTERU itu , apabila anda melakukan sesuatu , LAKUKAN sebaiknya , PERCAYALAH pada diri sendiri bahawa anda BOLEH BERJAYA , Tanamkan KEPERCAYAAN DIRI yang tinggi ketika anda membuat keputusan , ketika anda menghubungi prospek , ketika anda menghubungi rakaniaga anda , ketika anda berkongsi cerita peluang perniagaan ....

MUSUH PALING UTAMA adalah diri sendiri , Musuh kepada kehancuran sesebuah organisasi juga terdapat dalam organisasi itu sendiri , Musuh kepada kehancuran pada sebuah negara juga terdapat kepada rakyatnya sendiri ...

Sentiasa katakan pada diri anda , ANDA HEBAT , Anda Boleh melakukan yang terbaik , Anda telah dianugerahkan oleh ALLAH potensi yang hebat , Anda Boleh berjaya , Anda Boleh Mengurus masalah dengan baik , Anda Seorang yang berani ..... Katakan selalu pada diri anda , BERIKAN nilai PERCAYA yang tinggi pada diri sendiri...

Akhir sekali terimalah pesanan dari seorang penceramah kem kepimpinan pelajar yang saya ikut dulu....

" Bangkitlah dan Pikullah amanat ini di atas pundakmu ... Hembuskanlah panas nafasmu diatas kebun ini agar haruman nafasmu meliputi segala. Janganlah dipilih hidup bagaikan nyanyian ombak hanya bernyanyi ketika terhempas di pantai. Tapi jadilah kamu ibarat air bah , menggugah dan mengubah dunia dengan amalmu "

PERCAYALAH :: Anda seorang yang hebat , seorang yang berani , seorang yang berjaya .....

HARI NI ADA 2 ORANG YANG MINTA SAYA hantarkan MAKLUMAT PERNIAGAAN saya kepada mereka ... Jadi kepada anda yang nak maklumat perniagaan saya sila ke www.chedin.myniaga.net
atau SMS je ke 012-4686404 ---
Sapa SMS saya hadiahkan Majalah Apprentice ....

Selain saya menjalankan bisnes ini , saya juga sedang menggerakkan MODUL ISTIMEWA iaitu PERSONALITI UNGGUL bersama Sahabat Saya di USM. Anda boleh membaca di www.analisispersonaliti.blogspot.com InsyaALLAH belia
Publish Postu juga akan saya undang untuk menjadi Konsultan Khas kepada proses Membina Personaliti Unggul Usahawan Smart Success Team ....

Nanti anda boleh kenal personaliti wirawan dan beberapa lagi ....

Untuk membina kesejahteraan keluarga dan anak-anak , saya bersama sahabat saya ini juga menjalankan program TERAPI ANAK KU SAYANG , boleh juga ke blog http://personalitianak.blogspot.com. Sapa nak anjur program2 seperti analisis personaliti dan program anak ku sayang boleh la juga berhubung..


Sekian

Hairuddin Abdullah
www.chedin.myniaga.net

15 February 2008

MEMBUKA RAHSIA KUNCI X

Assalamualaikum , Apa Khabar? Sihat , Bahagia , Tenang dengan kehidupan anda? Dalam seminggu ini saya dok menyiapkan beberapa flyer dan bisnes card rakan-rakan. Alhamdulillah selesai semuanya.

Hari ni saya just nak intro sikit tentang RAHSIA KUNCI X. Apa benda ni. Ala benda yang biasa je dah ni. Asyik2 benda tu ajer tak boleh juga...... Hah! Mungkin ramai orang akan kata seperti itu tapi yang dah biasa , selalu dengar inilah RAHSIA sebenarnya. Tapi mereka tak ikut dan amalkan , jadi macam mana nak berjaya dalam usaha yang mereka lakukan.... Jadi kat sini aku nak Intro sikit tentang apa itu RAHSIA KUNCI X versi Che Din.... Ia pun bukan RAHSIA , perkara-perkara yang anda telah dengar setiap hari , anda sebut mungkin setiap hari .. tapi bagaimana membawa ia kepada titik pertemuan dan keseimbangan yang menjadi ?????

Saya mulakan dengan X. Kenapa saya mengambil X. Ini kerana X adalah persilangan dua garis lurus dan mempertemukan satu titik pertemuan. Jadi ada 2 garis yang di silangkan untuk mendapatkan titik pertemuan dan ia juga boleh kita katakan titik keseimbangan.

Kadang-kadang dalam kita mencari kekuatan kita hanya menggunakan satu paksi sahaja tidak menggunakan 2 paksi dan di silangkan untuk mencari titik kekuatan pertemuan dan keseimbangan. Ya ia perlu seimbang dan ia akan jadi lebih POWERFULL....

HIDUP BERPASANGAN ...

Kita lihat sahaja kehidupan ini Allah ciptakan berpasang-pasangan. Adam dan Hawa , Lelaki dan Perempuan , Tinggi Rendah , Kecil Besar , Kuat Lemah , Menang Kalah , Hidup Mati , Syurga Neraka , Dunia Akhirat , Positif Negatif , Baik Jahat , Minat Tak Minat , Berjaya Gagal .... Jadi dalam pasangan-pasangan ada yang kita perlu hanya memilih satu paksi sahaja contoh , Berjaya Gagal , Anda perlu pilih satu , tetapi Contoh bagi konsep , Dunia Akhirat , anda perlu Seimbangkan ia di Titik Pertemuan. Jadi Kunci X yang saya ingin sentuh di sini adalah Titik Pertemuan dan Keseimbangan.

Kita mulakan kepada satu persatu kunci ....

Kunci 1 : OTAK x JANTUNG ( FIKIRAN x PERASAAN )

Jika kita hanya menggerakkan Fikiran sahaja tanpa menyeimbangkan dan membuat pelarasan yang seimbang pada Perasaan kita , mungkin kita masih belum POWERFULL untuk membina kekuatan. Seperti yang saya sebut dulu , Perasaan mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam merealisasikan apa yang di fikirkan oleh otak kita...

Kunci 2 : KEYAKINAN x KEBERANIAN

Mulanya orang kata dia tidak Yakin. Namun bila telah YAKIN tetapi mereka masih tidak mencapai apa-apa. Ini kerana mereka tidak seimbangkan dengan KEBERANIAN. Anda perlu lebih YAKIN dan BERANI mengambil keputusan , membuat sesuatu tindakan yang betul. Biasanya apabila kita telah YAKIN , InsyaALLAH ia akan membantu kita untuk lebih BERANI.

Kunci 3 : KEGIGIHAN x KESABARAN

Ramai orang Semangat dan GIGIH bekerja tetapi jika ia tidak sabar dan tidak pula menghubungkan 2 lagi kunci di atas , mungkin mereka akan separuh jalan sahaja. Ada orang Sabar tetapi tahap kegigihannya agak lemah . Mereka bertahan sekian lama tanpa ada usaha-usaha hebat yang dilakukan. Anda pernah tengok cerita Bill Porter seorang Jurujual Kurang Keupayaan menggambungkan Kunci X Kegigihan dan Kesabaran dalam proses penjualannya dan akhirnya beliau menjadi Jurujual terbaik mengalahkan mereka yang sempurna fizikal dan pertuturan. Kegigihan ini juga di sebut PERSISTENCY.

Kunci 4 : ILMU x AMAL

Ya! Ini kunci yang TERHEBAT. Ilmu adalah KUASA yang besar namun apabila ilmu tidak diseimbangkan dengan AMAL ( Tindakan ) maka kuranglah POWERFULL Ilmu yang di timba kerana tidak di manfaatkan. Contoh , Baru ni saya didatangi seseorang nak belajar internet marketing . Saya kata boleh tapi tuan kena buat terus. Kalau belajar kemudian tak buat terus nanti takut kurang dimanfaatkan Ilmu itu dan akhirnya hilang begitu sahaja. Jesteru itu Carilah Ilmu yang Bermanfaat dan Amalkanlah. MengAMALkan apa yang kita telah tahu itu antara salah satu KUNCI X yang kuat.

Kunci 5 : HUBUNGAN DENGAN TUHAN x HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Ini juga kunci RAHSIA X yang perlu kita ambil berat. Oleh kerana kita terlibat dalam perniagaan membina hubungan dengan manusia sudah tentu kita perlu seimbangkan dengan hubungan dengan Tuhan. Kita pernah dengar pepatah arab , " Kalau Berkawan Dengan Tukang Besi , Kita Akan Terkena Panas Percikan Besi , Kalau Kita Berkawan Dengan Saudagar Minyak Wangi ,Kita Akan Terkena Wangian Minyak Wanginya" Sebab tu tak heran Mat Rempit akan selesa berkawan dengan Geng-Geng Mat Rempitnya kerana JIWANYA ada di situ , Geng-geng yang JIWANYA ROCK akan berkawan dengan orang sepertinya , Geng-geng yang JIWANYA NASYID akan berkawan dengan orang sepertinya. Maksud KAWAN disini dimana JIWANYA lebih merasa selesa. Mereka mungkin akan berkawan semua tetapi yang akrab adalah mereka yang kita rasa SELESA di JIWA. Jesteru itu , rapatkan Hubungan Dengan Tuhan kerana POTENSI kita adalah anugerahnya dan semoga Tuhan Mempertemukan kita dengan Orang-orang yang hebat. Untuk ini kita akan gabungkan nanti dengan Kunci 1.

Kunci 6 : KEWANGAN x KESIHATAN

Saya membaca dalam banyak buku-buku bagaimana mencipta kekayaan mereka juga akan menyebut tentang perlu MENJAGA KESIHATAN. Jesteru itu , kita perlu seimbangkan antara dua persilangan Kewangan dan Kesihatan untuk mencipta Kehidupan yang lebih Sihat dan Selesa. Saya masukkan kunci ini kerana kita berada dalam kondisi perniagaan seperti ini. Namun dalam apa pun kita perlukan kedua-duanya. Adalah lebih sedih apabila kita sakit kita tidak punya wang dan sedih juga jika kita ada banyak wang tetapi kita sakit. Jesteru itu kita perlu seimbangkan keduanya.

Kunci 7 : KESYUKURAN x KEIKHLASAN

Ya! kita ingin mencari kehidupan yang BAHAGIA dan DIBERKAHI ALLAH. Jesteru itu kita perlu niat dan pusatkan segala aktiviti kehidupan kita pada satu PUSAT KUASA AGUNG. Setiap apa yang ALLAH telah anugerahkan kepada kita perlu kita panjatkan KESYUKURAN. InsyaALLAH jika kita sering bersyukur dengan apa yang telah di anugerahkan ia juga turut membantu rasa Keikhlasan dalam diri kita. Ya! Kita perlu ikhlaskan semuanya jika boleh. Hati yang ikhlas akan mendapat satu titik kedamaian , ketenangan , kebahagian. Jesteru itu kita perlu dari Zon Nafsu kepada Zon Ikhlas. Anda pernah tengok cerita Indonesia Kiamat Sudah Dekat yang ditayangkan di TV9 dulu bagaimana Fendi mencari Ilmu Ikhlas . Saya yakin jika anda dapat membuka KUNCI X ini , anda akan jadi seorang yang hebat dan tidak mustahil anda akan menarik rezeki anda.

KUNCI 8 : IKHTIAR X TAWAKKAL

Salah satu kehebatan Abdul Rahman Auf seorang sahabat Nabi yang TERKAYA dizaman nabi adalah memiliki Keyakinan diri yang tinggi disamping semangat LUARBIASA adlam berikhtiar. Saya lebih suka menggunakan perkataan Ikhtiar dari Usaha kerana Ikhitar ini lebih nampaknya Ekstrim , lebih nampak bersungguh-sungguh. Jadi kita perlu berikhtiar mencari jalan untuk kita mampu mencapai Impian kita. Setalah kita telah berikhtiar dengan bersungguh-sungguh , jika kita mempunyai beberapa Kunci Lain kita akan serahkan kepada ALLAH untuk menentukan ikhtiar kita. Kita bertawakkal dan berserah kepadanya dengan rasa syukur dan ikhlas. Jika kita tidak boleh lakukan cari A , maka ikhtiarkan cara B , jika tidak ikhtiarkan cara C , insyaALLAH apabila Kegigihan di Silangkan dengan Kesabaran seperti yang disebut pada kunci 3 tadi.

Kunci 9 : DOA x KETENANGAN

Dari rententan beberapa kunci di atas ada satu hal lagi iaitu kita perlu senantiasa berdoa dan berdoa keran itu juga salah satu kekuatan yang kita ada. Tapi ada orang kata kenapa dah banyak doa tapi tidak di makbolkan , taat beribadah tapi doa tidak dimakbulkan. Mungkin ada satu sebab kerana kita tidak mengajak hati bersama kita. Anda ingat KUNCI Hubungan Dengan Tuhan dan Manusia tadi. Sebab itu banyak Doa dimakbulkan ketika kita di depan Kaabah atau di Mekah , Madinah. Ini kerana kita merasakan ALLAH dekat dengan kita , Waktu itu kita merasa tenang dan FOKUS kita juga adalah untuk beribadat mendekatkan diri kepada ALLAH. Jesteru itu , anda akan mendapat kekuatan berdoa apabila anda berada dalam Ketenangan. Mintalah dalam keadaan yang tenang. Sebab itu digalakkan dia ketika 2/3 malam , anda sendiri boleh merasai hati anda waktu itu tenang , ketika hujan turun. Ya , DOA dan KETENANGAN cukup kuat persilangannya.

Kunci 10 : PELUANG x STRATEGI

Ini adalah Kunci Untuk Membuka GERAK KERJA Program Jutawan X.Stream. Ramai orang dapat Peluang tetapi tidak di temu dan seimbangkan dengan Strategi Gerak Kerja. Akhirnya Peluang dibiarkan sedangkan orang lain yang memanfaatkan Strategi Gerak Kerja merekalah yang mendapatkannya. Jesteru itu di satu garis adalah Peluang dan di satu garis adalah Strategi jika ia di silangkan pada satu titik pertemuan dan keseimbangan , TIDAK MUSTAHIL , andalah JUTAWAN X.STREAM 2008 yang di cari... Lebih potensi lagi jika anda berjaya membuka 8 lagi Kunci Rahsia X ....

Untuk menjadi kuat kita PERLUKAN KESEIMBANGAN... Jadi anda perlu seimbangkan dalam 2 perkara ( cth : Fikiran dan Perasaan ), Anda juga perlu pilih Hanya 1 Perkara dari 2 Perkara (cth : Kejayaan dan Gagal ) .....

Mungkin ada banyak hal disini yang anda tidak setuju . Tetapi catatan ini hasil dari gerak rasa yang pengalaman yang saya lalui sendiri untuk saya kongsikan. Jika anda ada IMPIAN dan MATLAMAT yang jelas , InsyaALLAH ...... InsyaALLAH ada lagi beberapa RAHSIA KUNCI X yang perlu kita buka sama-sama .

CERITA SAYA ::: Setelah saya menggunakan salah satu RAHSIA KUNCI X , semalam ada seseorang dari Sabah SMS saya yang minta saya poskan Proposal Perniagaan Jutawan X.Stream kepada beliau...

Ketika saya memikirkan dimana saya perlu mencari 10 kotak lagi susu IgG Plus , tiba-tiba ada hamba ALLAH yang sedia membantu. Di saat saya memikirkan SIAPALAH yang boleh buat 1000pv di jalur kaki saya , Alhamdulillah tiba-tiba rakan lama call nak buat balik dan dia telah buat 1000pv....

Ketika saya memikirkan untuk mencari duit tambahan sedikit , Alhamdulillah tiba-tiba Seorang Cikgu call dari Alor Star minta saya dan rakan saya buat Bengkel Kepimpinan Pelajar. Dalam masa sama saya juga dapat idea bagaimana saya boleh dapatkan RM1000 pada bulan ini ....

Semalam juga ketika saya menuju ke Masjid untuk solat Jumaat saya telah menerima satu SMS dari seorang rakan baik saya mengatakan dia dah bersedia untuk bergerak dalam Program SST.

Cuma Ada Satu Rahsia KUNCI X yang saya tidak dapat buka lagi untuk memenuhi keperluan ini. Mungkin juga saya perlukan seseorang untuk membantu membuka RAHSIA KUNCI X yang satu nie. Saya pernah membukanya dahulu tetapi leh kerana lama terbiar tidak dimanfaatkan ianya telah tutup kembali. InsyaALLAH semoga diberi kekuatan untuk aku membuka RAHSIA KUNCI X yang aku maksudkan itu .... Syukur Alhamdulillah ....


Oklah , dah banyak menulis nie .... Jika anda ingin menjadi JUTAWAN X.STREAM 2008 sila ke


atau

SMS ke no 012-4686404
untuk mendapatkan RISALAH JUTAWAN X.STREAM ANDA ....

HAIRUDDIN ABDULLAH

10 February 2008

JUTAWAN X.STREAM 2008


RAHSIA KUNCI X ada pada diri anda. Anda perlu membukanya satu persatu . Ketahui apakah ia RAHSIA KUNCI X yang telah membantu ramai orang menjadi JUTAWAN atau lebih BERMAKNA mencapai TAHAP BAHAGIA dalam KEHIDUPAN .... Ketahui APAKAH X anda yang hilang itu ....

Hidup ini berpasang-pasangan. Dan bagaimana pasangan ini jika ditemukan pada titik pertemuan paksi X akan memberikan KEKUATAN POSITIF atau NEGATIF seperti mana apa yang ANDA dan PERASAAN anda PILIH .....

ANDA Memang Akan Berjaya , JIKA BERANI membuka RAHSIA KUNCI X , Lebih BERANI , HEBAT , YAKIN , TENANG dari sebelumnya .....

Smart Success Team akan membantu anda MEMBUKA RAHSIA KUNCI X ...

Hairuddin Abdullah

Sila SMS nama dan alamat ke 012-4686404
www.chedin.myniaga.net



09 February 2008

THE NINE DRAGON



SEMOGA KALIAN TERUS SUKSES , SUKSES DAN TERUS SUKSES........

GEGARAN SST INDONESIA

PD REFLY

PD HJH INARYATUN
PENGURUS STOKIS CIKARANG

... kuncinya adalah hati. Hati lebih berfungsi untuk merasakan dan memahami. Sedangkan fikiran ( otak ) lebih berfungsi untuk berpikir , mengingat , menganalisa. Pikiran ( otak ) ada di dalam kepala , sedangkan hati ada didalam dada, Dengan pemahaman ini , berarti kita harus mempasifkan pikiran kita yang ada dikepala , dan kemudian mengatifkan hati yang ada didalam dada . Hati digunakan untuk memahami. Artinya, meskipun seseorang tidak bisa melihat dia tetap bisa memahami sesuatu dengan hatinya. Pemahaman yang ditangkap hati lebih substansial dibandingkan dengan pancaindera. Memang kebanyakan manusia memahami sekitarnya lewat pancaindera, tetapi kita tahu , orang yang melihat belum tentu memahami apa yang dilihatnya , Orang yang mendengar belum tentu memahami apa yang di dengarnya. Demikian pula orang yang menyentuh belum tentu memahami apa yang dia sentuh. Tetapi kejadiannya bisa sebaliknya , bahwa seseorang bisa memahami persoalan tertentu tanpa harus melihat atau mendengar atau menyentuhnya ..........

WAJIB TONTON

05 February 2008

03 February 2008

Positive Thinking , Positive Feeling

Salam Sejahtera ! Bertemu lagi di ruangan blog. Syukur Alhamdulillah Aku dan SPD Zul telah selamat pulang dari Jakarta. Ada sesuatu yang dapat aku bawa pulang dari Jakarta sambil aku mengharungi keadaan Macet ( Jem ) selama 3 jam yang sepatutnya perjalanan dari Kota Bekasi Ke Bandara ( airport ) hanya mengambil masa 1 jam. Keadaan di Jakarta banjir dan telah melumpuhkan pergerakan aktiviti di kota Jakarta. Jadual penerbangan sepatutnya jam 6.10 minit petang dan sudah pasti aku perlu sampai selewatnya jam 5.10 dan aku bertolak dari Kota Bekasi lebih kurang jam 2 petang. Dalam perjalanan kami menerima khabaran bahawa pesawat telah di tunda ke jam 8.20 minit malam dan timbul rasa kelegaan kerana dalam keadaan jam yang teruk atau di sebut ( macet total ) mana bisa kami sampai tepat pada waktunya. Dalam mengharungi macet total itu kami terima lagi sms mengatakan yang penerbangan di batalkan.

Alhamdulillah jam 6 kami sampai dan setelah ke kaunter pelayanan air asia petugas mengatakan bahawa pesawat kami akan berangkat jam 8.20. Syukur Alhamdulillah . Dan Paling Istimewa lagi , ALLAH juga mengizinkan SPD Zul bertemu rakaniaganya Pak Yali yang mengambil masa perjalanan 4 jam dari Kota Jakarta (sepatut 1 jam) dan dapat kami bertemu sekitar 20 minit.

Cuba anda bayangkan
setelah 4 jam terjebak dalam jem untuk ke airport tapi Pak Yali dan Pak Zul tidak bisa bertemu. It
ulah bila sama-sama ikhlas untuk bertemu akan di izinkan ALLAH... Terima Kasih kepada semua rakan-rakan SSTI yang memberikan layanan yang cukup istimewa. ...........................................................

Hari ini aku ingin kongsikan sedikit tentang satu perkara yang cukup menarik perhatian dan sentiasa membuatkan aku berfikir tentangnya. Jika dahulu ramai orang kata kita kena berfikir
an positif , berfikiran positif namun ada satu lagi perkara yang cukup dalam dan MAHA dasyat tentang berperasaan positif ( positive feeling )..

Ini kerana apa yang anda RASA semasa anda memikirkannya itu lebih kuat getarannya dan ia adalah yang sebenarnya....


Jadi dalam versi baru ini akan berbunyi Anda akan mendapat apa yang paling anda RASAKAN ketika anda memikirkanya dan jika dahulu ia berbunyi Anda akan mendapat apa yang anda fikirkan....


Sebagai Contoh :
Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan , APAKAH YANG ANDA RASAKAN DI HATI
? Adakah anda merasa : takut , stres , bingung , tidak yakin , tidak nampak jalannya , kurang kemampuan . atau Adakah anda merasa : tenang , yakin , ikhlas , syukur ?

Anda sendiri yang mengetahui apa yang HATI anda rasakan.....


Sebenarnya Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan ia adalah hanya sebuah fikiran anda yang hanya menguasai hanya 12% berbanding adak
ah anda merasa itulah perasaan anda yang menguasai 88%...

TAHUKAH ANDA ?
"Hasil kajian para ilmuwan membuktikan kualiti elektromagnetik jantung (perasaan) 5000 kali lebih kuat daripada otak. Dengan kata lain positive thinking memakai tenaga 1 watt , maka positive feeling memakai tenaga 5000 watt."


Jesteru itu kita perlu MENYELARASKAN positive thinking dengan positive feeling agar selari dimana ketika otak memikirkan tentang kejayaan , perasaan anda dapat menerimanya dengan
tenang , rasa syukur , bahagia dan yakin... PERNAH BUKAN ????

Ketika anda mengatakan anda INGIN SUKSES tetapi ada sesuatu yang kurang enak pada perasaan anda ?.... Jadi mari kita bina KEIKHLASAN pada Perasaan kita dengan keluar dari Zon Nafsu kepada Zon Ikhlas...


Zon Nafsu
adalah perasaan-perasaan Takut , Marah , Cemas dan Keluh manakala

Zon Ikhlas adalah perasaan-perasaan Syukur , Sabar , Fokus , Tenang , Bahagia.
JESTERU itu
Kuncinya adalah KEIKHLASAN dala
m semua yang telah dan akan anda lakukan. Ikhlaskan diri atas semuanya kepada ALLAH.

MENGAPA RAMAI ORANG TIDAK BERJAYA ? Ini kerana Apa yang difikirkan tidak di selaraskan dengan apa yang dirasakan. Akhirnya kita sendiri jadi buntu untuk memikirkan..

Satu persoalan ?
Mengapa kita tidak melakukan sesuatu yang kita fikirkan bermanfaat bagi kita? Kita ingin sihat tetapi tidak pernah bersenam dan mengambil makanan yang sesuai , Kita ingin berjaya tetapi selalu menangguh-nanggu
hkan kerja , Kita ingin punya ramai rakan-rakan tetapi agak sukar untuk kita tersenyum , Kita ingin dibantu tetapi sukar meminta tolong , Kita ingin mengetahui sesuatu tetapi tidak mahu mengikuti program latihan , kita ingin ikhlas tetapi tidak mau berserah diri.....

Jesteru itu , untuk mencapai tahap Positive Feeling yang baik , kita perlu berusaha MENGIKHLASKAN diri , keluar dari Zon Nafsu ke Zon Ikhlas , Selaraskan Antara Fikiran dan Perasaan .......

Hah ! Mungkin anda kurang faham? InsyaALLAH dalam pertemuan-pertemuan saya bersama anda mungkin kami boleh kongsikan tentang kekuatan POSITIVE FEELING dan anda juga akan tau tentang apa itu LAW OF ATTRACTION dan QUANTUM IKHLAS

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Telah Anda Ada , Ikhlaskan Diri dan Capailah Kekuatan Positive Feeling anda .........................

Sebab itu pepatah mengatakan "Ikut Hati Mati " Jika Perasaan kita sering didorong dalam Zon Nafsu ...

Namun Jika Di Dorong Zon Ikhlas , anda PASTI akan mencapai apa yang anda impikan.....

Kepada Anda Yang Pertama Kali ke Blog Aku , silalah ke laman web aku di www.chedin.myniaga.net


ANDALAH APA YANG ANDA RASAKAN SEMASA ANDA MEMIKIRKANNYA !!!!

Salam kejayaan
Hairuddin Abdullah








01 February 2008

DI STOKIS CIKARANG

Sekarang aku bersama SPD Zul sedang berada di Stokis Smart Naco , Cikarang , Indonesia. Sebentar lagi akan berlangsung acara bersama anak-anak yatim dan dari jam 12 malam hingga kini hujan masih turun renyai-renyai namun sekarang nampaknya udah mula berhenti. Hujan Rahmat nampaknya tu.
Pagi tadi ada sesi Bergambar dengan semua PD dan SPD .. Nanti aku akan masukkan gambar-gambar tu....
Sekarang beberapa ahli sedang hadir dan ada yang sedang menunjukkan bakat nyayianya , yang siap menyediakan makanan , siap menguruskan acara , dan sebagainya. Kerjasama yang cukup erat dan bagus.
Kehadiran aku ke Jakarta kali ini adalah kerana menghadiri upacara Perasmian Stokis SSTI Cikarang. Nampaknya usaha keras dan gigih Pak Arif dan teman-teman menghasilkan sebuah Stokis.
Oh ya Pak Arif datang tengok plak nie....
Ok lah , setakat ni dulu .. Sebentar lagi acara bersama anak yatim dan InsyaALLAH malam ini akan bersama pihak Pengurusan Smart Naco. Dengarnya Jakarta Banjir ........
Ok lah , aku chow dulu , pak zul dah sound tu , dia jeles tgk akuleh online , ha ha ha
Ok wassalam
SALAM DARI SST INDONESIA .....