28 December 2007

FIKIR BOLEH

Salam Sejahtera! Apa khabar. Baru lepas Chatting ngan SPD Pak Arif dari Jakarta. Beliau baru saja pulang dari Stokis SSTI. Aku hari ni rasa sungguh terharu dengan KOMITMEN , PENGORBANAN , KESUNGGUHAN , KEYAKINAN , KEBERANIAN dan KECEKALAN rakan-rakan SSTI di Indonesia membangunkan sebuah Stokis di Cikarang , Jakarta. Mereka berhempas pulas mengerah sepenuh tenaga untuk menjayakan impian mereka bersama. Alhamdulillah hari ini Stokis di Cikarang sudah mula operasi.

Walaupun dengan melalui pelbagai ujian , cabaran bisnes serta Mehnah Tribulasi , mereka tetap cekal dan teguh pendirian. Mereka ini insan-insan hebat , gagah minda , perkasa jiwa , kukuh emosi dalam mengusaha dan menekuni sebuah perniagaan bersama Smart Naco. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan murahkan rezeki kalian.

2008 adalah tahun yang mencabar dan benar-benar menuntut kita lebih serius , tekun , komited dan istiqamah dalam mengusahakan perniagaan ini. Dengan sasaran mengembangkan perniagaan ke negara lain di samping menswadaya strategi pemasaran internet , sudah pasti banyak kudrat dan semangat diperlukan untuk mendalami Ilmu dan mengasah ketajaman kemahiran dan bakat. Untuk sesuatu tugas atau kerja pasti dilihat dengan pelbagai persepsi oleh ramai orang. Jika ada 5 orang sudah pasti ada 5 persepsi penerimaan. Ada yang kata susah, ada yang kata senang , ada yang kata tersangat senang , ada yang kata mencabar , ada yang kata cuba dulu dan macam-macam lagi.

Namun bagi aku , aku yakin 2008 akan menjadi Tahun yang baik untuk diriku. Sudah ada beberapa perancangan yang di susun untuk 2008 , sudah dipahatkan kuat dan kukuh impian 2008 untuk di capai. Aku melihat 2007 adalah tahun yang amat mencabar ketika menjalankan perniagaan ini. Ramai yang kecundang , ada yang bertahan , ada yang menunjukkan peningkatan. Bagi aku ALhamdulillah , bermula dengan suasana suram dalam bisnes , bulan demi bulan , FOKUS dan PERCAYA DIRI aku kuatkan untuk menembus tembok cabaran bisnes ketika itu. Setahun yang lalu waktu seperti ini aku ke Indonesia mencuba nasib membuka rangkaian di sana. Alhamdulillah , dengan izin ALLAH , mereka sekarang berdiri dengan sebuah Stokis di sana. PERJUANGAN MEREKA SEBENAR baru saja BERMULA. Mereka yang cekal , positif , yakin , berilmu akan terus bertahan ...

JANGAN SESEKALI BERMAIN DENGAN FIKIRAN NEGATIF ......

Jika anda berfikir bahawa anda telah dikalahkan,
Maka sebenarnya anda telah kalah,

Jika anda berfikir bahawa anda tidak mampu,
Maka anda memang telah menjadi lemah.

Jika anda ingin menang , tetapi anda berfikir bahawa anda tidak dapat menang,
Maka pastilah anda tidak akan menang.

Jika anda berfikir bahawa anda akan menderita rugi,
Maka anda akan betul-betul merugi.

Kerana dimana pun di seputar dunia ini,
Itu hanya berpangkal dari kemampuan seseorang yang mewujudkan jalan fikirannya.

Jika anda berfikir bahawa kedudukan anda tersisih dalam masyarakat,
Maka anda akan mengalami perlakukan yang demikian.

Oleh sebab itu anda hendaklah berfikir tinggi,
Dalam usaha meningkatkan darjat anda.

Anda harus yakin benar akan diri anda sendiri,
Sebelum berhasil memenangkan suatu hadiah.

Pertarungan dalam medan juang hidup ini
Memang tidak selamanya mendatangkan keuntungan yang kuat ataupun cepat

Akan tetapi lambat atau lekas ,
Orang yang menang itu , adalah orang yang berfikir bahawa

DIA BOLEH ,
DIA HEBAT,
DIA POSITIF........

Sesuatu yang hebat ada di sini , KLIKS DI SINI

HAIRUDDIN ABDULLAH

27 December 2007

2 TAHUN YANG LALU

Petikan blog bravejournal .... aku 27 Disember 2005 - 2 Tahun Yang Lalu .... KLIK UTK LIHAT BLOG LAMA ...

Aku memulakan penulisan blog utk bisnes Smart Naco aku pada 24 November 2005 ...

Tuesday, December 27th 2005

8:43 AM

SELAMAT MEYAMBUT 2006

KEKADANG terdetik dihati saya ,, apakah pencapaian yang telah saya capai tahun 2005. Namun ada sesuatu yang telah saya temui walaupun di penghujung tahun . Apa yang saya temui ,, saya temui sekeping VCD yang telah mengubah persepsi saya pada perniagaan MLM. Jika dulu ku anggap MLM ni susah , payah , meletihkan ,asyik dok meeting jer , kena jumpa orang (tebal muka) , kena present dan macam-macam ,, tetapi sekeping VCD ini mengubah persepsi dan minat ku kepada perniagaan MLM..

Aku yakin dengannya , dan kini ianya telah mula menunjukkan hasil .. Rangkaian ku semakin berkembang .. Masa aku dok upkan laman web en sham , dline aku di kota kinabalu , hp aku berdering dan disana suara puan sufi hanim kedengaran. Dia baru sahaja menonton VCD tu dan cukup teruja dengan cerita didalamnya. Dia nak jumpa aku malam ni juga , tetapi aku kata mlm ni aku sibuk sikit ,, tetapi selang 5 minit telefon aku berdering lagi ,, suaminya pula bercakap dengan ku ,, dia nak susu 3 kotak tu malam ni juga dan esok nak bagi kat prospek pertama dia yang dok kena stroke...

Etika BISNES kalau dapat kita tunaikan permintaan pelanggan kita cuba tunaikan segera. Aku pun call khairul ,tanya dia ada tak susu , dia kata ada 2 kotak dan nasib baik aku ada sekotak ,, lalu berlakulah pertemuan itu di nasi lemak corner di SP ,

Dia sing up borang , dan aku beri penerangan serba sedikit ,, Pn Sufi Hanim ni prospek dline aku di KL tu , aku bantu untuk tajakan sbb dia dok SP , Dline punya pasal aku akan bantu ,, sbb dalam MLM ni tanpa Dline dimanalah kita , JADI jagalah dline sebaiknya...

SEMALAM :: Aku melayari laman cari.com ,, aku jumpa iklan susu igg jd aku buka ,, tengok iklan dia panjang dan ada nama yazit dline aku di rawang dan bulan ni (dis) dia dah naik ke pangkat SM. TAHNIAH En Yazit dan aku lihat dalam group aku 5 orang atau 6 orang akan naik ke pangkat manager bulan ni. ALhamdulillah.. Jadi aku tanya yazit ada tak dline dia di johor ,, dia kata ada ,, azman namanya ,, aku sms azman ,, budak muda yang kuat bekerja ,, Dia dulu dah buat MLM dah habis RM 5000... lepas tengok CD dia yakin dia akan buat dan dia target akan jadi President Direktor dalam tempoh 6 bulan.. kalau dia betul2 agresif silap2 3 bulan dah boleh pi ,, semalam juga dia citer berkenalan dengan prospek singapore ,, InsyaAllah akan join nanti.. aku tengah plan untuk kembangkan rangkaian di singapore... Aku yakin Azman akan jadi PD dalam tempoh kurang 6 bulan..

Itulah citer aku ,, nanti aku citer tentang sorang lagi dline aku yang bernama Dr Mohd Amin .... ok la
kepada anda yang belum tengok VCD sila kelaman web saya myniaga.net

ok ,, anda yang dah baca kat journal saya ,, boleh ke journal rakan yang lain ,, depa pun ada citer baguih-baguih..

ok che din

012-4686404
http://myniaga.net


RINDU KAT BLOG LAMA ......... UNTUK MUAT TURUN KISAH AKU MEMULAKAN PENULISAN BLOG BOLEH LA DOWNLOAD DI SINI >>>>>>>>>>>>>>>

22 December 2007

BALIK KAMPUNG

Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan. Alhamdulillah aku baru selamat sampai ke rumah ( penang ) jam 3.30 petang tadi setelah berhari raya di kampung. Selepas jer balik dari Sabah wife aku ke KL dari Alor Star naik Air Asia dan aku tunggu di KL sebelum bermalam di KL semalam dan terus balik kampung. Di KL aku ziarah Pak Saudara aku sebelah rumah di kampung yang dah seminggu dok di Hospital Kuala Lumpur kerana saluran makanan tersumbat. Sekarang dah tak leh makan apa kecuali air milo dan nestum sahaja. Lepas tu aku rehat coz agak letih dalam perjalanan ke Sabah. Esoknya sebelum balik ke Muar aku pi MPH Book Store pi cari buku-buku apa yang patut. Lepas tu baru balik Muar.

4 hari ini aku memang beri Fokus sepenuhnya kepada Family , dan rupanya orang kampung korbankan 5 ekor lembu raya ni. Cuma aku terasa bila tak leh online nie rasa macam tak sempurna ajer hidup nie , he he... Kebetulan pulak akunyer line kena blok sebab kredit limit dah cukup nak bayar plak cuti raya dan tak dapat nak online , he he , jadi kesempatan ni aku FOKUS terus pada Family lah....

Banyak kerja yang tertangguh yang perlu di selesaikan dalam seminggu ini sebelum menjelang JENDELA 2008. InsyaALLAH aku yakin dapat selesaikan dengan baik... OK lah , nanti aku coretkan lagi .. Di bawah ni aku bagi peluang kat u all tengok gambar aku ngan rizal TI ketika di Sabah ...

Kepada anda jangan putus asa dan terus berusaha hingga berjaya....


Bergambar di kedai gunting rambut ayah nick di Kota Belud. Nick yang sebelah aku tu. Dia manfaatkan kedai gunting rambut ayahnya untuk buat promosi susu igg plus. Hasilnya bulan lepas beliau berjaya jual 40 kotak susu igg plus.

Apa la yang Che Din citer tu. Aku tengah buat Smart Self Group Meeting untuk rakan-rakan di Kota Belud. Mereka nampak memang perlu ada sistem fail dan beg untuk sample produk.

Aku dengan Nicholas dari Kota Belud. Ni ambik gambar di pejabat kecil belakang kedai gunting ayah beliau. Beliau bekerja sambil sambung belajar secara sambilan sambil buat bisnes susu. LUAR BIASA NICK ....

Rizal sedang sembang-sembang dengan En Samat sebelum program belah petang bermula di Stokis Smart Naco Kota Kinabalu , Sabah

Hah! Tak Sangka beg kita orang sama plak! He he , Tu la dia " Wahdatul Fikr" ... Rizal dah bersedia untuk pulang dari MISINYA menawan Gunung Kinabalu..... U ARE THE BEST..


OK , Jumpa Lagi

sila klik ke www.alivingmydream.com/chedin/

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI



17 December 2007

Baru Balik Sabah

Salam Sejahtera , Apa khabar semua. Lama juga tak updated nie. Dan ujung minggu lepas banyak aktiviti bisnes berjalan. Di utara dengan pelbagai aktivitinya dan tak kurang juga di tengah. Dan kesempatan itu juga aku dan Rizal TI telah buat keputusan untuk ke Kota Kinabalu bertemu dengan rakaniaga di sana.

Aku bertolak ke KK pada pagi hari Jumaat dan sampai jer kami rest dulu. Malam berjumpa dengan En Willy dan En Uzali sambil makan-makan. Kedatangan ke Sabah adalah untuk berkenalan dengan rakan-rakan disana dan melihat potensi sebenar bisnes di sana. Jawapannya ..... Memang Amat Berpotensi .... Banyak juga aku bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dari rakan-rakan di sana. Tak sangka tengah dok makan tiba-tiba ada orang call En Uzali katanya nak beli Primalex . Orang tu En Uzali kenal secara spontan jer dan di perkenalkan dengan 2 biji primalex beberapa hari lalu. Tiba-tiba jer dia call nak beli sekotak pulak. TAHNIAH juga kepada Isteri En Uzali kerana berjaya buat Personal sales 4000 PV dan bulan lepas dapat juga bonus RM1700 lebih. Itu baru 2 bulan bergerak aktif... TAHNIAH juga kepada Nick bersama Family yang telah berjaya memasarkan produk Susu IgG Plus lebih 40 kotak setiap bulan. Bulan lepas dia juga dapat bonus RM 1k lebih. Dengan hanya menggunakan potensi kedai gunting Ayah nick , sambil tunggu gunting rambut sambil tengok CD Testimoni , bertanya dan membeli... TAHNIAH kepada semua rakan-rakan di Sabah kerana telah menjadikan bisnes ini sebagai bisnes yang berpontensi.

Aku sempat juga buat perjumpaan beberapa rakan di Stokis Kota Kinabalu. Sempat berbincang dengan Mr Chin owner stokis dan bertukar-tukar fikiran bagaimana untuk menggerakkan lagi bisnes ini di Sabah. Oh Ya , 5 Januari 2007 akan di adakan Recognation Night untuk mereka yang berjaya mencapai pangkat Manager dan Senior Manager jam 1 tengahari.

Hari terakhir aku ke Kota Belud berjumpa dengan En Nick. Seorang anak muda yang bijak dalam bisnes. Ayahnya seorang tukang gunting rambut telah menjalankan pekerjaan itu selama 35 tahun. Nick telah memanfaatkan kedai gunting rambut ayahnya untuk mempromosikan susu igg plus. Anda bayangkan bagaimana Nick pada peringkat permulaan terpaksa berulang alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu yang perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit hanya untuk membeli susu igg plus.

TAHNIAH kepada En Willy yang telah membimbing rakan-rakan di sana menjalankan perniagaan yang sebenar. AKU YAKIN SANGAT mereka akan berjaya di Sabah.

OK lah aku nak keluar jumpa prospek yang berminat nak gerak bisnes ni ... Nanti aku sharing lagi ....

note :::: Gambar Akan Di Masukkan Nanti .....

Salam SUKSES

Hairuddin Abdullah Almuari

11 December 2007

ONE MINIT TIPS

ONE MINIT TIPS : USE TESTIMONY FOR SHARING & SALE ( UTFS2)

Tips mudah untuk anda. Anda boleh menggunakan Testimoni dari manfaat produk untuk anda berkongsi kepada rakan-rakan anda atau prospek anda. Gunakan Testimoni ini juga untuk tujuan jualan.

Jika anda ada Testimoni Sendiri , Itu adalah yang paling baik . Jika tidak, dapatkan Testimoni dari pelanggan anda untuk di kongsikan. KUASA Testimoni ini cukup hebat.

Oleh itu , jangan lepaskan untuk menyimpan seberapa banyak Testimoni yang anda ada..

Anda boleh menggunakan SMS untuk menghantar Testimoni kepada Rakan Niaga , Pelanggan atau Prospek Anda.

Anda boleh menggunakan Email untuk menghantar Testimoni kepada Rakan Niaga , Pelanggan atau Prospek Anda.

Anda boleh menggunakan cerita testimoni ini untuk berkongsi kepada rakan niaga atau prospek anda......

Testimoni membuatkan orang yakin dengan produk kita dan membuatkan kita juga yakin untuk berkongsi cerita.

Dapatkan banyak lagi UTFS2 di LCC SUCCESS SHARING .......

Kepada Anda yang berminat berbisnes bersama saya sila ke www.myniaga.net


Sekian

Hairuddin Abdullah

10 December 2007

TERUS BERUSAHA

Salam Sejahtera . Apa Khabar .. Terima Kasih kerana melawat blog aku. Semakin hari dah semakin hampir dengan angka 2008. Semoga 2008 menjadi tahun yang lebih baik dari 2007. Hari ini setelah aku senaraikan memang banyak betul perkara-perkara yang perlu aku uruskan. InsyaALLAH aku aku uruskan satu persatu.

Alhamdulillah , Ahad lepas 9 Disember 2007 aku ke KL untuk jalankan program LCC. Alhamdulillah sambutan yang amat baik , ramai muka-muka baru yang KOMITED untuk mencari pengalaman dalam perniagaan... Sabtu dan Ahad depan ini pulak , InsyaALLAH aku akan ke Kota Kinabalu untuk bertemu rakan-rakan di sana pula.

Alhamdulillah juga , group sales bulan lepas semakin menunjukkan peningkatan. Syukur Alhamdulillah . Kepada sahabat-sahabat sekalian dalam SST kita menekankan kepada Kemahiran dan Ilmu pengetahuan. Sebenarnya itu lebih berharga dan anda boleh gunakan dalam jangkamasa yang panjang. Orang yang berilmu akan bangkit kembali apabila mereka jatuh... Jadi tidak rugi untuk anda mengutip pengalaman dan ilmu ini. Percayalah semua yang anda lalui dan pengalaman yang anda dapat sepanjang menjalankan perniagaan ini anda boleh gunakan untuk masa-masa hadapan.

Aku masih ingat lagi pada 2003 aku terpesona dengan satu program keusahawanan bersama sebuah Syarikat. Aku membayar yuran kursus RM500 dan menjalankan aktiviti perniagaan. Setahun aku bersama-sama syarikat itu tetapi dengan tiada langsung pendapatan. Pendapatan akan dapat daripada yuran keahlian dan program-program yang di anjurkan sendiri. Namun oleh kerana kesedaran dan semangat yang bersungguh-sungguh untuk mencari pendapatan dan memiliki bisnes sendiri aku usahakan bersungguh-sungguh selama setahun dan dalam tempoh itu aku masih gagal untuk mendapatkan walau RM300 sebulan. Namun pengalaman pergi ke kedai runcit satu persatu untuk buat research dan menjemput ke program penerangan Komuniti Runcit , Pergi ke Bengkel Kenderaan untuk menjemput ke program WORKSHOP COMUNITY , Deal dengan pejabat Mara , Bank Islam untuk menganjurkan Seminar Keusahawanan dan ALhamdulillah berjaya menganjurkannya sebanyak 3 kali . Membantu menyiapkan kertas kerja dan pelbagai lagi kegiatan yang memang tidak menjanjikan pendapatan langsung. Namun PENGALAMAN yang dapat aku kutip di situ amat berharga. Ramai rakan-rakan aku hanya usahakan setakat sebulan , 2 bulan , 6 bulan dan aku masih lagi berhubung dengan Syarikat itu kerana daya PERSISTENSI Pengasasnya untuk menjalankan program itu masih berterusan. Dan setelah 3 tahun , Alhamdulillah , Beliau berjaya juga menubuhkan Pasaraya di Johor Bahru dan sekarang beliau juga banyak diminta oleh pihak kerajaan memberikan idea dan pandangan tentang membangunkan usahawan bumiputera.

Bila lihat KFC aku pasti teringat bagaimana gigihnya Kolonel Sander berusaha mencipta resepi ayam gorengnya berkali-kali , setelah mencuba untuk yang ke 900 kalinya barulah beliau berjaya...

Bila lihat cahaya lampu aku pasti teringat akan cerita Thomas Adason berusaha beribu kali untuk mencipta lampu sehingga ada orang mengatakan Thomas Adason seorang yang gila melakukan sesuatu yang sia-sia.

Aku juga melihat betapa Gigih , Persistennya bekas Majikan aku dulu menjalankan perniagaan Training Consultantnya. Nah , sekarang beliau telah mempunyai 26 Cawangan Program Tuisyen beliau di Seluruh Malaysia. Beliau tidak berputus asa walaupun ada beberapa program beliau menemui kegagalan.

Saya mengharapkan anda tidak begitu. Jangan cepat BERPUTUS ASA. Jangan berputus asa kalau call 100 prospek seorang pun tidak menyertai anda. Pasti ada sesuatu yang perlu anda perbaiki dan perlu belajar . Cari formula baru anda.

Ok lah , aku nak uruskan beberapa urusan hari ini. Senang sikit dah buat Check List apa yang perlu di uruskan. Mengutamakan Yang Utama .....

Kepada ANDA yang belum menyertai SST ,,, boleh SMS aku di 012-4686404 .. atau lawat laman web aku www.myniaga.net ....

InsyaALLAH kita sama-sama lakukan , Konsisten , Persisten

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdullah

02 December 2007

MENTALITI KITA?


I CAN ACHIEVE ANYTHING
WHEN I SET MY MIND ,
MY HEART AND BODY FOR IT

Jangan lupa kepada mengapa kita bermula dan bagaimana kita bermula. Ramai yang melupakan hal itu. Satu ketika dulu mereka bermula dengan penuh harapan dan semangat dan akhirnya pudar , lemah dan hilang. Tewas dan tidak mau bangun semula.

MASANYA untuk KITA JADI insan HEBAT dan BANGSA BERMARUAH ....

Anda tahukan apa akan jadi apabila kita atau bangsa kita lemah , longlai dan hanya leka dengan hiburan semata-mata. Kita akan di hina , kita akan di perdaya , kita akan di tipu , kita akan hanya menjadi alat atau kepentingan orang lain. Tiada istilah WIN-WIN situation. WIN-WIN SITUATION tidak wujud dalam pertandingan bola sepak , badminton , takraw dan permainan lain , tetapi WIN-WIN SITUATION akan wujud dalam SENI PERHUBUNGAN MANUSIA . Aku melihat sendiri jika kita tiada ilmu , tiada harta , lemah ekonomi bagaimana kita akan terus di tindas dan di permainkan orang. Kita tidak di pandang dan di hormati orang kerana tiada ILMU , tiada KEMAHIRAN , tiada HARTA , tidak KUAT EKONOMI dan apatah lagi LEMAH PEGANGAN AGAMA .....

Terlalu RAMAI orang kita jatuh tersungkur dalam mengusahakan bidang perniagaan dan TERLALU RAMAI Ibu Bapa yang TIDAK YAKIN untuk anak mereka mengusahakan perniagaan sendiri. Satu demi satu aku lihat bagaimana CEMASNYA perasaan ibu bapa jika mendengar anaknya ingin berbisnes sendiri. Namun Perkembangan hari ini , nampaknya telah melihat sedikit perubahan pada POLA keyakinan anak-anak untuk berbisnes.... Berikanlah sokongan... Apakah kita hanya ingin menjadi BANGSA menerima dan mengguna ....

Aku pernah juga berhadapan dengan seorang ibu yang apabila tahu anak perempuannya seorang akauntan kemudian mengambil kursus perguruan dan akhirnya menjadi guru kemudian anaknya ini telah 7 tahun menjalankan perniagaan Multilevel Marketing dan akhirnya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi laluan sepenuh masa kepada bisnes MLMnya itu. Tahukah anda betapa KECEWAnya si ibu tadi kerana takut anaknya itu tidak punya masa depan yang cerah dengan bisnes MLM ini hinggalah ibu tadi hampir tiap malam solat hajat agar anaknya kembali mengajar kembali......

Tentu apabila kita membaca ini , kita juga akan berada dalam situasi DILEMA.. Dan saya yakin tentu di kalangan rakan-rakan kita yang buat bisnes ini pernah menghadapi saat sulit ini. Namun YAKIN dan BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH telah memberi kekuatan kepada mereka dan terus memberikan harapan dan keyakinan kepada keluarga mereka.... Namun keputusan yang kita buat , PASTINYA telah menyantuni semua orang ... Bilalah MENTALITI MINDA ORANG MELAYU akan berubah kepada MENTALITI USAHAWAN...

MENTALITI USAHAWAN ? Ya MENTALITI USAHAWAN tidak semestinya anda menjadi seorang usahawan , anda bekerja di ofis , anda melakukan pekerjaan di mana-mana , mengurus rumah tangga , jika anda menggunakan MENTALITI USAHAWAN pasti anda akan lebih LUAR BIASA. Kerana SIFAT , SIKAP , PEMIKIRAN , KEBERANIAN yang ada pada diri usahawan TULEN patut ada pada semua orang. USAHAWAN tidak akan duduk menadah dan menanti peluang tetapi mereka MENCARI dan MENCIPTA PELUANG , USAHAWAN TULEN tidak takut untuk berjuangan dan gagal , tetapi melakukan sesuatu seoalah-olah TIDAK AKAN GAGAL , USAHAWAN TULEN tidak akan MENYERAH KALAH , mereka akan terus berusaha dan mencari idea-idea baru untuk usahanya itu , Mereka tidak berputus asa , mereka cekal , mereka berani , mereka rajin belajar , mereka kuat bekerja , mereka gigih , mereka sabar , mereka ada matlamat dan visi , mereka tahu menguruskan masa , mereka kreatif , mereka tekun, mereka pandai mencipta peluang , mereka pandai memanfaatkan peluang , mereka bergerak lebih pantas dan yakin dan mereka YAKIN ALLAH akan bersama-samanya pada bila-bila masa dan di mana sahaja pun.

Jadilah LATIHLAH diri kita , anak-anak kita , keluarga kita dengan membina MENTALITI USAHAWAN ... Janganlah letakkan diri kita lagi dalam MENTALITI SUBSIDI , MENTALITI TONGKAT , MENTALITI MENGHARAP IHSAN ORANG LAIN , MENTALITI TAKUT TIADA MASA DEPAN , MENTALITI CEPAT MENGALAH dan BERPUTUS ASA dan paling sedih telah wujud satu GOLONGAN yang mencipta MENTALITI CEPAT kaya TETAPI TIDAK MAHU BERUSAHA GIGIH ... AKHIRNYA...... Mereka tidak kaya tetapi merekalah yang MUDAH TERTIPU .... Namun lebih MULIA TERTIPU daripada MENIPU .....

OK lah ! sebenarnya masa memulakan penulisan di blog ini aku masih tiada idea.. tajuk pun tak letak lagi . Ikut apa fikiran nak tulis.. akhirnya dapat idea di atas la , dan aku rasa ianya cukup sinonim dengan diri kita semua yang menjalankan perniagaan sendiri. JANGAN CEPAT MENGALAH dan BERPUTUS ASA ya ... Binalah MENTALITI USAHAWAN TULEN atau SPD Zul kata USAHAWAN SEJATI , Kalau PD Ashriee kata USAHAWAN CEMERLANG ...

Mari kita sama-sama menjadi INSAN HEBAT di DUNIA dan AKHIRAT kerana apa yang kita lakukan di DUNIA memberi kesan yang AMAT BESAR kepada kehidupan kita di AKHIRAT NANTI ....

KEPADA ANDA yang ingin berbisnes bersama aku sila ke www.myniaga.net

Salam Kejayaan

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI