Untuk berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi , anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda tahu? PENGHALANG TERBESAR kita nak mencapai sesuatu pencapaian adalah kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang khusus.
Satu kajian yang dilakukan oleh Dr Napoleon Hill , sejak 20 tahun yang lalu beliau telah habiskan masa mengkaji lebih daripada 20 ribu orang dari segenap pelusuk dunia. Hasil kajian beliau mendapati sebanyak 95% dari mereka adalah orang-orang yang gagal. Ini bermaksud mereka hanya mempunyai secukupnya sahaja , malahan sesetengahnya langsung tidak dapat menyediakan keperluan hidup secukupnya.
5% lagi adalah orang-orang yang berjaya dan "berjaya" disini bermaksud mereka mampu menyediakan segala keperluan hidup disamping dapat menyimpan dan melabur untuk mencapai kebebasan kewangan sebenar.
KESIMPULAN PENTING : dari kajian ini Dr. Napoleon Hill mendapati golongan 5% yang telah mencapai kejayaan adalah terdiri daripada individu-individu yang mempunyai MATLAMAT UTAMA YANG KHUSUS dan juga membuat perancangan khusus untuk mencapai matlamat tersebut.
NAH ! Kita lihat dalam bidang perniagaan MLM yang kita ceburi TERNYATA bahawa hanya 5% sahaja yang berjaya mencapai apa yang mereka impikan dan 95% melalui kegagalan , putus asa , lemah semangat kerana mungkin mereka tidak mempunyai matlamat khusus atau jika ada MEREKA KURANG YAKIN DENGAN MATLAMAT sendiri dan tidak membuat perancangan.
DEFINISI kejayaan bagi mereka sentiasa berubah-ubah dan sentiasa dipengaruhi oleh gaya hidup orang lain , majalah-majalah yang mereka baca , iklan-iklan televisyen dan sebagainya. Pendek kata , mereka mengukur kejayaan melalui kaca mata orang lain dan gagal untuk mendifinisikan kejayaan mereka sendiri dan sentiasa menganggap diri mereka gagal jika dibandingkan dengan orang lain.
Jadi kepada ANDA yang MASIH BELUM ada MATLAMAT KHUSUS , Dapatkan MATLAMAT KHUSUS anda , Buat perancangan ke arahnya.....
Ada juga orang yang ada Matlamat Tetapi Mereka Gagal Mencapainya... Jadi gunakan persoalan ini ..
Apa Matlamat Mereka : Adakah khusus , spesifik , mampu di capai?
Bila Nak Capai matlamat : Mereka tidak meletakkan deadline bila matlamat ingin dicapai.
Kenapa Nak Capai Matlamat : Mereka juga kadang-kala tidak tahu apa sebab paling besar mengapa mereka ingin mencapai matlamat . Dan kalau ada pun masih tidak spesifik dan samar.
Siapa yang mereka kongsikan Matlamat mereka. Mereka kadangkala hanya menulis sendiri dan tidak berkongsi dengan seseorang yang dapat membantu kita mengingat , memberi sokongan dan membantu kita mencapai matlamat kita.
Bagaimana Cara Nak Capai Matlamat. Mereka gagal membuat perancangan , menyusun cara-cara untuk mereka mencapai matlamat. Bertindak , bertindak , bertindak.....
Akhirnya jadilah mereka INSAN YANG HANYA MENGIKUT ORANG... Orang suruh tulis matlamat dia tulis , tapi dalam Jiwa dan Minda ia tidak dilihat sebagai satu yang PALING SERIUS ..........
Oklah .. Kepada anda yang dah tulis MATLAMAT Syabas... Apa matlamat kerja anda hari ini , minggu ini , bulan ini , tahun ini? .......
ANDA NAK TAHU RAHSIA ::: 6 LANGKAH Mencapai RM20,897.00 dengan FORMULA SDA 412 & Bagaimana Hari Ini Orang Telefon Saya Bersemangat Nak Join Bisnes Saya Kerana Beliau Ada MATLAMAT YANG KHUSUS dan JELAS?
Sekian ,
Hairuddin Abdullah